The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkembangan Kesusasteraan Bandingan di Barat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshamsinarahad98, 2021-05-01 11:38:16

Perkembangan Kesusasteraan Bandingan di Barat

Perkembangan Kesusasteraan Bandingan di Barat

BSS3153 SASTERA ANTARABANGSA

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN BANDINGAN DI
BARAT

DISEDIAKAN OLEH :

NORSHAMSINAR BINTI AHAD (D20181082516)

NAZURA BINTI MOHD SABERI (D20181082517)

SHARIFAH NOOR SYAFIKA BINTI ABDULLAH (D20181082518)

NOORNAJIHAH BINTI ABDUL RAHMAN (D20181082519)

KUMPULAN KULIAH A

PENSYARAH: DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

Pengenalan

Kesusasteraan bandingan berlandaskan teori dan pendekatan bermula sejak abad ke-19
di Eropah, khususnya di Sorbonne, Perancis yang dirintis oleh sekumpulan pengamal
kesusasteraan bandingan. Sekolah pemikiran Perancis yang dikenali sebagai “mazhab
perancis” telah dibina. H.M. Posnett, Joseph Texte dan Paul Van Tieghem merupakan
tokoh yang berkait rapat dengan mazhab perancis. Kesusasteraan bandingan ialah satu
kajian sumber dalam dan luaran seperti politik dan sosial yang memberi kesan kepada
perkembangan kesusasteraan kebangsaan (H.M Posnet 1886). Joseph Texte (1898)
menjelaskan kesusasteraan bandingan ialah kajian penyilangan-penyuburan (cross
fertilization) dan konteks antara karya-karya sastera dari sebuah negara sahaja (single
literature). Pendekatan Texte adalah berasaskan pendekatan evolusi dan biografi, iaitu
pendekatan yang berteraskan sejarah seperti mengkaji aspek pengaruh. Ini diteruskan
pula oleh Fernand Baldesperger, Paul Van Tieghem, Jean Marie Carre dan M.F. Guyard.

Pendekatan historic-scientific digunakan dengan menekankan perbandingan yang
berasaskan kepada faktor baka ataupun asal-usul yang boleh dibuktikan secara faktual.
Penemuan dunia baru dan dunia timur (imperialisme) menggalakkan perbandingan budaya
dan kesusasteraan. Zaman pembaharuan atau Renaissance telah mencetuskan iklim
perbandingan dalam kesusasteraan bandingan. Berlakunya tiga fenomena, iaitu
kebangkitan klasikal; kosmopolitanisme intelektual, kebangkitan dan perkembangan dialek
vernakular serta kesusasteraan kebangsaan dari negara-negara Eropah. Kebangkitan
klasikal telah memasyarakatkan khazanah budaya zaman purba di Eropah termasuklah
kesusasteraan. Kemunculan kosmopolitanisme intelektual telah mengubah sikap
masyarakat Eropah menjadi lebih terbuka dan mengubah cara hidup baru melalui
eksplorasi. Nasionalisme mula berkembang dengan menyaksikan kemunculan
kesusasteraan kebangsaan.

Kesusasteraan Bandingan Mazhab Perancis

 Pendekatan historic-scientific bermula pada abad ke-18 dan berkembang
pada abad ke-19 secara konkrit kajian kesusasteraan bandingan
menggunakan pendekatan tersebut.

 Perkembangan kesusasteraan bandingan berteraskan pendekatan-
pendekatan yang berasaskan historic-scientific seperti pendekatan
pengaruh atau pendekatan genetik.

 Mazhab Perancis pola perbandingan menggunakan bersifat binari.
 Mazhab Perancis menerima kajian kesusasteraan bandingan sebagai

kajian tentang kesan pengaruh daripada karya yang mempunyai nama
pengarangnya (writer-centered).
 Perbezaan bahasa menjadi faktor penting dalam pemilihan karya sastera
untuk diperbandingkan.

