INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU JALAN PANTAI BAHARU, 59990 KUALA LUMPUR Laman Web : http://ipbmm.edu.my PISMP AMBILAN JUN 2022 12 JUN 2023 – 22 JUN 2023 NAMA PELAJAR : NURUL IMAN SYAFIQAH BINTI MOHD.AHYAULUMUDDIN TAHUN : SATU PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2022 PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU SEKOLAH : SK PUSAT JUASSEH
LAMPIRAN 1-2a KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Refleksi (Lampiran 1-5) 6.1 Aktiviti 6.2 Perbincangan/Interaksi 7 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________
1.0 MAKLUMAN PENEMPATAN
1.1 MAKLUMAT PENEMPATAN
1.2 SURAT PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PBS FASA 1
2.0 BIODATA
2.0 : BIODATA BIL PERKARA MAKLUMAT 1. Nama IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 2. Nama Pelajar Nurul Iman Syafiqah Binti Mohd.Ahyaulumuddin 3. No. Kad Pengenalan 010812-05-0476 4. Alamat Tetap No 7, Taman Musytari, 72200, Batu Kikir, Negeri Sembilan 5. No Telefon dan E-mel 016-5448408 / 769-9-iman@epembelajaran.edu.my 6. Ambilan dan Pengkhususan Jun 2022 / Bahasa Melayu / Sejarah 7. Tahun dan Semester Tahun : 2022 / Semester : Tiga 8. Tarikh PBS 12 Jun hingga 22 Jun 2023
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
3.0 Pernyataan Profesional 3.1 Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen daripada Amalan Profesional yang bakal dilalui oleh semua guru pelatih. Perlaksanaan PBS adalah bagi memberi kefahaman awal mengenai alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui PBS juga, para guru pelatih dapat memahami peranan sebagai seorang guru melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan para guru serta komuniti sekolah. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh, Juasseh, Negeri Sembilan sebagai lokasi perlaksanaan PBS. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Saifudin Bin Mat Piah yang merupakan ketua unit praktikum IPG Kampus Bahasa Melayu. Beliau menerangkan infoinfo penting dalam perlaksanaan PBS misalnya tempoh perlaksanaan, prosedur, tugasan dan info-info penting berkaitan dengan perlaksanaan PBS. Kami juga diingatkan oleh Encik Saifudin untuk sentiasa menjaga imej sebagai seorang guru pelatih sepanjang berada di sekolah kelak. Bukan itu sahaja, saya juga membuat persediaan awal dokumen berkaitan dengan perlaksanaan PBS. Selain itu, sebelum perlaksaan PBS juga, saya merancang perjalanan harian sepanjang berada di sekolah untuk memanfaatkan masa selama lima hari. 3.2 Semasa Bermula 12 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023, saya menjalani PBS di SKPJ. Sepanjang tempoh tersebut, saya perlu menggunakan masa dengan baik bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki sepanjang berada di sekolah. Oleh yang demikian, saya mengikut perancangan secara sistematik yang telah dibuat sebelum perlaksanaan PBS. Antara strategi yang dirancang merupakan menyediakan senarai semak maklumat yang difokuskan, menyediakan soalan-soalan untuk sesi temu bual, merekod aktiviti harian sepanjang berada di sekolah serta mengambil gambar sebagai bukti perlaksanaan PBS. Dalam perlaksanaan PBS, guru pelatih haruslah mengumpul dan merekod maklumat berkaitan dengan budaya serta pengurusan sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan instrumen pengumpulan data seperti pemerhatian, senarai semak, soal selidik dan temu bual telah diaplikasikan dalam menyiapkan tugasan portfolio.
