INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP3073)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MUHAMMAD NOOR HAKIM BIN MOHD RASHID
ANGKA GILIRAN 2020192340183
NO.KAD PENGENALAN 010502-01-0145
KUMPULAN / UNIT PISMP F7
KOD / NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENULISAN AKADEMIK
PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
12 MAY 2022
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 3
2.0 PERANAN GURU DALAM MERANCANG LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN
BILIK DARJAH MESRA BUDAYA................................................................................................... 3
3.0 PENUTUP ................................................................................................................................. 5
RUJUKAN ............................................................................................................................................. 6
2
1.0 PENGENALAN
Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam masyarakat di Malaysia memberi
pelbagai impak kepada sistem pendidikan negara. Kepelbagaian sosiobudaya ini juga
memberi peluang kepada semua murid yang berbilang kaum, agama, dan bangsa untuk
mendapatkan pendidikan yang sama rata melalui konsep bilik darjah mesra budaya. Kelas
mesra budaya ini memberi cabaran kepada para guru untuk menguruskannya seiring dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai langkah yang boleh dirangcang oleh
guru agar objektif pengwujudan kelas mesra budaya itu tercapai.
2.0 PERANAN GURU DALAM MERANCANG LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN
BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Peranan guru dalam merancang langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra
budaya ialah guru boleh menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua membolehkan guru berkomunikasi secara berkesan. Segala
arahan dan penerangan yang diberikan oleh guru akan difahami dengan mudah dan jelas
oleh semua murid. Hal ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia,
(2014) dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang
menyatakan bahawa penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Malaysia yang
dilahirkan dalam masyarakat majmuk mampu menjadikan mereka memahami antara satu
sama lain dan berdaya saing dalam meningkatkan kecemerlangan diri. Misalnya, guru boleh
menjalankan aktiviti berbahasa atau program pemantapan bahasa Melayu dalam minggu atau
bulan bahasa dalam kumpulan kecil yang setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai agama,
kaum dan etnik yang berbeza. Aktiviti yang dijalankan perlulah sesuai dengan faktor
perbezaan individu dalam kalangan murid-murid. Dengan itu, murid-murid yang lemah dalam
penguasaan bahasa Melayu akan sedikit demi sedikit menguasai bahasa Melayu serta
mempunyai minat dan kesedaran terhadap kepentingan menguasai bahasa Kebangsaan.
Mereka akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh murid-murid yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa ibunda dalam aktiviti perbahasaan atau aktiviti pembelajaran di dalam
kelas. Kemudian, penggunaan laras bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami dan
sesuai apabila guru berkomunikasi dengan murid. Dengan itu, sentimen dalam kalangan
murid yang beranggapan bahawa bahasa Melayu sukar untuk dipelajari akan beransur hilang.
Jadi, guru berperanan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah bagi mewujudkan kelas mesra budaya.
3
Peranan guru yang seterusnya dalam mewujudkan kelas mesra budaya ialah guru
boleh mengamalkan sikap keterbukaan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak sepatutnya menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menjatuhkan air
muka murid atau perkara yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan murid.
Setiap murid perlu diberikan layanan secara adil dan saksama tanpa mengira kelas sosila
kaum, kepercayaan serta agama yang diamalkan oleh murid-murid. Hal ini akan mengelakkan
berlakunya unsur drikiminasi kepada segelintir murid yang berbeza agama atau kaum. Guru
juga perlulah peka pada status dan latar belakang setiap murid. Sekiranya keluarga murid
tersebut mempunyai masalah atau kekurangan dari aspek sosioekonomi atau tergolong
dalam golongan berpendapatan rendah, guru perlu bijak dalam mengurangkan beban yang
dipikul oleh murid-murid. Misalnya, guru boleh memberi motivasi dan semangat kepada
golongan murid-murid tersebut dengan memberi bantuan atau sumbanagn berbentuk
kemudahan atau keperluan seperti makanan atau berang keperluan persekolahan. Guru juga
boleh memberi ganjaran kepada murid-murid tersebut sama ada dalam bentuk pujian atau
hadiah supaya murid tersebut terus cemerlang dan bersemangat untuk menuntut ilmu di
sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi intrinsik dalam kalangan
murid yang tergolong dalam golongan kelas sosial yang rendah. Guru juga perlu merancang
aktiviti pengajaran mengikut tahap kemampuan murid untuk menyediakan keperluan
pembelajaran. Murid tidak akan berasa terbeban untuk menyertai sesi pembalajaran dan
merasakan diri diterima untuk mengikuti proses pembelajaran walaupun dalam serba
kekurangan. Guru juga perlu mengingatkan dan memaklumkan ibu bapa murid tentang
keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh murid dalam sesi pembelajaran di dalam
kelas. Setiap anak sangat memerlukan sokongan ibu bapa untuk menyediakan peruntukkan
kewangan bagi membiayai pembelajaran, memberi dorongan positif dan memahami jiwa serta
perasaan mereka (Holloway, 2003). Oleh itu, jelaslah guru haruslah mengamalkan sikap
keterbukaan dalam mewujudkan kelas mesra budaya.