KESUSASTERAAN BANDINGAN MAZHAB AMERIKA

 Kesusasteraan bandingan mazhab Amerika telah bermula pada abad ke-20.
 Tokoh : Frank Wadleigh Chandler, George Woodberry, Rene Wellek, Austin Warren, Henry

H. H. Remak.

 Menolak sepenuhnya pendekatan historic-scientific kerana dianggap beku dan tidak
melambangkan kesusasteraan sebenar.

 Menekankan kesusasteraan bandingan perlu memperlihatkan unsur falsafah, estetik,
humanistik dan lebih terbuka.

 Menurut Wellek, kesusasteraan bandingan meliputi aspek seperti persoalan nilai, estetik,
humanistik, falsafah, teknik, linguistik dan sebagainya.

 Chandler pula menyatakan kajian kesusasteraan bandingan harus bersifat antarabangsa dan
antarabahasa.

 Mazhab ini menyatukan sejarah dengan kritikan supaya dapat memantapkan lagi kajian
dalam kesusasteraan bandingan.

Kajian kesusasteraan bandingan mazhab Amerika bersifat terbuka dan interdisiplin. Kesusasteraan
boleh dibandingkan dengan apa sahaja ekspresi manusia.

Hosillos mendefinisikan kesusasteraan bandingan sebagai:

“…the study of literature in all its aspects and relations in spatial-temporal contexts and
perspectives.”

Basnett:

“…the study of texts across cultures, that it is interdisciplinary and that it is concerned with patterns
of connection in literatures across both time and space.”

Mazhab Amerika berpendirian bahawa pengkajian sastera bandingan seharusnya tidak terbatas
seperti mazhab Perancis.

Mahzab Amerika dilihat sebagai sebuah aliran yang moden.

KESUSASTERAAN BANDINGAN MENGALAMI KELESUAN

• Pada 1970-an, kajian kesusasteraan bandingan telah mengalami satu krisis yang membimbangkan
kerana dunia kesusasteraan di Barat tidak dipedulikan dan beralih kepada teori kesusasteraan,
kajian wanita, budaya, kajian filem dan media.

• Namun, kesusasteraan bandingan masih berkembang pesat di Timur seperti China, India, Korea,
Jepun dan negara Asia yang lain.

• Munculnya kesusasteraan baru (emergent literature) dan kesusasteraan pascakolonial manakala
kesusasteraan eurosentrisme mulai terhapus.

• Pada 1990-an, kajian kesusasteraan bandingan merupakan pertemuan dua hala antara kolonialisme
dan pascakolonialisme.

• Kajian kesusasteraan bandingan di Timur telah membawa perspektif baru dan tidak lagi
menggunakan kayu ukur Barat.

• Kesusasteraan bandingan merupakan satu kajian dalam bidang kesusasteraan yang bersifat
interdisiplin dan bersifat terbuka dengan mengkaji pelbagai aspek dalam kesusasteraan dengan
menggunakan teori dan pendekatan yang pelbagai serta bersesuaian.

PENDEKATAN DALAM KESUSASTERAAN BANDINGAN

Robert J. Clements (1978):

Tema/ Mitos. 5 PENDEKATAN Genre/ Bentuk.
Gerakan/ era. KESUSASTERAAN
Hubungan
BANDINGAN kesusasteraan dengan

Penglibatan ekspresi seni dan
kesusasteraan disiplin.
dengan teori dan
kritikan sastera.

PENDEKATAN GENERIK

• Membuat perbandingan terhadap karya-karya sastera berdasarkan aspek genre.
• Perbandingan dilakukan antara dua karya atau lebih untuk melakukan bandingan dari segi persamaan dan

perbezaan berdasarkan genre.
• A Handbook to Literature mendefinisikan genre seperti berikut:
“A term used in literary criticism to designate the distinct types or categories into which literary works are
grouped according to form or technique.” (Holman, 1960, hlm. 211)

(Istilah yang digunakan dalam kritikan sastera untuk menentukan jenis atau kategori yang berbeza di mana karya
sastera dikelompokkan mengikut bentuk atau teknik).
• Genre merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada bentuk-bentuk wacana.
• Antara genre yang paling awal wujud dalam kesusasteraan adalah epik, tragedi, komedi, sindiran, lirik dan

seumpamanya.
• Dalam sastera moden, karya-karya sastera adalah berbentuk prosa dan puisi.
• Misalnya, pantun merupakan sebuah genre dalam kesusasteraan Melayu.
• Genre sesebuah institusi ditentukan atau dikembangkan mengikut perubahan masa tertentu.
• Contoh, puisi epik berkembang dari folklyric iaitu cerita rakyat. (Clement, 1978).

PANTUN DAN PANTOUM: SATU PENDEKATAN GENERIK

 Kesusasteraan Melayu Lama mengandungi satu genre yang dikenali sebagai pantun.

pada abad ke-19, genre tersebut telah bergerak ke Perancis dan menjadi pantoum.

 Victor Hugo (penyair agung Perancis) mengenali genre pantun melalui karya terjemahan Bahasa Perancis oleh

Fouinet dalam Les Orietalis (1829) yang mempunyai persamaan dengan pantun berkait dalam Grammar Malay
Language karya William Masden (1812).

 Pendekatan generik melihat persamaan dan perbezaan yang wujud antara pantun dan pantoum serta meneliti

pembinaan pantoum sama ada menurut konvensi pantun ataupun tidak.

PANTUN:

 Penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu (Za’ba, 1965: 219).
 Pantun ada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud. Pembayang maksud berkaitan dengan sumber alam.
 Pantun terbentuk dalam rangkap-rangkap, iaitu antara 2-16 baris serangkap. Jumlah barisnya genap.
 Pantun berkait, rangkapnya mempunyai kaitan dengan rangkap lain sehingga membentuk satu wacana yang

lengkap (Zainal Abidin Bakar, 1983).

Pantoum:

Menurut kajian Daillie, selepas 10 tahun Les Orientalis diterbitkan, pantoum mula dikenali (1839). Genre yang
dilampirkan oleh Victor Hugo dalam Les Orientalis diiktiraf oleh Daillie sebagai pantoum pertama

Kupu-kupu terbang melintang,
Terbang di laut di hujung karang;
Hati di dalam menaruh bimbang,

Dari dahulu sampai sekarang.

Terbang di laut di hujung karang,
Burung nasar terbang ke Bandam;

Dari dahulu sampai sekarang,
Banyak muda sudah kupandang

o Pantoum tersebut berbeza dengan konvensi pantun di mana rima akhirnya pada rangkap pertama ialah aabb
manakala rangkap keduanya abca.

o Suku kata baris pertama dalam rangkap kedua mempunyai 14 suku kata, baris dalam rangkap keempat dan kelima
tidak genap jumlah suku kata.

o Persamaan pantoum tersebut dengan pantun ialah berkait antara rangkap.
o Baris kedua dan keempat rangkap pertama diulang dalam baris pertama dan ketiga rangkap kedua.
o Pembahagi yang nyata antara pembayang dan maksud.
o Unsur alam menjadi fokus dalam pembinaan unsur pembayang seperti kupu-kupu dan laut

Terjemahan tersebut dalam koleksi Wilkinson dan Winstedt yang bertajuk pantun Melayu (1961)

Pantoum = Pantun :

Theodore De Banville (1875)

Sur les bords de ce flot celeste,
Mile oiseaux chantent querelleeurs,
Mon enfant, seul bien qui me reste,
Dors sous ces branches d’arbre en fleurs.

Miles oiseaux chantent querelleurs,
Sur la riviere un cygnet glisse,
Dors sous ces branches d’arbre en fleurs,
O toi, ma joie et mon delice…

 Persamaan pantun berkait.
 Baris kedua dan keempat rangkap pertama diulang dalam baris pertama dan ketiga rangkap kedua.