3.3 Selepas Setelah pengumpulan data mencukupi seperti diingini, saya mulai menaip portfolio berdasarkan rangka penulisan yang telah disiapkan. Pada hari terakhir berada di sekolah, saya mendapatkan maklum balas daripada pentadbir sekolah berkaitan dengan keberadaan saya di sekolah. Melalui maklum balas yang diberikan, sedikit sebanyak meningkatkan semangat kepada saya sebagai bakal seorang guru. 3.4 Laporan Perlaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan Bil. Tarikh Aktiviti 1. ISNIN 12 Jun 2023 Melapor diri kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran Berkenalan dengan semua guru-guru dan kakitangan di sekolah Mendapatkan maklumat umum berkaitan sekolah yang dikehendaki dalam tugasan Meninjau dan mengenal pasti infrastruktur sekolah 2. RABU 14 Jun 2023 Membuat temu bual secara berfasa bersama Guru Penolong Kanan, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid Membuat pemerhatian beberapa guru yang sedang mengajar di dalam kelas setelah mendapatkan keizinan 3. KHAMIS 15 Jun 2023 Mengambil gambar bilik-bilik khas di sekitar sekolah Mendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi sekolah seperti logo sekolah, visi, misi dan carta organisasi Mengenal pasti dan mengambil gambar kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah Melihat suasana bilik guru dan bilik darjah 4. ISNIN 19 Jun 2023 Membuat soal selidik bersama murid-murid Membuat laporan dan amalan refleksi untuk melengkapkan portfolio PBS Sesi kolaboratif bersama Pengurus sekolah 5. JUMAAT 22 Jun 2023 Menyemak dan mengumpul data dan maklumat yang diperoleh Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-guru dan staf sokongan Mendapatkan pengesahan kedatangan dan borang penilaian daripada Guru Besar Berjumpa dengan guru-guru sebelum berundur diri
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 4.1 Pemerhatian Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang saya gunakan dalam mengumpul maklumat. Secara ringkasnya, pemerhatian menggunakan pelbagai deria misalnya deria penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan untuk melihat perubahan perkara yang dikaji. Melalui alternatif ini, saya dapat mengamati budaya, tingkah laku dan suasana di sekolah selama seminggu. Oleh yang demikian, pemerhatian amat sesuai diaplikasikan kerana seperti mana menurut Carolyn Seefeldt (1990), pemerhatian merupakan cara yang mengambil masa yang lama dan biasa yang digunakan untuk menilai pertumbuhan dan juga perkembangan kanak-kanak. Menurut guru-guru dan kaki tangan sekolah, bangunan-bangunan serta infrastruktur banyak berubah kepada yang lebih baik dan lebih ceria berbanding dahulu. Berikut merupakan pemerhatian yang dapat direkod sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Seberang Batu Hampar; Bilik Guru Besar Bilik Guru Penolong Kanan, GPK Pentadbiran, GPK Hem dan GPK Kokurikulum Pejabat
Bilik Jamuan Bilik Kesihatan Bilik pemulihan Bilik SPBT dan Galeri Sejarah Bilik STEM Carta Organisasi Dataran Perhimpunan Dewan Silaturrahim Kantin
Makmal ICT Padang Sekolah Papan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Papan Pengurusan Kurikulum Galeri Sejarah Prasekolah Program Kitar Semula Pusat Sumber Sekolah Ruang Rehat
Sudut Bahasa Sudut Hal Ehwal Murid Sudut Kesihatan Surau As-Syafie Susur Gajah Pintu Pagar Sekolah Logo Sekolah Tempat Letak Kereta Visi dan Misi Sekolah
Cogan Kata Sudut Bacaan Pondok Pengawal Suasana Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Tandas Trofi dan Piala Pusingan
