MODUL SIRI 1
NAMA : TINGKATAN :
TINGKATAN 3
DPK 2.0 BIDANG/TAJUK : SENI HALUS – SENI ARCA
Persepsi Seni dalam Seni Arca
4.1.1 Menjelaskan definisi Seni Arca
4.1.2 Memperihalkan sejarah perkembangan Seni Arca tempatan:
(i) Pengarca
(ii) Karya Arca
4.1.3 Menerangkan jenis- jenis arca
4.1.4 Menjelaskan kaedah asas membentuk arca
4.1.5 Mengklasifikasikan bentuk arca
Ekspresi Seni dalam Seni Arca
4.3.1 Menghasilkan karya Seni Arca dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif daripada
eksperimentasi dan penerokaan media dan kaedah
PERNYATAAN IDEA PENGARCA DALAM BENTUK 3 DIMENSI.
MEMPUNYAI NILAI ESTETIKA DAN KEISTIMEWAAN TERSENDIRI.
PENGARCA GEMAR BERKONSEPKAN ALAM ASAS KEPADA BIDANG SENI BINA
BERMULA LEBIH KURANG 4500 TAHUN yang LALU DENGAN BUKTI PENEMUAN
PATUNG CYCLADIC DI LAUT AEGON
BERMULA SEBAGAI KEPERCAYAAN MISTIK DAN KEBANYAKAN BERBENTUK FIGURA
KAYU DAN BATU SEBAGAI BAHAN UTAMA
PERUBAHAN BENTUK, RUPA DAN BAHAN SELARI DENGANPERKEMBANGAN
INTELEK DAN KEHENDAK MANUSIA SEMASA
CARA PERSEMBAHAN DAN TEMA YANG LEBIH BERANI MULA MENGUASAI
PEMIKIRAN PENGKARYA MENGIKUT ALIRAN JUSTERU LAHIRLAH BENTUK ABSTRAK
PERUBAHAN DRASTIK DI EROPAH BERLAKU SEMASA ZAMAN REVOLUSI INDUSTRI
DAN KESANNYA MEMPENGARUHI ERA HARI INI
PERKEMBANGAN ARCA DI MALAYSIA…..
BERMULA DENGAN UNSUR-UNSUR MAGIK DAN KEAGAMAAN
PENEMUAN MEGALITH KEMPAS, NEGERI SEMBILAN DAN PATUNG UKIRAN ORANG
ASLI JAH HUD DAN MAH MERI
ARCA BERBENTUK MODEN HANYA BERMULA SEKITAR TAHUN 1960-AN
1
Definisi :
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi
tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
KATEGORI
ARCA BERFUNGSI
ARCA ESTETIKA
Arca Berfungsi
Jenis awal yang dibina oleh arcawan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan.Binaan
yang dibuat lebih kepada keperluan dan kegunaan manusia. Pembinaan di taman permainan
kanak-kanak boleh dianggap sebagai arca berfungsi.
Arca Estetika
Arca ini dibina untuk keindahannya . Arca ini memerlukan nilai-nilai intelek yang tinggi untuk
memahaminya. Arca jenis ini lebih dibina secara abstrak dan tidak semua orang mampu
memahaminya.
Bentuk Pembinaan Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat
konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk
dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam
segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.
Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun
cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini
dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam
bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah
penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan
bahan-bahan yang terdapat di rumah.
2
Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang
kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri
catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong,
memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan
menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-
1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang
menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali
sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau
berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung
mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas
Arca Tambahan
Menggunakan bahan-bahan lembut bagi memudahkan arcawan membentuk, menambah dan
mengurangkan bahan-bahan tersebut serta sebagai tempat tumpangan
Arca Binaan
Membina dan mencantumkan bahan-bahan seperti besi, batu, kayu dan sebagainya dibina
dengan struktur mekanisma yang tepat dan sistematik.
Arca Luakan
Mengukir dan membuang mana-mana -mana bahagian batu atau blok kayu yang tidak
diperlukan
3
Latihan 1 : Anda dikehendaki membuat cadangan lakaran/lukisan satu
arca berdasarkan idea kreatif anda. Idea lakaran anda mesti berdasarkan
penjanaan idea daripada sebiji tembikai ( rujuk gambar di sebelah ). Kamu
juga boleh membuat rujukan lain bagi tugasan ini tetapi ideanya mesti
dari buah tembikai. Anda juga boleh membuat rujukan menggunakan URL
di bawah :-
theartsmkpr.blogspot.com
4
Latihan 2 : Anda dikehendaki membuat cadangan lakaran/lukisan satu
arca dalam kategori Arca Berfungsi. Binaan ini perlu dinyatakan fungsi
bahagian-bahagian yang dibina itu. Lakaran anda perlu mempunyai
beberapa sudut pandangan ( Minima 3 ). Ia perlu digambarkan secara
jelas dan terperinci. Kajian dan lakaran ini memerlukan anda membuat
kajian luar juga. Anda juga boleh membuat rujukan menggunakan URL di
bawah :-
theartsmkpr.blogspot.com
5
Latihan 3 : Anda dikehendaki membuat cadangan lakaran/lukisan satu
arca dalam kategori Arca Estetika.Lakaran anda perlu mempunyai
beberapa sudut pandangan ( Minima 3 ). Ia perlu digambarkan secara
jelas dan terperinci. Kajian dan lakaran ini memerlukan anda membuat
kajian luar juga. Anda juga boleh membuat rujukan menggunakan URL di
bawah :-
theartsmkpr.blogspot.com
6