The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wardah8943, 2019-08-05 10:41:00

KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

NOTA KULIAH UNTUK TOPIK SATU

Keywords: KESEPADUAN

Surah al-Hujurat:13

BBA/CTU555 BAB 1 51

KONSEP MASYARAKAT MENURUT ISLAM

MENURUT DR. YUSUF AL-QARADAWI :
• “Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah

dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem,
undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di
sebalik penamaannya sebagai “masyarakat Islam”.
• Dalam erti lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang
mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber
hukum, pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan
dalam mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani
dengan fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa”
(Golongan Bukan Islam di Dalam Masyarakat Islam)

BBA/CTU555 BAB 1 52

KONSEP MASYARAKAT MENURUT ISLAM….

MENURUT SAYYID QUTB :
• “Masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah masyarakat

yang melaksanakan cara hidup Islam secara total yang
bertitik tolak daripada asas aqidah, ibadah, undang-undang,
moral dan cara hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh
syari'at Islam. Masyarakat dalam bentuk seperti inilah yang
dikatakan bertamadun.” (al-Mujtama’ al-Islamiy, 1979)

BBA/CTU555 BAB 1 53

KONSEP MASYARAKAT MENURUT ISLAM….

MENURUT ZAKARIA STAPA :

• “Secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan
masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di mana-
mana daerah atau tempat menjadikan Islam sebagai akidah,
pengatur dan penyusun kehidupan rohani dan jasmani
mereka serta menjadikan Islam sebagai asas dalam ciptaan-
ciptaan mereka untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai
aspek hidup dalam masyarakat” (Masyarakat Islam dan isu
semasa, 1994)

BBA/CTU555 BAB 1 54

ASAS MASYARAKAT ISLAM

AQIDAH SYARIAT AKHLAK

Mengikat Mengawal Natijah & objektif
hubungan perilaku aqidah dan
semesta dengan masyarakat syariat

Allah 55

BBA/CTU555 BAB 1

AYAT- AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN

ْْ‫ا)وآسورةِْْالتْرْوومآلأر ِضْْوآخِتلا ْفْال ِسنِتكمْْوالوآِنكمِْْآ َّنِْْف ْيْذِلك‬2‫م‬2‫وَ ِلمأياْنْآياِتْتِِْهْلْلعخِاللِمقْيْالْن َّ(س‬

Ertinya:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”

(Surah al-Rum : 22)

BBA/CTU555 BAB 1 56

12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan
Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu). “

(Surah al-Hujurat : 12-13)

BBA/CTU555 BAB 1 57

PENGAJARAN AYAT –AL-QURAN

Islam menggariskan panduan hubungan kemasyarakatan.

• Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat dalam aspek hubungan
antara kaum, etnik dan bangsa.

• Islam melarang perbuatan “al-zan” iaitu bersangka buruk
atau dalam istilah sosiologinya prejudis yang diikuti
stereotaip, menghina, mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang atau kelompok lain (al-
tajassus), serta mengumpat (al-ghibah).

Kesemua larangan tersebut adalah punca konflik sesama
dan antara etnik yang plural.

BBA/CTU555 BAB 1 58

PENGAJARAN AYAT –AL-QURAN….

Allah iktiraf kepelbagaian kaum, bangsa, puak, etnik.
• Selain menandakan kekuasaan Allah mencipta

kepelbagaian ini, ia menunjukkan pengiktirafan Islam
terhadap kewujudan semua jenis bangsa di dunia yang
sekaligus menyangkut kepelbagaian bahasa, budaya dan
tradisi bangsa-bangsa yang wujud itu.

BBA/CTU555 BAB 1 59

PENGAJARAN AYAT –AL-QURAN….

Allah menggalakkan kesalingan dalam perkenalan.

• Acuan kalimah “ta‘arufu” dari aspek morfologi Bahasa
Arabnya memberikan maksud “saling memahami” yang
mencakupi proses perkenalan dua hala yang erat dan
mendalam.

• Ia merupakan wadah utama proses asimilasi, akomodasi,
amalgamasi dan akulturasi dalam pengajian sosiologi.

• Ia juga menepati maksud dialog antara budaya dan agama,
tuntutan mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian
budaya yang wujud.

BBA/CTU555 BAB 1 60

PENGAJARAN AYAT –AL-QURAN….

Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah perkongsian
yang sihat.

• Saling mengenali adalah satu perkongsian yang sihat.
• Kelemahan sesuatu bangsa atau budaya ditampung oleh

kelebihan etnik lain yang adalah natijah perkongsian yang
sihat.
• Perkongsian penguasaan ilmu, teknologi, kemahiran, dan
pengalaman merupakan contoh perkongsian yang positif
bagi masyarakat yang multi-etnik.

BBA/CTU555 BAB 1 61

PENGAJARAN AYAT –AL-QURAN….