4.2 Senarai Semak 4.2.1 Senarai Semak Kemudahan Kelas Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1 Jadual Waktu / 2 Peraturan / 3 Visi dan Misi Sekolah / 4 Alatan Kebersihan / 5 Kerusi dan Meja / 6 Lampu dan Kipas / 7 Jam dinding / 8 Sudut Bacaan / 9 Keceriaan Kelas / 10 Marker / 11 Pemadam papan putih / 12 Papan putih / 4.2.2 Perwatakan Guru-guru di Sekolah Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1 Rajin / 2 Peramah / 3 Berketrampilan Kemas / 4 Prihatin / 5 Penyabar / 6 Bertanggungjawab / 7 Tepati Masa / 8 Berkomunikasi dengan berkesan / 4.2.3 Senarai Semak Bilik Khas Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1 Pejabat / 2 Bilik Guru Penolong Kanan / 3 Bilik Guru / 4 Bilik Komputer /
5 Perpustakaan / 6 Bilik SPBT / 7 Stor Sukan / 8 Makmal Sains / 9 Surau / 10 Bilik Mesyuarat / 11 Bilik kesihatan / 12 Bilik Pemulihan / 13 Bilik Kaunseling /
4.3 Temu Bual Dalam melaksanakan tugasan portfolio ini, kaedah temu bual antara yang telah saya gunakan. Temu bual umumnya merupakan satu perbualan antara dua individu atau lebih yang melibatkan penemu bual serta orang yang ditemu bual. Kebiasaannya, kaedah ini diaplikasikan bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada seseorang. Menurut Denzin (2001), temu bual harus harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan data, bahkan kaedah ini bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar berkaitan sesuatu fenomena. Oleh yang demikian, kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi mengumpulkan maklumat. Melalui kaedah ini, beberapa individu telah saya temu bual. Individu-individu tersebut merupakan pengurus sekolah, mentor, guru bimbingan, serta kakitangan sekolah iaitu kerani dan pengawal keselamatan sekolah. Melalui kerjasama dan komunikasi yang berkesan yang diberikan, saya berjaya mendapatkan jawapan yang diingini. Oleh itu, tugasan ini dapat disiapkan dengan baik. 4.4 Soal Selidik Penggunaan borang soal selidik juga saya gunakan dalam usaha mendapatkan maklumat. Secara umunya, soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Kaedah ini dibentuk secara khusus untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Saya memilih kaedah ini disebabkan faktor masa peruntukannya yang singkat serta mampu mendapatkan maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dalam masa yang singkat. Ini disokong oleh Gilham (2002) yang mengatakan bahawa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji khususnya dalam bidang pendidikan dan bidang perniagaan. Saya mengaplikasikan kaedah in terhadap murid-murid tahun 6. Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka lebih cenderung untuk menjawab soalan tertutup sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ berbanding soalan terbuka. Mereka memberikan kerjasama yang baik serta memberi jawapan yang memuaskan. Oleh itu, kaedah ini sedikit sebanyak membantu saya dalam usaha menyiapkan tugasan portfolio ini. Berikut merupakan borang soal selidik yang saya sediakan untuk murid-murid.
BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR JANTINA : DARJAH : Bagi setiap soalan, sila tandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan. BIL. SOALAN YA TIDAK 1. Adakah anda seronok untuk ke sekolah? 2. Adakah pembelajaran yang diajar menyeronokkan? 3. Adakah guru-guru mengajar dengan seronok? 4. Adakah guru sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik (Video, Persembahan Slide, dsb)? 5. Isi pelajaran mudah difahami dengan bantuan bahan bantu mengajar. 6. Pembelajaran di sekolah sangat membosankan.
