The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasiranmelaka, 2021-02-28 17:49:16

Modul Siri 1 PSV F3 Garisan dan Harmoni

Modul Siri 1 PSV F3 Garisan dan Harmoni

Keywords: Modul PSV Tingkatan 1

MODUL SIRI 1

NAMA : TINGKATAN :

TINGKATAN 1

DPK 2.0 BIDANG/TAJUK : BAHASA SENI VISUAL ( GARISAN & HARMONI )

Eksplorasi Seni
2.1 Membuat eksperimentasi dan penerokaan unsur rupa pada alam semula jadi dengan pelbagai teknik .

Ekspresi Seni
3.1 Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan unsur garisan untuk menghasilkan

karya dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif

Eksplorasi Seni
2.1 Membuat eksperimentasi dan penerokaan prinsip harmoni pada alam semula jadi dengan pelbagai teknik
Ekspresi Seni
3.1 Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan prinsip harmoni untuk menghasilkan karya

dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif

Pengenalan Garisan

Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid
tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan ia
haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi
memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Contoh Garisan

1

Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu
titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. Contoh
penggunaan garisan ketika melukis ayam.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

2

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Kajian Garisan Pada Benda Buatan Manusia :
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik,
jala, penapis dan sebagainya

ii. Kajian Garisan Pada Alam Semulajadi :
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun,

ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan
sebagainya

3

Harmoni
Pengenalan

Harmoni merujuk kepada tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni. Unsur
harmoni menimbulkan kesan keselesaan, kesesuaian, keseragaman,ketenangan dan
kesatuan.Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.Dalam istilah seni
harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang . Harmoni
wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur
yang bercanggah
Kajian Harmoni Pada Benda Buatan Manusia
Harmoni pada benda buatan manusia dari aspek rupa, warna, imbangan, susunan dan
keseragaman ulangan

Kajian Harmoni Pada Alam Semula Jadi
Harmoni pada Alam Sekeliling dari aspek warna, bentuk dan jalinan

4

Latihan 1 : Buat karya seni “doodle art” tema bebas
dengan memenuhi ruang yang telah disediakan ini.
Tumpukan kepada garisan dan harmoni dari segi
pengulangan bentuk. Anda juga boleh meniru contoh
yang telah disediakan atau membuat reka bentuk
baru. Anda juga boleh membuat rujukan
menggunakan URL di bawah :-

theartsmkpr.blogspot.com

5

Latihan 2 : Hasilkan sehelai kertas pembalut hadiah
dengan menggunakan corak berulang. Motif corak
adalah bebas. Anda juga bebas mencipta corak baru
atau mengikut contoh yang telah diberi. Anda boleh
mewarnakan corak anda dengan menggunakan
media kering tidak lebih dari 2 warna sahaja. Anda
juga boleh membuat rujukan menggunakan URL di
bawah :-

theartsmkpr.blogspot.com

6


Click to View FlipBook Version