The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-01336588, 2021-09-19 23:33:30

Minit Mesyuarat AJK PIBG Bil 4 2020

Minit Mesyuarat AJK PIBG Bil 4 2020

SK BANDAR SUNGAI BUAYA
48010 RAWANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL.4 SESI 2020/2021

Tarikh : 07 MAC 2021 (AHAD)

Masa : 9.30 PAGI

Tempat : BILIK MESYUARAT, SKBSB

Kehadiran :

1. DATUK HAJI MOHD IZUDDIN BIN HAJI MOHD ILIAS

2. PUAN SYARIZA-ANNUR BINTI IDRIS

3. CIK NURFARHANA BINTI MOHD JAMAL

4. ENCIK MOHD AZHAM AIZAD BIN HAMDAN

5. ENCIK MOHD FADLI BIN MOHAMAD JOHARI

6. ENCIK MOHD FAISAL BIN ABDUL

7. ENCIK MOHD NUREFFENDI BIN ZAINAL ABIDIN

8. ENCIK AHMAD RAZALI BIN MOKHTAR

9. ENCIK BORHANUDDIN BIN SAAID

10. PUAN ZILAWATI BINTI ZAHARI

11. PUAN ISMA JUNIZAH BINTI ISHAK

12. PUAN RAFIDAH BINTI SIDEK

13. PUAN JUNAIDAH BINTI TAHIR

14. PUAN SITI NORAIDAH BINTI OMAR BAKI

15. PUAN ZANARIA BINTI PILOS

16. ENCIK THEVANDIRAN A/L SELVARAJAH

17. PUAN HIDAYATI BINTI KADIR

18. PUAN MAWAR HANIM BINTI WAHAB

19. PUAN ROSZALINA BINTI SAHIN

Turut Hadir:
1. PUAN SHARIFAH BINTI ARSHAD
2. PUAN YUSNETA BINTI DAUD
3. ENCIK MOHD YUSMADY BIN YUSOF
4. PUAN NOOR ASLIZA BINTI ABDUL WAHAB

Tidak Hadir bersebab:
1. ENCIK WAN ABDUL HALIM BIN WAN KAMARUDDIN
2. PUAN ROSMALIZA BINTI IBRAHIM

1.0 Perutusan Pengerusi (Datuk Haji Mohd Izuddin bin Haji Mohd Ilias)
1.1 Pengerusi memberikan kata-kata aluan.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir atas komitmen
AJK walaupun mesyuarat diadakan pada hari ahad.
1.3 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada AJK ibu bapa kerana komitmen yang
diberikan kepada PIBG terutamanya Puan NYDP yang banyak membantu menggerakkan
dan menyelaraskan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020.
1.4 Beliau juga memberitahu pada 2 Mac 2021, sesi persekolahan secara bersemuka bagi
murid Prasekolah, PPKI, Murid Tahun 1 dan Tahun 2 telah bermula pada minggu lepas.
Cabaran utama warga sekolah dan PIBG adalah pada 13 Mac 2021 kerana sekolah akan
beroperasi sepenuhnya.
1.5 PIBG SKBSB sebaik mungkin akan menyokong segala aktiviti sekolah dan merupakan
objektif utama PIBG ditubuhkan.
1.6 YDP juga memaklumkan akan melaksanakan projek atau aktiviti PIBG yang yang
tertangguh pada tahu 2020. Fokus utama pada tahun ini adalah untuk menyiapkan kerja-
kerja penambahbaikan Dewan Gemilang Technofit bagi menghalang sinaran matahari
pada waktu pagi dan tempias di bahagian pentas apabila hujan lebat. Kerja-kerja
penambahbaikan akan dilaksanakan bergantung kepada SOP KPM dan kebenaran
daripada pihak sekolah.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Guru Besar (Puan Sharifah binti Arshad)
2.1 Guru Besar memberikan kata-kata aluan.
2.2 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir
2.3 Memaklumkan sesi persekolahan Tahun 2021 telah bermula secara Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 20 Januari 2021. PdPR dilaksanakan selama 5
minggu persekolahan bagi murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1, dan Tahun 2 manakala bagi
murid Tahun 3 hingga Tahun 6 melaksanakan PdPr selama 6 minggu.
2.4 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka telah bermula pada 3 Mac 2021
bagi murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1, dan Tahun 2. Murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pula
bermula lewat seminggu iaitu pada 10 Mac 2021.
2.5 Puan Guru Besar turut meminta bantuan dan kerjasama PIBG dalam usaha membantu
pihak sekolah dalam penyuraian murid sewaktu pulang sekolah kerana KPM telah

