1.0 PENDAHULUAN
Menurut Nik Safiah Karim et.al frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri
daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata
sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan
frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, oleh, sampai,
tentang, hingga dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului
oleh kata bantu.
2.0 BINAAN FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
2.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Ini dipastikan kerana lokasi itu sinonim bagi Nabi Ibrahim AS yang hampir mengorbankan
anaknya. Bagi Kristian, ‘The Church of Holy Sepulcre’ dibina untuk menggambarkan lokasi
Nabi Isa AS disalib dan kebanyakan Kristian bahawa di sinilah Nabi Isa AS akan
diturunkan semula serta lokasi makam Siti Maryam. Berbeza dengan Islam, Masjid al-
Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Makkah. Di
sini juga tempat persinggahan perjalanan mulia kekasih Allah ketika Isra dan Mikraj. Di
masjid ini juga Baginda melakukan solat bersama dengan sekalian Nabi yang lain.
Berita harian, Isnin, 2 March 2020
AKTIVITI 2.1
Pelajar dikehendaki membuat kumpulan yang terdiri daripada 5 ahli. Kemudian,
perhatikan kawasan bilik darjah kamu. Bina kata sendi nama + frasa nama hingga
terbentuk frasa sendi nama dengan menggunakan apa sahaja yang terdapat dalam bilik
darjah seberapa banyak yang mungkin kemudian bentangkan.
1
LATIHAN PENGUKUHAN 2.1
1. Binaan asas frasa sendi nama terdiri daripada
………………… dan ……………….
2. Berikan contoh kata sendi nama dan frasa nama.
3. Frasa sendi nama harus mengandung dua unsur yang tidak boleh digugurkan iaitu
……………………. dan ………………….. .
4. Bina ayat yang mengandungi kata sendi nama + frasa nama.
a) …………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
5. Garisakan kata sendi nama (KSN) dan frasa nama (FN).
i. Anak Muda Itu Pakar Perubatan Dari Malaysia.
ii. Jambangan Bunga Itu Daripada Suaminya.
iii. Ukiran Daripada Kayu Itu Sangat Elok Buatannya.
iv. Kakak Menulis Surat Kepada Kawannya Di Sabah.
2
2.2 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang di hadapan frasa nama yang didahului
satu unsur kata nama arah walau bagaimanapun frasa sendi nama boleh wujud tanpa
kata nama arah.
KSN + KA + FN
LIPIS - Kegembiraan lima beradik beriadah di Sungai Jelai dekat Taman Rekreasi
Kampung Tanjung Gahai di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri
lemas selepas dibawa arus deras sungai petang tadi. Dua mangsa terbabit, Siti Nur
Hidayah Mohd Rosli,19, dan adiknya,Siti Suhaida,15, dari Perumahan Agropolitan Gahai,
Kuala Lipis masih belum ditemui setakat ini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli
Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-
kira jam 6 petang. Menurutnya, siasatan awal mendapati kelima-lima beradik itu ke taman
rekreasi terbabit untuk beriadah. "Mangsa pada mulanya bermain-main di gigi air dan
seterusnya bergerak ke tengah sungai dan terus dibawa arus sungai.
Sinar Harian Isnin | 2 Mac 2020
AKTIVITI
Sila dengar dan baca pantun tersebut dan senaraikan jenis binaan
frasa sendi nama tersebut. https://www.youtube.com/watch?v=T00BlQVhtQQ (12.44)
https://www.youtube.com/watch?v=3p2HGTiG8io
Kesalahan Biasa Pelajar
Lakukan
https://www.youtube.com/watch?v
=YW01L8xtQJY
3
LATIHAN PENGUKUHAN 2.2
1. Berikan maksud binaan kata sendi nama + kata arah + frasa nama nama.
………………………………………………………………………………………………………
……………………………….......................………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama
2. Lengkapkan jadual di atas.
3. Bina dua ayat yang menunjukkan kata sendi nama + kata arah + frasa nama
a. ………………………………………………………………………………………………
b. ………………………………………………………………………………………………
4. Gariskan kata sendi nama + kata arah + frasa nama.
a) Terdapat seekor burung merpati di belakang rumah Susanti.
b) Kemalangan berlaku di hadapan sekolah pagi tadi.
c) Kerjanya hanya di tempat kerja sepanjang hari.
d) Akibat terkejut lambat, Sulaiman baru hendak ke kuliah.
