The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SMK BESERI,PERLIS TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUKHAIDA MD AKHIR, 2023-03-16 11:59:01

BUKU PENGURUSAN SMK BESERI,PERLIS TAHUN 2023

BUKU PENGURUSAN SMK BESERI,PERLIS TAHUN 2023

سكوله منڠه كبڠسأن بسر سكوله منڠه كبڠسأن بسري ي


2 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN M/S PRAKATA Profil Dan Akuan Peribadi 10-11 Surat Lantikan 12 Carta Organisasi Jawatankuasa Penyediaan Buku Pengurusan Sekolah 2023 13 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.1.1 Pentadbiran Am untuk Guru 15-29 1.1.2 Latar Belakang Sekolah 30 1.1.3 Maklumat Am Sekolah 30 1.1.4 Enrolmen 31-32 1.1.5 Maklumat Lencana Sekolah 33 1.1.6 Bendera Sekolah 34 1.1.7 Lagu Sekolah 34 1.1.8 Pelan Lantai Bangunan Sekolah 35 1.2 Hala Tuju Sekolah 1.2.1 7 Elemen Dalam Melaksanakan KBAT 36 1.2.2 3 Gelombang Transformasi 37 1.2.3 PBD Dan Elemen Pendidikan Abad Ke-21 38 1.2.4 Visi, Misi Dan Moto SMK Beseri 39 1.2.5 Piagam Pelanggan 40


3 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 1.3 Pentaksiran Dan Peperiksaan 1.3.1 Gred Peperiksaan 41-42 1.3.2 Pakej Kelas 43-45 1.3.3 Masa Persekolahan 46 1.4 Takwim Persekolahan 1.4.1 Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 47 1.4.2 Takwim Minggu Persekolahan Sesi 2023/2024 48 1.4.3 Cuti Perayaan 49 1.4.4 Hari Kelepasan Am Sesi 2023/2024 50 1.4.5 Jadual Pembayaran Emolumen Bulanan 51 1.4.6 Takwim Sekolah 52-76 1.5 Senarai Nama Guru/Anggota Kumpulan Pelaksana/Jadual Pembayaran Gaji 1.5.1 Senarai Nama Guru 77-79 1.5.2 Senarai Nama Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 79 1.5.3 Beseri Blossom 2023/2024 80-89 1.5.4 Senarai Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan 90 1.5.5 Senarai Guru Rumah Sukan 91 1.5.6 Senarai Guru Bertugas Mingguan 92-99 1.5.7 Jadual Pencerapan Guru Dan Buku Latihan 100 1.5.8 Jadual Penyemakan e-RPH 101-102


4 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 1.5.9 Tempoh Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan 102 1.6 Amanah Tugas Guru 1.6.1 Agihan Masa Mengajar Guru 103-105 1.6.2 Komponen dan Amanah Tugas Guru 106-113 1.6.3 Portfolio Berjawatan 114 1.6.4 Portfolio Tanpa Jawatan 115-118 1.6.5 Jawatankuasa 119 BAB 2 : KOMPONEN A-PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2.1 Carta Organisaasi Pengurusan Dan Pentadbiran 121 2.2 JR01 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 122 2.3 Jawatankuasa Perancangan Strategik Sekolah 122 2.4 Jawatankuasa Transformasi Sekolah (TS25) 122 2.5 JM05 Jawatankuasa NKRA & Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 123 2.6 Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 123 2.7 Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah 123 2.8 JR02 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) 123 2.9 Jawatankuasa Peningkatan Profesionalisme Guru Dan AKP (LDP/PLC) 123 2.10 Jawatankuasa Mesyuarat Dan Taklimat Guru 123 2.11 Jawatankuasa Pengurusan Kehadiran Guru Dan AKP 124 2.12 Jawatankuasa Pembangunan Dan Pengurusan Aset Sekolah 124 2.13 JM04 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Sekolah 124


