SULIT
Nama Murid: _________________________________________________________________________________
Kelas: _________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
Mac 2021 Satu jam lima belas minit
1¼ jam
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
Bahagian A
[20 markah]
SULIT 2 011
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pekedai : Boleh saya bantu encik. Encik hendak beli apa?
Pembeli : Terima kasih, tolong bagi ________ empat bungkus nasi lemak telur mata dan
enam ketul kuih keria, ________ harganya?
A dia ... apakah
B saya ... berapakah
C awak ... kenapakah
D kamu ... bagaimanakah
2 Beberapa ekor ________ sedang berterbangan di celah-celah dahan pokok bunga di taman
itu sambil mencari makanan.
A pepijat
B jejentik
C pepatung
D sesumpah
3 Wakammaru Ultra merupakan robot ciptaan seorang jurutera pakar daripada negara Jepun
yang ________ canggih ________.
A amat ... sekali
B paling ... benar
C terlalu ... sangat
D betul ... sungguh
4 Sungai yang terletak di kawasan perindustrian kerap ________ oleh sisa-sisa buangan dari
kilang kerana sikap segelintir pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
A dicemari
B mencemari
C pencemaran
D mencemarkan
5 Anak perempuan Puan Nurul Azirah ________ bercakap dan pandai berkata-kata walaupun
usianya baru mencecah tiga tahun.
A fasih
B petah
C cekap
D lancar
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 011
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Pak Cik Mustaffa sedang ________ anak-anak benih padi di bendangnya dengan teratur
supaya boleh hidup subur.
A menabur
B menanam
C menyusun
D menimbus
7 ________ itu sedang membaca ucapan yang dikirim oleh peminat ketika dia mengendalikan
siaran lintas langsung dari stesen radio tersebut.
A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurubahasa
8 Encik Ali dan keluarganya ________ sampai lambat kerana terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas akibat banjir kilat.
A telah
B sudah
C belum
D mungkin
Soalan 9 dan 10
Pilih peribahasa yang sesuai.
9 Kita seharusnya jangan ________ apabila ada orang lain yang mengkritik hasil kerja yang
telah kita lakukan.
A kata hati
B bulat hati
C ambil hati
D terang hati
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 011
10 Cikgu Radzuan tersenyum melihat gelagat anak didiknya yang tercengang-cengang ibarat
________ apabila kali pertama dibawa bersiar-siar di Putrajaya.
A rusa masuk kampung
B kera mendapat bunga
C pungguk rindukan bulan
D katak di bawah tempurung
11 Sultan Salehuddin segera ke dapur istana setelah baginda terhidu akan aroma masakan
yang amat menyelerakan itu.
Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah tindakan yang
akan dilakukan oleh baginda Sultan Salehuddin selepas itu?
A beradu
B bersiram
C bersantap
D bersemayam
12 Baginda Sultan Melaka berasa sangat masyghul mendengar berita kecurian yang berleluasa
di Indrapura sejak akhir-akhir ini.
Pilih perkataan sinonim bagi masyghul.
A pelik
B marah
C sangsi
D dukacita
13 Pemandu kenderaan diingatkan supaya senantiasa berwaspada ketika berada di jalan raya
semasa pulang ke kampung pada hari perayaan.
Pilih perkataan antonim bagi berwaspada.
A lalai
B tegas
C cermat
D prihatin
14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah sutradara filem animasi “Laksamana Upin & Ipin” yang hangat diperkatakan itu?
A Watak Upin & Ipin merupakan tunggak utama filem animasi tersebut.
B Filem animasi tersebut diarahkan oleh Muhammad Usamah Zaid Yasin.
C Cerita asal filem anamasi tersebut diilhamkan oleh Burhanuddin Md. Radzi.
D Kos pembikinan filem animasi itu ditaja oleh Dato’ Mohd Nizam Abd Razak.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 011
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15 A Setengah penghuni blok rumah pangsa itu telah dipindahkan semalam.
B Jurutera pembinaan itu sedang melawat projek perumahan Bandar Desa Bakti.
C Cuti bagi semua pegawai bantuan polis khas dibekukan sempena hari perayaan.
D Di zaman dahulu sampan dan rakit digunakan untuk mengangkut hasil pertanian.
16 I Bila guru besar mengakhiri ucapannya semua murid bertepuk tangan.
II Budak itu terpaksa menuntun basikalnya semasa mendaki kawasan berbukit.
III Baju kurung yang dipakai oleh Adila sangat cocok sekali dengan susuk badannya.
IV Kakak sangat berselera makan goreng pisang yang dicecah sos kicap cabai burung.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan 17
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
17 Merokok boleh mengakibatkan lumpuh keupayaan perut untuk mengimbangkan asid.
A Merokok mengakibatkan asid dalam perut lumpuh keupayaannya.
B Akibat merokok boleh melumpuhkan perut mengimbangi keupayaan asid.
C Kesan merokok boleh melumpuhkan keupayaan asid mengimbangkan perut.
D Keupayaan perut mengimbangkan asid lumpuh kesan daripada amalan merokok.
Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ayah sedang memandu kereta menuju Pasar Tani Stadium Shah Alam yang terletak di Seksyen
13. Dari jauh kelihatan beberapa deret payung besar yang berwarna-warni, para peniaga sudah
mula menjalankan urus niaga. Apabila kami sampai di tapak pasar tani tersebut, aku dapati para
peniaga sedang sibuk melayan pelanggan. Ada yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ada pula yang menjual daging ayam, daging lembu, daging kambing, dan pelbagai jenis ikan.
Di suatu sudut pula peniaga sedang sibuk membakar ayam percik, membakar sate dan
membakar jagung madu. Aroma yang aku hidu sering berubah-ubah mengikut lorong yang aku
lalui. Suasana pagi itu agak bising dan bingit. Hal ini menyebabkan keadaan di pasar tani begitu
meriah. Tambahan pula, pasar tani ini diadakan pada setiap minggu. Kesempatan ini digunakan
dengan sebaik-baiknya oleh penduduk kota untuk mendapatkan segala barang yang diperlukan.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 011
Walaupun banyak orang yang mengunjungi pasar tani, namun keadaan sekitarnya bersih
daripada sebarang sampah-sarap. Keadaan sebegini telah menarik perhatian para pembeli untuk
membeli-belah dalam suasana yang selesa. Keadaan sedemikian wujud kerana sikap orang ramai
yang bertanggungjawab menjaga serta mengamalkan kebersihan.
Apabila waktu sudah menghampiri tengah hari, orang ramai beransur-ansur kurang. Para
peniaga mula mengemas barangan jualan masing-masing. Kira-kira pukul dua petang, selesailah
segala urusan jual beli di Pasar Tani Stadium Shah Alam ini. Gerai yang terakhir menutup urus
niaga mereka ialah gerai yang menjual makanan seperti gerai ayam goreng, gerai sate, gerai
burger dan kebab serta gerai nasi beriani. Minggu hadapan tempat ini sibuk kembali.
18 Pasar Tani Stadium Shah Alam yang terletak di Seksyen 13 itu terlalu istimewa kerana
A produk yang dipasarkan segar belaka.
B harga makanannya yang sangat murah.
C jualan berlangsung sehingga tengah hari.
D keadaan persekitaran pasar tani yang bersih.
19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Pasar Tani Stadium Shah Alam tersebut.
A Pasar tani tersebut diadakan empat kali dalam sebulan.
B Penulis mengunjungi pasar tani bersama-sama keluarganya.
C Semua gerai akan menutup perniagaannya sehingga tengah hari.
D Urusan jual beli di pasar tani itu berlangsung kira-kira lapan jam.
20 Rangkai kata aroma yang aku hidu sering berubah-ubah dalam petikan bermaksud
A percampuran bau masakan yang sangat menyelerakan.
B bau masakan yang berubah-ubah mengikut selera pembeli.
C perubahan bau yang menyedapkan mengikut jenis masakan.
D kumpulan masakan telah menerbitkan bau yang menyelerakan.
BAHAGIAN A TAMAT
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 011
SULIT
Nama Murid: _________________________________________________________________________________
Kelas: _________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
Bahagian B
Untuk Kegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
Nombor Markah Markah
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Soalan Penuh Diperoleh
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan. (a) 6
21 4
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. (b) 7
(a) 3
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama kertas 22 6
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (d) 4
akhir peperiksaan. (a)
23 (b)
4. (c)
(a)
24
(b)
(a)
25
(b)
Jumlah 30
Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 8 011
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan antonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. Tulis jawapan kamu
pada ruang yang disediakan.
tenat diabaikan membasmi
tegak diteruskan
_m_e_m_b_an_t_ah_
nggam
Contoh: membantah
Semua ahli jawatankuasa koperasi menyokong usul yang dibawa dalam
mesyuarat itu.
(i) Pokok mangga harum manis di halaman rumah Encik Alias itu
condong kerana dilanggar traktor.
(ii) Kerja-kerja menurap jalan raya di Kampung Sungai Lampam itu
terpaksa ditangguhkan kerana musim tengkujuh.
(iii) Semenjak Pak Hanif dimasukkan ke Hospital Daerah Teluk Intan,
penyakit asma yang dihidapinya semakin sembuh.
[3 markah]
(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
(i) Puan Nur Adila menghidangi mi goreng udang kepada tetamunya
pada petang itu.
(ii) Parti pembangkang mencuba menjatuhi kerajaan yang memerintah
dengan undian tidak percaya.
(iii) Murid-murid sekolah itu membarisi jalan untuk melihat perarakan
membawa obor Sukan Komanwel 2021.
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9 011
Soalan 22
(a) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
alas perut buah mulut buah tangan khabar angin
(i) Berita tentang fenomena gerhana matahari itu telah menjadi _______________________
guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
(ii) Encik Rahim makan dua keping roti yang disapu margerin dan secawan kopi susu sebagai
_______________________ sebelum pergi ke pejabat.
[2 markah]
(b) Pilih dan tandakan √ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
(i) “Tolong hidangkan juadah minum petang di atas meja makan itu,” kata Maria
kepada adiknya.