5. ‘Di atas pangkuan ibu’. Terangkan ayat tersebut.
……………………………………………………………………………………………………….
.......................………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….
4
2.3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada
kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
PASIR PUTEH: Seorang pesara tentera maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu
bersama rakannya dalam kejadian di sebuah bukit di Kampung Gong Genur, di sini, malam
tadi. Lelaki berusia 69 tahun itu dipercayai tertembak mangsa, Mohd Sazuki Shafeii, 48 yang
disangka binatang dalam kejadian jam 7.50 malam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi
Superintendan, Mohd Azmir Damiri, berkata rakan mangsa tertembak mangsa dengan
senapang patah dari jarak 200 meter. "Polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam
7.50 malam apabila rakan mangsa itu menghubungi polis memaklumkan kejadian yang
berlaku "Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terkena sebutir peluru tepat di
bahagian dada yang menyebabkan kematian," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital
Tengku Anis, di sini. Mohd Azmir berkata, rakan mangsa dipercayai melepaskan beberapa
das tembakan ke tempat yang disangka binatang namun terkejut apabila mendapati yang
ditembak adalah Sazuki. Katanya, lelaki itu ditahan reman bermula hari ini dan kes disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Sementara itu, isteri mangsa, Nik Intan
Musnita Nik Mustapha, 44, berkata, arwah suaminya keluar rumah untuk berburu bersama
rakannya, kira-kira jam 2 petang. Katanya, namun dia tidak sempat melihat suaminya buat
kali terakhir kerana dia sedang solat dan hanya dimaklumkan anaknya yang suaminya
keluar berburu. "Anak beritahu abah (Sazuki) dah tubik (keluar), kami tidak tahu kejadian
yang menimpa suami hinggalah malam tadi ahli keluarga beritahu selepas dimaklumkan
polis," katanya yang kelihatan lemah. Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat anak
berusia lima hingga 19 tahun.
BERITA HARIAN. Ahad, 1 March 2020
AKTIVITI 2.3
Pelajar dikehendaki menyenaraikan frasa sendi nama yang terdapat dalam bilik darjah.
Pelajar hendaklah membina ayat yang mempunyai keterangan lengkap bedasarkan
frasa sendi nama tersebut.
5
LATIHAN PENGUKUHAN 2.3
1. Binakan tiga ayat yang mengandungi unsur-unsur kata sendi nama yang diikuti oleh frasa
nama dan frasa keterangan.
(a) .......................................................................................................................................
(b) .......................................................................................................................................
(c) .......................................................................................................................................
2. Gariskan unsur KSN + FN + FK dalam ayat berikut.
Tunang kakak telah menghantar rombongan meminang dari Melaka pagi tadi
dengan menaiki sebuah kereta mewah.
3. Tandakan betul ( / ) pada ayat yang mengalami peluasan KSN + FN + FK
Ayat (/)
Kakak membuatkan ibu secawan kopi.
Haikal kalah dalam perlawanan catur di sekolahnya.
Raihan pergi ke kedai runcit sebentar tadi.
Kuih-muih yang dijual di situ enak rasanya.
4. Berdasarkan ayat di bawah, yang manakah merupakan unsur frasa sendi nama dan frasa
keterangan predikat?
Aidan merupakan salah seorang pelajar yang terdiri daripada kalangan ahli lembaga
koperasi di sekolah.
(a) Frasa sendi nama
.......................................................................................................................................
(b) Frasa keterangan predikat
.......................................................................................................................................
6
5. Lengkapkan jadual frasa sendi nama di bawah dengan perkataan yang sesuai.
Frasa Sendi Nama
KB KSN KA FN FK
telah di untuk berkebun
belakang
akan pagi esok
dalam bilik
Indonesia
2.4 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Frasa sendi nama boleh juga terbentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata
arah, frasa nama dan frasa keterangan.