5 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 2.14 Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah 124 2.15 Jawatankuasa Dokumentasi & Laman Web Sekolah, Google Classroom & e-RPH 124 2.16 Jawatankuasa Pengurusan Papan Kenyataan Sekolah (PKS) 125 2.17 Jawatankuasa Pengurusan Fizikal Sekolah 125 2.18 Jawatankuasa Pengurusan Siar Raya Dan Multimedia 125 2.19 Jawatankuasa Perpaduan 125 2.20 Jawatankuasa Jalinan Dan Jaringan 125 2.21 JR08 Jawatankuasa Bencana Dan Pengurusan Risiko 125 2.22 JR09 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Dan Sarana 126 2.23 JR10 Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru Dan Staf (BKGS) 126 2.24 Jawatankuasa Pemantauan Perkhidmatan Pekerja Swasta/Kawalan Keselamatan & Kebersihan Kawasan Sekolah 127 2.24 Jawatankuasa Bilik-bilik Khas 127 BAB 3 : KOMPONEN B -PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 129 3.2 Dasar Pengoperasian Kurikulum 130-132 3.3 JM12 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 133 3.4 JM13 Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran • Bidang Bahasa • Bidang Sains Dan Matematik • Bidang Kemanusiaan • Bidang Teknik Dan Vokasional 133 3.5 Jawatankuasa Jadual Waktu 134 3.6 JM15 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 134


6 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 3.7 JM14 Jawatankuasa Pentaksiran dan Penilaian 134 3.8 Jawatankuasa Kecemerlangan 134 BAB 4 : KOMPONEN C -PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) 4.1 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 136 4.2 Dasar Pengoperasian HEM 137-139 4.3 JM16 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 140 4.4 JM17 Jawatankuasa Disiplin Dan Pembangunan Sahsiah Murid • Disiplin Dan Lembaga Tatatertib • Pengawas • Pengurusan Maklumat Murid • Pembangunan Sahsiah Murid (SUMUR) • Sijil Berhenti Sekolah • Pengurusan Ponteng / Pengurusan Murid Berisiko Cicir 140-141 4.5 JM19 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 142 4.6 Jawatankuasa Bantuan Dan Kebajikan Murid 142 4.7 JM18 Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan (3K) • Kebersihan Dan Keceriaan • Kesihatan • Keselamatan /Latihan Kawad Kebakara • Kantin • Kawalan Denggi 143 4.8 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 143 BAB 5 : KOMPONEN D -PENGURUSAN KOKURIKULUM 5.1 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 145 5.2 Dasar Pengoperasian Kokurikulum 146-148 5.3 JM21 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 149 5.4 JM33 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 149


7 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 5.5 Jawatankuasa Pengurusan Kelab Persatuan • Persatuan Bahasa Melayu • Persatuan Bahasa Inggeris • Persatuan Agama Islam • Persatuan STEM / Kitar Semula • Persatuan Pertanian / SRT • Kelab Koperasi / Pengguna • Kelab ICT / Fotografi / Multimedia • Kelab Kerjaya / Perlancongan 149-150 5.6 Jawatankuasa Pengurusan Badan Beruniform • Kadet Remaja Sekolah (KRS) • Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) • Pengakap • Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) • Seni Silat 151 5.7 Jawatankuasa Pengurusan Sukan Dan Permainan • Bola Sepak • Badminton • Bola Jaring • Sepak Takraw • Bola Tampar 152 5.8 Jawatankuasa Rumah Sukan • Cengal • Merbau • Meranti • Tembusu 153 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum 5.9 Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum 154 5.10 Jawatankuasa Pemantapan Unit Beruniform 154 5.11 Jawatankuasa Pengelolaan Majlis Pengakap Udara Pertama Perlis 154 5.12 Jawatankuasa Big Book & MEDSOC (Beseri Channel Network-BCN) 154 5.13 JM22 Jawatankuasa Pembangunan Sukan • Merentas Desa • Bola Baling 154


8 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN • Catur • Bola Sepak Wanita • Bola Sepak 5.14 Pengurusan Sukan Untuk Semua • 1M1S 155 5.15 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum • Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan & Kokurikulum (PAJSK) • Pentaksiran SEGAK 155


9 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN


10 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PROFIL GURU Nama No. JPK No. KP Tarikh Lantikan Pertama Jawatan Tarikh Pengesahan No. Telefon Tarikh Masuk Skim Pencen Nama Pasangan Tarikh Lantikan Semasa No. Telefon Bulan Kenaikan Gaji Kelulusan Akademik Kelulusan Ikhtisas Ijazah Sarjana Institusi Institusi Tahun Tahun Ijazah Sarjana Muda Major Institusi Tahun Minor Alamat Rumah Tarikh Naik Pangkat DG 41 DG 44 DG 48 DG 52 DG 54


11 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Tugas-tugas Pentadbiran Tugas-tugas Kurikulum Tugas-tugas HEM Tugas-tugas Kokurikulum Bahasanya saya menerima Manual Pengurusan Sekolah 2023 dan telah meneliti dan memahami semua maklumat dan bersetuju menerima pelantikan yang terkandung di dalamnya dan akan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab, amanah, iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti kerja yang cemerlang untuk mencapai misi dan visi sekolah. ……………………….. Tarikh:………………………………. (tandatangan)