5.0 KOLABORATIF BERSAMA PIHAK SEKOLAH
5.0 Kolaboratif 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 JUN 2023 Masa : 10.00AM Tajuk / Perkara : Pengalaman sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Bidang tugas sebagai seorang Guru Penolong Kanan Sekolah Tugas saya di sekolah antaranya membantu Guru Besar untuk menjalankan pentadbiran di sekolah. Saya juga terlibat dengan sistem apresiasi penilaian guru, data guru, kehadiran guru, markah pelajar dan hermis. Cabaran menjadi Guru Penolong Kanan Sekolah Cabaran sepanjang menjadi GPK ialah antaranya dalam menguruskan sistem perguruan yang melibatkan bidang tugas sekolah. Selain itu, saya juga mengalamu kesukaran dalam penukaran jadual waktu yang tidak teratur disebabkan permintaan yang pelbagai daripada guru atas sebabsebab tertentu. Bukan itu sahaja, pembahagian mata pelajaran kepada guru tidak mengikut bidang masing-masing juga menjadi cabaran disebabkan jumlah guru yang sedikit. Tandatangan : Jumang Nama : Encik Jumang Adha Bin Zahari Jawatan : Guru Penolong Kanan SKPJ
5.2 Perbincangan dengan mentor LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 16 JUN 2023 Masa : 11:00 a.m Tajuk / Perkara : Kaedah Mata Pelajaran Subjek Bahasa Melayu Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Cara guru menarik minat pelajar untuk subjek Bahasa Melayu yang diajar Guru memberitahu kebaikan pada masa depan serta sebab mengapa pelajar perlu belajar subjek tersebut. Selain itu, tidak melakukan pemaksaan terhadap pelajar bagi menguasai sesuatu perkara. Dengan itu, guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk mengajar seperti penggunaan TMK, kerja kumpulan dan permainan. Cara guru menilai prestasi pelajar Disebabkan sudah tiada peperiksaan bagi menilai pelajar, maka guru akan menilai setiap kali kelas selesai. Caranya ialah dengan memberi latihan selepas penerangan subjek diberikan. Nasihat mentor sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu Para guru seharusnya ketahui cara untuk menarik perhatian pelajar setiap kali kelas dijalankan. Bakal guru juga haruslah bersedia bagi mengajar apa-apa subjek di sekolah jika kekurangan guru. Oleh itu, guru perlu mengetahui asas setiap subjek supaya sentiasa bersedia dengan apa yang bakal dihadapi. Tandatangan : azizah Nama : Puan Nor Azizah Binti Ahmad Jawatan : Ketua Guru Panitia Bahasa Melayu
5.3 Perbincangan dengan guru-guru lain LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2023 Masa : 10.00AM Tajuk / Perkara : Cara Mengajar Subjek Sejarah dengan berkesan Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Prestasi murid dalam subjek Sejarah Prestasi peperiksaan murid agak memberangsangkan tetapi melihat dari sudut kesediaan murid untuk menerima pengajaran daripada guru. Terdapat murid yang minat dengan Sejarah dan juga sebaliknya. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru ketika mengajar murid-murid Saya akan menggunakan kaedah pengulangan pelajaran yang sama. Hal ini kerana mata pelajaran Sejarah akan diadakan 2 kali seminggu. Selain itu, saya juga memberi tugasan untuk murid melaksanakan projek dengan menghasilkan buku skrap bagi projek sejarah. Saya juga menggunakan inisiatif nota poket yang mudah diingat oleh murid-murid. Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek tersebut Usaha saya adalah dengan membantu mereka dalam memahami sejarah negara kita dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. Tandatangan : halem Nama : A. Halem B. Abu Bakar Jawatan : Ketua Panitia Subjek Sejarah
5.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2023 Masa : 11:00 a.m Tajuk / Perkara : Refleksi murid berkenaan pembelajaran di dalam kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Keselesaan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh Ya, saya sangat selesa bekerja di sini kerana warga sekolah bersifat prihatin dan memberikan kerjasama yang baik membuatkan tugas saya lebih mudah. Majikan sekolah ini juga menjaga kebajikan pekerja. Cabaran atau masalah yang sering berlaku sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh Ada, isu utamnya merupakan laluan jalan yang sempit untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Jalan boleh menjadi sesak dengan bilangan kereta yang berbilang saiz masuk ke kawasan satu tempat. Jadi saya telah mengusulkan untuk membuka pagar belakang sekolah untuk memberi laluan kepada ibu bapa namun pemilik rumah berdekatan sekolah berasa tidak selesa akibat kesesakan yang akan mereka hadapi di pagi hari. Tandatangan : Riduan Nama : Encik Riduan bin Abdul Razak Jawatan : Pengawal Keselamatan Sekolah
