(MPU23072) PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI DALAM ISLAM
TAJUK: KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU
DALAM MENINGKATKAN EKONOMI
UMAT ISLAM
NAMA PENSYARAH: USTAZ HASNI BIN HASSAN
BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR
1. IMTIAZ ALIA BT MUHAFAZ MATRIK
29DHF21F1026
2. SITI NURFAIEZAH BT ZAIDI 29DHF21F1010
3. NUR AIREQA MASTURA BT ADAM 29DHF21F1038
MATHEW
AR-RAHNU
Ar-Rahnu dari segi Bahasa:
Ar-Rahnu dari segi Bahasa bermaksud ketetapan atau berkekalan.
Ar-Rahnu dari segi istilah syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan
sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar
dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Apa itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.
Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa
maksud gadai.
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya
peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan
kerana telah dicagarkan dengan emas.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea
dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain
seperti Kedai Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad
dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh
kerajaan Negeri Terengganu.
KONSEP AR-RAHNU
Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:
1. Qardhul Hasan
Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj
selain daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh
diambil oleh pembiaya terhadap peminjam.
2. Wadiah Yad-Dhamanah
Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku
sebarang kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan
semula emas tersebut.
3. Al-Ujrah
Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai
upah menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah
upah simpan yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos
pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi pembiaya.
5 RUKUN AR-RAHNU
1. Penggadai atau orang yang menggadai iaitu orang yang berhutang.
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai iaitu pihak yang memberi
pinjaman.
3. Barang gadaian iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam
kawalan penerima pinjaman.
4. Tanggungan gadaian iaitu jumlah yang berhutang.
5. Sighah atau perjanjian iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan
gadaian.
FUNGSI AR-RAHNU
1. Memberi kesedaran kepda penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini
mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar
yang dikenakan oleh kedai pajak konvesional iaitu 24 peratus.
2. Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-
unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai
pajak gadai konversional.
3. Menyediakan kemudahan kredit macro kepada ummah khusunya kepada
mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
4. Merupakan pembiayaan yang berlandaskan Syariah Islam.
5. Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut Syari’ah islam
dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang
mengandungi unsur-unsur riba gharar dan terjamin dari segi kebajikan
sosial penggadai.
KELEBIHAN AR-RAHNU
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada
gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak
dikenakan faedah iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak
berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di
mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau
pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu
atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga
jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku
kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di
mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke
atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian.
5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
Semua pengurusan di Ar-Rahnu melibatkan kos dan risiko yang rendah.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering
berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku
sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat.
KESAN-KESAN AR-RAHNU TERHADAP GOLONGAN
PENIAGA MUSLIM
1. Memudahkan peniaga muslim mendapatkan hutang modal bagi mereka
memulakan perniagaan
2. Dapat memberi peluang kepada peniaga beragama Islam mengembangkan
ekonomi negara
3. Memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang memerlukan bantuan
4. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
5. Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara sesama
manusia
6. Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari amalan riba’
dalam perniagaan
7. Mengelakkan daripada peniaga terjebak mengikut skim yang berunsurkan
penipuan
KESIMPULAN
Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil
berbanding konvensional. Hal ini kerana. Konsep Ar-Rahnu menggalakkan
pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, dengan sisitem Ar-Rahnu ia lebih mesra pelanggan serta
membantu pelanggan dengan pelbagai skim-skim yang boleh digunakan oleh
para peminjam serta banyak kelebihan yang memberi kesenangan dan keselesaan
kepada pelanggan jika mereka menggu akan system Ar-Rahnu. Ar-Rahnu boleh
menjadi sumber utama bagi modal perniagaan terutama pada golongan-golongan
kecil dan juga boleh membantu mengukuhkan lagi pembangunan ekonomi. Ar-
Rahnu juga boleh memberikan pinjaman yang adil dan lumayan kepada para
peminjam.
Oleh itu, gunakan dan manfaatkanlah perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Ar-Rahnu kerana ia mempunyai kelebihan yang sangat membantu para peminjam
serta ia berlandaskan Syariah Islam.
RUJUKAN
https://bizislam.wordpress.com/ar-rahnu/kelebihan-ar-rahnu/
https://www.1media.my/2020/05/ketahui-apa-itu-ar-rahnu-dan-
mengapa.html
http://emas-setek.blogspot.com/2011/12/definisi-pengertian-
hukum-dan-rukun-ar.html