The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezatulilmifaiqah, 2021-04-25 06:36:28

Usul Fiqh

Usul Fiqh

USUL FIQH (ISL1053)
DHI1A

LAPORAN

TITLE : PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM INDUSTRI HALAL DAN KAITANNYA
DENGAN USUL FIQH

DISEDIAKAN OLEH : NO. ID
BMH21-01-005
NO NAMA PELAJAR BMH21-01-001
1. EZATUL ILMI FAIQAH BINTI FADZIL BMH21-01-015
2. AIMAN SOLEHAH BINTI MOHD DESA
3. NUE NABILAH NASUHA BINTI NOR AZMI

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HAZWANI ADHILAH BINTI MOHD ZAKI
SEMESTER 1
SESI FEB

KOLEJ PROFESSIONAL MARA BANDAR MELAKA

Page | 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
NO ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN 4
4
LAPORAN 6
2.1 Hukum Berkaitan Arak 7
2.
2.2 Alkohol Dalam Perubatan 10
2.3 Alkohol Dalam Kosmetik
10
3. PENUTUP

4. RUJUKAN

Page | 2

1.0 PENDAHULUAN
Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi
hidroksi (-OH). Ia mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat namun apabila berbicara
tentang alkohol kita sering mengklasifikasikan semua jenis alkohol itu adalah haram. Istilah
arak atau alkohol iaitu khamr sebenarnya memberi pengertian yang berbeza dan maksud
kedua-duanya harus difahami dengan teliti. Alkohol yang diharamkan adalah etanol yang
menjadi salah satu bahan didalam arak. Terdapat banyak perbincangan di antara para fuqaha
tentang penggunaan alkohol dalam pelbagai cabang sesuai dengan perkembangan ilmu
pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Kajian ini mendapati bahawa di
dalam tafsir Al-Quran dan sebab diturunkan ayat tersebut, telah dijalankan bagi mengetahui
tentang maksud sebenar alkohol dan penghasilannya, Alkohol iaitu etanol, boleh dihasilkan
melalui dua kaedah iaitu fermentasi dan tindak balas etena dengan stim. Pengambilan alkohol
sebagai minuman boleh merosakkan sistem tubuh manusia, Selain itu, masyarakat juga perlu
memahami isu-isu berkaitan penggunaan alkohol dalam industri makanan, pembuatan
minyak wangi, dan perubatan.
Perkataan alkohol berasal daripada bahasa Arab iaitu alkuhul yang bermaksud serbuk
halus antimoni sulfida, yang digunakan sebagai antiseptik yang diperolehi daripada proses
penyulingan. Pada zaman baginda Nabi S.A.W, khamar diperbuat daripada anggur, buah
tamar, gandum, barli dan madu. Menurut Yusof al-Qardawi unsur yang memabukkan dalam
setiap minuman adalah alkohol sama ada ia daripada anggur, epal, gandum, bawang atau
tebu. Kesan pengharaman alkohol adalah berpunca daripada masyarakat arab jahiliyah yang
mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti minum arak, berjudi, berzina dan membunuh.
Nabi SAW, Saidina Abdur Rahman bin Auf telah mengadakan majlis keraian dengan
menjemput sahabat yang lain untuk menjamu selera. Arak juga turut dihidangkan kepada
para tetamu dan mereka minum sehingga mabuk. Tidak lama kemudian telah tiba waktu
untuk mendirikan solat Maghrib dan mereka pun mengerjakan solat. Akibat mabuk, mereka
tidak sedar berapa rakaat telah didirikan dan apa lafaz yang dibaca ketika solat. Akibat
peristiwa tersebut, turunlah ayat bagi mengharamkan umat Islam meminum arak ketika ingin
mendirikan solat.

Page | 3

2.0 LAPORAN
2.1 Hukum Berkaitan Arak

2.1.1 Peringkat Pengharaman Arak
Arak telah wujud sejak berkurun dahulu. Malah di zaman Rasulullah SAW juga arak
dijadikan sebagai minuman dan hukum arak ketika itu adalah dibenarkan. Namun setelah
berlaku beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan, Allah SWT telah mengharamkan arak
melalui tiga peringkat. Pada peringkat pertama , telah turun ayat surah Al-Baqarah ayat 219
dari kitab suci Al-Quran.

Mafhumnya :
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya

terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih
besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu supaya kamu berfikir.”

