The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIK INSYIRAH NAJWA BINTI MOHD KAMIL IPG-Pelajar, 2024-02-28 06:09:07

BUKU LOG DIGITAL PPIM

Tugasan 1 - Penulisan

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA NAMA: NIK INSYIRAH NAJWA BINTI MOHD KAMIL NO KAD PENGENALAN: 030302-08-0374 KUMPULAN: PISMP AMBILAN JUN 2021 KOD KURSUS: MPU3461a KURSUS: KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA I NAMA PENSYARAH: 1. DR. HJH RUHAYATI BINTI RAMLY 2. DR. ZURAIDAH BINTI RAMDZAN @ RAMBAN TARIKH HANTAR: 21 FEBRUARI 2024 BUKU LOG


BIL PERKARA 1. PROFIL DIRI 2. FALSAFAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) 3. TUJUAN DAN MATLAMAT PPIM 4. OBJEKTIF PPIM 5. LOGO PPIM 6. BENDERA PPIM 7. COGANKATA PPIM 8. LAGU PPIM 9. IKRAR PPIM 10. SULUH KATA PPIM 11. SEJARAH PPIM 12. PERLEMBAGAAN PPIM 13. VISI PPIM 14. MISI PPIM 15. BIDANG KURIKULUM KANDUNGAN


16. PERSIJILAN JURULATIH 17. PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH 18. STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT PERINGKAT IPT (IPGK) PERINGKAT DAERAH PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN 19. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KUASA PENGANJUR STRUKTUR UNIT PENGURUSAN FOLIO / BUKU LOG / LAPORAN AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT 20. LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 21. PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH UNIT BERUNIFORM PPIM


PROFIL DIRI NAMA : NIK INSYIRAH NAJWA BINTI MOHD KAMIL NO. K/P : 030302-08-0374 MAKTAB : IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN NO. GILIRAN : 2021292340424 NO. TEL. : 013-4794713 KELAS : PENDIDIKAN ISLAM 4 SEM/TAHUN : SEM 2 TAHUN 2 AMBILAN : JUN 2021 JAWATAN : AHLI BIASA


FALSAFAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.


TUJUAN DAN MATLAMAT PPIM Menerusi penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu, PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut: Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.


OBJEKTIF PPIM Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan: Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat yang remaja yang mampu: Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T.. Rasullah S.A.W. dan pemerintah serta cintakan negara. 1. 2.Menguasai pelbagai bidang ilmu. 3.Berakhlak mulia. Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat. 4. Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara genarasi lama dan baru.


Pengertian Logo Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau, diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis "PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA". Di tengah logo ada suatu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf Jawi [Permulaan daripada perkataan "PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA: (Pa Pa Alif)). Di bawah logo ini tertulis perkataan: - "PUTERI" - bagi ahli-ahli puteri - “PEMIMPIN PUTERI - bagi pemimpin Pengertian Warna Logo Merah jambu - Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau - Agama dan takwa sebagai TERAS Putih - Kesucian Kuning - Kesetiaan dan ketaatan LOGO PPIM


Bendera PPIM berbentuk segiempat tepat, berwarna merah jambu, terdapat logo PPIM di tengah bendera Penggunaan: 1. Upacara rasmi 2. Tatacara perjumpaan Merah jambu - Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau - Agama dan takwa sebagai TERAS Putih - Kesucian Kuning - Kesetiaan dan ketaatan BENDERA PPIM


COGAN KATA PPIM BERILMU BERIMAN BERAMAL


LAGU PPIM Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia


IKRAR PPIM BAHAWA KAMI. AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN: Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara


Patuh kepada ibu bapa Ugama/ Agama berteraskan Al-Quran Taat kepada Allah dan Rasul Erat ukhuwah Islamiyah Rela berbakti kerana Allah Iman dipupuk ilmu dituntut Insaf diri Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlak mulia pengukuh keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan SULUH KATA PPIM P U T E R I I S L A M


SEJARAH PPIM LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. SEJARAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.


SEJARAH PPIM Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y. A. Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Di-Pertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlangʹ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam KoKurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.


SEJARAH PPIM Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.


Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009 & 2009-2011. SEJARAH PPIM


Diwujudkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, ilham daripada YMM Tunku Puan Besar Kurshiah Untuk pelajar sekolah menengah Aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat Dilancarkan secara rasmi oleh Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimallah Y. A. Bhg Toh Puan Norashikin Ismail sebagai Yang Dipertua PPIM Pertama. Hari Puteri Sambutan pertama kali peringkat kebangsaan Pengiktirafan Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri. Bergerak sebagai Unit Beruniform di maktab perguruan. Watikah penubuhan PPIM di bahagian Pendidikan Guru diterima oleh Yg. Bhg. Tan Sri Datuk dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin. 1960-an 17 Jun 1981 20 Jun 1987 1988 21 September 1983 23 Disember 1994 17 Jun setiap tahun SEJARAH PPIM


Majlis Doa Selamat “Sempena Upacara Pecah Tanah Tapak Kompleks Darul Puteri” Pelancaran Skuad Puteri oleh Y.A. Bhg Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Dilancarkan di institut pengajian tinggi Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan menang tanpa bertanding dalam sesi pemilihan Yang Dipertua. Menjadi Yang DiPertua sehingga kini. 16 Oktober 1996 23 November 1996 24 Mac 2007 8 April 2000 SEJARAH PPIM


PERLEMBAGAAN PPIM PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM (PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKSYEN 130 AKTA PENDIDIKAN 1996 1. NAMA DAN ALAMAT a) Nama Persatuan Pergerakan Puteri Islam Malaysia b) Alamat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, 83000, Batu Pahat, Johor. 2 MATLAMAT a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti badan beruniform. 3. OBJEKTIF a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpesatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburn terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya. 4. KEAHLIAN a) Dibuka kepada semua pelajar perempuan Institut Pendidikan Guru ini b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.


5. PENASIHAT a) Pensyarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah yang lain sebagai penasihat. b) Pensyarah perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod berpersatuan. 6. GURU PENASIHAT a) Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG ini. b) Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. c) Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan. 7. AHLI JAWATANKUASA a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahi yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dianuti oleh Pensyarah Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat. f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:- Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)


8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA a) Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa. b) Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa. C) Setiausaha Menguruskan hal-hal surat menyurat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat laporan kegiatankegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dan semasa ke semasa. d) Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.


Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung, Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. e) Ahli Jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. 9. KEWANGAN a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun. b) Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Badan Beruniform PPIM IPG, sekiranya mendapat kebenaran Pensyarah Penasihat. 10. KEHADIRAN/PENYERTAAN a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.


11. MENGENDALI MESYUARAT a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh Pensyarah Penasihat. 12. PEMATUHAN PENGURUSAN a) Pengerusi atau Pensyarah Penasihat boleh mengawal mana mana persatuan sekolah mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. 13. AKTIVITI b) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli. jawatankuasa. c) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 14. PERATURAN-PERATURAN a) Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas. b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli, c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. 15. KESALAHAN a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab: Salah laku jenayah Tingkah laku berunsur lucah Tidak kemas Tidak menepati masa Kurang sopan Melakukan kesalahan kecil 16. LARANGAN a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan IPG dan hukum syarak.


17. TINDAKAN DISIPLIN a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan Amaran bertulis c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Pensyarah Penasihat Persatuan secara bertulis dan keputusan Pensyarah Penasihat adalah muktamad. 18. PINDAAN PERLEMBAGAAN a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga la dipinda. b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa. Pensyarah Penasihat atau Pentadbir IPG secara bertulis. c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pensyarah Penasihat. 19. PEMBUBARAN PERSATUAN a) Pensyarah Penasihat diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. 20. PERUBAHAN a) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pensyarah Penasihat tentang peubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 han dari tarikh perubahan, Pensyarah Penasihat berhak menerima atau menolak perubahan tersebut.


21. HAL-HAL LAIN a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. b) Ahil-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. Disediakan oleh: INSYIRAH (NIK INSYIRAH NAJWA BINTI MOHD KAMIL) Ahli Unit Beruniform PPIM, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.


VISI PPIM Untuk melahirkan generasi wanita Muslim Yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu daripada aspek spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silahturahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.


MISI PPIM Bagi melahirkan puteri yang mempunyai ciri-ciri tersebut, puteri dibimbing dengan : Memperlihatkan akan kebenaran Al Quran dan Hadith dalam program yang dijalankan. Memberi bimbingan, latihan dan didikan melalui aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu daripada aspek spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silahturahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.


BIDANG KURIKULUM 8 BIDANG KURIKULUM PPIM (SKOP CATATAN AKTIVITI PPIM) 1.Pengenalan PPIM Kerohanian (Pemahaman & Pengukuhan Al-Quran dan Hadis 2. 3.Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri 4.Keluarga dan Masyarakat 5.Kemahiran 6.Rekreasi dan Aktiviti Luar 7.Pertolongan Cemas 8.Alam Sekitar dan Agama


Bil. BIDANG TAJUK 1. Pengenalan PPIM Tatacara perjumpaan 1.2 Sejarah 1.3 Falsafah 1.4 Objektif 2 Kerohanian Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran dan Hadis melalui Aktiviti Kritis. 2.1 Kenabian dan Nabi-Nabi 2.2 Malaikat 2.3 Sifat 20 2.4 Asma Ul-Husna 2.5 Al-Quran 2.6 Hadith (mengenai berbagai topik) 2.7 Ayat Al-Quran An Nissa (tentang berbagai topik) Luqman (tentang berbagai topik) Maryam (tentang berbagai topik) 2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi 2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran 3. Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri 3.1 Maksud Kesihatan 3.2 Citra (Imej) Diri Pembangunan 3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal) Penjagaan Diri Penjagaan kulit muka. Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan rambut. 3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin Memilih / mendobi / menjaga Merawat, menghilang tanda. 3.2.3 Penampilan Diri Cara duduk, berjalan, bercakap 3.3 Pembangunan Diri 3.3.1 Perubahan diri (remaja) 3.3.2 Haid 3.3.3 Cara mandi wajib, hormon percintaan 8 BIDANG KURIKULUM PPIM (SKOP CATATAN AKTIVITI PPIM)


3 Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri 3.4 Makanan Dan Pemakanan 3.4.1 Asas Pemakanan 3.4.2 Kandungan dan nilai. Pilihan makanan : i. Makanan untuk mandiri ii. Makanan segera iii.Makanan untuk orang sakit. iv.Makanan untuk kanak-kanak. v. Sarapan. Cara memasak Cara menghidang Cara mengemas dan membersih 4 Keluarga dan Masyarakat 4.1 Kitaran Hidup 4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri setiap peringkat. 4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap peringkat. 4.2 Pengenalan diri 4.2.1 Siapa saya 4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita 4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri 4.3 Khidmat Masyarakat 4.3.1 Gotong-royong 4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai 4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak yatim. 4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa. 5 Kemahiran 5.1 Seni dan Budaya 5.1.1 Seni pertahankan diri Silat Taekwando Tai chi 5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis) a. Drama b. Pantomin c. Seni Suara:- - Nyanyi - Koir - Nasyid - Lagu patriotik d. Sketsa e. Puisi - -Sajak - syair - gurindam - pantun f. Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik


5 Kemahiran 5.1.3 Seni halus a. Tekat b. Sulaman C. Jahitan (asas) Sembat Jelujur Merangka pola Tampal jerumut Jahitan manik d. Tenunan e. Anyaman Bakul Ketupat Tikar Saji 5 Kemahiran f. Membatik Cap canting Ikat Celup g. Ukiran Buah Kayu Sabun h. Seramik termasuk hiasan i. Cengkerang j. Lipatan Origami Kain Surviette k. Gubahan Buah Riben 5 Kemahiran 5.1.4 Seni Cetak a. T-Shirt b. Kad c. Proses percetakan, penjilidan, Roses top publishing 5.1.5 Seni Lukis a. Kolaj b. Catan c. Lukisan 5.1.6 Seni khat


5.2 Celik komputer 5.2.1 Asas 5.2.2 Grafik 5.2.3 Typesetting 5 Kemahiran 5.3 Pengurusan Rumah Tangga 5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam rumah) Bilik tidur Dapur Tandas Stor 5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah) Taman (lanskap) Kolam Ikan Kolam Renang Air pancut mini 5 Kemahiran 5.3 Pengurusan Rumah Tangga 5.3.3 Hiasan Dalaman • Skima warna • Pilihan Fabrik • Mengatur Perabot • Menjaga perhiasan (tembaga, perak) • Menjaga kaca & cermin • Menjaga tikar getar, jerami, plastik, permaidani, pandan, mengkuang. 5.4 Ekonomi 5.4.1 Merancang ekonomi 5.4.2 Asas Perniagaan 6 Rekreasi Dan Aktiviti Luar 6.1 Perkhemahan Mendirikan khemah Ikatan Gajet Masakan Kawad. 6.2 Aktiviti Luar 6.2.1 Sukan dan Permainan Dalam (catur, saidina, sahiba, dart) Luaran:- i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.) ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat Tinggi dll.) Tradisional - Congkak, seremban, gelang panjang.