5.5 Interaksi dengan murid LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2023 Masa : 10:15 a.m Tajuk / Perkara : Refleksi murid berkenaan pembelajaran di dalam kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Pandangan terhadap pembelajaran secara digital Pembelajaran secara digital lebih efektif berbanding pembelajaran gaya lama . Hal ini kerana, pelbagai perkara dan pembelajaran dapat dilihat menerusi digital. Contohnya, kemudahan televisyen di dalam kelas membantu murid-murid untuk melihat dunia luar yang tiada didalam buku bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Langkah mengatasi ketidakfahaman dalam kelas Murid tersebut akan bertanya kepada guru secara bersemuka atau pun terus mengangkat tangan. Perbincangan bersama rakan juga berlaku. Selain itu, bertanya kepada ibu bapa atau adik beradik di rumah tentang ketidakfahaman itu. Pemahaman atas apa yang diajar oleh guru Murid tersebut memahami apa yang guru sampaikan. Hal ini kerana, guru menggunakan kaedah dan teknik yang menarik seperti penggunaan TMK di dalam kelas. Hal tersebut menjadikan kelas yang dijalankan lebih menarik. Tandatangan : Wafiy Nama : Muhammad Rayyan Wafiy bin Mohamad Rosli Jawatan : Pengawas Perpustakaan Sekolah
6.0 REFLEKSI
6.0 Refleksi 6.1 Aktiviti a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa. Panduan : b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid? 1) Buku Teks Buku teks merupakan sumber rujukan utama murid-murid. Murid-murid memperoleh buku ini melalui Skim Pinjaman Buku Teks selari dengan silibus mengikut umur murid-murid. Pintu keluar Pintu masuk Papan putih Meja murid Meja guru
2) Buku Latihan Buku latihan merupakan buku peneguhan yang diberikan kepada murid untuk memantapkan lagi tahap kefahaman murid-murid berdasarkan sesuatu topik. Buku latihan mengandungi interaktif kandungan seperti kuiz, teka teki, latihan kerja, gambar yang melibatkan menulis, melukis, mengira, mewarna dan membaca dalam buku itu sendiri. 3) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Murid-murid boleh mengakses pelajaran menggunakan gajet seperti telefon pintar dirumah mahupun penggunaan komputer di makmal ICT sekolah. Guru juga menggunakan aplikasi youtube, google classroom dan google meet yang boleh diakses secara percuma untuk pencarian maklumat tambahan. Namun begitu, pemantauan terhadap murid-murid harus dilakukan supaya mengelakkan muridmurid terkeliru dengan maklumat yang berbagai. c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK ? Ya, setiap bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Seberang Batu Hampar dilengkapi dengan sebuah televisyen yang besar. Ini memudahkan paparan bahan pengajaran multimedia yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semakin menarik. Guru juga menggunakan televisyen tersebut secara hemat dan memanfaatkannya secara maksimum. Sepanjang pemerhatian dibuat, saya dapati guru-guru banyak membuat permainan sambil belajar sepanjang sesi PdP dengan menggunakan kemudahan yang disediakan. d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Guru-guru akan melibatkan semua murid-murid di dalam bilik darjah untuk menjawab soalan yang diberikan. Bagi mengelakkan murid-murid yang pasif berdiam diri, guru akan memanggil nama semua murid di dalam kelas untuk menyatakan jawapan atau mendapatkan refleksi terhadap soalan yang diberikan. Ini menjadikan murid-murid melibatkan diri secara aktif ketika melakukan aktiviti PdP seperti menyanyi, kuiz dan sebagainya. Selain itu, murid-murid juga dilihat
memberi kerjasama kepada guru-guru apabila diminta untuk membaca teks bersama-sama. Oleh yang demikian, ia membuktikan bahawa murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah.
