The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinawaidamansor, 2020-11-25 01:51:14

PANDUAN AM

PANDUAN AM

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 1
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 2
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SEJARSAEJHARDAAH NDALNALATTAARR BBEELLAAKKANAGNSGEKSOELKAHOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Suria atau nama ringkasnya SK Taman Suria,
merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di 5512, Jln Suria Utama,
Taman Suria,.

Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah dibuka pada 1 OGOS 1994. Ianya terletak
6km dari pusat bandar Johor Bahru. Nama sekolah ini diambil sempena nama taman
perumahan yang terletak berhampiran dengan kawasan sekolah iaitu Taman Suria.

SK Taman Suria telah diterajui oleh En. Roduan bin Ahmad sebagai Guru Besar
pertama sekolah ini. Pada mula bukaan, SK Taman Suria mempunyai kawasan seluas
5 hektar. Terdiri daripada 3 bangunan utama 3 tingkat dan satu kantin. Sekolah ini
mengandungi 21 bilik darjah dan bilik-bilik khas yang lain.

SK Taman Suria telah memulakan operasi pada tahun 1994. Pada tahun 1997,
sekolah ini telah menerima piawai MS ISO 9002 selepas menggunakan sistem
pengurusan yang mematuhi piawai tersebut untuk mencapai pendidikan yang
berkualiti tinggi. Cogan kata SKTS Kelahiranku Untuk Menunaikan Janji.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Suria memiliki 412 pelajar lelaki dan 350
pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 762 orang. Ia
mempunyai seramai 50 orang guru

Kepadatan murid sekolah yang semakin bertambah, menyebabkan KPM telah
memberikan peruntukan di dalam RMK9 untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat
yang telah digunakan sepenuhnya pada 6 JUN 2010.

Antara barisan kepimpinan yang menerajui sekolah ini ialah ;

BIL NAMA GURU BESAR TARIKH PERKHIDMATAN
1. En. Roduan bin Ahmad 1.08.1994 hingga 15.09.1995
2. En. Jaafar bin Mohd Amin 16.09.1995 hingga 14.07.2001
3. Pn. Azizah binti Ahmad Tan P.I.S 15.07.2001 hingga 30.06.2003
4. Pn. Yos Fatimah binti Selamat 1.07.2003 hingga 30.04.2012
5. Pn. Kartini binti Abdul Shukor 1.05.2012 hingga 30.05.2016
6. Pn. Hjh. Marsita binti A. Hamid 16.09.2016 hingga sekarang

SK TAMAN SURIA, JB 3
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 4
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 5
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 6
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 7
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
➢ Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
➢ Kepimpinan berkualiti
➢ Guru yan kompeten dan beraspirasi tinggi
➢ Komitmen komuniti yang padu

OBJEKTIF

• Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK.
• MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
• Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan
mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT

SK TAMAN SURIA, JB 8
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021
KONSEP TS25

JAWATANKUASA TERTINGGI TS25

SK TAMAN SURIA, JB 9
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 10
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

BIL PERKARA
1 PERINTAH AM

1.1 Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang terdapat
di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan.

2 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan SK Taman Suria di tahap cemerlang, dihormati
dan disegani.
2.2 Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas kurikulum, kokurikulum dan memantapkan sahsiah murid
dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.
2.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat.
2.4 Sehubungan itu, Buku Pengurusan dan Panduan Guru ini diharap dapat menerangkan secara ringkas
mengenai pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri
berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua Panitia, Guru Kaunseling,
Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa bersedia membantu. Polisi kita adalah telus dan
terbuka.
2.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah, Buku Panduan Pelajar, Prosedur-prosedur
Kerja dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.

