MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM
INDIA DI MALAYSIA
DISERAHKAN KEPADA :
Puan. Nor Aidah Binti Hassan
DISEDIAKAN OLEH :
NURZAFIRAH BINTI MOHD ZAMANI 17DSK22F1001
NUR BADRISYIA BINTI ZAIFULNAZIM 17DSK22F1041
17DSK22F1037
NORHALISA SOFEA BINTI RAMLI 17DSK22F1017
NURUL ANIS BINTI MOHAMAD LIZAM
NAMA PENSYARAH : PUAN NOR AIDAH BINTI HASSAN
1
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NO PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGENALAN 4
3 AGAMA YANG DIANUTI OLEH KAUM INDIA 5
4 KEPERCAYAAN KEPADA DEWA-DEWA 6
5 KONSEP KARMA DAN KELAHIRAN SEMULA 7
6 KITAB-KITAB VEDA 8
7 PAKAIAN BAGI LELAKI & PEREMPUAN KAUM INDIA 9
8 PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA 10
9 ADAT RESAM KAUM INDIA
10 PANTANG LARANG KAUM INDIA 11-13
11 MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA 14
12 PENUTUP
15-18
19
2
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan untuk menghasilkan E-
Majalah bagi kod subjek MPU21032 ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Nor Aidah Binti Hassan ,selaku Pensyarah Penghayatan
Etika Dan Peradaban diatas segala ilmu dan tunjuk ajar yang dikongsikan kepada kami dan
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan menghasilkan E-Majalah ini.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini diucapkan kepada ahli kumpulan yang telah
bekerjasama dalam memikirkan idea untuk menghasilkan E-Majalah ini. Akhir madah, saya
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya
dalam menyediakan E-Majalah ini.
Begitulah serba sedikit mengenai penghargaan ringkas E-Majalah kami untuk rujukan
anda semua. Kami berharap dengan sedikit perkongsian dari E-Majalah ini boleh membantu
meluaskan ilmu pengetahuan rakan-rakan semua.
3
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan
mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-
sumber sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan
Dinasti Chola.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara
kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang
diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan
masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga
masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
INFO
TAMBAHAN
Artis terkenal Malaysia iaitu Amelia Thripura Henderson merupakan India Malaysia.
4
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India
Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi
masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhannya
Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan
sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh
dalam sebarang peperangan
Namun ada juga segelintir kaum India yang menganut agama Kristian, Islam, Sikh dan
Baha’i
INFO
TAMBAHAN
Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti Kristian dan Islam. Terdapat
juga komuniti Punjabi yang beragama Sikh. Jumlah penduduk Hindu lebih kurang 1,904,578
atau 6.93% daripada jumlah penduduk Malaysia. Terdapat juga 132,379 Kristian, 91,273
Islam dan 81,870 lain-lain.
5
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
1. Agama
Agama Hindu mempunyai lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan
Pancasradha.
Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu.
Antara keyakinan tersebut adalah:
❖ Widhi Tattwa– Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya.
❖ Atma Tattwa– Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
❖ Karmaphala Tattwa– Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap
perbuatan.
❖ Punarbhava Tattwa– Percaya dengan adanya proses kelahiran semula
❖ Moksa Tattwa– Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir
manusia
Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu
mempercayai Tuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala makhluk. Tuhan ini
dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan mengecewakan
anaknya. Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan masa lampau.
2. Terdapat dua mazhab penting dalam agama Hindu iaitu:
✔ Saivanisme
- merujuk kepada menyembah dewa Shiva
✔ Vaishnavisme
-kepercayaan kepada dewa Vishnu. Dalam ajaran agama Hindu,Dewa Shiva adalah dewa
pelebur. Dia bertugas melebur segala sesuatu yang sudah usang dan tidak layak berada di
dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan kepada asalnya. Dewa Vishnu pula
bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam semesta.
6
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
➢ Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta
amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu.
➢ Keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi
supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang
akan datang.
➢ Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas
kelahiran semula ialah karma.
➢ Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan,
kemakmuran, dan usia yang panjang.
7
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
1. Rig Veda
Rig Veda adalah wahyu yang paling pertama diturunkan sehingga merupakan Veda yang
tertua. Ia juga adalah sebuah koleksi purba India dalam bahasa Sanskrit. Rig Veda berisikan
nyanyian-nyanyian pujaan, mantera dan seluruhnya terbahagi dalam 10 mandala. Menurut
pendapat golongan Hindu orthdoks, Veda bukanlah sebuah buku, tetapi ilmu yang
didedahkan oleh Tuhan pada awal sesuatu kitaran ciptaan. Apa yang lebih penting ialah
untuk mendapatkan ilmu yang terkandung dalam Veda.
2. Yajur Veda
Yajur Veda adalah Veda yang terdiri atas mantera-mantera dan sebagian besar berasal dari
Rig Veda. Keseluruhan mantranya berjumlah 1.975 mantra. Yajur Veda terdiri atas dua
aliran, iaitu Yajur Veda Putih dan Yajur Veda Hitam. Wahyu Yajur Veda dihimpun oleh Rsi
Waisampayana.
3. Sama Veda
Sama Veda merupakan kumpulan mantera dan memuat ajaran mengenai lagu-lagu pujaan.
Sama Veda terdiri dari 1.875 mantra. Wahyu Sama Veda dihimpun oleh Rsi Jaimini.