6.2 Perbincangan LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat pemerhatian pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 : Kekuatan - Guru memberi kerjasama yang baik dengan membenarkan saya membuat pemerhatian ketika sedang mengajar - Alat bantu mengajar yang digunakan sangat menarik membuatkan murid-murid sangat seronok untuk belajar - Guru-guru bijak mengambil hati dan fokus murid-murid 2.2 : Kelemahan - Terdapat murid yang sama sahaja maju di hadapan kelas untuk menjawab soalan 3. Cadangan Penambahbaikan - Guru-guru perlu melibatkan semua murid untuk turut serta semasa sesi PdP
LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pengambilan kehadiran dan pergerakan murid-murid pada waktu pagi 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 : Kekuatan - Murid-murid memberi kerjasama yang baik sepanjang pengambilan kehadiran - Murid-murid beratur mengikut kelas bagi memudahkan pergerakan ke kelas masing-masing - Guru bertugas memainkan peranan dengan memastikan murid-murid tidak berlari menuju ke kelas 2.2 : Kelemahan - Suasana bising di tapak perhimpunan 3. Cadangan Penambahbaikan - Menambah seorang lagi guru bertugas untuk mengawal suasana di tapak perhimpunan - Guru bertugas perlu lebih tegas dalam mengawal perilaku murid-murid
LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat pemerhatian murid-murid semasa rehat di sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 : Kekuatan - Guru-guru mengawasi pergerakan murid-murid serta memastikan kebersihan dan suasana kelas terjaga - Terdapat sinki di hadapan setiap kelas yang memudahkan murid-murid membasuh tangan 2.2 : Kelemahan - Lantai menjadi licin disebabkan air basuh tangan yang tertumpah dengan banyak menjadikan ia punca kecelakaan 3. Cadangan Penambahbaikan - Guru perlu mengawasi dan mengingatkan murid-murid untuk tidak berlari di kawasan yang licin
7.0 LAPORAN AKHIR
7.0 Laporan Akhir Umumnya, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh menempatkan seramai 392 orang murid melayu dan lapan orang murid india. Selain itu, jumlah keseluruhan guru di sekolah ini sebanyak 38 orang dan kesemuanya merupakan berbangsa melayu dan hanya seorang sahaja berbangsa india. Sekolah ini juga terletak di kawasan luar bandar di daerah Juasseh dan tahap sekolah atau gred merupakan Gred B. Menurut Encik Mohd Ahyaulumuddin Bin Abdul Hamid selaku Guru Besar SKPJ, beliau mengatakan bahawa sekolah ini memenangi Johan Anugerah Pertandingan nyanyian solo peringkat Negeri Sembilan dan bakal mewakili Negeri Sembilan pada peringkat kebangsaan kelak. Setelah berada di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh selama 14 hari saya berjaya mengumpul maklumat melalui pelbagai instrumen pengumpulan data dalam usaha menyiapkan tugasan portfolio. Pemerhatian, temu bual, borang soal selidik dan senarai semak merupakan antara kaedah yang saya gunakan. Oleh yang demikian, tugasan portfolio PBS dapat saya siapkan pada masa yang ditetapkan. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang tempoh PBS di SKPJ. Antaranya merupakan penyampaian dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Setelah membuat pemerhatian keatas beberapa orang guru berpengalaman, banyak ilmu baharu yang saya peroleh misalnya teknik mendapatkan fokus murid-murid disamping mengawal suasana kelas sebelum dan semasa sesi mengajar. Selain itu, saya juga mengambil peluang untuk membiasakan diri berinteraksi dengan warga sekolah seperti guru-guru, pihak pentadbir sekolah, murid-murid serta kakitangan sekolah. Secara tidak langsung membantu saya meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan dengan orang lain walaupon berbeza umur dan latar belakang. Kesimpulannya, aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini banyak memberikan kesan yang besar kepada siswa guru kerana pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dapat memberi gambaran awal sebagai seorang guru kelak. Bukan itu sahaja, PBS juga membantu guru pelatih untuk mengenalpasti dan membaiki kesilapan dan kelemahan dalam diri untuk menjadi bakal guru yang lebih baik. Oleh yang demikian, pengalaman ini sangat bermakna buat para guru pelatih dan menjadi antara kenangan yang terindah buat siswa guru.
