SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG DAWAI, 08110 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN TEL/ FAX : 04-4573304 EMAIL : [email protected] TARIKH : 1 FEBRUARI 2023 HARI : RABU MASA : 7.45 PAGI – 1.15 PETANG TEMPAT : SK TANJONG DAWAI PROGRAM SEMBELIHAN AYAM murid TAHUN 6 TAHUN 2022/2023 Dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Unit Ko-kurikulum SKTD
1.0 PENDAHULUAN Mencari sumber makanan yang halal lagi thoyyiban adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 mafhumNYA: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (thoyyiban), dan jangan kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang lagi nyata” Sabda Nabi SAW: “Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam” – Riwayat Imam ad-Dailami (Hadis no. 5270) Fardhu kifayah wajib disempurnakan oleh setiap mukmin yang menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim. Hukum sembelihan yang pada asasnya merupakan sunat Mua’kad (dituntut) seringkali diabaikan kerana kekangan masa dan juga masalah pengurusan. Oleh sebab itu, pendedahan awal diperingkat bangku sekolah amat penting dan perlu bagi menyediakan pelapis dan pengendali yang mengutamakan syarak dalam melakukan ibadat sembelihan dan juga aqiqah. Sehubungan dengan itu, sekolah mengambil inisiatif mengadakan program ini bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada murid Tahun 6 khususnya dan warga SKTD amnya tentang cara-cara sembelihan ayam secara teori dan simulasi yang betul serta sah mengikut hukum syarak. Selain itu, para peserta yang menyertai program ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan haiwan sembelihan selain dari ayam dan lain-lain hal yang berkaitan. 2.0 MATLAMAT Memberi pendedahan awal dan menyeluruh kepada murid Tahun 6 SK Tanjong Dawai berkaitan cara sembelihan yang menepati hukum syarak. Selain itu, ianya dapat melahirkan umat Islam yang cakna terhadap soal halal dan haram sesuatu makanan meliputi cara memilih bahan, memproses, menyediakan dan memasaknya dengan betul.
3.0 TARIKH / TEMPAT Tarikh : 1 Februari 2023 Hari : Rabu Masa : 7.45 pagi hingga 1.15 petang Tempat : Padang Sekolah, SK Tanjong Dawai 4.0 SASARAN Semua murid Tahun 6 dan guru SK Tg Dawai. 5.0 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 7.45 Pagi Taklimat Program 8.00 Pagi Aktiviti 1 - Penerangan Tatacara Sembelihan Menurut Syarak - Simulasi Sembelihan - Sesi soal Jawab 9.00 pagi Aktiviti 2 - Amali / Praktikal Sembelihan Ayam 10.00 pagi Pemprosesan Pembersihan Ayam 11.15 pagi Proses memasak ayam 1.15 petang Makan Tengah hari
DOKUMENTASI BERGAMBAR PROGRAM SEMBELIHAN MURID TAHUN 6
PENILAIAN PROGRAM SEMBELIHAN MURID TAHUN 6 TAHUN 2022/2023 Kekuatan Program : Guru sentiasa bersedia merancang dan melaksanakan program. Guru sentiasa prihatin terhadap kemenjadian murid terutamanya dari segi rohani Tempat dilaksanakan program yang kondusif. Memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan amali sembelihan dalam kehidupan seharian Menyemai sikap menjaga kebersihan dan suka membantu sepanjang proses sembelihan haiwan dijalankan Kelemahan Program : Murid tidak berani untuk menyembelih ayam Cadangan Penambahbaikan : Memberi peneguhan berbentuk hadiah untuk murid yang berani menyembelih ayam dengan tangan mereka sendiri PENUTUP Semoga majlis ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta mampu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan negara. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Di sediakan oleh, Di semak oleh, ............................................... ................................................. (Nur Hidayah Binti Rosli) (Puan Norhani binti Mad Desa) AJK Dokumentasi, Penolong Kanan KoKurikulum, Program Sembelihan Tahun 6, SK Tanjong Dawai SK Tanjong Dawai 08110 Bedong, 08110 Bedong, KEDAH DARUL AMAN KEDAH DARUL AMAN Di sahkan oleh, , .............................................. (Encik Ku Rizwan bin Ku Ibrahim) Guru Besar SK Tanjong Dawai, 08110 Bedong, KEDAH DARUL AMAN