KOTA BELUD: Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut, selepas
motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang memasuki laluan bertentangan di Jalan
Kota Belud - Kota Marudu, Kampung Pandasan di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-
kira jam 4.30 petang itu, mangsa Yusof Abd Amit, 41, berasal Kampung Tajau, Tuaran,
disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kota
Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pemandu
kereta, lelaki berusia 31 tahun memandu dari arah Kota Kinabalu menghala Kota Marudu.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan dan memasuki laluan
bertentangan secara melintang, lalu menyebabkan mangsa merempuh bahagian pintu kiri
kereta terbabit."Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan terbabas di parit kiri jalan
menyebabkan mangsa maut dalam keadaan tertiarap di parit," katanya. Menurutnya,
pemandu kereta tidak cedera, manakala cuaca tidak hujan serta keadaan jalan raya
berturap tar. "Setakat ini siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu
yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian. "Bagaimanapun,
siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
BERITA HARIAN. Rabu, 13 Mei 2020
7
AKTIVITI 2.4
Pelajar membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli untuk memberi
refleksi secara keseluruhan atau membentangkan semula berkaitan tajuk KSN + KA +
FN + FK yang telah diterangkan oleh guru anda di dalam bilik darjah
LATIHAN PENGUKUHAN 2.4
1. Nyatakan satu fungsi frasa sendi nama kemudian binakan sebuah ayat dengan
menggunakan kata sendi nama ‘di’ berunsurkan formula berikut:
KSN + KA + FN + FK
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
2. Berikan sebuah ayat lengkap mengikut formula binaan frasa sendi nama yang disediakan.
(a) KSN + KA + FN + FK
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
(b) KB + KSN + KA + FN + FK
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
3. Gariskan frasa sendi nama yang menjadi keterangan bagi ayat di bawah
Abang berteduh di bawah pokok di hujung jalan
8
4. Susunkan binaan frasa sendi nama tersebut dengan menggunakan kaedah yang terdiri
daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan.
awal P
demi ayahnya Q
Salmah akan berpindah pada R
bulan hadapan S
.......................................................................................................................................
5. masih di dalam bilik tidur
Bina formula yang lengkap bagi binaan frasa sendi nama di atas.
.............................................................................................................................................
9
3.0 KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT
Frasa Sendi Nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu
dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain.
3.1 Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat Frasa Sendi Nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat
yang mempunyai susunan yang biasa.
BERMULA Februari tahun depan, pengguna internet luar bandar boleh menikmati
sambungan digital berkualiti tinggi pada harga mampu milik apabila fasa pertama projek
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 1) di beberapa negeri mulai
siap. Empat syarikat diberikan mandat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) untuk menyiapkan projek membabitkan kos RM290 juta di 152 tapak
seluruh negara bagi menghasilkan kelajuan purata jalur lebar 30 megabait sesaat (30
Mbps). Apabila disiapkan sepenuhnya, NFCP 1 akan meningkatkan liputan selular kepada
95 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2023. Edotco Malaysia Sdn Bhd
(Edotco) dan FGV Prodata Systems Sdn Bhd (Prodata) dianugerahkan bahagian pertama
projek NFCP 1 dengan skop membekal, menyiap dan memasang menara serta
sokongannya, bagi tujuan menyediakan perkhidmatan selular awam.
Berita Harian, Isnin, 17 Februari 2020
AKTIVITI 3.1
Pelajar dikehendaki membentangkan maksud berserta contoh
predikat frasa sendi nama di hadapan kelas.
10
LATIHAN PENGUKUHAN 3.1
1. Masukkan kata sendi nama yang sesuai dalam ruang kosong.
i) Kerajaan Sriwijaya menawan kerajaan Melayu _________ sekitar tahun 671-
685M.
ii) Pak Ali dan isterinya __________ bendang setiap hari.
iii) Rumah kawannya terletak ____________ Pelabuhan Klang
iv) Persidangan dipecahkan ____________ beberapa sidang.
v) Pintunya diperbuat ____________ besi melela bertahtakan emas permata.
2. Bina ayat yang lengkap berdasarkan formula berikut
Sub+ KSN+ Pre FSN
……………………………..………………………………………………………………….…………
……............................................................................................................................................
