BUKU LOG
UNIT BERUNIFORM BULAN
SABIT MERAH MALAYSIA
IPG KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU MELAKA
1
BIODATA
NAMA SHARIFAH HARIDZAH BINTI SYED HADZIR
NO KAD PENGENALAN 020419-01-0282
KURSUS MPU3062 KOKURIKULUM – UNIT
BERUNIFORM
UNIT PEND AWAL KANAK-KANAK
AMBILAN PISMP JUN 2021
ALAMAT RUMAH TL14, PARIT KASSIM, JLN TEMENGGONG
AHMAD, 84150, MUAR, JOHOR.
NO TELEFON +60 12-4259458
1
PENGENALAN BSMM
Sebuah badan sukerela yang ditubuhkan
sebagai cawangan Palang Merah British pada
bulan April 1948. Diiktiraf oleh Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada 4
Julai 1963.
Diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada 24
Ogos 1963.
Diperbadankan dibawah Akta Parlimen:
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Diperbadankan) 1965. (Dahulu dikenali
sebagai Akta 47/65 dan dikemaskini sebagai Akta 540 pada tahun 1995) dan Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975. Sejak September 5 1975
ianya dikenali sebagai Malaysian Red Crescent Society atau Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia dan lebih dikenali sebagai BULAN SABIT MERAH MALAYSIA.
Berfungsi sebagai badan yang membantu Kerajaan Malaysia dalam bidang
kemanusiaan.
VISI MISI
Bagi merealisasikan Bulan Untuk mencegah dan
Sabit Merah Malaysia mengurangkan penderitaan,
sebagai organisasi
kemanusiaan yang di mana jua
terkemuka dan tersendiri
yang membawa masyarakat
dan institusi-institusi
bersama untuk mereka yang
memerlukan.
2
SEJARAH PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
Ia bermula daripada seorang pemuda bernama Jean Henry Dunant. Beliau
dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 8 Mei 1828. Perjalanan beliau menyertai
badan-badan kebajikan adalah apabila beliau giat menyertai pertubuhan-pertubuhan
kebajikan seperti ‘League of Alma’ di Geneva dan ‘Young
Men’s Christian Association’ (YMCA). Beliau juga
merupakan pengasas ‘Thursday Association’ untuk
mengkaji kitab Injil untuk merawat hati insan yang
menderita. Persatuan ini juga turut bertujuan membantu
orang miskin, memberi motivasi rohani dan kaunseling.
Hal ini memberi makna fitrah kesukarelawanan itu sudah
sebati dengan jiwanya sejak muda lagi.
Pada tahun 1859, Jean Henry Dunant berada di Itali Castiglione Delia Pieye
untuk urusan perniagaan dan kewangan. Pada ketika itu telah tercetusnya perang
antara Perancis dan Australia di Solferino. Jiwa sukarelawan beliau telah mendorong
dirinya untuk menjadi salah seorang yang turun padang membantu mangsa-mangsa
peperangan yang cedera pada waktu itu. Semangat dan sumbangan yang telah beliau
lakukan telah tercatat di buku yang di karang sendiri oleh Jean Henry Dunant berjudul
“Kenangan di Solferino” dan diterbitkan pada 1862. Kisah yang diceritakan dakam
buku tersebut telah menjetik hati seorang peguam bernama Gustave Moynier.
Bermula dari saat itulah, terbitnya hasrat Gustave untuk menubuhkan sebuah
Pertubuhan Palang Merah pada tahun 1863 bersama Jean Henry serta dua orang lagi
sahabatnya, Louis Appa dan Theodore Mounior.
Pertubuhan Palang Merah akhirnya telah tersebar luas di seluruh dunia. Setiap
negara perlu menubuhkan Pertubuhan Palang Merah. Hal in dilakukan adalah untuk
memudahkan urusan menghulurkan bantuan kepada mana-mana mangsa
perangyang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Pengasasan pertubuhan ini telah
disahkan ketika Persidangan Geneva pertama yang dianjurkan pada tahun 1864.
3
Lambang palang merah yang berlatarkan warna putih menjadi pilihan sebagai
logo bendera Pertubuhan Palang Merah. Pemilihan tersebut telah diinspirasikan
daripada bendera Switzerland di mana warna bendera negara tersebut adalah palang
putih berlatarkan belakang warna merah.
