The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nadzirah Tajudin, 2022-02-03 10:07:33

Geografi dan: Pendidikan Alam Sekitar; Pendidikan Kewarganegaraan Global

PGT223 E-BOOK

GEOGRAFI DAN:
PENDIDIKAN

ALAM SEKITAR
PENDIDIKAN

KEWARGANEGARAAN
GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH:
• MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD SANI •

• MOHAMAD MUEIZUDDIN BIN MUSA •
• NIK KHAIRINA BINTI KHALIL •

• NURUL NADZIRAH BINTI MOHAMAD TAJUDIN •

ISI KANDUNGAN

01 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (P.A.S)



02 PENDEKATAN P.A.S



03 MATLAMAT P.A.S



04 PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP ALAM

SEKITAR



05 ELEMEN ALAM SEKITAR DALAM KSSM

GEOGRAFI



06 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN

GLOBAL (GCED)



07 MATLAMAT GCED



08 GEOGRAFI DAN PENDIDIKAN

KEWARGANEGARAAN



09 ELEMEN UTAMA GCED



10 CONTOH-CONTOH KAJIAN KES

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

P.A.S

Umumnya, Pendidikan Alam Sekitar (P.A.S)
ialah cara untuk memahami alam sekitar dan
cara manusia sebagai sebahagian daripada alam
sekitar mempengaruhi alam sekitar.

Proses yang berkomunikasi dan memberikan
arahan untuk memelihara & menjaga warisan
alam sekitar dan membuat model pembangunan
dengan penyelesaian yang mampan.

1975:

PBB, di Geneva, berkonsepkan pendidikan alam sekitar sebagai persekitaran
untuk mendidik warga menyedari masalah kemerosotan persekitaran dalam
kehidupan seharian, mengajar pengetahuan, kemahiran dan perasaan
tanggungjawab untuk mencari jalan keluar semua masalah yang mementingkan
alam sekitar.

UNESCO (1978):

P.A.S merupakan proses pembelajaran yang meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran individu tentang alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan,
membina dan memperkembang kemahiran yang diperlukan dan kepakaran
untuk menghadapi cabaran dan menggalakkan sikap, motivasi dan komitmen
untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bertanggungjawab.

01

PENDEKATAN

P.A.S

PENDIDIKAN TENTANG ALAM SEKITAR:

1 Model Palmer & Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan
mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan
tentang alam semula jadi.

2 PENDIDIKAN MELALUI ALAM SEKITAR:

Pengalaman - kajian lapangan.
Guna alam sekitar sebagai sumber.

PENDIDIKAN UNTUK ALAM SEKITAR:

3 Pendidikan tentang pengurusan dan tindakan terhadap alam sekitar
yang baik untuk meningkatkan kualiti alam sekitar untuk kesejahteraan
hidup.

02

MATLAMAT

P.A.S

MATLAMAT UTAMA

Membantu warganegara menjadi berpengetahuan alam sekitar.
Berkemahiran serta berdedikasi.
Untuk bekerja & bertindak secara individu/secara kolektif.
Bagi mencapai atau mengekalkan keseimbangan yang dinamik
antara kualiti kehidupan & kualiti alam sekitar.

UNESCO-UNEP 1990

MATLAMAT P.A.S DI MALAYSIA

Membentuk masyarakat lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu
alam sekitar, memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan
komitmen untuk berusaha dan bertindak secara
individu/bersama kearah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
Alam sekitar semulajadi atau alam semesta adalah ciptaan Allah
SWT.
Menjadi tanggungjawab manusia untuk menguruskan alam
sekitar dengan bijak.
Agen perubahan kepada masyarakat daripada mundur dan
terkebelakang kepada sebuah masyarakat yang maju dan
bertamadun.