3. Berdasarkan ayat berikut, bahagikan pecahan subjek, kata sendi nama dan predikat frasa
sendi nama
Kemalangan itu perlu dilaporkan pada pihak polis
i. Subjek: …………………………
ii. Kata sendi nama: ……………………
iii. Predikat FSN: ………………………
11
4. Berikut adalah ayat yang menggunkan KSN yang salah. Gariskan dan nyatakan
penggunaan KSN yang betul
i. Layang –layang itu tersangkut di tiang talefon (…………..)
ii. Ayah baru pulang daripada pekan (……...........)
iii. Tolong berikan barang ini pada Ali (…………..)
5. Susun semula ayat di bawah agar menjadi ayat predikat frasa sendi nama yang lengkap
Ahli gimnastik itu perlu berpaut
Bagi acara palang,
Pada palang besi dengan kuatnya
………………………………………………………………………………………………..……….…
…………………………………………………………………………..............................................
3.2 Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan
Frasa Sendi Nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa nama.
12
3.2.1 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Kerja
Frasa Sendi Nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung
beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal,
penyertaan, dan alat.
KOTA BHARU: Tiga beranak dari Kuala Krai, yang disyaki COVID-19 akibat mengalami
demam selepas pulang daripada Korea Selatan,( tempat) disahkan negatif. Pengarah
Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr ZainiHussin, berkata ia berdasarkan keputusan ujian
makmal yang diperoleh petang tadi. “Hari ini tular kononnya tiga orang disyaki dijangkiti
COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. “Sehingga hari belum ada kes yang
disahkan positif COVID-19 di Kelantan. Pengurusan kes yang disyaki COVID-19 adalah
berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM),” katanya ketika dihubungi. Terdahulu, tular laporan mengatakan tiga beranak yang
baru pulang bercuti dari Korea Selatan disyaki dijangkiti COVID-19 selepas mengalami
demam. Tiga beranak berkenaan iaitu seorang wanita berusia 53 tahun dan dua anaknya
berusia 20 dan 23 tahun dikuarantin di rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital.
“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang
baik seperti kerap mencuci tangan dengan sabun (alat) atau menggunakan ‘hand sanitizer’,
mengamalkan etika batuk yang betul dan mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan
ramai,” katanya
Berita Harian, Rabu 4 Mac 2020
AKTIVITI 3.2.1
Senaraikan setiap satu contoh ayat bagi Frasa Sendi Nama yang
menjadi keterangan kepada frasa bagi makna yang berikut:
masa ,tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat
13
LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.1
1. Berikut adalah contoh ayat frasa sendi nama keterangan frasa kerja. Kenalpasti makna
keterangan frasa kerja tersebut sama ada keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan,
hal, penyertaan, atau alat.
i) Adik kerap mengulangkaji pelajaran pada waktu malam (_________)
ii) Dia melompat seperti kukang dalam rimba (_______)
iii) Jikalau kita bertemu dengan anak kita kedua, besar kebaktian Laksamana pada
kita. (_________)
iv) Jiha menggosok matanya dengan belakang tangannya. (_________)
v) Ayah sudah sering bercakap tentang perkara itu dengan abang. (__________)
2. Bina ayat yang mengikut formula frasa sendi nama
FSN+FK
...………………………………………………………………………………………...…..………
…………………………………………………………………………….....................................
3. Kenalpasti frasa keterangan kepada frasa kerja dalam ayat di bawah dan gariskan KSN
dan FK
Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi
4. Nyatakan betul atau salah dalam setiap ayat frasa sendi nama keterangan frasa kerja.
i. Mereka berbincang tentang masalah negara (……………….)
ii. Semua orang pulang di waktu petang (……………….)
iii. Pak Mat bersandar pada pohon yang rending itu (……………….)
14
5. Isikan kotak kosong yang berikut dengan frasa sendi nama yang sesuai bagi mendukung
makna masa, tempat, bandingan, hal, penyertaan , tujuan dan alat
Masa Tempat Bandingan Hal Penyertaan Tujuan Alat
3.2.2 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Adjektif
Frasa jenis ini dapat, antara lain, mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa
dan tujuan.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah, dilihat amat berhati-hati dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung krisis
politik yang sedang melanda negara ini, umpama ‘menarik rambut dalam tepung.’
Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Yang di-Pertuan
Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mempengerusikan
Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat
kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.”. Tun Dr Mahathir Mohamad juga meletak
jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin. Beberapa jam selepas itu, Seri Paduka
melantik beliau sebagai perdana menteri interim serta membatalkan pelantikan timbalan
perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik. Meskipun parti-parti
politik kedua belah pihak terbabit dalam beberapa siri rundingan untuk membentuk kerajaan
campuran, Seri Paduka, dengan caranya sendiri, telah menetapkan untuk menentukan
siapa yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, sekali gus menyerlahkan
peranan penting raja dalam menyelesaikan isu-isu yang mencabar. Baginda telah
mengadakan temu bual empat mata dengan semua ahli parlimen selama dua hari mulai
Selasa untuk mendapatkan maklum balas mereka berkaitan calon yang dianggap terbaik
untuk menggalas tanggungjawab (tujuan) sebagai perdana menteri berikutnya.
Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi,
berkata beliau melihat Al-Sultan Abdullah sebagai seorang yang cermat dalam membuat
keputusan terbaik (hal) untuk rakyat dan negara. “Walaupun dalam kalangan rakyat melihat
situasi politik negara sangat tegang dan ternanti-nanti episod seterusnya, Seri Paduka
15
memilih untuk menangani masalah ini secara sistematik untuk memastikan keputusan
diambil secara konsensus ( tujuan) berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.
Awang Azman berkata kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam usaha merungkai krisis
politik itu juga telah membuka mata rakyat terhadap peri pentingnya Institusi Diraja bagi
memastikan negara kekal aman, harmoni dan selamat.
Berita Harian, Jumaat 28 Februari 2020
AKTIVITI 3.2.2
Pelajar dikehendaki menganalisis perbezaan frasa adjektif yang
mendukung makna sebagai keterangan kepada bandingan, hal,
masa dan tujuan.
LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.2
1. Bina ayat yang mendukung makna keterangan bagi menunjukkan frasa sendi nama
keterangan frasa adjektif.
i) Bandingan
ii) Masa
iii) Tujuan
2. Berikut merupakan ayat yang terdiri daripada frasa sendi nama keterangan frasa
adjektif. Kenalpasti kesalahan penggunaan frasa sendi nama berikut dan betulkan di
ruang kosong yang disediakan.
I) Ayah berasa sangat gembira pada pencapaian anaknya, Siti. (_________)
II) Baju yang dipakainya amat cantik dengan pengantin. (__________)
III) Kucing itu sering lapar dalam waktu pagi. (_________)
IV) Ibu berpesan kepada adik supaya tidak membeli buah yang terlalu muda seperti
dimakan.(___________)
V) Pelajar itu berasa malu untuk kehidupannya yang susah berbanding rakan-
rakannya yang lain. (_________)
16
3. Berdasarkan ayat di bawah, kenalpasti frasa sendi nama dan frasa keterangan predikat
Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu
i. Frasa sendi nama
..................................................................................................................................
.
ii. Frasa keterangan predikat
……………………………………………………………………………………..
4. Susun frasa di bawah agar menjadi ayat frasa sendi nama keterangan frasa adjektif dan
salin semula di ruangan kosong yang disediakan
Sayang akan negara
Semua rakyat mesti
Tempat tumpah darahnya
………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………….........................
5. Bina ayat yang lengkap berdasarkan formula yang diberikan
Sub+ KAdj + KSN (untuk)
……………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………............................
17
3.2.3 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Nama
Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara lain,
mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan
ALOR GAJAH: Catuan air di seluruh Melaka (tempat) dalam fasa ketiga yang dijadualkan
tamat pada Ahad ini (masa) dilanjutkan lagi oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam
fasa keempat dari Isnin ini hingga 22 Mac depan.
Ia adalah lanjutan daripada catuan fasa ketiga yang berjalan dari 23 Februari lalu hingga
Ahad ini selepas fasa pertama (29 Januari hingga 9 Februari) dan fasa kedua (10 Februari
hingga 22 Februari lalu).