3 KEMAHIRAN GURU
3.1 Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar untuk
menjadikan pelajar kita ‘leaners for life’(mengajar atau mendidik).
3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan PLC dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita
menyampaikan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara objektif dan berkesan. Sekiranya
seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya. Oleh itu kita
perlu membetul, perbaiki, menyusun dan mempelbagaikan kaedah, misalnya:-
3.2.1 Pelaksaanan Program i-Think
3.2.2 Teknik bahasa merentas kurikulum
3.2.3 Teknik PdPc ‘brain storming’ STRUM / PPAS
3.2.4 Teknik berasaskan ‘research’ / Kajian Tindakan
3.2.5 Teknik Putaran (ajar-uji-ajar semula-uji semula)
3.2.6 Teknik ‘peear-group’ / rakan sebaya
3.2.7 Penggunaan BBM yang menarik dan berkesan
3.2.8 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI)

4 PROFESIONALISME GURU
4.1 Iklim
4.1.1 ‘High Expectations & low stress’ - Best learning (Study Hard, Study Smart)
4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondusif - Pujian untuk kejayaan.
4.2 Pengurusan
4.2.1 Memahami matlamat sekolah.

SK TAMAN SURIA, JB 11
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah.
4.2.3 Menepati masa.
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil tindakan

dengan segera.
4.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk

tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan.
4.2.6 Menyertai / menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti kokurikulum

dengan bermatlmat kejayaan cemerlang dan gemilang.
4.3 Etika Guru

4.3.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan langsung,
promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan
ini.

4.3.2 Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
4.3.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan waktu tidak mengajar.

5 WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
5.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
5.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.15 pagi setiap hari sebelum waktu
persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
5.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa
datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
5.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang
berkuatkuasa.
5.6 Guru adalah digalakkan balik selepas jam 2.00 petang.
5.7 Guru / Staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
5.8 Pastikan guru / staf merekod SENDIRI waktu pulang.

6 KELUAR WAKTU BERTUGAS
6.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Guru Besar atau Penolong Kanan (jika ketiadaan GB).
6.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat dalam Buku Kebenaran Keluar di pejabat.
6.3 Kerja bertulis / tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah
6.4 Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam Buku
Kebenaran Keluar.

7 MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‟D‟ seperti
berikut:-
7.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
7.2 Dibenarkan dengan syarat:-
7.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.
7.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
7.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

8 DISIPLIN GURU
8.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja:
8.1.1 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua murid dengan
memuaskan.
8.1.2 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap
kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan.
8.1.3 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid-murid hendaklah sentiasa dijaga.

SK TAMAN SURIA, JB 12
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

8.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
8.2.1 Menepati masa.
8.2.2 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna.
8.2.3 Guru ganti mestilah terima dengan rela hati dan penuh rasa setiakawan memasuki dan mengajar
kelas-kelas yang telah ditetapkan.
8.2.4 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
8.2.5 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.

8.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
8.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak.
8.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan,
kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
8.3.3 Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.
8.3.4 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid.
Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran adalah dilarang.

8.4 Waktu tidak mengajar (Free Period)
8.4.1 Bukan ’free’ mutlak tetapi ‘non-teaching period’.
8.4.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan BBM, buat rujukan atau
menulis persediaan mengajar.
8.4.3 Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah murid dan PdPc.
8.4.4 MAKAN sekadar menghilangkan lapar.

8.5 Tugas mengawas Peperiksaan Dalaman.
8.5.1 Diwajibkan untuk semua guru.
8.5.2 Mesti ikut waktu mula hingga waktu tamat seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Pengawasan
Kelas.
8.5.3 Dilarang melakukan aktiviti lain seperti memeriksa kertas jawapan pelajar, membaca akhbar,
menanda buku latihan atau berbual dengan rakan sejawat.

9 CUTI
9.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
9.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
9.2.1 Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar, (Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 8 Tahun 2017).
9.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang
layak.
9.2.3 Layak dipohon dan kelulusan atas BUDI BICARA GURU BESAR dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
9.2.4 Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi BUKAN isi borang dan
tinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
9.2.5 ‘On-line’ permohonan setelah mendapat kebenaran.
9.2.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum, kecuali kes-kes
kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
9.2.7 CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. GURU BESAR BERHAK
MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA
PERLU.