03

PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP

ALAM SEKITAR

Pendidikan Alam Sekitar memberi Subjek Geografi membuka mata dan
fikiran pelajar untuk mengetahui
pengetahuan dan pemahaman mengenai manusia mempunyai
tanggungjawab dalam membuat
kepada pelajar mengenai keputusan yang bijak untuk
menangani sesuatu isu alam sekitar.
persekitaran alam fizikal dan manusia
Kini, Alam sekitar telah mengalami
yang sebahagian daripada perubahan yang tidak dijangkakan
menyebabkan timbulnya masalah
Pendidikan untuk kehidupan yang alam sekitar di peringkat lokal ke
peringkat global seperti perubahan
luas dan seimbang. iklim, kekurangan air, kekurangan
sumber daya dan kekurangan
Generasi muda perlu memahami makanan.
perubahan ini dengan meneroka
interaksi dinamik antara geografi Melalui geografi sekolah memberi kita
fizikal dan manusia. peluang untuk mempelajari topik dari
skala tempatan hingga global dan
Sebilangan besar masalah yang untuk:
terlibat diperdebatkan secara terbuka
dan ini penting bagi pelajar untuk Menyiasat data untuk analisis
belajar menilai maklumat dan mula grafik, statistik dan spasial.
mengenal pasti bahawa beberapa Menganalisis corak, proses dan
hujah yang mungkin dimanipulasikan hubungan persekitaran.
dan tidak tepat secara fakta. Bertanya soalan mengenai
perubahan, jangkaan dan
ramalan.

04

ELEMEN ALAM SEKITAR DALAM

KSSM GEOGRAFI

MATLAMAT: ELEMEN ALAM SEKITAR
Untuk melahirkan insan bermaklumat DALAM KSSM GEOGRAFI
geografi yang mampu berinteraksi
dengan persekitaran secara berhemah KEMAHIRAN GEOGRAFI
kearah kelestarian alam dan Membincangkan mengenai skala dan
kesejahteraan hidup jarak, peta topografi, jadual dan graf,

OBJEKTIF KSSM GEOGRAFI: carta pai dan lain-lain.

1.Mengenal pasti ciri fizikal, manusia GEOGRAFI MANUSIA
Mengkaji tentang corak dan aktiviti
dan fenomena alam di Asia manusia hubungkaitnya dengan alam

Tenggara, Asia dan dunia. sekitar fizikal.

2.Membincangkan kesan kegiatan GEOGRAFI FIZIKAL
Membincangkan keadaan fizikal bumi
manusia keatas alam sekitar. seperti Bentuk Muka Bumi dan Saliran,

3. Menjelaskan amalan sikap Cuaca dan Iklim serta
Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi
menghargai kualiti alam sekitar
dan Hidupan Liar.
setempat, wilayah dan global.
GEOGRAFI KAWASAN
4.Menggabungkan ilmu geografi dalam Mempelajari kawasan-kawasan di dunia
yang mempunyai keunikan dari segi alam
mengurus sumber dan alam sekitar
sekitar fizikal dan manusia.
secara bijaksana dan
ISU PENGURUSAN ALAM SEKITAR
bertanggungjawab. Membincangkan berkaitan Sumber Air,

DEFINISI KELESTARIAN Sisa Domestik, Pemanasan Global,
ALAM SEKITAR: Teknologi Hijau, Sumber Hutan serta
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
lestari membawa maksud tidak berubah- Kitar Semula.
ubah, kekal, atau tetap. Oleh itu, bumi
yang lestari dapat digambarkan sebagai
persekitan bumi yang kekal bebas
daripada sebarang unsur kerosakan
alam.

KERJA LAPANGAN DILAKSANAKAN MEMBOLEHKAN MURID:
1.Memberi pendapat atau idea secara kritis dan kreatif.
2.Menghuraikan saling kaitan antara manusia dengan alam sekitar.
3.Mengenal pasti masalah berkaitan geografi di lapangan.
4.Mengaplikasikan kemahiran geografi yang telah dipelajari.
5.Menjalankan tugasan mengikut prosedur.

05

PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

GCED

DEFINISI:

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) ialah satu bentuk
pembelajaran sivik melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam projek bagi
menangani isu global bersifat sosial, politik, ekonomi atau alam sekitar.

TUJUAN:

Memperkasakan pelajar dari semua peringkat umur untuk memainkan
peranan aktif di peringkat tempatan dan global dalam membina
masyarakat lebih aman, bertolak ansur, inklusif dan selamat.

3 DOMAIN PEMBELAJARAN GCED:

KOGNITIF:
Kemahiran berfikir yang diperlukan untuk lebih memahami dunia dan
kerumitannya.

SOSIO EMOSI:
Nilai, sikap dan kemahiran sosial yang membolehkan pelajar
berkembang secara afektif, psikososial & fizikal; membolehkan mereka
hidup bersama dengan orang lain secara hormat dan aman.

TINGKAH LAKU:
Kelakuan, prestasi, aplikasi praktikal dan penglibatan.

06

MATLAMAT

GCED

01 Melahirkan pelajar yang berperanan aktif dan positif dalam
urusan mereka dengan sekolah, keluarga, masyarakat dan
global.

Mewujudkan peserta yang aktif dan bertanggungjawab 02
dalam komuniti mereka sendiri serta menjadi peserta yang
lebih bertanggungjawab dalam komuniti manusia yang
lebih luas; orang lain yang tinggal di negara dan wilayah
mereka sendiri termasuklah di Planet Bumi.

07

GEOGRAFI DAN

PENDIDIKAN
KEWARGANEGARAAN

Bantu pelajar peroleh pengetahuan sangat diperlukan untuk menjadi
warganegara baik dan ahli masyarakat berautonomi dan
bertanggungjawab.

Ajar pelajar libatkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan sosial, bina
pandangan kritikal mengenai isu-isu alam sekitar, penggunaan ruang,
globalisasi, ketidaksamaan kemakmuran, masyarakat pelbagai budaya
dan perubahan yang berlaku.

KONSEP:

CRICK (1998):
Sebagai tanggungjawab sosial dan moral, literasi politik dan penglibatan
komuniti.

PORTER (1991):
Dalam 3 aspek:

Status: Hubungan antara individu & negara.
Kerelaan: Rasa hidup bersama, komuniti, budaya & sejarah.
Kecekapan: Aktif dan libatkan diri dalam perbahasan dan membuat
keputusan.

GILBERT (1996):
Status: Hak dan kewajipan.
Identiti.
Public Practice: Melalui proses undang-undang dan politik.
Penglibatan: Buat keputusan dalam pelbagai aspek kehidupan,
menekankan demokratik (rumah, sekolah, komuniti, negara dan dunia).

08

ELEMEN UTAMA GCED

(OXFAM, 2015)

PENGETAHUAN KEWARGANEGARAAN DALAM
DAN KEFAHAMAN: MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Keadilan sosial dan kesaksamaan. Isu berkaitan alam sekitar,
Identiti dan kepelbagaian.
Globalisasi dan saling bergantung. penduduk, aktiviti ekonomi,
Pembangunan lestari.
Keamanan dan konflik. pembangunan, sumber - skala
Hak asasi.
Kuasa dan tadbir urus. tempatan kepada global.

KEMAHIRAN Saling bergantungan tempat dan

Pemikiran kritis dan kreatif. idea kewarganegaraan global.
Empati.
Kesedaran dan refleksi diri. Kemahiran inkuiri geografi;
Komunikasi.
Kerjasama dan penyelesaian komunikasi dan analisis dan menilai
konflik.
Keupayaan untuk mengurus bukti.
kerumitan dan ketidakpastian.
Tindakan termaklum (informaed) ELEMEN
dan reflektif.
MERENTAS KURIKULUM
NILAI DAN SIKAP
3. Nilai Murni
Rasa identiti dan harga diri. Diberi penekanan supaya murid
Komitmen terhadap keadilan sosial sedar akan kepentingan dan
dan kesaksamaan. mengamalkannya.
Menghormati manusia dan hak Merangkumi aspek kerohanian.
asasi manusia. kemanusiaan dan kewarganegaraan
Menghargai kepelbagaian. - menjadi amalan dalam kehidupan
Keprihatinan terhadap alam sekitar harian.
dan komitmen terhadap
pembangunan mampan. 09
Komitmen untuk penyertaan dan
inklusi.
Kepercayaan bahawa manusia
boleh membawa perubahan.

CONTOH-CONTOH

KAJIAN KES

Identiti Dan Kepelbagaian: Menghormati Kepelbagaian (Respecting Diversity).



4.1.4 Membandingkan Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Manusia Di Asia.

Globalisasi Dan Saling Bergantung: Menghargai kepelbagaian.



4.2 Sumber Semulajadi Utama Dan Kerjasama Ekonomi di Dunia.

10


Click to View FlipBook Version