Timbalan Pengerusinya, Datuk Halim Bachik berkata, catuan terpaksa dilanjutkan berikutan
paras air di tiga empangan utama, iaitu Empangan Durian Tunggal di sini dan Empangan
Jus serta Empangan Asahan di Jasin yang masih belum mencatatkan peningkatan paras
air.
“SAMB terpaksa melaksanakan langkah fasa keempat kerana setakat ini belum ada hujan
di kawasan tadahan hujan di ketiga-tiga empangan berkenaan.
“Pengguna harus bersabar kerana langkah ini adalah untuk memastikan mereka terus
menikmati bekalan air berterusan hingga musim panas Monsun Timur Laut dijangka
berakhir pada hujung Mac ini,” katanya di sini hari ini.
(Sumber: Berita Harian, 5 Mac 2020)
Aktiviti 3.2.3
Sila lihat dan dengar dengan teliti video berikut iaitu dari minit 7:47
sehingga minit 8:35. (https://www.youtube.com/watch?v=ZQMcE-43uQo)
Kemudian, beri contoh lain frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan
frasa nama.
LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.3
18
LATIHAN PENGUKUHAN 3.2.3
1. Berikan maksud frasa sendi nama keterangan frasa nama.
…………………………………………………………………………………………...................
.............................................................................................................................................
2. Bina frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama yang mendukung
makna keterangan tempat, masa dan tujuan.
a) …………………………………………………………………………………..
b) …………………………………………………………………………………..
c) …………………………………………………………………………………
3. Berikut merupakan ayat yang terdiri daripada frasa sendi nama yang menjadi keterangan
frasa nama. Kenalpasti dan kelaskan frasa sendi nama keterangan frasa nama tersebut
sama ada mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan
tujuan.
a) Rumah-rumah di bandar itu tidak besar. (_____________)
b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (______________)
c) Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. (_______________)
d) Perbelanjaan di Mekah pada musim haji sangat tinggi. (_________________)
e) Kain daripada sutera mahal harganya. (_____________)
19
4. Berdasarkan gambar rajah dibawah:
frasa sendi nama keterangan
frasa nama
X Pembuat Sumber Y Masa Tujuan
a) Apakah makna keterangan X?
..............................…………………………………………………………………………………
b) Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk mendukung makna keterangan Y?
............................…………………………………………………………………………………..
c) Bina satu frasa sendi nama keterangan frasa nama yang mendukung makna
keterangan Y.
............................…………………………………………………………………………………..
5. Berdasarkan petikan di bawah, gariskan frasa sendi nama yang menjadi unsur
keterangan bagi frasa nama.
SINGAPURA: Semua masjid di Singapura kekal ditutup pada Aidilfitri berikutan
sambutan perayaan itu masih dalam tempoh pemutus rantaian bagi memerangi COVID-
19.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kebiasaannya pada pagi Hari Raya,
umat Islam di Singapura akan ke masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri dan bertakbir
serta mendengar khutbah.
Tahun ini, mereka akan menyambut Hari Raya di rumah masing-masing bersama
anggota keluarga yang tinggal di rumah yang sama, menurut kenyataan itu.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mac 2020)
20
4.0 PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA SECARA UMUM
Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat. Dua kata sendi nama yang serupa
boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi. Kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung
tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama. Contohnya:
1. Siasatan awal mendapati lelaki itu tiada kaitan dengan mana-mana kluster pasar
borong seperti di Selayang dan di Kuala Lumpur, kerana peniaga di pasar berkenaan
tidak mengambil bekalan dari kawasan terbabit.
2. Ini adalah pencapaian yang baik berbanding sebelum ini, yang mana semua data dari
lapangan dan dari makmal perlu dilaporkan secara manual.
3. Pada masa ini, 4,809 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah
dibenarkan keluar dari hospital atau dari fasiliti rawatan komuniti.
4. Pihak berkuasa berkata, ini kerana Russia belajar dari pengalaman di Eropah barat,
bertindak cepat untuk mengasingkan pelancong dan orang yang berisiko, dan
melancarkan kempen besar-besaran untuk menguji dan untuk mengkuarantin mereka
yang dijangkiti.