Maria membantu adiknya menghidangkan juadah minum petang di atas
meja makan itu.
Maria meminta adiknya supaya menghidangkan juadah minum petang
itu di atas meja makan.
(ii) “Azida, marilah ikut kakak pergi ke rumah Mak Long Ani kerana kakak hendak
menempah baju kurung,” ajak kakak Azima.
Kakak Azima menyuruh Azida pergi ke rumah Mak Long Ani kerana dia
hendak menempah baju kurung.
Kakak Azima mengajak Azida pergi ke rumah Mak Long Ani kerana dia
hendak menempah baju kurung.
[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 10 011
Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kunyit hitam dikaitkan serta dipercayai dalam ikhtiar perubatan atau pencegahan kanser usus,
tenaga batin, masalah osteoarthritis, penurunan paras kolesterol, kesihatan sistem pencernaan,
masalah asma, kesihatan jantung, anti penuaan, jerawat, ruam dan masalah kulit gatal.
Kunyit hitam sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, amat unik dan sukar diperoleh.
Berdasarkan kajian, kunyit hitam banyak sekali khasiat perubatan dan kandungan perubatannya
yang tidak ditemui di dalam herba lain.
Kandungan karkumin dalam kunyit hitam ini sangat baik sebagai bahan anti-radang atau
anti-inflamasi bagi penyakit biasa dan kronik. Ada banyak kunyit yang hampir sama dengan
kunyit hitam asli, termasuk dari segi rupa daun. Malah, ubi atau rizom walaupun berwarna hitam
atau ungu tidak semestinya pokok tersebut pokok kunyit hitam asli.
Hati-hati, terutama jika pokok berkenaan dijual pada harga murah kerana kunyit hitam
asli sangat jarang ditemui dan sukar pula diperoleh. Kunyit hitam asli berwarna ungu hitam dan
kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja yang digunakan.
(a) Apakah kebaikan karkumin dalam kunyit hitam kepada kesihatan diri seseorang?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Tandakan √ pada pernyataan yang betul, tandakan X pada pernyataan yang salah.
Kunyit hitam dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit
kulit, lelah dan kanser jantung.
Kepekatan warna kunyit hitam asli bergantung kepada tanah dan baja yang
digunakan oleh pengusaha tanaman herba tersebut.
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kunyit hitam asli ini perlu ditanam secara meluas?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 11 011
Soalan 24(a)
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PERTANDINGAN TAMAN MINI HERBA
(ANTARA PERSATUAN DAN KELAB)
SK TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, SHAH ALAM
Tarikh : 28 Oktober 2020
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Pendeta Zaaba
SK Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam
Syarat-syarat pertandingan:
➢ Terbuka kepada murid-murid tahap dua (kategori tahun 4, 5 dan 6) sahaja.
➢ Penyertaan secara berkumpulan - 10 hingga 15 orang setiap kumpulan.
• Sembilan Hadiah Utama - (RM250.00), (RM150.00) dan, (RM100.00)
Wang tunai untuk tiga pemenang bagi setiap kategori dan sijil penghargaan.
Semua kumpulan yang bertanding akan menerima sijil penyertaan.
Taklimat pertandingan akan diadaka pada:
Tarikh : 14 Oktober 2020
Hari : Rabu
Masa : 8:15 pagi
Tempat : Dewan Pendeta Zaaba
(i) Siapakah yang layak menyertai Pertandingan Taman Mini Herba yang dianjurkan itu?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Persatuan Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Taman
Mini Herba yang diadakan itu.
Persatuan Bahasa Melayu terdiri daripada sepuluh orang ahli. Apakah hadiah yang layak
diterima oleh setiap orang ahli persatuan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 12 011
Soalan 24(b)
Teliti catatan aktiviti di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AKTIVITI MURID TAHUN ENAM SELEPAS UPSR
SK TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, SHAH ALAM
Tugasan yang perlu dilaksanakan:
1 Berniaga barang-barang terpakai untuk menambah wang tabungan kelas.
1.1 - Pakaian lelaki atau perempuan
1.2 - Buku akademik terpakai
1.3 - Buku cerita atau majalah
Maklumat aktiviti amal atau program jualan barang-barang terpakai:
Hari : Setiap hari pesekolahan sepanjang bulan Oktober 2020
Masa : 1:00 petang hingga 2:00 petang
Lokasi : Dataran Arena SK Taman Sri Muda, Shah Alam
(i) Di manakah aktiviti jualan barang-barang terpakai tersebut diadakan?
________________________________________________________________________________________
1 markah]
(ii) Nyatakan dua barang terpakai lain yang boleh dijual oleh murid-murid tahun enam.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
(iii) Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah menyertai akitivit amal yang dinyatakan dalam
iklan dan catatan di atas?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 13 011
Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh beberapa orang ahli
keluarga semasa berpindah ke rumah baharu.
Contoh: memikul kotak
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Nyatakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar di atas.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
[Lihat halaman sebelah
SULIT