6 Rekreasi Dan Aktiviti Luar 6.2.2 Kembara / Orienteering Mendaki gunung Membaca kompas Membaca peta 6.2.3 Aktiviti Lasak Berkeno (Canoeing) Berakit Flying fox Rope Crossing River Crossing Absailing 6 Rekreasi Dan Aktiviti Luar Memanah Berkuda Berbasikal Lasak Mendaki Menembak 6.2.4 Sukan/Air Berenang Snorkeling Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir) Berkelah 7 Pertolongan Cemas 7.1 Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan 7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara penggunaan dan penjagaan yang betul. 7.3 Anduh dan balutan 7.4 Kotak Pertolongan Cemas 7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah yang berpunca daripada kelalaian. 7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di luar rumah. 7.7 Cara memberi rawatan kecemasan. 7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu melaksanakan. 7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran kecemasan. 7.10 Bersalin


8 Alam Sekitar 8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang Kedua. 8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah 8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar dari sudut Al-Quran. 8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar 8.4.1 Kitar Semula Kertas Aluminium Komposting 8.4.2 Memelihara sungai/air 8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhan Menanam pokok Membersih pantai, tepi sungai 8.4.4 Menijmat tenaga


PERSIJILAN JURULATIH SIJIL, LENCANA DAN PANGKAT TAHAP JURULATIH


PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH SIJIL, LENCANA DAN PANGKAT TAHAP SEKOLAH RENDAH


STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT PERINGKAT IPT (IPGK) PERINGKAT DAERAH PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN


PERINGKAT SEKOLAH STRUKTUR ORGANISASI


PERINGKAT IPT (IPGK) STRUKTUR ORGANISASI


PERINGKAT DAERAH STRUKTUR ORGANISASI


PERINGKAT NEGERI STRUKTUR ORGANISASI


PERINGKAT KEBANGSAAN STRUKTUR ORGANISASI


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform PPIM • Pendaftaran ahli dan kumpulan • Kuasa penganjur • Struktur unit • Pengurusan folio/buku log/laporan aktiviti • Tanggungjawab pemimpin • Pakaian seragam ahli dan pemimpin • Perlantikan jawatankuasa unit


a. Borang Kebenaran Ibu bapa Sebelum didaftarkan, kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi. b. Borang Ahli Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah. c. Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke ibu Pejabat PPIM. PEMBAHAGIAN AHLI MENGIKUT PASUKAN DAN MENAMAKAN KUMPULAN a. Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan. b. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang. c. Nama setiap kumpuian adalah terpulang kepada sekolah berkenaan. d. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format berikut. Contohnya: Pada tahun 1988, Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang. PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN


Memaklumkan pendaftaran tahunan. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya. Salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi bagi akaun simpanan atau semasa untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Mengesahkan penyata akaun unit yang telah disediakan. KUASA PENGANJUR


PENGERUSI Mempengerusikan setiap mesyuarat. Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan. Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. NAIB PENGERUSI Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan. Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. SETIAUSAHA Mengurus surat menyurat. Mencatat minit mesyuarat atau laporan. Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan. NAIB SETIAUSAHA Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Bekerjasama dengan Setiausaha. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan. Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan. Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dana audit. Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat agung. AHLI JAWATANKU ASA Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan. STRUKTUR UNIT


PENGURUSAN BUKU LOG/FOLIO /LAPORAN AKTIVITI CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI 1. Tarikh/ hari: 2. Masa: 3. Tempat: 4. Tahap: puteri bongsu/ puteri kecil 5. Aktiviti/ catatan: 1. Tatacara perjumpaan: a) Pengenalan PPIM Membaca ikrar dan menyalin di dalam buku log Menyalin suluh kata ppim Melukis logo ppim b) Pendidikan rohani ceramah/ tayangan video Sumber makanan Adab semasa makan Makanan seimbang Doa sebelum dan selepas makan c) Kesihatan dan Pembangunan diri: Mencatat dan mengelaskan makanan Menampal gambar d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya e) Tatacara Penutup: Membaca tasbih kafarah dan membaca surah Al asr Berselawat sambil bersalam


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. Setiausaha Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. Bendahari Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin Perlu membeli atau mendapatkan: a) Buku Perlembagaan b) Bendera PPIM c) Kaset lagu PPIM d) Lencana Pemimpin dan Puteri e) Kad Ahli f) Uniform -Kain merah jambu g) Buku Panduan Pemimpin h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM i) Sukatan Pelajaran Menyediakan Keperluan Asas a) Buku/ Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi) b) Buku/ Rekod Kehadiran Pasukan c) Buku/ Rekod Yuran Ahli d) Buku/ Akaun (Penyata Kewangan) Lain-lain Keperluan: a) Fail-fail/ Buku Stok/ Cop-cop


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


Click to View FlipBook Version