7.0 LAMPIRAN
8.0 Lampiran 1. MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK PUSAT JUASSEH SEK. KEB. PUSAT JUASSEH 72500 JUASSEH NEGERI SEMBILAN 2 No. Telefon Sekolah 06-4983094 3 Alamat e-mel / Web Sekolah NBA1025@moe.edu.my 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Encik Mohd.Ahyaulumuddin Bin Abdul Hamid 6 Nama PK Pentadbiran Puan Siti Marzidah Binti Ab Aziz 7 Nama PK HEM Encik Jumang Adha Bin Zahari 8 Nama PK Kokurikulum Encik Mohd Raimee Bin Mansor 9 Nama Penyelia Petang Tiada 10 Gred/Tahap Sekolah Gred B 11 Bilangan Guru Lelaki: 9 Perempuan: 29 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 38 Bukan Siswazah: 0 13 Bilangan Kelas 12 aliran perdana / 2 pra sekolah 14 Purata Saiz Kelas 29 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 200 8 Perempuan 192 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini SKPJ pernah merangkul johan dalam beberapa pertandingan 400
2. PROFIL SEKOLAH i) Sejarah Penubuhan Sekolah Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1904 dengan menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Juasseh. Bangunan asal pada ketika itu hanyalah berlantaikan tanah dan beratapkan rumbia. Guru besar yang pertama adalah Encik Abdul Rahman yang berasal daripada Singapura. Pada tahun 1949, pembinaan bangunan Blok A mula dibina apabila berlakunya penambahan enrolmen murid. Pada tahun 1962, sebuah lagi bangunan baru di blok B dibina. Penambahan enrolmen murid berlaku apabila murid-murid daripada sekolah lain dipindahkan ke Sekolah ini. Atas sebab sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Terusan, Sekolah Kebangsaan Kepis, dan Sekolah Kebangsaan Rembang Panas, murid-murid tahap dua daripada sekolah tersebut telah dipindahkan dan dipusatkan di sekolah ini. Justeru itu, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh dan nama itu kekal sehingga ke hari ini.
ii) Lokasi Sekolah Sekolah ini terletak 9.1 km dari Pekan Kuala Pilah dan 46.9 km dari Bandar Seremban. Sekolah ini terletak di tengah-tengah pekan Juasseh yang dikelilingi dengan perkampunganperkampungan tradisi. Dengan wujudnya kawasan perumahan baharu di Juasseh, maka jumlah penduduk sekitar juga semakin bertambah. iii) Pelan Sekolah
iv) Pelan kebakaran sekolah
v) Lencana Sekolah vi) Bendera Sekolah Ungu: Integriti, kemuliaan, kekuatan dan cita-cita tinggi Bermakna: Sk Pusat Juasseh mempunyai iklim sekolah yang mampu memberi kekuatan, kemuliaan serta cita-cita dan integriti bagi seluruh warganya. Putih: Telus, suci dan bersih Bermakna: Sk Pusat Juasseh merupakan institusi pendidikan yang mementingkan ketelusan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran.
vii) Lagu Sekolah
3. Borang Kehadiran Pelajar:
4. Keterlibatan Pelajar dalam Program Sekolah Pelajar telah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sekolah antaranya merentas desa peringkat sekolah dan merentas desa peringkat daerah. Pelajar telah diberi tanggungjawab oleh pihak sekolah untuk menjadi juruarah dan jurupandu bagi peserta merentas desa. Berikut merupakan bukti keterlibatan pelajar dalam program tersebut: Program merentas desa peringkat sekolah Program merentas desa peringkat daerah
Pelajar juga telah terlibat dalam program motivasi guru dan staf di Sk Kota, Rembau. Pelajar telah menjadi pembantu komputer dalam program tersebut. Berikut merupakan bukti bagi keterlibatan pelajar: