MODUL SIRI 1
NAMA : TINGKATAN :
TINGKATAN 5
DPK 2.0 BIDANG/TAJUK : 2.0 SENI HALUS - SENI LUKISAN
KANDUNGAN ASAS
2.1 Persepsi Seni dalam Seni Lukisan
2.1.1 Menjelaskan seni lukisan Barat mengikut abad pilihan dari aspek:
(i) Aliran dan Gaya
(ii) Pelukis dan Karya
2.3 Ekspresi Seni dalam Seni Lukisan
2.3.1 Menghasilkan karya seni lukisan berdasarkan aliran dan gaya mengikut abad pilihan.
KANDUNGAN PELENGKAP
2.2 Eksplorasi Seni dalam Seni Lukisan
2.2.1 Meneroka hasil karya seni lukisan melalui aktiviti lakaran secara kreatif dengan menumpukan pada
aspek:
i) Tema dan Tajuk
(ii) Pewujudan Idea
Aliran
Fauvisme
(1900 hingga 1910)
Menolak idea peniruan terhadap alam, sebaliknya memberikan kebebasan untuk
berekspresi dalam karya.
Contoh pelukis ialah Henri Matisse, André Derain, Albert Marquet, Henri Manguin
dan Raoul Dufy.
Luahan emosi secara spontan.
Tidak menggunakan warna sebenar objek dan hal benda digambarkan secara emotif
dan imaginatif.
Aliran fauvisme adalah aliran yang menekankan kualiti unsur-unsur seni seperti garis, bentuk
dan warna yang kuat diatas nilai-nilai realiti yang masih dipertahankan oleh Impresionisme. Dapat
dikatakan fauvisme adalah versi yang lebih radikal dari impresionisme. Meskipun impresionisme telah
keluar dari prinsip realisme atau naturalisme, namun sifat dasarnya masih meniru alam. Fauvisme
menggunakan gaya yang hampir mirip dengan impresionisme, namun menolak idea dasar peniruan
alam tersebut.
Istilah fauvisme berasal dari bahasa Prancis les Fauves yang berarti “Binatang Buas”. Diambil
dari komentar seorang pengkritik Seni Louis Vauxcelles yang takjub terhadap karya-karya para seniman
fauvisme. Kritikan itu menjadikan para seniman-seniman fauvisme sebagai Binatang Buas karena
mereka dianggap telah memberontak berbagai prinsip seni mainstream di Paris pada masa itu, namun
berhasil menghasilkan karya yang tak kalah hebat. ( ia sebenarnya satu gambaran mental sahaja
tentang “binatang buas” itu )
1
Aliran
Ekspresionisme
(1905 hingga 1925)
Dipelopori oleh kumpulan Die Brucke dan Der Blaue Reiter di Jerman.
Contoh pelukis ialah Ernst Ludwig Kirchner, Karl Schmidt-Rottluff, Erich Heckel,
Franz Marc dan August Macke.
Luahan perasaan secara spontan dan bebas.
Menggambarkan reaksi pelukis terhadap realiti yang dialami.
Ekspresionisme adalah aliran seni rupa yang menganggap bahwa seni merupakan sesuatu yang
keluar dari diri seniman, bukan dari peniruan alam dunia. Seniman memiliki ingatan dan cara pandang
tersendiri dari apa yang pernah dilihatnya di alam, lalu diekspresikan pada karyanya. Seniman
ekspresionis menghiraukan ( fokus ) berbagai teknik penciptaan formal untuk mendapatkan ekspresi
yang lebih murni dan tanpa tekanan dari kepentingan ekstrinsik seni. Singkatnya dapat dikatakan bahwa
Ekspresionisme adalah aliran seni rupa yang menonjolkan ungkapan dari dalam jiwa.
Aliran
Kubisme
(1907 hingga 1922)
Muncul kesan daripada modenisasi di Eropah dan sangat berpengaruh.
Menggunakan rupa dan satah geometri yang diabstrakkan.
Contoh pelukis ialah Pablo Picasso, Georges Braque, Juan Gris, Jean Metzinger
dan Albert Gleizes.
Ciri utama ialah penggunaan latar belakang dan objek yang bertindan serta
kesan ruang yang cetek.
Kubisme adalah aliran seni rupa yang memuat beberapa sudut pandang dari suatu objek atau
figur dalam satu gambar yang sama, sehingga menghasilkan lukisan yang terfragmentasi dan
terdeformasi. Aliran ini juga seakan memecah gambar melalui penyederhanaan objek hingga
menyerupai bentuk geometris. Suatu lukisan potret dapat terdiri dari angle samping dan angle depan
secara bersamaan sehingga menghasilkan kejanggalan yang artistik.
