Duodecah
X11
Koreografer
Fatin Zulqifli Rosyamimi
Nurfarzana Aiman Badrina
Hasya Farah Ezzaty
Hannah Aina Rezal
Aeldy Aidil
Rizmal Hakim
Atur Cara
KARYA YANG
DIPERSEMBAHANKAN
DUODECAH
XII
BARISAN PENARI
Cendera Kirana
Perkataan ‘Cendera’ yang merupakan
gabungan daripada perkataan cenderawasih
iaitu bermaksud dewa atau dewi dan ‘Kirana’
yang bermaksud cantik dan indah. Tarian ini
merupkan tarian kreatif baharu yang diolah
daripada Tarian Joget Gamelan Timang
Burung. Pada permulaan tarian ini, penari
akan melakukan motif pergerakan bagi
menggambarkan sifat burung cenderawasih.
Seterusnya, pada peringkat perkembangan
penari akan melakukan motif pergerakan
ekor burung cenderawasih yang unik dan
menarik. Akhir sekali, penari akan melakukan
kesemua motif pergerakan iaitu ekor burung
cenderawasih, pergerakan berjalan dan
mengepakkan sayap.
Bubu
“BUBU” adalah sebuah tarian kreatif yang
diambil berdasarkan salah satu aktiviti
kehidupan masyarakat di negeri Pahang.
“BUBU” ialah perangkap ikan tradisional
yang digunakan oleh penduduk kampung
untuk mencari sumber rezeki mereka.
Sehingga kini BUBU masih lagi digunakan.
BUBU diperbuat daripada buluh , rotan
dan tali. Terdapat beberapa proses untuk
menagkap ikan mengunakan bubu
antaranya memegang bubu, mengaut ikan
dan mengagau ikan. Setelah selesai proses
tersebut mereka akan membawa hasil
tangkapan untuk dijadikan hidangan atau
jualan.
BARISAN PENARI
Man Panai
‘Man Panai' merupakan props yang digunakan
dalam tarian ini iaitu periuk tanah liat dalam
bahasa India. Karya yang dihasilkan oleh
pengkarya ialah berdasarkan tema aktiviti
seharian yang berkonsepkan suasana
masyarakat India yang sedang berkerjasama
dalam proses memasak dengan cara
tradisional mereka iaitu menggunakan man
panai. Proses tarian ini bermula dengan
menyediakan man panai iaitu membasuh dan
mengeringkan. Kemudian, diteruskan dengan
memasukkan bahan dan memasak. Proses
terakhir ialah masyarakat India sedia untuk
menghidang makanan dan makan secara
berkumpulan . Sehubungan dengan itu, tarian
ini akan menonjolkan penggunaan man panai
oleh masyarakat India .
Ba'
Tarian ini merupakan tarian kreatif yang
bertemakan aktiviti kehidupan seharian
wanita Orang Ulu dan berkonsepkan
cara penggunaan ba’. Ba’ merupakan
bakul khas untuk menggendong bayi
yang dianyam daripada rotan, buluh,
kulit, kayu dan manik yang mempunyai
corak dan motif yang menarik yang
menjadi tradisi suku kaum Orang Ulu
Sarawak terutamanya masyarakat
Kenyah. Kebiasaannya ba’ ini digunakan
ketika mereka keluar melakukan sebuah
pekerjaan dan untuk mengusir semangat
jahat.
BARISAN PENARI
Kelingai
‘Kelingai’ merupakan sebuah tarian kreatif
yang diangkat berdasarkan salah satu
aktiviti masyarakat Iban iaitu aktiviti
mencacah badan. Kelingai membawa
maksud Tatu dalam Bahasa Iban. Tujuan
masyarakat Iban bercacah untuk
menunjukkan simbolik bahawa seseorang itu
pernah berhijrah ke tempat lain, memenggal
kepala dan sebagainya. Sebagai seorang
pencacah tatu mengikis jelaga untuk
membuat dakwat, melukis dan mencacah
tatu merupakan kemahiran bagi seorang
pencacah tatu. Corak tatu yang popular
dalam kalangan kaum iban ialah Bungai
Terung. Antara motif yang digunakan dalam
karya ini adalah mengikis jelaga, melukis dan
mencacah badan.
Balau Menyak
‘Balau Menyak’ membawa maksud proses
pembuatan sagu. Tarian ini merupakan
sebuah tarian kreatif yang dicipta
berdasarkan salah satu aktiviti kehidupan
seharian masyarakat Melanau yang terkenal
dengan kegiatan pembuatan sagu. Sagu
merupakan salah satu makanan harian bagi
penduduk kampung Tellian. Tarian ini
dimulakan dengan proses penebangan pokok
rumbia, penghasilan tepung lemantak
sehingga terhasilnya sagu. Antara motif yang
diambil untuk menghasilkan gerak baharu
ialah pergerakan menebang, mengikis dan
menginjak.
BARISAN PENARI
Maising
Perkataan “Maising” berasal daripada
gabungan dua perkataan iaitu main dan
gasing kemudian dijadikan sebuah karya
tari. Tarian ini merupakan tarian kreatif
yang dihasilkan daripada olahan gerak
yang bermotifkan pergerakan ketika
bermain gasing. Tarian ini mengisahkan
tentang sekumpulan kanak-kanak yang
sedang bermain gasing bagi mengisi masa
lapang. Motif pergerakan yang diolah oleh
koreografer ialah melempar gasing, melilit
gasing dan memangkah gasing. Gasing
Pangkah merupakan elemen utama dalam
penghasilan karya ini.
Danda A'lai
‘Danda’ bermaksud perempuan manakala
“A’lai” bermaksud berlari. Koreografer
mengambil tema cerita rakyat iaitu lagenda
Arung Salamiah . Tarian ini merupakan tarian
kreatif yang telah digarap berdasarkan
tarian asal iaitu Igal Tabawan. Penceritaan
tarian ini berdasarkan cerita lagenda Arung
Salamiah yang ingin melarikan diri daripada
ditangkap oleh Datu Atik dan koreografer
mengambil situasi tersebut sebagai konsep
dalam tarian ini. Antara motif yang
ditunjukkan dalam karya ini adalah
berlari,mencari dan mendayung sampan.