PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT)SMK GUNUNG SEMANGGOLKelab Guru dan Kakitangan (KGKT)SMK Gunung Semanggol,34400 Simpang Empat Semanggol,Perak.PERLEMBAGAAN SESI 2026/2027PERKARA 1: NAMA DAN ALAMATNama kelab:Kelab Guru dan Kakitangan SMK Gunung SemanggolAlamat:Kelab Guru dan Kakitangan,SMK Gunung Semanggol,34400 Simpang Empat Semanggol,Perak.PERKARA 2: MATLAMATMemupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agarsuasana bekerja di SMKGS lebih kondusif dan produktif.PERKARA 3: TUJUAN-TUJUAN KELAB3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan stafsokongan dengan syarat tiada \"faedah sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 AktaPertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dankeperluan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah.3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan serta pekerja sekolah berinteraksidalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.3.4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.PERKARA 4: FUNGSI KELAB4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapaitujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam PERKARA 3, seperti:4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokonganserta menjaga kebajikan mereka.
4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubunganantara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.PERKARA 5 : KEAHLIAN5.1 Semua guru dan staf sokongan SMKGS secara automatik akan menjadi ahli.5.2 Pengetua juga merupakan ahli kelab (Penasihat)5.3 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika:5.3.1 Memohon untuk tidak menjadi ahli (dengan persetujuan Pengetua sebagaipenasihat).5.3.2 Sekiranya semua ahli AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajardilucutkan keahlian dengan nasihat Pengetua.PERKARA 6: AHLI JAWATANKUASA6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik sebagai JawatankuasaKelab Guru dan Kakitangan (selepas ini disebut Jawatankuasa KGKT). JawatankuasaKGKT hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan.6.2 Ahli Jawatankuasa KGKT hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masihlagi berkhidmat di SMKGS. Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung layak dicalonkansebagai Ahli Jawatankuasa KGKT manakala ahli yang tidak hadir mesti memberikan surattunjuk sebab dan tidak layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGKT.6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan kepada Pengerusi.6.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:6.6.1 Pengerusi6.6.2 Naib Pengerusi6.6.3 Setiausaha6.6.4 Penolong Setiausaha6.6.5 Bendahari6.6.6 Pemeriksa Kira-kira6.6.7 Ahli Jawatankuasaa) AJK Kebajikan
b) AJK Jamuan/Jualanc) AJK Publisitid) AJK Kemudahan dan Logistik6.7 Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa KGKT adalah bermula dari tarikhpelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau suatutempoh yang difikirkan sesuai.6.8 Jawatankuasa KGKT hanya boleh memegang jawatan bagi tempoh maksimum 2 sesipemilihan berturut-turut sahaja.6.9 Pemilihan Jawatankuasa KGKT hanya dibuat 2 tahun sekali atau jika ada keperluan.PERKARA 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASAFungsi Jawatankuasa KGKT ialah mengelola atau mengatur kegiatan dan aktiviti kelab sertamembuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpabercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agong Tahunan.7.1 Pengerusi7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGKT dan MesyuaratAgung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yangdiputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.7.1.3 Bertanggungjawab atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempohberkhidmat.7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minitmesyuarat apabila telah diluluskan.7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apaperaturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankantugas sebagai pengerusi.7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurnadan teratur.7.2 Naib Pengerusi7.2.1 Beranggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsipengerusi.7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaanpengerusi.
7.3 Setiausaha7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuaratjawatankuasa KGKT.7.3.3 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGKTdan Mesyuarat Agung Tahunan.7.3.4 Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunanserta minit-minit yang bersangkutan dengannya.7.3.5 Mengurus hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.7.4 Penolong Setiausaha7.4.1 Bertanggungjawab membantu setiausaha dalam menjalankan urusan kelabmengikut perlembagaan.7.4.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi setiausaha semasa ketiadaansetiausaha.7.5 Bendahari7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelabdengan menyediakan dan menyimpan laporan / rekod kewangan yang dikemaskinikan darisemasa ke semasa.7.5.2 Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh MesyuaratAgung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa KGKT.7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada manamana ahli atau sumber-sumber lain dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumenyang berkaitan.7.5.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wangdaripada akaun kelab.7.5.5 Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkandalam Mesyuarat Agung serta laporan-laporan berkaitan.7.6 Pemeriksa Kira-kira
7.6.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan danbertanggungjawab ke atasnya.7.6.2 Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.7.7 Ahli Jawatankuasa7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan.7.7.2 Mempengerusikan Biro sekiranya dilantik.7.7.3 Hadir dalam semua mesyuarat dan memberikan idea untuk penambahbaikankelab.PERKARA 8: KEWANGAN8.1 Setiap ahli (guru dan kakitangan) DIWAJIBKAN menjadi ahli dan WAJIB membayarsebanyak RM170.00 (guru) dan RM85.00 (kakitangan) sebelum bulan Oktober tahunsemasa.8.2 Bayaran tempat letak kenderaan:8.2.1 Blok A - Bayaran tidak dikenakan kerana lot yang disediakan merupakanpremis kerajaan yang dikhaskan kepada pentadbir dan jawatan-jawatan khas.8.2.2 Blok D - Bayaran dikenakan untuk tempat meletak kenderaan berbumbungsebanyak RM90.00 bagi satu sesi.8.3 Jumlah kutipan bayaran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasaMesyuarat Agung Tahunan.8.4 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dipersetujui oleh 2/3ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.8.5 Ahli-ahli bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar bolehmembuat kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut dengan persetujuan 2/3 ahli.PERKARA 9: PINDAAN PERLEMBAGAAN9.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ianya dipinda.9.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama Ahli JawatankuasaKGKT semasa Mesyuarat Agung Tahunan.9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KGKT danahli akan membincangkan cadangan dan meluluskannya jika perlu.9.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah disahkan oleh Pengerusi sebelumdipamerkan.
PERKARA 10: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN10.1 Mesyuarat Agung Tahunan perlu diadakan pada setiap tahun sebelum berakhir bulanNovember tahun semasa.10.2 Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahliselewat-lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat.10.3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:10.3.1 Ucapan Pengerusi10.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.10.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti.10.3.4 Membahaskan perkara berbangkit10.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGKT bagi tahun berkenaan10.3.6 Ucapan penangguhan10.3.7 Hal-hal lainPERKARA 11: PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA11.1 Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih calon-calon dalamJawatankuasa KGKT serta berbincang dan memutuskan perkara yang menyentuh kemajuandan kebajikan kelab di atas nasihat dan persetujuan penasihat (Pengetua) untuk membuatpemilihan calon jawatankuasa dan di buat seperti berikut:11.1.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yangdinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 dan perenggan 3.11.1.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong.11.1.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi.11.1.4 Calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih menjawat jawatan yangdipertandingkan.11.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa (Khas) boleh diadakan:a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KGKT.b) Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 60% daripada jumlah ahlibiasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.11.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satutarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
11.4 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklahdiedarkan kepada semua ahli oleh setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikhyang ditetapkan untuk mesyuarat.11.5 Perkara 12 dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan penangguhan MesyuaratAgung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syaratjika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagiMesyuarat Agung Luar Biasa.PERKARA 12: KUORUM (AHLI)12.1 Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli.12.2 Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa KGKT hendaklah tidak kurang 60% daripada jumlahbilangan ahli jawatankuasa KGKT.12.3 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan, makamesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan olehJawatankuasa Kelab dan jika ketetapan kedua kuorum tidak mencukupi selepas setengahjam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat ituberkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenaisemua ahli.PERKARA 13: PEMBUBARAN KELAB13.1 Kelab akan dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun semasa jika berlakuPERKARA 10 perenggan 10.2.13.2 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggarperlembagaan dan masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti dalam PERKARA 10perenggan 10.2.PERKARA 14: KEBAJIKAN AHLIAhli bermaksud ahli yang membayar yuran KGKT, suami, isteri (pertama), ibu bapabermaksud ayah dan ibu termasuk ibu dan ayah mertua, anak bermaksud anak yangdilahirkan sah mengikut undang-undang dan anak angkat yang disahkan (tinggal bersama)akan mendapat manfaat seperti berikut:1. Khairat Kematian RM100.00 (Tunai) Jika berlaku kematian ke atas mana-manaindividu disebutkan di atas.2. Sakit yang menyebabkan kemasukan ke wad (ahli sahaja) sekali dalam tahunsemasa - RM50.00 (Tunai)3. Mendapat anak pertama di SMKGS (ahli sahaja) - RM50.00 (Tunai)
4. Bersara (wajib/pilihan) untuk ahli sahaja RM200.00 berbentuk wangtunai/cenderamata.5. Berpindah (ahli) yang berkhidmat di SMKGS: (berbentuk cenderamata)a) 1 hingga 5 tahun - RM100.00b) 5 tahun keatas - RM200.006. Hadiah hari guru/staf - RM15.007. Saguhati kecemerlangan anak dan anak angkat dalam peperiksaan awam adalahmengikut ketetapan berikut:SPM - keputusan cemerlang mendapat semua A, RM50 (Tunai).8. Menunaikan haji (ahli) kali pertama -RM100.009. Hadiah perkahwinan pertama di SMKGS - RM150.0010. Hadiah ulang tahun kelahiran (ahli) - RM10.00Sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam kebajikan ahli boleh dilakukan di dalamMesyuarat Agung dengan mendapat persetujuan 2/3 daripada ahil KGKT SMKGS (tertaklukkepada terma dan syarat).\"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT”