The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinkhalisah3, 2022-09-11 09:19:59

PERLEMBAGAAN PSSCM UiTMSI

PERLEMBAGAAN PSSCM UiTMSI

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
(PSSCM )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SERI ISKANDAR , PERAK

0

1. FASAL 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1. Persatuan ini akan dinamakan
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM SERI ISKANDAR.

Ataupun secara ringkasnya disebut sebagai PSSCM UiTM SI.
1.2 Alamat tempat urusan persatuan ini ialah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERAK, KAMPUS SERI ISKANDAR, 32610 BANDAR
SERI ISKANDAR DARUL RIDZUAN.

2. FASAL 2 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PERSATUAN

2.1 Memperkenalkan Seni Silat Cekak di Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar sebagai
salah satu daripada kebudayaan warisan bangsa Melayu.

2.2 Mengembangkan dan memantapkan kedudukan Seni Silat Cekak di Universiti Teknologi
MARA Seri Iskandar.

2.3 Berusaha menyakinkan warga Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar khususnya akan
keaslian dan kebaikan Silat Cekak.

2.4 Membasmi serta menentang segala unsur tahyul dan khurafat yang sememangnya
bercanggah dengan ajaran Islam di dalam ilmu Silat Melayu

2.5 Menyediakan kemudahan kepada ahli-ahli PSSCM UiTM SI untuk mempelajari Seni Silat
Cekak di Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

2.6 Bekerjasama dengan lain-lain persatuan silat, badan-badan, persatuan-persatuan dan
kelab-kelab yang berdaftar di Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar, untuk menjalankan
usaha-usaha di dalam lapangan kesenian, kebudayaan dan kegiatan kegiatan kebajikan
am.

2.7 Mencetak dan mengeluarkan sama ada dengan percuma atau tidak buku-buku, risalah
risalah dan rencana yang bermunafaat kepada PSSCM UiTM SI dan ahli ahli.

1

3. FASAL 3 KEAHLIAN

3.1 Ahli PSSCM UiTM SI mestilah merupakan seorang pelajar ataupun seorang kakitangan
Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

3.1.1 Pelajar yang digantung adalah masih lagi ahli PSSCM UiTM SI.

3.1.2 Pelajar yang menjalani Latihan Industri juga masih lagi ahli PSSCM UiTM SI.

3.1.3 Kakitangan Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar masih lagi ahli PSSCM UiTM
SI walaupun bekerja di luar kampus Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

3.2 Syarat-syarat menjadi ahli.
3.2.1 Merupakan pelajar atau bekerja dengan Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

3.2.2 Beragama Islam.
3.2.3 Berumur 16 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
3.2.4 Menjelaskan yuran-yuran yang dikenakan oleh PSSCM UiTM SI.

3.3 Ahli PSSCM UiTM SI mestilah seorang penuntut Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

3.3.1 Seseorang itu dikira ahli PSSCM UiTM SI setelah menjalani Majlis Ijazah Pertama
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sama ada di dalam atau di luar Universiti
Teknologi MARA Seri Iskandar.

3.3.2 Seseorang ahli PSSCM UiTM SI adalah juga seorang ahli Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia dan dia juga adalah tertakluk di bawah segala undang-undang dan
perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

3.4 Seseorang yang didapati memegang jawatan ataupun bergerak aktif di bawah
pertubuhan seni bela diri yang lain akan:

3.4.1 Diberi surat peringatan oleh jawatankuasa pengurusan PSSCM UiTM SI dan
diminta memilih sama ada masih ingin menjadi ahli PSSCM UiTM SI atau
pertubuhan seni bela diri yang lain.

2

3.5 Syarat-syarat yang membatalkan keahlian:

3.5.1 Keahlian adalah terlucut bagi pelajar atau kakitangan yang diberhentikan oleh
Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

3.5.2 Ahli yang ingin berhenti menjadi ahli PSSCM UiTM SI hendaklah mengemukakan
secara bertulis kepada setiausaha PSSCM UiTM SI akan hasratnya untuk berhenti.

3.5.3 Seseorang ahli akan terbatal keahlian sekiranya melanggar disiplin Persatuan Seni
Silat Cekak Malaysia dan didapati bersalah.

3.5.4 Memilih untuk aktif dalam pertubuhan seni bela diri yang lain ataupun tidak
menjawab surat peringatan yang diberi oleh PSSCM UiTM SI dalam masa satu
bulan selepas surat itu dikeluarkan.