4. Athar Veda
Athar Veda adalah kumpulan mantera-mantera yang memuat ajaran yang bersifat magis.
Atharwa Veda terdiri dari 5.987 mantra, yang juga banyak berasal dari Rig Veda. Isinya
adalah doa-doa untuk kehidupan sehari-hari seperti mohon kesembuhan dan lain-lain.
Wahyu Athar Veda dihimpun oleh Rsi Sumantu.
8
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
BAGI KAUM LELAKI :
▪ DHOTI
-
berwarna putih atau kuning susu
-dipakai semasa hari perkahwinan
-dipakai oleh golongan ceti
▪ KURTA
- pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
- diperbuat daripada kain kapas atau linen.
BAGI KAUM PEREMPUAN:
▪ SARI
- pakaian harian yang turut dipakai sewaktu musim perayaan
-berukuran semeter hingga dua meter lebar
-panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
-sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu.
▪ LEHENGA CHOLI
-dipakai semasa acara acara istimewa seperti majlis perkhawinan atau perayaan
-ia terdiri daripada maxi (panjang)
-skirt aras buku lali (lehenga)
-blaus (choli)
-dihiasi dengan sulaman dan dupatta untuk menambah keagungan
▪ SALWAR KAMEEZ (PUNJABI SUIT)
-popular di kalangan wanita di utara India
-seluar berlipat (salwar)
-baju tunik aras lutut (kameez).
9
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
1) DEEPAVALI
-perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia
- Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
bererti barisan
-disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November)
2) HARI THAIPUSAM
-perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia
-Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Dewa Murugan.
-Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan
'Thai'.
-hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah
dilakukan sepanjang tahun.
3) HARI THAIPONGGOL
-perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu
- orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
-bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari (Suryabagawan) dan ternakan ladang yang
membantu menghasilkan kekayaan harta benda
10
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
• Sebelum perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulan maatruthal.
11
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
• Semasa perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air
mawar). Kemudian pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke
pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari
pertunangan pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan
upacara perkahwinan.
Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan dan seterusnya pengantin
lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan manakala
bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin pada jari kaki
pengantin lelaki.
Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas
kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta
untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan
menyarungkan pada jari tangan suami atau isterinya.
12
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
• Selepas perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah banana.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama
tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan
kehidupan baru yang bahagia.
13
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Pantang larang Pantang larang
Ketika tetamu merisik
berkunjung ke rumah
Pantang Larang
Kaum India
Pantang larang Pantang larang
kematian kelahiran
Pantang larang
makanan
14
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa
dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang
berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri.
Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai rempah, herba serta sayuran antara
bahan yang sering digunakan dalam masakan India terutama bagi pengamal vegetarian.
Kepercayaan agama serta budaya India telah memberi pengaruh dalam sesuatu masakan.
Pelbagai makanan serta minuman kaum India yang begitu enak dan unik boleh anda
nikmati tanpa perlu terbang jauh hingga ke benua India.
15
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Antara makanan tradisional kaum India:
1. MURUKKU
Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Ia antara makanan ringan yang
sangat digemari ramai. Selain nama murukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan
chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai
dan tepung beras. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat
menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.
2. TOSAI
Tosai, ada juga yang menggelarnya dosa, dosai, dosay, dose, dhosha, thosai atau juga
chakuli. Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai telur, tosai cili, tosai
bawang, tosai rawa, tosai ghee dan sebagainya. Ia sering menjadi hidangan sarapan dan
juga makan malam dan ianya kaya dengan sumber karbohidrat dan juga protein. Tosai
biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.
16
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
3. IDLI
Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti
sanna, rave atau sambar idli. Idli boleh dimakan semasa sarapan pagi mahupun sebagai
makanan ringan. Bahan utama untuk menghasilkan idli ini adalah vigna mungo dan juga
nasi.
4. PUTU MAYAM
Putu mayam antara makanan tradisional India yang mendapat sambutan mengalakkan
dari semua bangsa dan tidak mengira umur. Kuih ini diperbuat dari tepung beras atau
tepung idiyappam bersama air ataupun santan. Untuk menghasilkan putu mayam, ia
akan dibentuk menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang
ditekan bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus. Putu mayam dimakan bersama
kelapa parut, gula perang / gula Melaka dan juga gula pasir. Ia sesuatu dijadikan sarapan
pagi dan juga minuman petang.
17
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
5. VADAI
Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Ia mempunyai dua versi iaitu
paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai biasanya diperbuat daripada kacang
dal, hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang merah. Vadai perlu digoreng dengan
minyak yang banyak
18
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan
didominasikan oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga rumpun
ini beramal dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza.
Pendek kata, ia adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan
memahami kepelbagaian budaya di negara kita. Dalam hal ini juga, ia juga penting untuk
setiap rakyat perlu memahami dan menerima kepelbagaian budaya ini dengan fikiran
terbuka. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan untuk memahami
kepelbagaian kaum.
Oleh itu, sebagai masyarakat penyayang, kita hendaklah menjunjung budaya dan
tamadun masyarakat sama ada Melayu, Cina mahupun India di Malaysia.
19
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
CONTOH PAKAIAN TRADISIONAL INDIA
This Photo by Unknown Author
20
MPU21032 MELUR
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
1) VILAKKU
2) KOLAM ATAU RANGOLI
21