menetapkan SOP yang baharu keranan Sekolah dipertanggungjawabkan menjaga
penjarakan sosial sewaktu murid pulang dari sekolah.
2.6 Beliau juga memaklumkan bahawa kehadiran guru seratus peratus bermula 10 Mac 2021.
Sebelum ini hanya sebilangan guru yang terlibat sahaja bekerja di sekolah.
2.7 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa Pihak Sekolah bercadang mengadakan
Majlis Persaraan guru dan kakitangan sekolah yang telah bersara dan majlis dijangka
berlangsung 27 Mac 2021. Majlis ini akan dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf (KKGS).
Pada majlis ini juga akan mereaikan 2 orang guru yang bertukar sebagai menghargai jasa
mereka sewaktu di Sekolah ini.
2.8 Beliau juga memberitahu enrolmen sekolah berdasarkan data emis yang terkini:-
2.8.1 Bilangan Guru seramai 68 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

seramai 9 orang termasuk seorang Juruteknik Komputer yang baharu. Pecahan
jantina guru adalah seperti berikut, 11 guru lelaki dan 57 guru perempuan. Sekolah
turut menerima 2 orang guru baharu dan 2 orang guru ganti, seorang guru ganti
mengantikan Puan Suraya binti Karim yang bercuti sakit dan seorang lagi guru ganti
menggantikan Puan Rosmaliza binti Ibrahim yang cuti bersalin.
2.8.2 Murid SKBSB keseluruhannya seramai 1009 orang. Termasuk murid di aliran
perdana dan PPKI dan 50 orang murid Prasekolah.
2.8.3 Memaklumkan proses pendaftaran murid baharu Prasekolah telah dibuka secara
atas talian bermula 1 Mac 2021. Pihak sekolah akan membantu Ibu bapa yang tidak
dapat mengisi pendaftaran secara dalam talian kerana masalah komputer dan
capaian internet. Begitu juga dengan pendaftaran murid Tahun 1, pendaftaran
secara dalam talian telah dibuka sehingga 30 April 2021. Pendaftaran murid
Prasekolah digalakkan mengisi secara dalam talian kerana JPN sentiasa memantau
data permohonan tersebut. Jika ibu bapa dan penjaga ramai memohon ke sekolah
ini pihak sekolah boleh membuka kelas lagi dengan permohon kepada JPN Selangor.
Begitu juga dengan sebaliknya, Kelas Prasekolah boleh dikurangkan jika pendaftaran
murid Prasekolah di sekolah tidak menggalakkan.

Tindakan: Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 En. Mohd Azham Aizad bin Hamdan mencadangkan Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
PIBG Bil.3 sesi 2020/2021 disahkan dengan pindaaan.

3.2 En. Mohd Nureffendi bin Zainal Abidin menyokong cadangan En. Mohd Azham Aizad bin
Hamdan agar minit mesyuarat disahkan dengan pindaan.

Tindakan: SU PIBG

4.0 Laporan Kewangan (Cik Nurfarhana binti Mohamad Jamal)

4.1 Pembentangan laporan kewangan PIBG dengan merujuk lampiran kewangan yang
disediakan oleh Bendahari.

4.2 Penyata pendapatan dan perbelanjaan Akaun Bank PIBG berakhir 31 Disember 2020
4.2.1 Pendapatan = RM20,711.09
4.2.2 Perbelanjaan = TIADA

4.3 Penyata Akaun Tunai PIBG berakhir 31 Disember 2020
4.3.1 Pendapatan = RM249.50
4.3.2 Perbelanjaan = TIADA

4.4 Jumlah keluarga yang telah memberi sumbangan PIBG tahun 2020
4.4.1 RM100 = 1 penyumbang
4.4.2 RM75 = 199 Penyumbang
4.4.3 RM70 = 1 Penyumbang
4.4.4 RM50 = 153 Penyumbang
4.4.5 RM35 = 1 Penyumbang
4.4.6 RM25 = 86 Penyumbang
4.4.7 RM 10 = 1 Penyumbang

4.5 Rumusan pendapatan dan perbelanjaan wang PIBG sepanjang tahun 2020
4.5.1 Pendapatan Sumbangan PIBG berjumlah RM24940.00
4.5.2 Pendapatan Sumbangan Individu dan Korporat berjumlah RM5417.70
4.5.3 Keseluruhan perbelanjaan aktiviti dan program RM9948.05