4. FASAL 4 LAMBANG PERSATUAN

4.1. Lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia akan digunakan sebagai lambang
rasmi PSSCM UiTM SI.
4.2. Lambang rasmi PSSCM UiTM SI adalah berbentuk bintang pecah 21 berwarna merah
dan ditengahnya mempunyai bulatan berwarna hijau. Di dalam bulatan hijau tersebut terdapat
dua parang lading bersilang dan sebilah keris tercacak menegak menyelangi parang lading.
Perkataan ‘CEKAK’ tertera di sebelah bawah bulatan. Di sebelah atas terdapat segemal padi
berwarna kuning yang mana di tengah-tengahnya tertera tulisan Muhammad –Ahmad
bertimbal balik.

4.2.1 Bintang pecah 21 ertinya kaedah Seni Silat Cekak mempunyai 21 buah untuk
mempertahankan diri.

4.2.2 Parang lading dua bilah bererti senjata rasmi Seni Silat Cekak yang merupakan
senjata ahli Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

4.2.3 Sebilah keris bererti kedaulatan Raja-raja Melayu, bangsa Melayu serta negara
Malaysia.

4.2.4 Segemal padi bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin
berisi makin tunduk.

4.2.5 Tulisan Muhammad-Ahmad yang bertimbal balik bererti tekanan asuhan rohani.

3

5. FASAL 5 JAWATANKUASA PERNGURUSAN

5.1 PSSCM UiTM SI akan ditadbir dan diuruskan oleh suatu Jawatankuasa Pengurusan yang
terdiri daripada:
5.1.1. Yang Dipertua
5.1.2. Naib Yang Dipertua
5.1.3. Setiausaha
5.1.4. Bendahari
5.1.5. Ketua Penerangan
5.1.6. 6 orang Exco Pengurusan

5.2 Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pengurusan akan dipilih secara rasmi di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.

5.3 Jawatankuasa Pengurusan berhak untuk melantik sehingga 6 orang lagi Exco Pengurusan
mengikut keperluan semasa.

5.4 Jawatankuasa Pengurusan akan memegang jawatan selama setahun dan akan berakhir
pada Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya.

5.5 Mana-mana ahli Jawatankuasa Pengurusan yang menjalani Latihan Industri dikira masih
lagi memegang jawatan tetapi tugas mereka dipangku oleh Pemangku Jawatan yang
dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran.

6. FASAL 6 YANG DIPERTUA

6.1 Mempengerusikan dan memanggil setiap Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan
bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan PSSCM UiTM SI.

7. FASAL 7 NAIB YANG DIPERTUA

7.1 Membantu tugas-tugas Yang Dipertua.

7.2 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan apabila Yang Dipertua tidak
hadir atau di masa ketiadaannya dengan mandat Yang Dipertua.

4

8. FASAL 8 SETIAUSAHA

8.1 Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua.
8.2 Merupakan Ketua Jabatan Urusetia.
8.3 Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat

Agung Tahunan PSSCM UiTM SI.
8.4 Mentadbir dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jabatan Urusetia.
8.5 Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan surat-menyurat, menyimpan segala

buku dan dokumen kecuali buku kira-kira dan rekod kewangan PSSCM UiTM SI dan
juga bertanggungjawab dalam hal ehwal penggunaan kepala surat PSSCM UiTM SI.

9. FASAL 9 BENDAHARI

9.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PSSCM UiTM SI.
9.2 Merupakan Ketua Jabatan Kewangan.
9.3 Menyediakan penyata kewangan untuk Jawatankuasa Pengurusan semasa Mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan.
9.4 Mentadbir dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jabatan Kewangan.

10. FASAL 10 KETUA PENERANGAN

10.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan PSSCM UiTM SI secara
menyeluruh sama ada di peringkat kampus Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar
ataupun di luar kampus.

10.2 Merupakan Ketua Jabatan Penerangan.
10.3 Mentadbir dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jabatan Penerangan.

5

11. FASAL 11 EXCO-EXCO PENGURUSAN

11.1 Exco-exco Pengurusan ini terdiri daripada 6 orang ahli yang terpilih melalui
Mesyuarat Agung Tahunan PSSCM UiTM SI.

11.2 Exco-exco Pengurusan akan memegang jawatan-jawatan khusus untuk melicinkan
pengurusan PSSCM UiTM SI.

11.3 Bilangan dan bidang tugas Exco-exco Pengurusan boleh ditentukan melalui
Mesyuarat Jawantankuasa Pengurusan.

12. FASAL 12 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN

12.1 Menjalankan sebarang usahasama dalam hal-hal persilatan atau lain-lain yang sesuai
dengan tujuan dan matlamat PSSCM UiTM SI.

12.2 Menerima dan menguruskan bayaran masuk, yuran tahunan dan yuran khusus
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia daripada ahli PSSCM UiTM SI.

12.3 Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki dan ditetapkan oleh Universiti
Teknologi MARA Seri Iskandar.

12.4 Menguruskan dan menyelenggara kelas latihan silat Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia di Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

12.5 Membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan satu penyata tahunan beserta
dengan penyata kira-kira tahunan yang telah diperiksa dan disahkan oleh pemeriksa
kira-kira.