5. Penyelidik menjangkakan kadar jangkitan rendah di kebanyakan negara di Afrika
berbanding di Eropah dan di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kematian dan
kes tinggi.
6. Kematian Wahdan itu dimaklumkan kepada bapa dan kepada adiknya yang dilaporkan
berada dalam keadaan stabil.
7. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
21
Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama
pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada
unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah
ke. Contohnya:
1. COVID-19: 1,000 diarahkan jalani saringan kesihatan
AYER KEROH: Siasatan awal mendapati lelaki itu tiada kaitan dengan mana-mana
kluster pasar borong seperti di Selayang dan Kuala Lumpur, kerana peniaga di pasar
berkenaan tidak mengambil bekalan dari kawasan terbabit.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2020)
2. Sistem e-COVID kumpul data lapangan
PUTRAJAYA: Ini adalah pencapaian yang baik berbanding sebelum ini, yang mana
semua data dari lapangan dan makmal perlu dilaporkan secara manual.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2020)
3. COVID-19: Singapura catat 752 kes baharu, jumlah keseluruhan 26,098
SINGAPURA: Pada masa ini, 4809 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan
dan telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti rawatan komuniti.
(Sumber: Berita Harian, 14 Mei 2020)
4. COVID-19: Russia catat lebih 10,000 kes baharu
MOSCOW: Pihak berkuasa berkata, ini kerana Russia belajar dari pengalaman di
Eropah barat, bertindak cepat untuk mengasingkan pelancong dan orang yang
berisiko, dan melancarkan kempen besar-besaran untuk menguji dan mengkuarantin
mereka yang dijangkiti.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2020)
5. COVID-19: Virus boleh jangkiti lebih 200 juta penduduk di Afrika
PARIS: Penyelidik menjangkakan kadar jangkitan rendah di kebanyakan negara di
Afrika berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kematian
dan kes tinggi.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2020)
6. Lelaki anggap jangkitan COVID-19 berita palsu, meninggal dunia
KAHERAH: Kematian Wahdan itu dimaklumkan kepada bapa dan adiknya yang
dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Bagi kenalannya, Wahdan seorang aktif
bersukan dan gemar mengamalkan pemakanan sihat.
(Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2020)
22
Kata sendi nama pada kedudukan unsur yang kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi
nama setara yang tidak menggunakan kata hubung. Contohnya:
1. COVID-19: Wartawan juga wira tak didendang
KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan (frontliners), jangan lupa para wartawan
yang ke hulu ke hilir.
(Sumber: Berita Malaysia Astro Awani, 26 Mac 2020
Salah: Petugas barisan hadapan (frontliners), jangan lupa para wartawan yang ke hulu hilir.
2. Migrasi ke luar bandar meningkat
PORT DICKSON: Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan
Malaysia, kadar migrasi dari bandar ke luar bandar meningkat kepada 19.5 peratus
pada 2018 berbanding 4.2 peratus pada 2016 manakala migrasi dari luar bandar ke
bandar pula menunjukkan penurunan iaitu dari 15.2 peratus pada 2016 kepada 4.8
peratus pada 2018.
(Sumber: Sinar Harian, 16 Mei 2020)
Salah: kadar migrasi dari bandar luar bandar meningkat kepada 19.5 peratus pada 2018
3. Rakyat Malaysia terkandas di negara Asia Barat selamat pulang
Kuala Lumpur: Seramai 312 warga Malaysia yang terkandas di Algeria, Tunisia dan
Maghribi tiba di sini kira-kira jam 1.40 tengah hari menaiki pesawat sewaan khas Air
Asia X. Penumpang dari Maghribi yang mengikuti penerbangan pulang ini diterbangkan
khas dari Maghribi ke Algeria, untuk turut serta dalam misi repatriasi tersebut.
(Sumber: Berita Harian, 24 april 2020)
Salah: Penumpang dari Maghribi yang mengikuti penerbangan pulang ini diterbangkan khas
dari Maghribi Algeria, untuk turut serta dalam misi repatriasi tersebut.
23
Binaan frasa sendi nama yang mengandungi frasa nama dengan bentuk se- mempunyai
peraturan seperti yang berikut. Binaan yang demikian yang menggunakan kata sendi nama
dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se- secara berasingan. Sekiranya
pengguguran se- dilakukan pada satu bahagian frasa sendi nama, maka pengguguran bentuk
yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa nama yang kedua untuk keseimbangan.
Contohnya:
1. PKPB: 31 ditahan ingkar di pusat hiburan
KUCHING: "Kita akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa agar setiap
arahan dipatuhi dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19," katanya.
(Sumber: Berita Harian, 16 Mei 2020)
Betul : dari masa ke masa Salah: dari masa ke semasa Salah: dari semasa ke
masa
Frasa sendi nama boleh didahului oleh kata bantu seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
1. COVID-19: Kluster pekerja asing baharu di Setia Alam
PUTRAJAYA: “Kes positif kluster ini membabitkan 81 kes bukan warganegara iaitu 33
kes warga Nepal; 26 kes warga Bangladesh; 11 kes warga Indonesia; dan 11 kes
warga Myanmar.
“Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan,” katanya.
(Sumber: Berita Harian, 9 Mei 2020)
Contoh lain: akan ke, telah ke
Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun
setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta fungsi yang berbeza, dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan-peraturan yang rapi.
Aktiviti 4.0
Setiap pelajar dikehendaki bina satu ayat yang menggabungkan frasa sendi
5.0nKamESaIMdePnUgLaAnNkata hubung dan dan atau.
24
LATIHAN PENGUKUHAN 4.0
1. Tandakan (/) pada ayat yang betul dan tandakan (X) pada ayat yang salah.
i. Ahmad bukan ke Perlis tetapi kedah.
ii. Hadiah ini untuk ayah dan ibu.
iii. Tuan hendak ke Melaka atau Muar?
iv. Ia melihat ke atas dan ke bawah.
v. Serangan itu datang dari dalam dan luar kota.
2. Berikut adalah binaan frasa sendi nama yang salah. Garis dan tulis semula jawapan yang
betul.
i. Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa.
………………………………………………………………………………........................
ii. Ia berjalan ke hulu hilir.
…………………………………………………………………………………....................
iii. Katakanlah, ke bintang atau bulan.
…………………………………………………………………………………....................
3. Bina frasa sendi nama yang mengandungi frasa nama dengan bentuk se-. Binaan tersebut
perlu menggunakan kata sendi nama dari dan ke.
i. …………………………………………………………………………………..............
ii. ………………………………………………………………………………….. ...........
4. Bina frasa sendi nama yang didahului oleh kata bantu.
......…………………………………………………………………………………………..
25
5. Boleh atau tidak,penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata
sendi nama pada unsur kedua digugurkan jika kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah
ke? Beri satu contoh frasa sendi nama tersebut.
.………………………………………………………………………………………….......
................................................................................................................................................
5.0 KESIMPULAN
Frasa sendi nama ialah satu binaan yang boleh dibentuk daripada beberapa unsur,
sebagaimana yang dapat digambarkan dalam rumus berikut:
Maksud daripada rumus di atas ialah bahawa frasa sendi nama dapat mengandungi binaan-
binaan berikut:
i. Kata bantu + kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
ii. Kata bantu + kata sendi nama + kata arah + frasa nama
iii. Kata bantu + kata sendi nama + frasa nama
iv. Kata sendi nama + frasa nama
26
Dalam binaan di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib,
manakala kehadiran unsur-unsur kata bantu, kata arah, dan frasa keterangan ialah secara
pilihan. Di bawah ini diberikan contoh-contoh yang mengandungi pelbagai jenis frasa sendi
nama tersebut:
Frasa Sendi Nama
Frasa Nama
Kata Bantu Kata Sendi Nama Kata Nama Frasa Nama Frasa
i. (a) telah Arah Keterangan
(b) telah ke dalam hutan untuk memburu
(c) telah
penjahat-
(d)
ii. (a) masih penjahat itu
(b) masih ke dalam hutan -
(c) masih
(d) ke - hutan untuk memburu
penjahat-
penjahat itu
ke - hutan -
di tepi tasik setiap petang
di tepi tasik -
di - tasik setiap petang
di - tasik -
27
28