Berdasarkan ayat ini , Allah SWT belum lagi mengharamkan arak namun memberi
peringatan bahawa terdapat keburukan yang lebih berbanding manfaat pada arak. Para sahabat
masih meminum arak ketika ini namun mereka berjaga-jaga akan keburukan yang terkandung
dalam arak itu sendiri. Antara keburukan arak ialah mereka yang meminum arak akan hilang
kewarasan akal dan kurang pertimbangan akal yang mampu mendorong mereka melakukan
perkara-perkara di luar jangkaan.

Pengharaman peringkat kedua diturunkan melalui ayat surah An-Nisa’ ayat 43 dari
kitab Al-Quran.

Mafhumnya :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan

mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid)

Page | 4

sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi.
dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu
telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu
dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha
Pema’af lagi Maha Pengampun.”

Telah turun ayat ini iaitu pengharaman arak ketika hampir masuk waktu solat sahaja.
Ayat ini turun setelah seorang sahabat bernama Abd Rahman bin Auf r.a telah menghidangkan
arak di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh para sahabat dan antara sahabat yang hadir ialah
Saiyidina Ali. Semua hadirin telah menjadi mabuk di dalam majlis itu kerana arak yang
dihidangkan. Kemudian telah masuk waktu solat maghrib lalu mereka pun menunaikan solat
secara berjemaah dengan di imam kan oleh Sayidina Ali. Beliau telah tersalah membaca
sepotong ayat surah Al-Kafirun sehingga berubah maksudnya menjadi “Wahai orang-orang
kafir, Aku sembah apa yang kamu (orang2 kafir) sembah". Lalu turunlah ayat tersebut dan
dipanggil Sayidina Ali untuk dibacakan ayat tersebut agar beliau tidak mengulanginya. Setelah
ayat pengharaman arak pada waktu Maghrib , para sahabat hanya akan meminum arak setelah
Isya’.

Peringkat terakhir ialah peringkat di mana Allah SWT mengharamkan arak secara
mutlak. Perintah ini telah direkod dalam surah Maidah ayat 90 hingga 91.

Mafhumnya :
“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,

(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi
kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan
pekerjaan itu).”

Ayat ini diturunkan oleh Allah SWT kerana terdapat satu peristiwa pergaduhan antara
sahabat nabi dan kaum Ansar di bawah pengaruh arak. Peristiwa tersebut berlaku ketika
seorang sahabat bernama Utban bin Malik telah mengadakan jamuan dan dihidangkan arak
kepada tetamunya dan antara tetamu yang hadir ialah para sahabat dan Saad bin Abi Waqqas.
Mereka pun menjamah juadah yang terhidang dan akhirnya mereka mabuk disebabkan arak
yang turut dihidangkan. Mereka mula memuji kehebatan diri masing-masing dan membangga
diri atas keturunan mereka. Dalam tidak sedar dan pengaruh arak , Saad bin Abi Waqqas

Page | 5

telah bersyair memuji kaumnya gagah dan berani lalu menghina kaum Ansar. Apabila kaum
Ansar mendengar hinaan dan cemuhan dari Saad , salah seorang dari mereka telah bangun
dan mengambil rahang unta dan dipukul kepala Saad sehingga luka parah. Setelah itu , Saad
telah pergi menghadap Rasulullah SAW dan menceritakan mengenai hal tersebut. Setelah
Rasulullah SAW amati , ternyata ianya berpunca daripada pengaruh arak. Lalu Rasulullah
SAW berdoa kepada Allah SWT maka turunlah ayat ini. Rasulullah SAW segera
mengkhabarkan kepada para sahabat dan sejak itu , hukum terhadap arak telah menjadi haram
sepenuhnya secara mutlak sehingga ke hari ini.

2.2 Alkohol Dalam Perubatan

2.2.1 Latar Belakang

Rawatan melalui penggunaan ubat-ubatan bagi sesuatu penyakit adalah salah satu
kaedah yang dibenarkan didalam Islam. Ia sebagai satu usaha atau ikhtiar manusia untuk
mengubati sesuatu penyakit. Penyakit merupakan istilah yang digunakan untuk menunjuk
ketidakmampuan seseorang berfungsi secara biasa atau normal dari sudut fizikal, mental,
rohani dan sosial.