4.6 Akaun berbumbung berakhir 31 Disember 2020 mempunyai baki RM4809.66
4.7 Akaun Tumpang Kokurikulum dengan baki berjumlah RM300

Tindakan: Makluman

5.0 Perkara Berbangkit
5.1 Bendahari PIBG mencadangkan supaya PIBG membuat permohonan kepada Bank untuk
menggunakan akaun secara dalam talian sepenuhnya. Perkara ini dapat, memudahkan
sistem pentadbiran akaun PIBG seperti mendapatkan Salinan Penyata Kewangan yang
terkini dan sistem pembayaran secara dalam talian. Cadangan ini dipersetujui oleh semua
ahli mesyuarat tetapi permohonan akan dilakukan selepas Mesyuarat Agong PIBG yang
akan datang.
5.2 Tuan YDP mencadangkan Baki Akaun berbumbung berakhir 31 Disember 2020 yang
mempunyai baki RM4809.66 digunakan untuk menampung sebahagian perbelanjaan
kerja-kerja menaiktaraf Dewan Gemilang Technofit. Perkara ini sebulat semua
dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
5.3 Setiausaha PIBG mencadangkan Tarikh cadangan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG.
Tarikh cadangan yang dipersetujui ahli mesyuarat adalah pada 10 April 2021 tetapi
perlaksanaan bergantung kepada arahan terkini daripada KPM dan Kerajaan. Berdasarkan
taklimat daripada Pegawai PPD, MAT perlu dilaksanakan sebelum sebelum 30 Jun 2021.
MAT boleh dilaksanakan secara bersemuka dan secara dalam talian. Kaedah secara
bersemuka boleh dilaksanakan di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP), manakala MAT secara dalam talian dilaksanakan di Kawasan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB). MAT secara dalam talian dengan permohonan perlu melakukan permohonan
kepada JPN Selangor sebulan sebelum Tarikh MAT dilaksanakan. Syarat-syarat tambahan
yang lain adalah MAT perlu dilaksanakan waktu cuti sekolah dan berlangsung pada
minggu kedua dan minggu keempat sahaja. Selain daripada waktu tersebut tidak
dibenarkan oleh JPN Selangor.
5.4 Guru Besar turut menerangkan berkaitan kutipan Sumbangan PIBG. Kutipan sumbangan
MAT boleh dilaksanakan mengikut ketetapan keputusan sumbangan yang lepas. Sebagai
contoh, pada tahun 2021 MAT belum dilaksanakan dan sumbangan PIBG yang telah
dipersetujui pada taun lepas adalan RM75. PIBG boleh mengutip sumbangan tahun
semasa berjumlah RM75. Namun jika MAT tahun semasa telah dilaksanakan kutipan
sumbangan PIBG perlu mengikut ketetapan yang telah dipersetujui mengikut keputusan

MAT tersebut. Sebagai contoh jika tahun 2021 pihak sekolah bersetuju dengan kutipan
sumbangan RM75 tetapi kutipan sumbangan yang dipersetujui tahun ini adalah RM50.
PIBG perlu memulangkan semula RM25 kepada ibu bapa yang telah membuat bayaran
sebelum MAT tahun semasa dilaksanakan.
5.5 Guru Besar membentangkan Permohonan Ibu Bapa dan Penjaga murid Prasekolah yang
tiada anak di aliran perdana untuk menjadi Ahli PIBG SKBSB. Mengikut perlembagaan
PIBG, Ibu Bapa dan Penjaga murid Prasekolah tidak layak menjadi ahli secara automatik
jika tidak pempunyai anak yang lain di aliran perdana tetapi keaggotaannya ke dalam
PIBG boleh diterima melalui permohonan ke JPN Selangor melalui PIBG dan Pihak
Sekolah. Permohonan ini perlu dilakukan sebulan MAT dilaksanakan. Secara asasnya,
semua ahli mesyuarat tiada halangan dan bersetuju sebulat suara permohonan tersebut.