12.6 Jawatankuasa Pengurusan boleh menentukan perbelanjaan PSSCM UiTM SI.
12.7 Jawatankuasa Pengurusan berkuasa membentuk dan membubarkan Jawatankuasa

Kerja serta menentukan peraturan-peraturan bagi membolehkannya berfungsi dan
mencapai penubuhannya.

6

13. FASAL 13 KEWANGAN

13.1 Segala pengurusan kewangan persatuan adalah dibawah jagaan Bendahari dengan
nasihat Yang Dipertua dan ahli Jawatankuasa Pengurusan yang lain.

13.2 Segala pengurusan kewangan mestilah mendapat persetujuan Yang Dipertua atau
mana-mana dua orang daripada Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan
Ketua Penerangan.

13.3 Persatuan boleh mengutip yuran sebagaimana dipersetujui oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan.

13.4 Kutipan boleh diadakan oleh Bendahari atau sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh
Bendahari secara rasmi.

14. FASAL 14 PENASIHAT

14.1 PSSCM UiTM SI perlu melantik seorang atau lebih penasihat di kalangan kakitangan
UiTM.

14.2 Penasihat perlu dimaklumkan serta bersetuju dengan semua aktiviti PSSCM UiTM SI
yang dijalankan.

14.3 Semua kertas kerja PSSCM UiTM SI perlu melalui Penasihat sebelum dihantar ke
Unit Kepimpinan Pelajar Hal Ehwal Pelajar UiTM.

15. FASAL 15 MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN

15.1 Jawatankuasa Pengurusan perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
sekurang-kurangnya dua kali satu semester.

15.2 Korum kedatangan bagi mesyuarat pengurusan ini ialah sekurang-kurangnya tiga
orang dari Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari, Ketua
Penerangan dan Exco Pengurusan.

15.3 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ini akan membentangkan berita terkini dari
PSSCM Pusat/ Cawangan/ Kelas lain/ UiTM, pembentangan laporan aktiviti dan
perancangan aktiviti dan pentadbiran PSSCM UiTM SI.

7

15.4 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ini boleh turut dihadiri oleh mana-mana
individu bukan ahli Jawatankuasa Pengurusan dengan kebenaran dua pertiga
ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang hadir.

15.5 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ini akan dipengerusikan sendiri oleh Yang
Dipertua atau sesiapa ahli Jawatankuasa Pengurusan yang diberi mandat oleh Yang
Dipertua.

16. FASAL 16 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

16.1 Selaras dengan pentadbiran UiTM, PSSCM UiTM SI perlu mengadakan Mesyuarat
Agung setahun sekali iaitu dalam semester satu tahun akademik UiTM.

16.2 Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan ini ialah minimum dua kali ganda bilangan Ahli
Jawatankuasa Pengurusan semasa.

16.3 Antara agenda utama Mesyuarat Agung Tahunan ini ialah perbentangan aktiviti dan
kewangan PSSCM UiTM SI bagi tempoh setahun dan juga perlantikan ahli-ahli
Jawatankuasa Pengurusan yang baru untuk tempoh setahun selepas itu.

16.4 Mesyuarat Agung Tahunan berkuasa untuk meminda atau menambah apa-apa fasal
dalam perlembagaan PSSCM UiTM SI dengan sokongan dua pertiga dari ahli yang hadir.

17. FASAL 17 JAWATANKUASA KERJA

17.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan boleh mewujudkan ‘Jawatankuasa Kerja’ dari
semasa ke semasa, yang terdiri daripada mana-mana ahli PSSCM UiTM SI, khusus
untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.

17.2 ‘Jawatankuasa Kerja’ ini adalah bersifat sementara dan berfungsi untuk menjalankan
program tertentu atau untuk apa-apa tugas yang difikirkan perlu oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan.

17.3 Jawatankuasa Kerja ini akan diketuai oleh seorang Pengarah dan bertindak di bawah
seliaan seorang Penasihat (jika perlu). Kedua-dua orang ini akan dilantik oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan.

8

18. FASAL 18 KEPATUHAN KEPADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-
UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SERI
ISKANDAR

18.1 PSSCM UiTM SI merupakan satu persatuan yang bernaung di bawah Universiti
Teknologi MARA Seri Iskandar. Oleh itu, PSSCM UiTM SI adalah tertakluk di bawa
Perlembagaan dan Undang-undang Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar.

19. FASAL 19 HAL-HAL LAIN

19.1 Segala hal-hal lain yang tidak termaktub di dalam Perlembagaan PSSCM UiTM SI
ini boleh dibangkitkan dan ditentukan untuk diterima pakai atau tidak di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan, sepertimana tercatat dalam Fasal 16.4.

9


Click to View FlipBook Version