(i) Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang
menyembuhkan penyakitku.” Surah al-Syu`ara’: 80

2.2.2 Penyediaan Ubat-ubatan

Pembuatan ubat dan bahan ubat yang halal, suci dan bersih dituntut oleh syarak sesuai
dengan prinsip halal seperti yang telah dikemukakan didalam sumber yang sahih iaitu al-quran
dan hadith. Ini diperjelaskan dalam Garis Panduan Bersama Kawalan Ubat-ubat Dalam Islam
yang dikeluarkan oleh Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei
Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Ia melibatkan semua
bahan termasuk bahan aktif dan eksipien.

2.2.3 Penggunaan Ubat-ubatan

Alkohol di dalam penghasilan ubat cecair biasanya digunakan sebagai bahan
pelarut,bahan pengawet dan disnfektan. Ubat-ubatan cecair yang mengandungi alkohol untuk
tujuan di atas adalah diharuskan sekiranya alkohol tersebut tidak diperolehi dari proses
pembuatan arak.

Hanya penggunaan gelatin yang halal sahaja diharuskan dalam penyediaan ubat-ubatan,
melainkan dalam keadaan darurat, namun ia hendaklah pada kadar yang diperlukan sahaja.
Etanol yang bukan diperoleh melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak haram, tetapi
haram diminum dalam bentuk aslinya kerana ia mempunyai kandungan yang boleh
memudaratkan. Ubat cecair yang mempunyai etanol dalam dos yang dipreskrib harus (boleh)
diminum. Ubat-ubatan yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
haram dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses
pembuatan arak.

‫ َو َﺟﻌَ َﻞ ِﻟ ُﻜ ِّﻞ دَا ٍء دَ َوا ًء ﻓَﺘَﺪَا َو ْوا َوﻻَ ﺗَﺪَا َو ْوا ِﺑ َﺤ َﺮا ٍم‬، ‫ِإ ﱠن ﱠ�َ أَ ْﻧ َﺰ َل اﻟﺪﱠا َء َواﻟﺪﱠ َوا َء‬

Page | 6

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi
setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang
diharamkan.”

Riwayat Abu Daud (3870)

2.3 Alkohol Dalam Kosmetik

2.3.1 Status Penggunaan Alkohol dalam Industri Produk Gunaan

Terdapat dua jenis penggunaan alkohol sama ada melibatkan dalaman (internal) atau
luaran (external). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian tersebut apabila
bahan ini diproses dalam industri tersebut. Penggunaan dalaman atau unnatured alcohol
(tidak dinyah-aslikan) termasuklah sebagai bahan minuman seperti minuman bikarbonat atau
bahan campuran dalam makanan. Manakala penggunaan luaran atau dinature alcohol
(dinyahaslikan) pula melibatkan sapuan seperti minyak wangi serta deodoran, semburan dan
seumpamanya.

Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol digunakan sebagai bahan pelarut yang
penting selain air. Ia berfungsi sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti kek, masakan
makanan laut dan seumpamanya. Dalam penghasilan perasa makanan, bahan yang dipanggil
sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan tahan lebih lama serta
mampu mengekalkan bauannya. Selain itu, dalam penghasilan produk makanan seperti kek
biasanya ia disapu atau dicampur untuk menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga
dalam industri penternakan, alkohol juga digunakan untuk menambah kualiti daging.
Contohnya, lembu Kobe.

Para ulama telah berijma‘ tentang pengharaman meminum arak. Al-Syirazi juga
berpandangan pengambilan arak adalah haram jika tidak melibatkan keadaan darurat.
Kedudukannya adalah najis sama seperti darah. Begitu juga pendapat ulama yang lain seperti
Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali. Justeru, dari aspek penggunaan dalaman atau sebagai
minuman, ulama bersepakat mengharamkannya.

Namun begitu, untuk penggunaan luaran para ulama berselisih pendapat kepada dua
pandangan utama. Sebilangan mereka mengharuskan penggunaan luaran. Pandangan ini
selaras dengan hujah mereka bahawa alkohol atau arak adalah suci. Ini kerana asal sesuatu
bahan adalah suci sehingga terdapat dalil yang membuktikan ianya adalah najis. Selain itu,
pandangan ini disokong juga oleh Rabi‘ah, al-Layth bin Sa‘d, al-Muzani salah seorang ulama
mazhab Syafi‘i yang berpandangan arak adalah suci melainkan jika untuk diminum. Pendapat
ini turut disokong dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan:

“Bahan alkohol tidak bersifat najis dari segi Syarak. Oleh itu tidak menjadi kesalahan untuk
menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan,
ubatubatan dan pembunuh kuman. Begitu juga dengan penggunaan minyak wangi.”