Tindakan: Makluman

6.0 Perkara-perkara Baharu
6.1 Puan Yusneta binti Daud (Info berkaitan Kurikulum)
6.1.1 8 Mac akan diberikan jadual bersemuka yang baharu kepada semua murid SKBSB.
Beliau sedang menyusun semula jadual waktu dan takwim sekolah yang baharu
berdasarkan waktu dan proses penyuraian semula murid pulang dari sekolah.
Kelander akademik juga terpaksa diubah menjadi 40 minggu daripada 36 minggu
persekolahan bagi murid Tahap 1 sebelum ini dan 38 minggu persekolahan Tahap 2
Perkara ini akan terangkan semula oleh Guru Besar selepas ini.
6.1.2 Memaklumkan pembelian buku aktiviti Bahasa Inggeris murid Tahun 2 hingga Tahun
6. Surat akan keluarkan untuk pembelian buku dengan menggunakan Letter head
PIBG. Pembelian buku aktiviti melalui kedai buku tetapi akan diurus dan diedarkan
oleh guru subjek Bahasa Inggeris setiap kelas.
6.2 En. Mohd Yusmady bin Yusof (Info berkaitan Hal Ehwal Murid)
6.2.1 Memaklumkan program unit HEM yang telah dilaksanakan sepanjang 2021
6.2.1.1 Unit HEM telah melaksanakan agihan buku teks bagi murid Tahun 2 hingga
tahun 6 bermula 25 Januari sehinga 2 Februari. Manakala Murid Tahun 1
akan menerima dalam masa terdekat kerana murid Tahun 1 masih dalam
minggu transisi.
6.2.1.2 Beliau turut memaklumkan Sekolah telah melaksanakan Penyampaian
Sumbangan Korporat daripada Bank Islam pada 5 Februari 2021.

Sumbangan diberikan kepada 7 orang murid Asnaf SKBSB yang telah
diserahkan kepada Ibu Bapa dan penjaga tersebut. Sumbangan berupa beg
sekolah, baucar buku dari Pustaka Rawang bernilai RM100 dan baucar
Pakaian Hari-hari sebanyak RM250.
6.2.1.3 Bantuan Awal Persekolah bernilai RM100 bagi setiap murid yang layak juga
telah diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga pada 26 Febuari yang lepas.
Seramai 439 murid yang layak menerima bantuan tersebut dan masih ada
ibu bapa dan penjaga yang belum menuntut iaitu seramai 50 orang murid.
6.2.1.4 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga telah bermula.
Seramai 58 murid yang layak menerima RMT tersebut iaitu dengan pecahan
23 orang murid PPKI dan 35 murid di Aliran Perdana. Program Susu Sekolah
juga telah bermula akan diagihkan selepas ini.
6.3 Puan Noor Asliza binti Abdul Wahab (Info berkaitan kokurikulum)
6.3.1 Memaklumkan aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan secara dalam talian (melalui
Google Classroom) sejak minggu pertama sekolah. Laporan juga telah dilaksanakan
secara online. Namun, hasil daripada laporan yang diterima, ramai murid yang
menyertai aktiviti kokurikulum tersebut. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada
setiap hari rabu dan bermula 2 hingga 4 petang. Pihak sekolah melaksanakan telah
melaksanakan 5 kali aktiviti atau perjumpaan sehingga hari ini.
6.3.2 Merujuk SOP Norma Baharu 2.0 yang diterima oleh pihak sekolah, aktiviti
kokurikulum secara bersemuka boleh dilaksanakan tetapi perlu ikut SOP yang ketat
dan perlu persetujuan ibu bapa sebelum melaksanakan aktiviti kokurikulum.
6.3.3 Penyertaan aktiviti murid di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan
kebanyakannya secara dalam talian. Antara Aktiviti yang sekolah sertai ialah melalui
Unit PPIM iaitu Pertandingan Poster Digital Peringkat Kebangsaan. Pihak sekolah
mengutamakan anak-anak guru untuk mewakili pertandingan tersebut bagi
memudahkan pengurusan dan batihan. Beliau juga meminta kerjasama PIBG untuk
menyebarluaskan kepada ibu bapa dan komuniti setempat dan seterusnya
mengundi wakil tersebut.
6.4 Pn. Junaidah binti Tahir mencadangkan pihak sekolah menyediakan pelekat khas
kenderaan untuk ibu bapa dan penjaga murid PPKI. Pelekat khas ini dapat memudahkan
warga sekolah mengenalpasti kenderaan ibu bapa dan penjaga murid PPKI yang terlibat.
Mesyuarat bersetuju dan perkara ini dan akan diuruskan Penyelaras PPKI untuk
menyediakan pelekat tersebut.

