The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imtiazmuhafaz, 2022-06-15 10:45:12

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN-converted

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN-converted

(MPU23072) PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI DALAM ISLAM

TAJUK: KEMUDARATAN HENDAKLAH
DIHILANGKAN

NAMA PENSYARAH: USTAZ HASNI BIN HASSAN

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR
1. IMTIAZ ALIA BT MUHAFAZ MATRIK
29DHF21F1026

2. SITI NURFAIEZAH BT ZAIDI 29DHF21F1010

3. NUR AIREQA MASTURA BT ADAM 29DHF21F1038
MATHEW

ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan

• Pengertian kaedah
• Konsep asas kaedah fiqh “kemudartan hendaklah dihilangkan”

2. Peranan kaedah fiqh “kemudaratan hendaklah dihilangkan” dalam bidang
hospitaliti dan pelancongan
• Contoh-contoh yang bersesuaian dengan kaedah “kemudartan hendaklah
dihilangkan”

3. Kesimpulan

4. Rujukan

PENGENALAN

Kertas kerja ini akan kami bincangkan mengenai Syariat Islam mengambil berat tentang
perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang

mereka daripada kemudaratan melalui kaedah ‫ ال َّض َر ُر يُ َزال‬.

Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna
kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.
Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah
dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama. Dalil asas
kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW:

‫ََل َض َر َر َوََل ِض َرار‬

Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.

Disamping itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri
sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib
dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus.
Sebagai rumusannya, seseorang insan tidak boleh sama sekali melakukan kemudaratan
terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh pada bahagiannya. Hal ini kerana
dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan kerosakan kepada orang lain. Oleh itu,
jumhur ulama’ menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah
wajib dijauhi. Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan bahawa
‘Sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia’.

PERANAN KAEDAH FIQH “KEMUDARATAN HENDAKLAH
DIHILANGKAN” DALAM BIDANG HOSPITALITI DAN
PELANCONGAN

1) KEMUDARATAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KEMUDARATAN

Kaedah ini bermaksud bahawa sesuatu kemudaratan yang dihilangkan atau disingkirkan tidak
boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan yang lain sama ada kepada dirinya atau orang lain.
Contoh:

➢ Seseorang yang dalam kelaparan tidak boleh mengambil makanan orang lain yang juga
akan mati kebuluran sekiranya makanannya diambil.

➢ Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang
memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau
membawa kepada kematian.

➢ Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi
memudaratkannya.

➢ Contoh lain dari segi pembinaan tembok ialah antara dua buah rumah yang berasingan
telah runtuh secara tiba-tiba dan kedua pihak pula tidak mahu membaikinya semula,
maka dalam hal ini pihak pertama boleh menuntut separuh daripada perbelanjaan
membaik pulih tembok itu daripada pihak kedua.

2) KEMUDARATAN YANG LEBIH BERAT DIHILANGKAN DENGAN
KEMUDARATAN YANG LEBIH RINGAN

Kaedah ini membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara
serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan
dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.

Contoh:
➢ Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
➢ Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu
bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
➢ Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang
kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan
membahayakannya.
➢ Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang boleh sembahyang
dengan pakaian sekadar yang termampu.

3) MENOLAK KEROSAKAN DIDAHULUKAN DARIPADA MENGAMBIL
KEMASLAHATAN.

Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan
dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan
kepada mencegah kemudaratan. Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan
daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. Hal ini kerana dibimbangi kerosakan
tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan lahirnya kemudaratan yang lebih besar. Firman
Allah SWT:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi. Katakanlah:
Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
➢ Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar
bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.
➢ Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk membawa
kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
➢ Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang yang berpuasa
adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.

4) DITANGGUNG KEMUDARATAN BERBENTUK KHAS UNTUK MENOLAK
KEMUDARATAN BERBENTUK AM

Sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana
pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan
yang lebih umum. Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang
jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum. Antara hukum-hukum furu’
yang lahir daripada kaedah ini:

Contoh:
➢ Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah
dan ajaran sesat.
➢ Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja
dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk
memebendung bahaya dalam masyarakat.

5) KEMUDARATAN DIHILANGKAN MENGIKUT KEMAMPUAN

Ia bermaksud kemudaratan itu harus dihindarkan menurut batas-batas kemungkinan. Apa yang
tersirat daripada kaedah itu ialah terdapatnya kewajipan untuk menghindarkan daripada
berlaku atau terjadinya sesuatu kemudaratan. Untuk itu lah usaha-usaha untuk membendung
atau menyekat supaya tidak berlakunya sesuatu kemudaratan tersebut dengan segala usaha
yang mungkin dan mampu dilakukan hendaklah diusahakan.

Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan
mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan itu dapat dibendung
seluruhnya, maka itulah yang terbaik. Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian,
maka lakukanlah sekadar yang termampu. Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap
mukallaf menurut kadar kemampuannya. Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan
tersebut supaya tidak berlaku hendaklah diusahakan.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
➢ Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran supaya ia
tidak hilang.
➢ Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak timbul masalah
yang lebih besar.
➢ Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak dengan
menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan
tangan mahupun kayu.

Diantara contoh pecahan kaedah ini ialah:
➢ Jika seseorang merampas harta orang lain lalu menggunakan atau merosakkannya
malah tidak boleh memulangkan harta tersebut, maka si perampas hendaklah
menjamin dengan mengembalikan seumpama dengan harta tersebut jika ia ada
yang seumpamanya, atau membayar harganya jika ia tidak mempunyai harta
yang seumpamanya.

6) KEMUDARATAN YANG TERJADI TIDAK BOLEH DIANGGAP TELAH LAMA
TERJADINYA.

Kaedah ini bermaksud, manfaat dan kegunaan yang dihargai ialah yang tidak terdapat
padanya kemudaratan yang ditegah oleh syarak. Seandainya ada kemudaratan, seharusnyalah
kemudaratan tersebut dihilangkan atau tidak boleh dibiarkan berlarutan berdasarkan ia telah
ada semenjak dahulu atau lama berlaku. Sesungguhnya syariat Islam tidak membezakan
sedikit pun di antara bahaya dan kemudaratan yang lama atau pun baru berlaku. Bahkan
semuanya wajib dicegah dan dihilangkan.

Contoh pecahan kaedah ini ialah:
➢ Sekiranya longkang rumah seseorang mengalir di jalan umum dan mengganggu orang
ramai. Ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku.

➢ Selain itu, diharuskan menghalang doktor berpenyakit sawan merawat pesakit. Tegahan
tersebut tidak seharusnya disanggah atas dasar doktor tersebut telah lama berkhidmat.
Ini kerana ianya boleh membahayakan orang ramai.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga
keselamatan khususnya individu dan masyarakat amnya. Kaedah ini juga menunjukkan betapa
agama Islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa
mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakan yang berlaku
serta yang bakal berlaku. Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak
bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi
salah satu tujuan utama mengapa syariat Islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas muka bumi
ini.

RUJUKAN

➢ https://tayibahv2.wordpress.com/2016/02/10/kemudaratan-hendaklah-dihapuskan/
➢ https://dakwahstk00.blogspot.com/2018/02/kaedah-fiqh-ke-4-kemudaratan-mesti.html


Click to View FlipBook Version