Pandangan kedua pula berpendapat penggunaan luaran turut haram disebabkan sifat
arak yang najis. Menurut Imam al-Nawawi, arak adalah tidak suci atau haram penggunaannya

Page | 7

walaupun bersifat luaran. Pendapat ini selari dengan pandangan Imam al-Ghazali dengan
menyatakan pengharaman alkohol atau arak adalah secara mutlak sama ada dalaman atau
luaran.

2.3.2 Panduan isu-isu alkohol berasaskan fatwa semasa berkaitannya

Selain pandangan ulama yang bervariasi tersebut, beberapa fatwa telah diputuskan
sebagai panduan dalam mendepani isu-isu berasaskan alkohol. Majlis Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan telah menggariskan beberapa panduan berhubung dengan penggunaan alkohol,
iaitu:

i. Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada
arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi
alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi
haram dimakan. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan mousy dan malt extract adalah
haram.

ii. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan buat arak sama ada mengandungi
sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

iii. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang memabuk
dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

iv. Tapai halal dimakan.

v. Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis
dan boleh dimakan.

vi. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.

vii. Kordial yang mengandungi bahan perasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk
tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
a) Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
b) Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Di samping itu, fatwa ini telah disemak semula pada tahun 2011. Berdasarkan
taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut
Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira
keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14
hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua
alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram
dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya
tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun
dan boleh membunuh.

Page | 8

3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan
arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses
membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling
adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-
buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus
(boleh) dimakan atau diminum.
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya
alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk
akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah
tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan
arak.

Page | 9

3.0 PENUTUP

Alkohol banyak digunapakai dalam industri pemprosesan barangan gunaan masa kini
sama ada ia melibatkan produk berasaskan makanan dan minuman serta bukan makanan.
Namun, produk berasaskan minuman lebih mendominasi isu yang mendasari polemik alkohol
terhadap pemilihan produk halal dalam kalangan pengguna. Dalam mendepani isu ini, para
fuqaha telah menggariskan panduan yang jelas bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Di
samping diperkukuhkan lagi dengan beberapa fatwa semasa terutama penetapan kadar untuk
penggunaannya sama ada digunakan untuk tujuaan dalaman atau luaran. Justeru, isu-isu
berasaskan produk gunaan terutama dalam penentuan halal haram dapat ditangani dengan
lebih tepat lagi berkesan dengan memperbanyakkan kajian semasa dengan bantuan disiplin
sains dan teknologi.

4.0 RUJUKAN

1) AZWAN VL Diambil dari https://rahsiatersirat.blogspot.com/2015/02/asbab-penurunan-
ayat-tentang.html

2) HAKIMI BIN ABDUL MUTALIB ( 2011 , OGOS , 9 ) Diambil dari
http://menjejakharapan.blogspot.com/2011/08/peringkat-peringkat-pengharaman-
arak.html

3) ISLAMIKA ( 2010 , JANUARI , 13 ) Diambil dari
https://jimie1402.wordpress.com/2010/01/13/hadis-sejarah-pengharaman-arak/

4) MIRA CIKCIT ( 2020 , OKTOBER . 1 ) Diambil dari
https://www.miracikcit.com/2020/10/hukum-memakai-skincare-kosmetik.html?m=1

5) MOHAMMAD AIZAT JAMALUDDIN ( 2011 , JANUARI ) Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/255983228_Isu_Penggunaan_Alkohol_Dalam_
Penghasilan_Produk_Gunaan_Semasa_Analisis_dari_Perspektif_Hukum_Islam

6) Web, P. (n.d.). Ubat Halal & Ubat Haram (Perspektif Islam). Diambil dari
http://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-kategori-artikel-
kesihatan/121-ubat-halal-ubat-haram-perspektif-islam.

7) NUR'AIN SHUHAILA SHOHAIMI,BIBI FARIDHA MOHD SALLEH & IZZATI
MOHD FAROK (2018). Diambil dari
https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/gp-ubat-islam-
printed.pdf

8) LATIFAH MOHD NOOR,SITI RUBAINI MAT,NORHAKIMAH DHIAUDIN & AFIF
ARIFIN (2018). Diambil dari https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/54

Page | 10


Click to View FlipBook Version