12 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN Rujukan Kami : SMKBPs BMM1/0100(01) Tarikh : 13 Mac 2023 Kepada, Semua Guru SMK Beseri Semua Anggota Kumpulan Sokongan(AKP) SMK Beseri Tuan, PELANTIKAN BAGI MENJALANKAN TUGAS TAMBAHAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya sebagai Pengetua dengan ini melantik secara rasminya tuan menjalankan tugastugas tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti yang tercatat dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah 2023 mengikut bidang tugas masing- masing. 3. Tugas ini merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan seperti yang diamanahkan dalam arahan tugas-tugas guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dan amanah ini dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab selaras dengan kehendak visi dan misi sekolah serta Dasar Pendidikan Kebangsaan demi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SMK Beseri. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang melaksanakan amanah, (NARDIN BIN BAKAR) Pengetua, SMK Beseri. Perlis. سكوله منڠه كبڠسأن بسري SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI 02400 BESERI, PERLIS “ILMU TRANSFORMASI INSAN” Telefon 04-9383832 Pengetua 04-9383833 Faks 04-9383831 KodSekolah REA 0085 Email : [email protected]


13 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN JAWATANKUASA MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH PENGERUSI PENGETUA NARDIN BIN BAKAR PENYELARAS GK SAINS DAN MATEMATIK SUKHAIDA BINTI MD AKHIR AHLI JAWATANKUASA GK BAHASA HASNI BINTI HASSAN AHLI JAWATANKUASA GK TEKNIK VOKASIONAL LIM FONG YEE NAIB PENGERUSI II PK KOKURIKULUM HASLIZA BINTI IBRAHIM NAIB PENGERUSI I PK HEM HAMBALI BIN YUSOF


14 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN


15 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PENTADBIRAN AM UNTUK GURU 1 PERINTAH AM Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan. 2 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH 2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan. 2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. 2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah. 2.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah. 2.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan murid dan sekolah melebihi kepentingan peribadi. 2.6 Semua guru adalah guru disiplin. 2.7 Semua guru adalah guru kaunseling. 3 KEDATANGAN 3.1 Jadual waktu persekolahan/ waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 3.2 Guru dan AKP dikehendaki berada dalam kawasan sekolah seperti ketetapan berikut : Guru sesi pagi : 7.15 pagi hingga 2.10 petang Guru sesi petang : 11. 45 pagi hingga 6.40 petang AKP : 7.30 pagi hingga 6.00 petang atau mengikut pemenggalan waktu yang ditetapkan.


16 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN Semua guru dan AKP dikehendaki merekod sendiri kad perakam waktu sampai ke ekolah dan sebelum balik. 3.3 Guru hendaklah memberitahu pihak pentadbiran sekolah selewat-lewatnya sebelum 7.15 pagi, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 3.4 Semua urusan peribadi guru dan AKP hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 4 KELUAR WAKTU BERTUGAS 4.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan. 4.2 Guru dan AKP dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar Kawasan dan dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan. 4.3 Kerja bertulis / tugasan hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah. 4.4 Guru dan AKP hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam Buku Kebenaran Keluar. 5 MELAKUKAN KERJA LUAR Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut :- 5.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. 5.2 Dibenarkan dengan syarat :- 5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat 5.2.2 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam 5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.


17 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 6 DISIPLIN GURU 6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja: 6.1.1 Membaca, memahami serta boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan “Perintah Am” dan lain-lain arahan perkhidmatan. 6.1.2 Bertanggungjawab menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua murid dengan memuaskan. 6.1.3 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan. 6.1.4 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid hendaklah sentiasa dijaga. 6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang 6.2.1 Menepati masa. 6.2.2 Mengetik kad perakam waktu semasa datang dan balik. 6.2.3 Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai. 6.2.4 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna. 6.2.5 Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan. 6.2.6 Hadir ke sekolah bila-bila masa diperlukan apabila diarahkan oleh Pengetua. 6.2.7 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar. 6.2.8 Segala masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan. 6.2.9 Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah untuk hal-hal yang tidak penting. 6.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah 6.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak. 6.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan, kebersihan, bilik darjah dan sekolah. 6.3.3 Bersikap tegas terhadap murid tetapi elakkan daripada melakukan deraan. 6.3.4 Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid. 6.4 Waktu tidak mengajar (Free Period) 6.4.1 Guru hendaklah berada dalam kawasan sekolah semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. 6.4.2 Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, menyediakan BBM, membuat rujukan atau menulis rancangan persediaan mengajar.


