The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CABARAN NO 5 SAYA SERABUT KERANA BANYAK PERKARA YANG PERLU DIFIKIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhaniza0322, 2021-11-02 23:17:55

CABARAN NO 5 SAYA SERABUT KERANA BANYAK PERKARA YANG PERLU DIFIKIR

CABARAN NO 5 SAYA SERABUT KERANA BANYAK PERKARA YANG PERLU DIFIKIR

CABARAN NO 5: SAYA

RASA SERABUT KERANA

BANYAK PERKARA YANG

PERLU DIFIKIRKAN.




Apa yang perlu saya
lakukan?

Baiklah anak-anak murid, jika awak berada dalam situasi ini,
awak perlu faham bahawa otak kita bukan seperti komputer
yang boleh menyusun satu persatu perkara yang ada dalam
fikiran. Semakin banyak perkara yang difikirkan, kita akan rasa
semakin serabut. Hal ini tidak membantu kita untuk merasa
lebih baik, malah akan membawa lebih banyak masalah. Oleh itu,
perkara yang boleh awak buat adalah dengan memindahkan

segala yang difikirkan ke atas kertas terlebih dahulu.

Murid-murid boleh ikuti 6 langkah di bawah ya:




1. Pertama awak ambil masa sekejap, tenangkan diri awak..
kemudian cuba fikir apa perkara-perkara atau isu yang
mengganggu fikiran awak




2. Senaraikan satu persatu perkara/isu tersebut




3. Diantara perkara/isu yang disenaraikan, susun yang paling
mengganggu fikiran awak kepada yang
paling kurang mengganggu fikiran.

4. Setelah itu, cuba cari cara/ tindakan yang boleh dibuat
untuk membantu awak menangani setiap isu
dengan baik satu persatu.




5. Buat satu persatu. Setelah selesai perkara/isu yang
pertama, selesaikan pula perkara/isu yang seterusnya.




6. Jika buntu dan tidak pasti boleh minta bantuan/nasihat
atau bimbingan ibu bapa atau cikgu ya.

“Setiap perkara yang terjadi
dalam kehidupan kita, tidak
berlaku dengan sia-sia. Mesti ada
pengajaran disebaliknya yang
akan menjadikan kita lebih tabah
dan kuat dalam menghadapi

kehidupan”


Click to View FlipBook Version