 Rima akhirnya abab dan suku kata 8-12.
 Pembayang menggunakan imej alam.

 Persamaan pantun dengan pantoum membuktikan pertalian antara kedua-duanya daripada aspek
genre dan genetik.

Sebuah Karya Parodi daripada Sejarah Melayu:
Satu Pendekatan Genetik

● Pendekatan genetik atau kajian pengaruh atau asal usul. Pendekatan ini

mengkaji bagaimana sesuatu karya itu mengenakan pengaruhnya ke atas karya
lain dan meneroka bagaimana pengaruh itu membawa kepada beberapa

● manifestasi.
Pendekatan yang berkaitan dengan kajian sejarah sastera. Wellek dan Warren
(1988, hlm. 437)

“Hubungan yang paling nyata antara karya seni ialah sumber
dengan pengaruh-telah dikaji dengan kerap sekali dan telah
menjadi bahan utama kesarjanaan tradisional. Sungguhpun ia
bukan merupakan sejarah sastera dalam pengertian yang terbatas,
penentuan tentang hubungan sastera antara para pengarang adalah
jelasnya merupakan persediaan yang paling peting untuk menulis
sejarah sastera.”

1. Kajian Sumber (source)
 Mengkaji sumber kreatif pengarang dalam menghasilkan karya

sastera ataupun punca dari mana sesuatu peminjaman

dilakukan.
 Sumber dipinjam dari sumber bahan/isi ataupun sumber

bentuk.
 Apabila proses perbandingan dibuat untuk melihat sumber

kreatif pengarang, aspek intrinsik karya juga perlu diambil kira.

Pendekatan genetik 2. Kajian Pengantara (transmitter)
melibatkan tiga pola  Karya terjemahan menjadi pengantara antara karya asing

kajian; dengan karya tempatan kerana yang dipindahkan hanya bentuk

dan isi sebagai sebahagian daripada tradisi sastera. Fenomena

pengaruh berlaku kerana karya besar mudah mengenakan

pengaruh terhadap pengarang kecil.
 Dua jenis terjemahan, iaitu terjemahan secara literal dan

terjemahan kreatif ataupun ekspresif.

3. Kajian Penerimaan (receiver)
 Menganalisis bagaimana sesuatu pengaruh yang diterima oleh

seseorang pengarang dimanifestasikan dalam karya yang

dihasilkan.
 Meneroka karya asal dan karya yang dipengaruhi.
 Memfokuskan kepada bagaimana pengaruh dimanifestasikan

ke dalam karya.
 Pengaruh dimanifestasi dalam bentuk karya adaptasi, plagiat,

terjemahan dan peniruan.

Mitos Pandora dan Tivi: • Salah satu subjek yang dibincangkan dengan pendekatan
Satu Pendekatan
Tematik tematik, iaitu mitos.

1. Aspek linguistik • Mitos sebagai unsur perbandingan dalam kajian

ASPEK kesusasteraan bandingan dikaji secara vertikal dan
PENDEKATAN horizontal.

TEMATIK • Pendekatan vertikal mengkaji dan membandingkan

2. Aspek 3. Aspek sebuah mitos yang asal dengan mitos yang telah
Struktur Stilistik dicernakan dalam karya sastera. Contohnya, mitos Greek
yang terkenal, iaitu Sisyphus

• Pendekatan horizontal membandingkan mitos dalam dua

buah atau lebih karya yang menggunakan mitos yang
sama. Contoh, motis Sisyphus.

• Mitos Greek yang sering hadir dalam karya sastera, iaitu

Pandora. Contohnya, karya penyair Greek yang terkenal.

• Imej pandora membawa mesej wanita penggoda dan

akan memerangkap, menyesatkan dan memusnahkan
lelaki dan manusia. Lelaki yang masuk ke dalam
perangkap sukar untuk melepaskan diri.

• Imej Pandora boleh dilihat dalam novel Tivi karya

Shahnon Ahmad (1995).

 Kesimpulannya, dalam mitos Greek, pandora akan memburu untuk
menyesatkan dan memusnahkan manusia. Kehadiran pandora sebagai
hukuman kepada manusia. Manusia dilahirkan untuk didera dan dihukum.

 Dalam Tivi pula, kehadiran pandora untuk menghukum manusia yang
rapuh dan tipis pendidikan agama. Agama dijadikan benteng menyekat
kerakusan pandora. Namun dalam novel Tivi, keluarga Mat Isa tidak
memiliki pendidikan agama yang kuat bagi menapis godaan pandora.

Kemunculan Kesusasteraan Baru
dalam Kajian Kesusasteraan Bandingan

Dimensi  Dimensi Barat mencakupi karya zaman klasik, iaitu Greek
barat dan Latin, Inggeris, Amerika, Perancis, Sepanyol, Portugal,
Itali, Jerman dan Rusia.
Kelompok
Kesusasteraan  Karya Timur-Barat mencakupi karya-karya sastera dari Asia
Selatan yang berpusat di India dan menjangkau ke Teluk
Bandingan Benggala hingga ke Burma, Thailand, Laos, Kampuchea,
Malaysia dan Indonesia, Tibet dan Asia Tengah. Asia Timur
Kesusasteraan Dimensi terdapat karya sastera dari China Utara, Jepun, Korea,
dunia timur-barat Mongolia, Turkestan dan Vietnam

 Dimensi Kesusasteraan Dunia mengelompokkan karya-karya
sastera yang menimbulkan sedikit kontroversi.

• Sebelum tahun 1990an, karya sastera dari negara-negara
tertentu sahaja yang mendapat perhatian, seperti karya

dari Jerman, Perancis dan Inggeris. Hal ini menjadikan
fokus para pengkaji kesusasteraan bandingan bercorak

eurosentrik.
• Wlad Godzich menamakannya sebagai kesusasteraan

baru muncul (emergent literature).
• Karya-karya yang dihasilkan oleh golongan etnik dan

wanita (feminis), penulisan baru dari Afrika, Asia dan
Amerika Latin.
• Amerika Syarikat dengan karya Afro-American fiction
seperti John Oliver Killens, John Alfred Williams, Alice

Walker, Toni Morrison, Ernest J. Gaines, William Melvin
Kelly, Ralph Filison dan Margaret Abigil Walker.

KESIMPULAN

Sastera perbandingan adalah bidang
akademik yang berurusan dengan kajian
mengenai sastera dan ekspresi budaya di
seberang linguistik, nasional, geografi, dan
tatatertib sempadan. Literatur perbandingan
"memainkan peranan yang serupa dengan

kajian hubungan antarabangsa, tetapi
berfungsi dengan bahasa dan tradisi seni,

untuk memahami budaya ‘dari dalam’.

RUJUKAN

Johari Yahaya. (2015). Pantun Peribahasa Melayu: Analisis Daripada Perspektif Teori
Pengkaedahan Melayu: Universiti Sains Malaysia

Kesusasteraan Bandingan. (2021). Kumpulan nota kuliah daripada portal myguru, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Laman Blogspot Rujuk Nota. (2012). Kesusasteraan Bandingan. Diperolehi daripada:
http://rujuknota.blogspot.com/2012/12/kesusasteraan-bandingan.html?m=1

Laman Wikipedia. (2010). Sastera Perbandingan. Diperolei daripada:
https://ms.vvikipedla.com/wiki/Comparative_literature

Mohamad Saleeh Rahamad. (2019). Teori-teori Barat dan Pengaplikasiannya Terhadap Karya
Sastera Melayu: Universiti Malaya.

Pantoum pertama diperoleh daripada laman web:

https://fr.wikisource.org/wiki/Page:BanvillePetit_Traité_de_poésie_française,_188

1.djvu/255


Click to View FlipBook Version