18 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 6.4.3 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat tentang masalah murid dan PdPc, untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 6.5 Tugas mengawas Peperiksaan Dalaman 6.5.1 Diwajibkan untuk semua guru. 6.5.2 Guru masuk kelas mengikut jadual waktu PdPc dan jadual guru ganti. 6.5.3 Guru hendaklah mematuhi Jadual Peperiksaan. 6.5.4 Guru dilarang melakukan aktiviti lain seperti menggunakan telefon bimbit, memeriksa kertas jawapan murid, membaca akhbar, menanda buku latihan atau berbual dengan rakan sejawat. 7 CUTI 7.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 7.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 7.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada 7 hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari dalam satu tahun kalendar (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017). 7.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 7.2.3 Kelulusan diberikan atas budi bicara Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 7.2.4 Bilangan hari CRK yang diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan. 7.2.5 Permohonan mestilah dibuat kepada Pengetua dengan berjumpa secara peribadi. 7.2.6 Isi borang setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua. 7.2.7 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum, kecuali kes- kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).


19 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 7.2.8 Cuti bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Pengetua berhak membatalkan cuti atau memanggil guru kembali bertugas sekiranya perlu. 7.3 Cuti Sakit 7.3.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 7.3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada secara berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke PPD, JPN dan KPM. 7.3.3 Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD, JPN dan KPM. 7.4 Cuti ke Luar Negara Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 7.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 7.6 Cuti Tanpa Rekod Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau perkhemahan tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian dalam sukan, dan tugas khas perubatan. 7.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


20 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 8 PAKAIAN 8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan norma masyarakat. Semua jenis pakaian ‘jeans’ tidak dibenarkan. 8.2 Pakaian berbentuk seluar (kecuali yang mematuhi SPP Bil. 9/2013), baju tanpa lengan, skirt pendek, pakaia nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 8.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 8.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai kasut sarung (bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 8.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. 8.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian yang sesuai: 8.6.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja-T berlengan, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 8.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja-T berkolar, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 9 TANDA NAMA Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah. 10 BILIK GURU 10.1 Guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. 10.2 Guru tidak dibenarkan memasak di dalam Bilik Guru. 10.3 Guru tidak digalakkan memenarkan murid berada di dalam Bilik Guru. 10.4 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam Bilik Guru. 10.5 Individu terakhir meninggalkan Bilik Guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu dan pendingin hawa dipadamkan dan semua pintu dan tingkap dikunci.


21 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 11 INISIATIF GURU 11.1 Guru-guru adalah sentiasa digalakkan untuk bersikap proaktif dan mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. 11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan dan membincangkan serta memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Pengetua. 12 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 12.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua. 12.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan Pentadbiran. 13 TUGAS GURU 13.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab. 13.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau di sekolah lain, arahan ini hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa keizinan Pengetua. 13.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, Minit Curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat sekolah. 13.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan “InHouse Training” kepada guru lain apabila balik ke sekolah dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya. 13.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk murid dan memaklumkan kepada Ketua Panitia.


22 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 14 FAIL REKOD MENGAJAR 14.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan rekod pengajaran (eRPH) yang dilaksanakan melaui platform Google Classroom. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 14.2 e-RPH ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. 14.3 Guru yang bercuti panjang, ID dan kata laluan DELIMA hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk urusan guru pengganti. 15 JADUAL WAKTU MENGAJAR 15.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. 15.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 15.3 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas. 16 JADUAL KEDATANGAN MURID / APDM 16.1 Setiap guru kelas bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat yang diperlukan dalam APDM dan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 16.2 Guru kelas berkewajipan mengisi kedatangan murid dalam e-Kehadiran selewat-lewatnya pukul 9.00 pagi. 16.3 Analisis kehadiran akan disemak oleh Pengetua atau Penolong Kanan HEM atau Guru Kanan atau guru yang ditugaskan oleh Pengetua. 16.4 Guru Kelas hendaklah mencetak analisis kehadiran pada setiap hujung bulan. 17 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 17.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM. 17.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.