Seterusnya, bagi mewujudkan kelas mesra budaya, guru boleh mewujudkan pelan
persekitaran fizikal yang kondusif. Susun atur kerusi dan meja haruslah dirancang dengan
sempurna agar sesuai dengan aktiviti pembelajaran. Misalnya, guru boleh menggunakan
susun atur meja bebentuk U di dalam kelas. Tempat duduk murid-murid disusun dengan
meletakkan murid yang rendah dan rabun di bahagian hadapan kelas manakala murid yang
tinggi ditempatkan di bahagian belakang kelas. Hal ini secara tidak langsung akan
menimbulkan sifat hormat-menghormati dalam kalangan murid untuk mengatasi kekurangan
dan menggunakan kelebihan yang terdapat dalam diri masing-masing. Tempat duduk yang
disusun haruslah fleksibal dan membolehkan murid melakukan aktiviti serta bergerak bebas.
Tingkap kelas haruslah sentiasa dibuka apabila kelas digunakan bagi membolehkan
4
pengedaran udara yang secukupnya dalam kelas. Guru juga boleh menyediakan jadual waktu
giliran bertugas mengikut kumpulan agar kebersihan dan kekemasan kelas sentiasa terjaga.
Dengan kehadiran penggiliran tugas ini akan memupuk sifat tanggungjawab dalam setiap
murid. Tanggungjawab ini perlu didik sejak mereka kecil lagi agar menjadi kebiasaan dan
kesedaran dalam diri masing-masing untuk bertanggunjawab apabila diberikan amanah.
Dengan itu, kelas menjadi medium awal murid menerima segala didikan dan bimbingan agar
mereka dapat mengaplikasikannya apabila menjejaki alam dewasa kelak dengan berbakti
kepada masyarakat dan negara. Jadi, pengurusan bilik darjah amat penting dalam
mewujudkan pengajaran berkesan kepada murid di dalam bilik darjah. Pengajaran yang
berkesan dapat dijalankan melalui pengurusan bilik darjah yang sistematik (Long et al., 2018).
Oleh itu, jelaslah bahawa pengurusan fizikal bilik darjah amat penting untuk mewujudkan kelas
mesra budaya.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, cabaran-cabaran dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya
harus dipikul oleh setiap guru di Malaysia agar murid-murid dapat memahami dan mampu
untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia. Dalam mengatasi setiap
cabaran tersebut, guru haruslah mempunyai inisiatif dan memberi komitmen yang
sepenuhnya untuk memastikan keberkesanan kemenjadian murid selaras dengan
pembangunan modal insan yang mampu berdaya saing dan mempunyai personaliti yang
dapat dicontohi oleh masyarakat Malaysia bahkan masyarakat luar negara. Segala strategi
dan perancangan harus disusun rapi agar matlamat pendidikan untuk memastikan semua
warga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk boleh hidup bersatu padu dan
mampu bertolerasi dengan masyarakat yang berbeza-beza.
5
RUJUKAN
Ganesen (2013). Pengaruh Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Murid India di
Sekolah Menegah Rendah. Ph.D thesis, University of Malaya.
Holloway, J. H. (2003). Addressing The Needs of Homeless Students. Educational
Leadership 60(4):89- 91.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM
(2013-2025).
Long, A. C. J., Renshaw, T. L., & Camarota, D. (2018). Classroom Management in an
Urban, Alternative School: A Comparison of Mindfulness and Behavioral
Approaches. Contemporary School Psychology. 22(3), 233–248.
Zamri Mahamod (2016). Sosialinguistik dan Pengajaran Bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
6