JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN Nama Tarikh Hantar No. K/P Angka Giliran Program Ambilan Unit Nama Pensyarah : : : : : : : : NUR NADIA NATASYA BINTI MOHD SAPAWI 030402-03-0788 2021202340267 PISMP JUN 2021 T2S2.08 PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD 19 MAC 2024 EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PENGAKUAN PELAJAR PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_________n_a__d_i_a____________Tarikh : _____________________ nadia 19 Mac 2024 19 Mac 2024
INSTRUMEN PENTAKSIRAN DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH NUR NADIA NATASYA MOHD SAPAWI
PENGENALAN JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENUTUP 02 07 11 KANDUNGAN 01 03 08 RUJUKAN 09 LAMPIRAN
01 PENGENALAN Pentaksiran merupakan sesuatu tafsiran yang mesti mempunyai data atau eviden. Menurut Assim (2022), Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat bagi membuat pertimbangan atau membuat perbandingan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Seterusnya, pentaksiran mempunyai beberapa prosedur seperti mengumpul, menginterpretasi, merekod dan melapor maklumat mengenai prestasi murid. Hal ini supaya guru dapat membuat keputusan berkaitan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen pentaksiran pula merupakan alat yang digunakan dalam proses penilaian untuk mengumpul data atau maklumat tentang kebolehan atau pencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat tiga kaedah pentaksiran yang boleh menentukan jenisjenis instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Kaedah pentaksiran tersebut ialah kaedah Pemerhatian, Lisan dan Bertulis. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya rujuk, Kemahiran yang difokuskan pada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam RPH ini adalah Kemahiran Tatabahasa.
02 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirujuk, kemahiran yang difokuskan pada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam RPH ini adalah Kemahiran tatabahasa. Seterusnya, beberapa instrumen pentaksiran telah digunakan bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tersebut. Antara instrumen-intrumen pentaksiran yang digunakan ialah hasil lembaran kerja, hasil penulisan dan penulisan refleksi guru. Setiap instrumen tersebut mempunyai aspek yang hendak ditaksir melalui aktiviti-aktiviti tertentu dalam Pelaksanaan Bilik Darjah (PBD) semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari tersebut dijalankan. Antara aspek yang hendak ditaksir ialah melalui kefahaman konsep, pengetahuan fakta, gaya persembahan, pertuturan dan sikap, menulis dan penyusunan idea daripada murid-murid semasa proses PdP tersebut dijalankan.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN 03 Hasil Lembaran Kerja Instrumen pentaksiran lembaran kerja ini telah digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah untuk proses PdP dalam RPH yang telah saya pilih. Kelebihan Instrumen pentaksiran ini adalah guru dapat menilai atau mengukur murid secara objektif kerana instrumen pentaksiran ini berfokus kepada hasil kefahaman dan perkaitan yang dapat dibuat oleh pelajar berdasarkan ayat yang dapat memeberi petubjuk jawapan kepada murid. Kekurangan Instrumen pentaksiran ini adalah soalannya tidak terlalu mencabar dan guru tidak dapat menilai tahap kefahaman atau penguasaan murid dengan tepat.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN 04 Hasil Penulisan Instrumen pentaksiran hasil penulisan ini telah digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah untuk proses PdP dalam RPH yang telah saya pilih. Kelebihan instrumen pentaksiran ini adalah dapat memberi peluang untuk murid mengekspresikan diri mereka secara kreatif melalui penulisan. Kekurangan instrumen pentaksiran ini adalah pelaksanaannya boleh mengambil masa yang agak lama terutamanya jika bilangan murid dalam sesuatu kelas itu ramai.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN 06 Penulisan Refleksi Guru Instrumen pentaksiran penulisan refleksi guru ini telah digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah untuk proses PdP dalam RPH yang telah saya pilih. Kelebihan instrumen pentaksiran ini adalah dapat penilaian yang diberikan oleh guru adalah tepat berdasarkan pemerhatian guru. Kesannya, guru dapat mengukur tahap pemahaman dan tahap penguasaan murid dengan baik. Kekurangan instrumen pentaksiran ini adalah penilaian guru bersifat subjektif dan bergantung kepada pandangan dan pemerhatian guru sematamata.
07 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN Cadangan penambahbaikan bagi instrumen pentaksiran dalam Rancangan Pengajaran Harian ini adalah guru perlu memaparkan semua instrumen pentaksiran yang telah digunakan pada bahagian lampiran Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk dijadikan bukti dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari tersebut. Hal ini juga bagi mengukuhkan lagi bukti bahawa proses PdP pada hari tersebut menepati Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari tersebut dapat dicapai. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan lagi penggunaan jenis instrumen pentaksiran sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dijalankan. Contoh instrumen pentaksiran lain ialah penilaian berterusan. Hal ini bagi membantu guru dalam menilai dan memerhatikan serta mengukur pelbagai jenis kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid. Seterusnya, guru juga perlu menggunakan sekurangkurangnya satu instrumen pentaksiran yang mampu menilai kemahiran secara holistik seperti kreativiti, pemikiran kritis dan kemahiran interpersonal. Contohnya adalah laporan projek. Laporan projek ini dihasilkan oleh murid selepas murid menghasilkan projek. Melalui penghasilan projek ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks praktikal. Oleh itu, guru dapat mengukur sejauh mana tahap pengetahuan serta konteks praktikal murid semasa sesuatu proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
08 PENUTUP Kesimpulannya, instrumen-instrumen pentaksiran ini penting untuk disediakan dan dimasukkan dalam Rancangan Pengajaran Harian dan digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) oleh guru supaya guru dapat melihat tahap pemahaman atau tahap penguasaan setiap murid sepanjang proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Selain itu, kepentingan instrumen-instrumen pentaksiran ini juga membolehkan guru untuk mengukur pencapaian murid. Melalui data yang terkumpul itu, guru boleh membandingkan dan mengaitkan dengan objektif pembelajaran. Seterusnya, melalui instrumen-instrumen pentaksiran ini dapat membantu guru mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi atau bantuan tambahan dalam pembelajaran. Dengan menggunakan data daripada instrumen pentaksiran ini juga, guru boleh mencipta dan melaksanakan program pemulihan yang sesuai untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran.
09 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi Ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/storage/files/sh ares/pentaksiran-berasaskansekolah/Panduan%20Pelaksanaan%20Pe ntaksiran%20Bilik%20Darjah%20Edisi% 202%20-%202019.pdf Boon, P.Y., Lee, L.H & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd. Dr. Mahaya Salleh, Dr. Suzana Abd Mutalib, Dr. Hashiroh Hussein dan Puan Zakirah Imana Ho Abdullah.(2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd.
10 RUJUKAN Mokhtar Ismail.(1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Nor Fadzilah Husin, Logeswari Arumugam M Pillay, Ilhavenil Narinasamy, Noor Aliza Nordin, Nooraini Kamaruddin. (2022). Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah. Jurnal Kurikulum (7), 195-209.
LAMPIRAN Bukti keaslian bahan rujukan iaitu Rancangan Pengajaran Harian
LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
SEKIAN, TERIMA KASIH