23 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 18 KEBERSIHAN 18.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masingmasing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 18.2 Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal biasa dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 18.3 Semua guru, AKP dan murid sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah. 19 KUTIPAN YURAN PIBG 19.1 Bayaran / Yuran PIBG yang dipungut untuk satu-satu tahun adalah seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat PIBG. 19.2 Guru kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip bayaran / yuran tersebut. Guru kelas hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan kepada murid-murid yang membayar atau menjelaskan bayaran yuran. 20 SURAT-MENYURAT Semua surat rasmi yang menggunakan letterhead sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. 20.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 20.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 20.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah :- 20.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal,sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. 20.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat iringan yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat iringan daripada sekolah walaupun dihantar dengan serahan tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat iringan hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.


24 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 21 URUSAN DENGAN JPN Guru dan AKP tidak digalakkan pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan peribadi semasa waktu persekolahan kecuali diarahkan berbuat demikian. 22 PELAWAT/JURUJUAL Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya. 23 PEMBELIAN BARANG 23.1 Setiap pembelian barang mestilah dibincang bersama Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran dan mendapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu dengan menggunakan Borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat sekolah. 23.2 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 23.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO). 23.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod nombor daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. 23.5 Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 24 KEGIATAN KOKURIKULUM 24.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang telah ditetapkan pada setiap hari Rabu mulai 7.30 hingga 9.30 pagi. 24.2 Semua guru wajib hadir ke kegiatan kokurikulum. 25 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 25.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 25.2 Perhimpunan rasmi sekolah hendaklah diadakan sekali seminggu pada setiap hari Ahad 7.30 hingga 8.00 pagi. 26 MESYUARAT GURU 26.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 26.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia. 26.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. 26.4 Mesyuarat guru hendaklah diadakan di luar waktu PdPc.


25 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 27 MESYUARAT JAWATANKUASA 27.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa-jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri mesyuarat yang ditetapkan dan mengambil bahagian yang aktif dalam mesyuarat tersebut. 27.2 Guru-guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa hendaklah menyediakan surat panggilan dan minit mesyuarat serta satu salinan hendaklah diserahkan kepada Pengetua dengan kadar segera. 28 LAWATAN SAMBIL BELAJAR 28.1 Guru-guru Penasihat Persatuan atau unit beruniform yang ingin menganjurkan lawatan sambil belajar mesti berbincang terlebih dahulu dengan Pengetua. Segala prosedur hendaklah dipatuhi. 28.2 Guru-guru dilarang menganjur lawatan berbentuk “berkelah” untuk murid. 28.3 Semasa lawatan, guru-guru bertanggungjawab mengawasi dan mengawal murid-murid. 28.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan bertulis kepada Pengetua. 29 MENGIRING PASUKAN SEKOLAH 29.1 Guru pengiring pasukan sekolah bertanggungjawab mengurus segala urusan yang berkaitan. 29.2 Guru pengurus pasukan bertanggungjawab mengawasi penyokong pasukan sekolah (jika ada). 30 ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/KURSUS DALAMAN 30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 30.2 Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.


26 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 31 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 31.1 Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi secara profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi. 31.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 31.3 Guru-guru dikehendaki sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dan mewujudkan kemesraan semasa bertugas. 32 GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH 32.1 Guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan kepada murid. 32.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah. 33 KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN PERHIASAN BILIK DARJAH Guru-guru kelas hendaklah memastikan murid-murid menghias dan menjaga kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. Selain itu, guru-guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-murid. 34 KEAHLIAN KELAB GURU/PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru & Staf dan PIBG sekolah. 35 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA Guru-guru dikehendaki masuk kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Demikian juga guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja tamat masa. 36 KAWALAN MURID Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid di dalam dan luar bilik darjah. 37 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR 37.1 Semasa mengajar, guru-guru hendaklah berada dalam keadaan yang cergas serta membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk / bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan. 37.2 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana murid tidur atau membuat bising.