Persatuan Palang merah semakin tersebar luas melalui pelbagai persidangan
yang mereka hadiri dan wujudnya Persatuan Palang Merah Antarabangsa. Tambahan
lagi, perjuangan Jean Henry dan ahli palang merah yang lain dalam menyelamatkan
nyawa mangsa-mangsa perang. Namun begitu, Jean Henry Dunant telah berhadapan
dengan krisis kewangan ketika berusia 39 tahun dalam asyik dirinya bergiat aktif
dalam persatuan tersebut. Beliau kemudiannya dilucutkan pelbagai jawatan seperti
persatuan YMCA yang disertainya. Walaubagaimanapun semangat juangnya dalam
menyelamatkan mangsa-mangsa cedera tidak terpadam begitu sahaja. Beliau terus
membantu mereka yang memerlukan walaupun perlu mengikat perut. Henry Dunant
akhirnya diberi penghargaan atas jasanya dan meninggal pada umur 59 tahun.
Pengasasan Persatuan Bulan Sabit Merah
Lambang palang merah bagi Persatuan Palang Merah Antarabangsa asalnya
dikekalkan untuk mengenang jasa Jean Henry Dunant yang memulakan pertubuhan
tersebut. Ketika berlakunya peperangan di Turki, lambing palang merah tersebut
diperkatakan sebagai lambing Kristian dan tidak perpihak kepada negara mereka iaitu
negara Islam. Oleh itu, negara Turki telah mencipta lambing Bulan Sabit dimana ia
merupakan lambing yang neutral. Akhirnya, Persatuan Bulan Sabit merah tercipta dan
ramai orang dari negara Islam seperti negara Arab turut menyertai persatuan tersebut.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (1988:24), kedua-dua lambang, baik
lambang palang merah atau bulan sabit merah, bermaksud melindungi dan membantu
siapa-siapa yang cedera. Menurut Amzan Abd. Malek & HaziraHamsah A. (2009:19).
4
SEJARAH PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Selepas peperangan Jepun pada tahun 1940, kerajaan British kembali
memerintah tanah Melayu bertujuan untuk merawat mangsa perang yang cedera
parah serta membangunkan semula Tanah Melayu. Kecederaan yang berlaku pada
rakyat tanah Melayu pada ketika itu telah tercatat pada Laporan Tahunan Persatuan
Palang Merah British pada tahun 1945;
“Sebagai akibat perang, Borneo Utara teruk dilanda kemusnahan di Asia Tenggara.
Penduduk-penduduknya menanggung penderitaan yang amat sangat pada zaman
pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian, peluang bagi kegiatan-kegiatan Palang
Merah banyak dan diharapkan berkembang pada tahun-tahun yang akan datang”
Setelah persatuan tersebut berkembang luas di Tanah Melayu. Akhirnya,
mereka menubuhkan beberapa cawangan terbesar seperti di Sabah, Sarawak dan di
Semenanjung Malaysia.
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah
British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di
Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Meitahun
1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan
cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan
Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia.
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun
1950, yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951.
Cawangan PersekutuanTanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss
Jordandan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah
British.
5
IKRAR BULAN SABIT MERAH
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara kami.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada perlembagaan
dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
1. Kemanusiaan
2. Kesaksamaan
3. Keberkecualian
4. Kebebasan
5. Khidmat Sukarela
6, Ketunggalan
7. Kesejagatan
6
LAGU BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
7
CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH IPGK PEREMPUAN MELAYU
8
PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH
KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi
pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan
berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya
adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama
manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, dan kedamaian yang berkekalan di
kalangan manusia.
KESAKSAMAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.
Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama atau idealogi.
KEBEBASAN
Kami bebas. Dan sementara kita adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan
kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara, kita mengekalkan
autonomi supaya kita boleh setiap masa bertindak selaras dengan prinsip pergerakan itu.
KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
KETUNGGALAN
Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah
Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh Negara.
9
KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia,
dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling
bantu-membantu di antara satu sama lain.
10
PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang–
undang.
• Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi
pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti
politik dan persatuan belia.
• Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan St. John Ambulans.
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman
atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada
dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang,
dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-
wad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu
Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
Konvensyen Geneva.”
11
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No.
41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan
ialah :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan
iv) Pendaftaran persatuan ·
v) Jawatankuasa kecil,
12
MENDAFTAR KEAHLIAH BSMM
Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)
a. Penerimaan dan Yuran Keahlian
Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di Sekolah Rendah sama ada
sekolah tersebut di bawah tajaan kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah
Persendirian di dalam negara Malaysia.
Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5.6
dikategorikan sebagai anti kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit
Merah (Sekolah Rendah) atau dipanggil "Red Cross Link"
b. Kaedah Pendaftaran Unit
Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00
(Satu Ringgit) setahun
Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/bu Pejabat
Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak
Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ibu bapa
Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di sekolah
masing-masing.
c. Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan
diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit melalui
Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.
d. Borang-Borang BSMM Mengenal Unit Kanak-Kanak
Guru pemimpin unit kanak-kanak hendaklah mengisikan borang pendaftaran unit dan
menyerahkan borang tersebut bersama-sama borang keahlian tahunan kepada
cabang dan seterusnya kepada cawangan untuk disahkan.
