MAJLIS PENGIJAZAHAN PSSCM PERINGKAT POTONG & TAMAT CAWANGAN PERAK TARIKH : 24 JUN 2023 ALBUM AKTIVITI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM SERI ISKANDAR TEMPAT/ MEDIUM : RUMAH CAWANGAN PSSCM NEGERI PERAK Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 549
KELAS LATIHAN PSSCM UiTM SERI ISKANDAR TARIKH : OKT 2022 - FEB 2023 & MAC - OGOS 2023 ALBUM AKTIVITI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM SERI ISKANDAR TEMPAT/ MEDIUM : ASTAKA PADANG A, UITM SERI ISKANDAR Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 50
PANTUN SILAT CEKAK Lahirnya Cekak kerana kesedaran Bukan bermusuh sebagai tujuan Untuk mendaulatkan seni kebangsaan Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli Tidak bercampur hak luar negeri Hendaklah belajar bersungguh hati Untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah Bagi mereka yang mendapat hidayah Sungguhpun begitu hendaklah tabah Insya-Allah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya Pengertian gerak pada batinnya Hendaklah mahir seluruh anggota Hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka menjadi mudarat Semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat Dikuat pula amalan syariat Ditambah pula ilmu makrifat Berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka Besar jasanya kepada kita Kalau menderhaka bahaya menimpa Diakhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri Menerima amanah Tuhan Rabbi Supaya menjadi mukmin sejati Demi menegak Islam yang suci Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 6522
LAGU WARISAN MUTLAK Dengan jiwa yang mulia kita bersatu Pusaka Melayu dipelihara Silat Cekak warisan mutlak Seni kebudayaan kita Berusaha sentiasa kita bersedia Diri sendiri perlu dijaga Silat Cekak warisan mutlak Mari bersama kita jayakannya Dengan guru yang ada hakikat Serta amalan syariat Tambah dengan ilmu makrifat Munafaatnya sungguh hebat Penuh azam mencapai matlamat kita Mempertahankan kedaulatannya Silat Cekak warisan mutlak Demi agama, bangsa dan negara Lagu dan Lirik - Johari Salleh (1990) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 6544