27 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 38 ALAT MENGAJAR/BAHAN SUMBER 38.1 Guru-guru bertanggungjawab menyediakan alat bantuan mengajar bagi mata pelajarannya. 38.2 Alat bantuan yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya hendaklah digunakan dalam pengajaran. Guru-guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat tersebut. 39 PERALATAN SUKAN 39.1 Setiausaha Sukan bertanggungjawab merekodkan semua peralatan sukan. 39.2 Guru hendaklah memastikan peralatan sukan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. 39.3 Guru dan Ketua Pasukan sahaja yang dibenarkan mengambil alatan di Bilik Sukan. 39.4 Aliran pergerakan peralatan sukan hendaklah direkodkan di dalam buku khas. 40 BUKU LATIHAN DAN BUKU NOTA MURID 40.1 Murid-murid hanya dibenar menggunakan buku latihan yang dijual di Koperasi Sekolah atau mana-mana buku latihan yang dipersetujui oleh Pengetua. 40.2 Guru-guru hendaklah memastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. 40.3 Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan dan buku nota murid ini kepada Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan / Pengetua untuk ditandatangani mengikut jadual yang ditetapkan. 41 LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA 41.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid mengikut Kontrak Latihan yang ditetapkan. 41.2 Latihan yang diberi hendaklah mencabar kebolehupayaan murid. 41.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat mungkin dan sentiasa dikemaskini. Guru tidak boleh menyimpan buku latihan murid lebih dari satu minggu. 41.4 Guru dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari semasa ke semasa untuk memastikan nota betul, lengkap, kemas dan teratur.


28 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 42 UJIAN/PENTAKSIRAN PENINGKATAN PRESTASI 42.1 Guru-guru hendaklah menjalankan ujian / pentaksiran peningkatan prestasi mengikut takwim sekolah dan merekodkan markah di dalam Fail Rekod Mengajar guru. 42.2 Arahan bagi peperiksaan / pentaksiran penggal akan diberi dari semasa ke semasa. 43 PENYELIAAN PENGETUA Pengetua akan melakukan penyeliaan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat kelancaran proses pengajaran dan pemudahcaraan. 44 PENYELIAAN OLEH NAZIR/PEGAWAI Guru-guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya kepada Nazir atau pegawai-pegawai lain yang datang untuk memantau proses pengajaran dan pemudahcaraan. 45 GURU GANTI 45.1 Guru ganti hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan mengajar mana-mana mata pelajaran yang sesuai. 45.2 Murid-murid dibenarkan untuk membuat kerja masing-masing di bawah pengawasan guru. 46 ARAHAN DAN PEKELILING 46.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 46.2 Setiap arahan pekeliling hendaklah disimpan dalam fail khas. 47 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 47.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 47.2 Mesti mendapat kebenaran Penjaga Stok dan direkodkan. 47.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera dalam keadaan baik. 47.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan diganti.


29 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN 48 TELEFON 48.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak dibenar menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. 48.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc dan semasa mesyuarat. 49 KUNCI 49.1 Semua kunci bilik khas mesti disimpan di pejabat. guru yang mengambil kunci tersebut hendaklah mengisi buku rekod pinjaman di pejabat. 49.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada pengetua dan mencatat nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 50 BUKU STOK/INVENTORI 50.1 Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta). 50.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan atau Pengetua. 51 KOMPUTER RIBA/PROJEKTOR LCD 51.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan projektor LCD hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 51.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc bertepatan dengan objektif penggunaannya.


30 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri merupakan sekolah harian yang ditubuhkan pada 5 November 2012. Sekolah ini terletak dalam Mukim Beseri dan di bawah Parlimen Padang Besar. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred B dengan keluasannya 5.565 hektar. Sekolah ini pada awal pembukaannya mempunyai 29 orang guru dan 4 orang staf sokongan / anggota kumpulan perlaksana. Jumlah kelas yang diperuntukan adalah sebanyak 24 kelas. Pada peringkat awalnya iaitu semasa pendaftaran murid pada 5 November 2012 ,kebanyakan murid datang dari SMK Tengku Suleiman, SMK Dato’ Jaafar Hassan dan juga dari sekolah menengah berdekatan seperti SMK Abi. Muridnya terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Siam dan Cina. Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri diharap dapat mengurangkan bilangan murid yang terlalu padat di sekolah menengah berhampiran. Diharapkan Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri akan dapat menyediakan peluang pendidikan terbaik kepada masyarakat setempat dan seterusnya membantu negara ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang demi kesinambungan pembangunan negara. MAKLUMAT AM SEKOLAH Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI Kod Sekolah REA0085 Alamat Sekolah Jalan Semadong, 02400 Beseri,Perlis Tarikh Ditubuhkan 5 November 2012 Luas Kawasan 5.565 hektar No. Faksimili 04 938 3831 No. Telefon 04 938 3832 E-mail Sekolah [email protected]


31 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN ENROLMEN ENROLMEN MURID TINGKATAN BANGSA AGAMA JUMLAH JUMLAH BESAR MELAYU BUKAN MELAYU ISLAM BUKAN ISLAM L P L P L P L P L P TINGKATAN 1 85 TINGKATAN 2 28 27 2 1 28 27 2 1 30 28 58 TINGKATAN 3 29 33 0 0 29 33 0 0 29 33 62 TINGKATAN 4 21 20 0 0 21 20 0 0 21 20 41 TINGKATAN 5 15 19 3 0 15 19 3 0 18 19 37 283


32 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN ENROLMEN GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA TINGKATAN BANGSA AGAMA JUMLAH JUMLAH BESAR MELAYU BUKAN MELAYU ISLAM BUKAN ISLAM L P L P L P L P L P GURU 11 18 1 11 18 1 11 19 30 KAUNSELOR 1 1 1 1 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 2 2 1 2 2 1 2 3 5 JUMLAH 13 21 2 36


33 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN LENCANA SEKOLAH SMK BESERI BENDERA SEKOLAH WARNA BIRU DAN KUNING Warna bendera negeri Perlis PERISAI Simbol kebanggaan dan kehormatan sekolah REHAL Simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi tonggak utama sekolah sepanjang masa KEPALA MANUSIA Menggambarkan INSAN yang berilmu hasil dari proses TRANSFORMASI Pendidikan yang berkualiti PETAK BIRU DAN KUNING Merupakan abstrak kepada perkataan “ITI” yang merupakan moto sekolah iaitu “ILMU TRANSFORMASI INSAN” BUNGA PADI Kekayaan hasil bumi nikmat rakyat bersama BUKU DAN PELITA ILMU yang dipelajari menerangi kehidupan WARNA KELABU Integriti dan kesatuan dalam kalangan golongan pendidik, pentadbir dan murid secara menyeluruh WARNA HIJAU Keharmonian sepanjang masa


34 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN LAGU SEKOLAH ILMU TRANSFORMASI INSAN Maju Mengorak Langkah LAGU SEKOLAH Maju Mengorak Langkah Maju Ke Satu Arah Gigih Tekun Berusaha Gigih Untuk Berjaya SMK Beseri Kami Meterai Janji Untuk Teguh Berdiri Ilmu Transformasi Insan Cemerlang, Gemilang, Terbilang Demi Mencapai Wawasan Moga Kekal Sebagai Warisan SMK Beseri Ilmu Transformasi Insan Lagu dan Lirik : Saiful Adli bin Sukhaimi ILMU TRANSFORMASI INSAN


35 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PELAN LANTAI BANGUNAN SMK BESERI


36 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN


37 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN


38 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN


39 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI SEKOLAH “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” MOTO SEKOLAH “Ilmu Transformasi Insan”


40 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri beriltizam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan dengan cepat dan adil seperti : • Mengoptimumkan potensi murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sehingga melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan spiritual. • Menyediakan suasana sekolah yang kondusif, harmonis, dan memberangsangkan untuk pengajaran, pembelajaran, dan perkembangan sahsiah yang positif. • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak perkhidmatan dan keperluan pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. • Melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab dalam usaha mentransformasikan insan. • Menjalinkan hubungan baik antara warga sekolah dengan pihak luar dan masyarakat sekitar.


41 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN GRED MENENGAH RENDAH Markah Gred Catatan 80 – 100 A Cemerlang 70 – 79 B Kepujian 60 – 69 C Baik 50 – 59 D Memuaskan 40 – 49 E Mencapai Tahap Minimum 01 – 39 F Belum Mencapai Tahap Minimum 00 TH Tidak Hadir


42 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN GRED MENENGAH ATAS Markah Gred Catatan 90 – 100 A+ Cemerlang Tertinggi 80 – 89 A Cemerlang Tinggi 75 – 79 A- Cemerlang 70 – 74 B+ Kepujian Tertinggi 65 – 69 B Kepujian Tinggi 60 – 64 C+ Kepujian Atas 50 – 59 C Kepujian 45 – 49 D Lulus Atas 40 – 44 E Lulus 01 – 39 G Gagal 00 TH Tidak Hadir


43 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PAKEJ MATA PELAJARAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH RENDAH TINGKATAN MATA PELAJARAN BIL WAKTU SEMINGGU MASA MINIMUM SETAHUN (JAM) TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TERAS BAHASA MELAYU 7 128 BAHASA INGGERIS 6 112 MATEMATIK 6 112 SAINS 6 112 SEJARAH 3 64 PENDIDIKAN ISLAM 7 128 PENDIDIKAN MORAL 7 64+*32 WAJIB GEOGRAFI 3 48 PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN 4 64 ASAS SAINS KOMPUTER 3 64** PENDIDIKAN SENI VISUAL 2 32** REKA BENTUK TEKNOLOGI 3 64** Nota: *masa minimum perlaksanaan di luarwaktu pdp ialah 32 jam setahun ** dilaksanakan mengikut pilihan murid dengan kelulusan sekolah


44 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS TINGKATAN 4 BESTARI TINGKATAN 4 BAKTI TINGKATAN 4 BUDI MASA MINIMUM SETAHUN (JAM) MATA PELAJARAN TERAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL 128 112 112 112 64 96 64 MATA PELAJARAN WAJIB PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN 64 MATA PELAJARAN ELEKTIF PERTANIAN / SAINS RUMAH TANGGA 96 PERNIAGAAN 96 PENDIDIKAN SENI VISUAL 64


45 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN TINGKATAN 5 BESTARI TINGKATAN 5 BAKTI TINGKATAN 5 BUDI MASA MINIMUM SETAHUN (JAM) MATA PELAJARAN TERAS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL 128 112 112 112 64 96 64 MATA PELAJARAN WAJIB PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN 64 MATA PELAJARAN ELEKTIF PERTANIAN / SAINS RUMAH TANGGA PERTANIAN / SAINS RUMAH TANGGA 96 PERNIAGAAN (96) PENDIDIKAN SENI VISUAL (64)


46 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN MASA PERSEKOLAHAN HARI/MASA 7.45 – 10.15 10.15 - 10.45 10.45 -1.45 1.45 - 2.15 ISNIN PERHIMPUNAN RASMI REHAT SOLAT SELASA REHAT SOLAT RABU AKTIVITI KOKURIKULUM REHAT SOLAT KHAMIS REHAT SOLAT HARI/MASA 7.45 – 9.45 9.45 - 10.15 10.15-12.15 JUMAAT BACAAN YASIN REHAT BERSURAI


47 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 (KUMPULAN B)


48 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN TAKWIM MINGGU PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 (KUMPULAN B)


49 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (SABTU) DAN 23.04.2023 (AHAD) 20.04.2023 (KHAMIS) 20.04.2023 (KHAMIS) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Tambahan KPM untuk Kumpulan B 21.04.2023 (JUMAAT) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (KHAMIS) 28.06.2023 (RABU) 28.06.2023 (RABU) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Tambahan KPM untuk Kumpulan B 30.06.2023 (JUMAAT) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (AHAD) 13.11.2023 (ISNIN) 13.11.2023 (ISNIN)* NEGERI SARAWAK SAHAJA Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 14.11.2023 (SELASA) TAHUN BARU CINA 10.02.2025 (SABTU) DAN 11.01.2024 (AHAD) 09.02.2024 (JUMAAT) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B


50 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERI JALAN SEMADONG, 02400, BESERI, PERLIS. ILMU TRANSFORMASI INSAN HARI KELEPASAN AM SESI 2023 / 2024 BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI 1 AWAL RAMADHAN 23 MAC 2023 KHAMIS 2 NUZUL AL QURAN 8 APRIL 2023 SABTU 3 HARI RAYA AIDILFITRI 20 - 23 APRIL 2023 KHAMIS – AHAD 4 HARI PEKERJA 1 MEI 2023 ISNIN 5 HARI WESAK 4 MEI 2023 KHAMIS 6 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI PERTUAN AGONG 5 JUN 2023 ISNIN 7 HARI RAYA QURBAN 28 & 29 JUN 2023 RABU & KHAMIS 8 AWAL MUHARRAM 19 JULAI 2023 RABU 9 HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2023 KHAMIS 10 HARI MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2023 AHAD 11 HARI MAULIDUR RASUL 28 SEPTEMBER 2023 KHAMIS 12 HARI DEEPAVALI 12 & 13 NOVEMBER 2023 AHAD & ISNIN 13 HARI KRISMAS 25 DISEMBER 2023 ISNIN 14 TAHUN BARU 2024 1 JANUARI 2024 ISNIN 15 THAIPUSAM 25 JANUARI 2024 KHAMIS 16 ISRAK DAN MIKRAJ 8 FEBRUARI 2024 KHAMIS 17 TAHUN BARU CINA 9 – 11 FEBRUARI 2024 JUMAAT - AHAD


Click to View FlipBook Version