13
e. Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan
didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-
Kanak Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang
diselaraskan bersama oleh Cabang
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan din di
Pasukan Bella Sekolah Menengah
Catatan:
Maklumat maklumat mengenal BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat 85MM
Cabang Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM
masing-masing atau layari email soojaring.my atau website:
http:/www.redcrescent.org.my atau email kepada Cabang/Cawangan masing-masing
14
UNIFORM RASMI BSMM SEKOLAH
CONTOH LAIN PEMAKAIAN UNIFORM BSMM
15
16
KEMAHIRAN ASAS DALAM BULAN SABIT MERAH
PERTOLONGAN CEMAS
S – Selamatkan Nyawa
E – Elakkan dari bertambah teruk
K – Kurangkan Kesakitan
Sebelum melakukan bantuan pertolongan cemas, ahli bsmm perlu memastikan
beberapa perkara seperti:
D – Danger (Analisis persekitaran) Tahap kesedaran A.V.P.U
R – Respond (berdasarkan A.V.P.U) A – Alert (sedar sepenuhnya)
A – Airway (Saluran Pernafasan) V – Verbal (respon terhadap suara)
B – Breathing (Pernafasan) P – Pain (respon terhadap kesakitan)
C – Circulation (Peraliran darah) U – Unresponsive (tidak sedarkan diri)
KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS (ANDUH)
Balutan anduh perlu menggunakan ikatan buku sila,
1. Anduh Lengan
-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
17
2. Anduh Kepala
-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa
dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian
dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .
3. Anduh Lutut/Siku
-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas
lutut yang tercedera .
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas
18
4. Anduh pergelangan tangan/Tapak Kaki
-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik
dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di
bawah.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti
gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut .
19
CONTOH AKTIVITI BSMM DI SEKOLAH
20
AKTIVITI MINGGUAN
MINGGU/TARIKH MASA AKTIVITI
1 8.00 – 9.00 pgi Kawad kaki
9.00 – 12.00 tgh Bersama JL (logo, lagu, ikrar, sejarah
(10/8/2022) penubuhan pbsm, pembentangan
8.00 – 9.00 pgi kumpulan) di PISA
2 9.00 – 11.00 pgi Kawad kaki
(17/8/2022) 11.00 – 12.00 tgh Anduh
3.00 – 5.00 ptg Bersama JL
3 Taklimat kerja kursus
(24/8/22) 2.30 – 6.30 ptg Tali temali
Pertolongan cemas
4
(31/8/22) 2.00 – 6.00 ptg Pertolongan cemas
5 8.00 – 10.00 pgi Kawad Kaki
(7/9/22) 10.00 – 12.00 tgh Perkhemahan
8.00 – 10.00 pgi Orientasi sekolah dan CPR AED
6 10.00 – 12.00 tgh Ikhtiar Hidup
(14/9/22) 3.00 – 5.00 ptg Bearing dan Arah
7 -
(21/9/22)
MINGGU PENGALAMAN
8 BERASASKAN SEKOLAH
(28/9/22) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
9 PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM
(5/10/22)
10
(12/10/22)
11
(19/10/22)
12
(24-27/10/22)
21
RUJUKAN
Amanda Cheah. (2014). kain anduh. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/amandacheah52/kainanduh
Malaysian Red Cresent. (2021). History . Retrieved from Malaysian Red Cresent:
https://www.redcrescent.org.my/
Cikgu Johan. (2015). 1-Sejarah Palang Merah. Retrieved from Academia.edu:
https://www.academia.edu/9556754/1_Sejarah_Palang_Merah
Malaysian Red Cresent Kuala Lumpur. (2017). Fundamental Principles. Retrieved
from Bulan Sabit Merah Kuala Lumpur: https://bsmmkl.org.my/fundamental-
principles/
Siaw Ong. (2017). Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm. Retrieved from
Slideshare: https://www.slideshare.net/petersiaw/kumpulan-3-perlembagaan-
pertubuhan-bsmm
Wen Hang Pui. (2020). Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah: Menyusur Misi
Kemanusiaan Jean Henry Dunant. Retrieved from Academia.edu:
https://www.academia.edu/37140926/Sejarah_Persatuan_Bulan_Sabit_Mera
h_Menyusur_Misi_Kemanusiaan_Jean_Henry_Dunant
22
LAMPIRAN
23
24