Contoh :
2
Aliran
Surealisme
(1924 hingga 1966)
Idea utama untuk menunjukkan kreativiti minda bawah sedar dan melampaui
pemikiran logik.
Contoh pelukis ialah André Breton, Salvador Dali, Max Ernst, Endre Rozsda,
Paul Klee dan Joan Miró.
Menimbulkan kesan aneh yang boleh dirasai.
Objek dibentuk berdasarkan imaginasi pelukis.
Surealisme adalah sebuah sebuah lukisan realisme atau naturalisme yang berupa daya khayal
dan sesuatu yang tidak mungkin atau merupakan sebuah mimpi. Asal kata surealisme pertama kali
muncul pada catatan tentang balet parade, pada tahun 1917 yang ditulis oleh Guillaume Apolliuaire
dalam karyanya “Super Realisme” atau surealisme.
Contoh :
Aliran
Ekspresionisme Abstrak
(1943 hingga 1965)
Aliran seni ini berkembang di Amerika Syarikat yang memisahkan diri daripada gaya
lukisan konvensional.
Contoh pelukis ialah Lee Krasner, Richard Diebenkorn, Franz Kline, Jackson Pollock,
Wassily Kandinsky dan Walker Tomlin.
Menggunakan simbol dan imej abstrak untuk menyampaikan mesej.
Ekspresionisme Abstrak, juga dikenali sebagai Action Painting atau Color Field Painting,
meletup ke arena seni selepas Perang Dunia II dengan ciri-ciri kekacauan dan aplikasi cat yang
sangat bertenaga. Ekspresionisme Abstrak juga disebut sebagai abstraksi isyarat kerana sapuan
kuasnya menunjukkan proses artis. Proses ini adalah subjek seni itu sendiri. Seperti yang dijelaskan
oleh Harold Rosenberg: karya seni menjadi "acara." Atas sebab ini, dia menyebut gerakan ini sebagai
Action Painting. Contoh :
3
Aliran
Seni Pop
(1950-an hingga 1970-an)
Singkatan daripada perkataan Popular Art.
Contoh pelukis ialah David Hockney, Roy Lichtenstein, Richard Hamilton, Peter Blake
dan Allen Jones.
Menggunakan simbol dan gaya visual yang popular daripada media massa.
Sering menggunakan saiz teks yang besar dan garisan yang jelas.
Singkatan daripada perkataan Seni Optikal yang berkaitan dengan ilusi
Istilah pop art yang berasal dari kata “popular art” merupakan sebuah aliran seni yang
memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang popular seperti
majalah, iklan, telivesyen, komik. Seni Pop.(Pop Art) merupakan pergerakan seni visual yang telah
muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika
Syarikat. Artis pop memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’,
gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya.
Penciptaan istilah seni pop selalunya dirujuk kepada seni kritik British.
Contoh :
Aliran
Seni Op
(1964 hingga kini)
Singkatan daripada perkataan Seni Optikal yang berkaitan dengan ilusi optikal.
Contoh pelukis ialah M.C. Escher, Josef Albers, Richard Caldicott, Victor Vasarely
dan Bridget Riley.
Rupa berbentuk geometri yang boleh menimbulkan kesan pergerakan, getaran dan
corak tertentu.
Op Art ( pendek untuk Seni Optik ) adalah gerakan seni yang muncul pada tahun 1960-an.
Ia adalah gaya seni yang berbeza yang mencipta ilusi pergerakan. Melalui penggunaan ketepatan dan
matematik, kontras, dan bentuk abstrak, karya-karya seni tajam ini mempunyai kualiti tiga dimensi
yang tidak dilihat dalam gaya seni yang lain.
Contoh :
4
LATIHAN 1 ( PERSEPSI SENI )
Berdasarkan buku teks jelaskan seni lukisan barat mengikut aliran.
ALIRAN GAYA PELUKIS (TOKOH) CONTOH KARYA YANG
DIHASILKAN
Fauvisme
Ekspresionisme
Kubisme
Surelisme
Ekspresionisme
Abstrak
Seni Pop
Seni OP
LATIHAN 2 ( SOALAN OBJEKTIF )
1. Antara berikut yang manakah pelukis seni lukisan Barat yang menguasai aliran Optic Art?
a. Josef Albers
b. Thomas Cole
c. Cloude Monet
d. Walter Gropius
2. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang Seni Lukisan?
a. Idea dan bentuk diolah menggunakan garisan dan ton
b. Merupakan proses awal sebelum lakaran
c. Menggunakan pigmen warna cair
d. Tidak menggunakan warna kering
3. Apakah kekuatan yang patut diberi keutamaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni lukisan?
a. Sapuan warna yang tebal
b. Terapan jalinan yang tepat
c. Penghasilan karya dalam bentuk konkrit
d. Penggunaan garisan yang tegas dan pelbagai
5
4. Apakah Teknik yang diaplikasikan dalam menghasilkan karya di atas?
a. Gosokan
b. Renjisan
c. Lorekan
d. Titik
5. Hasil karya seni lukisan yang menggunakan media ini perlu menggunakan bahan pemati (fixative)
supaya kemas, bersih dan menarik.
I. Pastel
II. Arang
III. Pensel
IV. Dakwat
a. I dan II
b. I dan IV
c. II dan III
d. III dan IV
6. “Vincent Van Gogh menggunakan Teknik garisan untuk menimbulkan kesan bentuk yang menarik
dalam lukisannya”
Apakah aliran yang digunakan oleh pelukis ini?
a. Ekspresionisme
b. Surelisme
c. Fauvisme
d. Seni Op
7. Alat dan media ini tidak sesuai jika digunakan untuk mengaplikasikan Teknik pointerisme dalam seni
lukisan. Apakah alat tersebut?
a. Pen
b. Pen marker
c. Pen teknikal
d. Dakwat dan berus
6
8. Seni lukisan dalam karya di atas menunjukkan aliran
a. Naturalism
b. Surelisme
c. Futurisme
d. Kubisme
9. “Kebanyakkan hasil karya menampilkan tentang kehidupan seharian. Lukisannya juga cuba menyatukan
antara satu objek dengan objek yang lain”
Apakah seni tersebut?
a. Naturalism
b. Surelisme
c. Futurisme
d. Realisme
10. Dalam proses pewujudan idea bagi mendapatkan imej lukisan yang baik, apakah yang anda perlu
lakukan diperingkat awal?
a. Melakar terus objek dipilih
b. Melakar ton atau bayangan
c. Membuat kajian, pemerhatian dan perbincangan
LATIHAN 2 (SOALAN STRUKTUR)
BAHAGIAN A
Jawab soalan berikut dengan memberikan jawapan yang sesuai.
1. Seni lukisanlazimnya dihasilkan menggunakan media __________________________________.
2. Karya seni lukisan biasanya dihasilkan secara ____________________________oleh pelukisnya.
3. Antara aliran Seni Lukis Barat ialah _______________________, ________________________,
____________________________ dan sebagainya.
4. Dua orang tokoh seni lukis Barat aliran optic ialah ________________ dan _________________.
5. Antara media yang digunakan oleh pelukis seni lukisan adalah seperti _____________________.
6. Antara tiga Teknik dalam menghasilkan lukisan ialah ________________________,
__________________________ dan _________________________.
7
BAHAGIAN B ALIRAN SENI LUKISAN
Nyatakan aliran seni lukisan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri dibawah.
CIRI-CIRI LUKISAN
Menggunakan rupa dan satah geometri
Mengaplikasikan bentuk realisme ke dalam bentuk geometri
Kreativiti minda di bawah sedar
Menimbulkan kesan aneh di luar pemikiran manusia
Menolak peniruan dengan kebebasan berekspresi
Lukisan menggambarkan luahan emosi secara spontan
Olahan hal benda diluah secara spontan dan bebas
Imej lebih kepada pengzahiran terhadap kesan emosi manusia
Aksi spontan dengan kanvas besar dan penggunaan warna terang
Karya yang hilang sifat realistiknya
LATIHAN 3 (EKSPRESI SENI)
Hasilkan satu karya seni lukisan dengan memilih satu jenis aliran dan gaya yang telah anda pelajari. Pilih
media dan teknik melukis yang telah anda kuasai. Maklumat di bawah boleh membantu persediaan anda
sebelum melaksanakan aktiviti.
Media kering: pen, pensel, pensel warna, arang, dakwat, pastel, oil pastel dan sebagainya.
Bahan: Kertas lukisan.
Teknik: lorekan, gosokan, titik, garis silang, dan sebagainya.
Aliran: Ekspresionisme, Kubisme, Surelisme, Seni Op, Fauvisme, Seni Pop, Ekspresionisme Abstrak. (pilih salah
satu aliran yang anda suka).
Contoh:
Media : Pensil
Bahan: kertas lukisan
Teknik: Garisan dan lorekan
Gaya : Menggambarkan bentuk sebenar objek dengan
saiz yang tidak logik
Aliran : Surelisme
Disediakan oleh: Scary drawing
Cikgu Aida Radzuan & Cikgu Hasiran Sumber : Pinterest, 28.media.tumblr.com (Ally Franklin)
Guru PSV Tingkatan
Lawati bahan kita di : theartsmkpr.blogspot.com
8
9