6.5 Pn. Syariza-Annur binti Idris mencadangkan Program Sumbangan Pakaian Terpakai
dengan Kerjasama PIBG dan Sekolah. Beliau juga meminta Kerjasama AJK PIBG yang lain
untuk membantu menyampaikan maklumat di dalam Media Sosial PIBG kerana terdapat
ibu bapa dan penjaga yangi mengajukan soalan secara berulang dan tidak prihatin dengan
makluman yang diberikan oleh PIBG.

6.6 En. Mohd Azham Aizad bin Hamdan memberitahu akan berusaha membantu PIBG dalam
pencarian dana tambahan PIBG dengan lebih meluas pada tahun ini kerana pada tahun
lepas kebanyakkan syarikat korporat menghadkan dana dalam Program Khidmat
Masyarakat dan Kebajikannya.

6.7 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menggantikan 20 kipas baharu
dan semua mentol lampu yang tidak berfungsi di keseluruhan kelas untuk keselesaan
murid.

6.8 Guru Besar turut membentangkan SOP pembukaan semula sekolah secara terperinci
berdasarkan power point yang telah disediakan:-
6.8.1 Seawal 6.45 pagi pagar sekolah akan dibuka dan murid akan bergerak ke Dewan
Gemilang Technofit. Guru kelas akan membawa murid ke kelas masing-masing
bermula jam 7 pagi.
6.8.2 Guru-guru akan diagihkan tugasan ke stesen-stesen yang telah ditetapkan untuk
memantau dan menjaga pergerakan murid.
6.8.3 Murid yang hadir sekolah hanya perlu diambil suhu oleh guru bertugas dan pihak
sekolah tidak perlu mencatat dan merekod suhu setiap murid seperti tahun lepas
6.8.4 Makanan murid akan dipertanggungjawabkan kepada pengusaha kantin. SOP
seperti tahun lepas dan memerlukan bantuan guru untuk membuat tempahan
murid kepada pengusaha kantin. Terdapat 2 kaedah pembelian iaitu melalui
pembelian “Rehat Box’, tempahan secara bulanan dan tempahan setiap hari melaui
guru kelas.
6.8.5 Membentangkan 5 Model SOP dan sistem penyuraian murid waktu pulang dari
sekolah yang telah ditetapkan kerajaan iaitu:-
6.8.5.1 Sekolah menyediakan ruang menunggu di luar kawasan sekolah
6.8.5.2 Sekolah melaksanakan system penyuraian secara pandu lalu.
6.8.5.3 Sekolah meminta bantuan RELA dan PIBG
6.8.5.4 Sekolah melepaskan murid pulang secara berperingkat.
6.8.5.5 Sekolah melaksanakan sistem penggiliran ke sekolah terutanya sekolah
yang mempunyai bilangan murid yaag ramai.

6.8.6 Pelan Penyuraian yang dipertimbangkan oleh SKBSB ialah model yang keempat
iaitu murid pulang dari sekolah secara berperingkat kerana kawasan sekolah yang
berbukit. Proses penyuraian akan mengambil masa yang lama dan dikuatiri akan
mendapat bantahan kecaman daripada ibu bapa dan penjaga. Tuan YDP dengan
rendah diri menyumbang pemasangan khemah di hadapan sekolah untuk
membantu penyuraian murid waktu pulang dari sekolah sebagai alternatif bagi
menyelesaikan masalah penyuraian murid sewaktu pulang yang berlaku di SKBSB.
Murid Tahap 1 akan pulang pada 12.40 dan murid tahap 2 akan pulang pada 1.10
murid manakala murid Prasekolah pulang 12 setiap hari dan murid PPKI akan
pulang 15 minit sebelum murid perdana pulang.

6.9 Tuan YDP turut berbesar hati memberikan sumbangan 50 pasang uniform sekolah
kepada murid SKBSB yang memerlukan.

6.10 Beliau turut menyumbang 2 unit projector kepada kepada pihak sekolah untuk kegunaan
pihak sekolah.

Tindakan: Makluman dan AJK yang terlibat

7.0 Penutup
7.1 Tuan YDP berharap semua AJK sentiasa bersedia menggalas tugas dan melaksanakan
aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan mengikuti perkembangan baharu
daripada Kerajaan pada waktu PKP ini.
7.2 Mengucapkan terima kasih sekali lagi atas komitmen semua guru dan AJK yang hadir
mesyuarat hari ini
7.3 Tuan YDP menangguhkan mesyuarat.

Disediakan oleh:

…...……………………………………………………..
(MOHD FADLI BIN MOHAMAD JOHARI)
SETIAUSAHA PIBG 2020/2021


Click to View FlipBook Version