SK TAMAN SURIA, JB 13
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

9.3 Cuti Sakit
9.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
9.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
9.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan
ke PPD/JPN dan KPM.
9.3.4 Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/ JPN dan KPM.

9.4 Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang
ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

9.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki.
Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

9.6 Cuti Tanpa Rekod
Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan
sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama,
menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas
perubatan.

9.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa
rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung.
Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

10 PAKAIAN
10.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat. Semua jenis
pakaian `jeans` tidak dibenarkan.
10.2 Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat
tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
10.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
10.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai
sepatu (kasut sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
10.5 Merujuk pada Pekeliling Kerajaan Negeri Johor Bil. 5 Tahun 2018 menghendaki semua pegawai awam
memakai Baju Korporat setiap hari Ahad.
10.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
10.6.1 Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T berlengan panjang
labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit.
10.6.2 Guru lelaki : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau
jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

11 TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.

12 TUGAS GURU
12.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut
hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
12.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD /JPN atau sekolah lain hendaklah dipatuhi.
Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.

SK TAMAN SURIA, JB 14
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

12.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah
dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat
Sekolah.

12.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah
hendaklah menjalankan ”In-House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Besar/ Penolong
Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.

12.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar
dan memaklumkan kepada Ketua Panitia / Penolong Kanan.

12.6 Guru Bertugas
12.6.1 Masa
Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan sekolah 10 minit lebih awal
dan mengelolakan Perhimpunan Pagi (7.10 pagi) dan Pergerakan Murid (senyap dan tersusun).
12.6.2 Tugas
Pada waktu rehat suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah dipastikan diikuti :
12.6.1.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan.
12.6.1.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.
12.6.1.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu dan garpu ke dalam tempat yang disediakan.
12.6.1.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih dan ceria.
12.6.1.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan duduk dalam kelas).
12.6.3 Bangunan
12.6.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan
tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara
yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain-
lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan.
12.6.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan).

12.7 Guru Kelas
12.7.1 Guru kelas adalah orang yang paling tepat mendisiplinkan murid dalam kelasnya.
12.7.2 Kenali semua murid anda.
12.7.3 Ketahui latar belakang, kemampuan dan masalah mereka.
12.7.4 Cuba terangkan dengan baik visi dan aspirasi sekolah agar mereka dapat memahami dan menjadi
supportif.
12.7.5 Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan - guru kaunseling, badan
kebajikan, GPK HEM / GPK 1 / Guru Besar.
12.7.6 Galakkan mereka membina ‘self respect’ dan ‘respect for other’.
12.7.7 Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi PdPc - membuat kerja rumah, tabiat kerja baik dan
kemas.
12.7.8 Galakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah.
12.7.9 Galakkan murid berbincang mengenai masalah PdPc dengan kawan-kawan dan guru.
12.7.10 Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah.
12.7.11 Siasat ketidakhadiran murid & ambil tindakan sewajarnya.
12.7.12 Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas serta persekitaran kelas setiap ketika.
12.7.13 Suarakan ‘expectation’ anda kepada murid berkaitan kemajuan, pencapaian pelajaran, tingkah
laku dan nilai murni (kaitan dengan pengalaman semasa).
Contohnya : Cara penjimatan air dan bekalan elektrik sekolah, budaya memberi salam, menjaga
harta benda sendiri dan orang lain.

12.8 Guru Subjek
12.8.1 Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.
12.8.2 Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas / gunakan BBM secara
berkesan.
12.8.3 Menepati masa, riang, tegas dan adil.

SK TAMAN SURIA, JB 15
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

12.8.4 Murahkan pujian.
12.8.5 ‘Class control’.
12.8.6 Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan PdPc subjek anda.
12.8.7 Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera setiap

masa.
13 PERHIMPUNAN

13.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap minggu iaitu pada hari
Ahad (7.30 - 8.00 pagi).

13.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan Pengawas.
13.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat

bersama dalam perhimpunan tersebut.
13.4 Guru bertugas bertanggungjawab memastikan :

13.4.1 Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan terlebih dahulu.
13.4.2 P.A System, Muzik Iringan, Pembaca Doa dan Susuncara.
13.4.3 Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan senyap dan

tersusun.
13.4.4 Guru mencatat amanat penting daripada GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting

lainnya pada buku laporan perhimpunan rasmi.

14 BUKU REKOD MENGAJAR
14.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja serta taraf seorang
guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan PdPc dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan
murid yang diajar.
14.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi serta merekod segala maklumat berkaitan PdPc
yang diajar.
14.3 Maklumat asas seperti surat-surat pekeliling iktisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru, sukatan
pelajar. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru.
14.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahun PdPc,
rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru / pencapaian pencapaian / peringkat (di sekolah
dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah
kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkan dengan kemas mengikut garis panduan yang
diberi.
14.5 Rancangan Kerja Tahunan boleh di fotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan kemas. Walau
bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, taip komputer amat digalakkan.
14.6 Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar pada setiap hari Khamis
sebelum balik.
14.7 Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 Penyediaan Rekod pengajaran dan pembelajaran :
14.7.1 Rancangan pelajaran tahunan.
14.7.2 Rancangan pelajaran harian.
14.7.3 Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki.
14.8 *** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya.
Guru Besar tidak melebihi RM 500.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya.

15 REKOD E-KEHADIRAN MURID
15.1 Pastikan ‘ON-LINE’ kehadiran murid pada awal pagi setiap hari persekolahan.
15.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemaskini dan dilengkapkan dengan tepat dan
betul dalam APDM.
15.3 Cetak data kehadiran murid setiap bulan dan dimasukkan ke dalam fail kehadiran kelas.
15.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM / Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari
tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya.

SK TAMAN SURIA, JB 16
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

16 SURAT MENYURAT
Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar untuk
disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
16.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan salinan kepada Guru
Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru
berkenaan maka guru itu hendaklah :-
16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta
difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.
16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan,
maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada
Pembantu Tadbir untuk disediakan surat litup / iringan (covering) dan hantar segera ke pihak yang
berkenaan 3 hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.
16.3.3 Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya ditandatangani oleh
Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti dan sebagainya, maka surat itu akan
ditandatangani oleh Penolong Kanan bagi pihak Guru Besar.

17 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Demikian juga guru-guru yang
sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja masa tamat.

18 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
18.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil
duduk / bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan.
18.2 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Jangan sama
sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan membuat bising.

19 BUKU LATIHAN MURID
19.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku latihan yang ada dijual
di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang dipersetujui oleh Guru Besar untuk kegunaan
mereka.
19.2 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan mengawasi
supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur.
19.3 Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Ketua Panitia / Penolong Kanan /
Guru Besar untuk ditandatangani mengikut jadual penghantaran buku latihan murid.

20 LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
20.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin.
20.2 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
20.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat mungkin dan
hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih
dari satu minggu di bilik darjah.

21 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
21.1 Guru dan staf sokongan perlu menjalinkan hubungan peribadi secara profesional yang baik dan sihat
sesama rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam
organisasi.
21.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
21.3 Guru-guru dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan kemesraan dan
keseronokan semasa bertugas.

SK TAMAN SURIA, JB 17
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

22 GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
22.1 Guru-guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan kepada murid-
murid.
22.2 Guru-guru / staf sokongan dilarang merokok di kawasan sekolah.

23 PENUTUP
Buku Pengurusan dan Panduan Guru / Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami,
diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Taman Suria, Johor Bahru. Sila tandatangani akuan penerimaan.

Saya telah membaca dan memahami Panduan Am yang dinyatakan dan akan mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………..
Nama :

Tarikh :

SK TAMAN SURIA, JB 18
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”

MANUAL PANDUAN AM 2021

SK TAMAN SURIA, JB 19
“KELAHIRANKU UNTUK MENUNAIKAN JANJI / SURIA GEMILANG”


Click to View FlipBook Version