Nilai “kemuliaan” yang universal melampaui kaum, etnik,
dan bangsa.

• Penanda aras kemuliaan yang diletakkan Islam amat
universal.

• Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana warna kulit,
keturunan, ras, qabilah atau etniknya bahkan yang mulia
adalah yang paling kuat hubungannya dengan Allah
(taqwa).

BBA/CTU555 BAB 1 62

HADITH DAN SIRAH YANG BERKAITAN

ْْْْْ‫ع ْنْآآآبللعَِِّّكيْنَّْهْيرْآعمْهمْكذامْلرْآجْماَِِّْعِْنهِْيمل َّريدِْْنْسهْآْلْولبَِّونهْْلرآْْآآعلانلَِّظْهقماْْتهكاْْْمِصلفَّْايِآايَّْلْيآالنِْْلَّْآيلآللَّهْلَّهْاهْْهْْعفلا{ليعَِِّْلتهْاثيْامْْوْآْسُّْخسِيلَّيْمرهيْاخْلارْخلا َّط}ِتانْْبْسرْْبِْْْآانَِّلياَّقتْاْيْخلكسِْْقرينتْماوْكْمْمْعلفْيِِْتمحْآلْلَِّنْمهَّْْْكذوهْفْكا ِفجْرقْارْْوآْلتْسِثيقايْْيآْْ ُّويه ِّجهياْعاْنللَّْتتااعلكيمْْسْْآْلِآلَّ ِسَّْهعْنْْوًآوليالَّال َّْْهتْاوففتاْدِسْْْيآتتلْذْوِلهْآتذعاْمرْْبفْووآعْخِتلآكَّقْنم‬

Ertinya;

“Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada hari
pembukaan Makkah sabdanya; “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya
Allah telah menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta [sikap]
kemegahan dengan keturunan. Justeru manusia di sisi Allah [hanya] dua
golongan; yang baik, bertaqwa dan mulia dan yang jahat, celaka dan hina
bagi Allah. Kesemua manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri
Allah ciptakan dari tanah. Firman Allah…”

BBA/CTU555 BAB 1 (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)

63

HADITH DAN SIRAH YANG BERKAITAN….

ْْ‫وع ْناآْلآحبتاميْرْسنْآعلضينْْرْآْةْبرسفكاومذْلْْوآآلخأخْدتيداثْلْيتوْآقيوماكىنْمْْوسآمعخْدْخآلطأيْلْهْأاْلفيثضيْْلْلصلعيبرْيآلْلهعلْيْعلعجيمهْيْْوولأسلْلمْعجفميْْيْْوعلسيْطْعآبيراْيْموْلالأنْآشسنروذقْْْفعلقياْآلْحمياْرآْيولهأا‬

Ertinya;
“Daripada Abi Nadrah bahawa Nabi SAW telah berkhutbah pada pertengahan
hari tasyriq sabdanya; “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tuhan kalian
adalah satu, bapa kalian juga satu. Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan
bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada
sebarang kelebihan orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan juga tidak
apa-apa kelebihan yang berkulit hitam berbanding yang berkulit merah
[putih], dan juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih berbanding
yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan”
(Diriwayatkan oleh Ahmad)

BBA/CTU555 BAB 1 64

FAKTA DI DALAM PIAGAM MADINAH (FASAL 25)

ْ‫ذتتهمْموالتهم‬.ْ‫ْونللعتْهآلوذأْْنذتقتهسمهْْوآوللمهلْسلتمنيينه‬،‫ْْآعلوأْمفنْْآظلممهْْوآميعْمْالمفاوتمهْيليأْنن‬،‫وآنْوآينهقوذسْتهثمي‬

Ertinya;
“Dan bahawa orang-orang Yahudi Bani ‘Awf adalah umat yang satu bersama
orang-orang yang beriman. Bagi orang-orang Yahudi [kebebasan mengamalkan]
agama mereka dan bagi orang Islam juga [kebebasan mengamalkan] agama
mereka melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa, maka keburukannya
tidak akan tertimpa melainkan kepada diri dan keluarganya sendiri”
(Sirah Ibn Kathir)

BBA/CTU555 BAB 1 65

KEMAJMUKAN KAUM DAN AGAMA DALAM
PIAGAM MADINAH

BANGSA KETURUNAN

ARAB Bani Awf-Bani al-Harith-BaniSa’idah-Bani Jusyam-Bani
al-Najjar-Bani Amru-Bani Nabit-Bani Aws

YAHUDI Bani Tha’labah-Bani Jafnah-Bani Syutaybah-Bani
Qaynuqa’-Bani Quraizah

BBA/CTU555 BAB 1 66

KONSEP UMAT DALAM MASYARAKAT ISLAM

ْْ‫ك)ْ ِنموِمنْْتاوص َّن ِضِْاِِيجاليلَِّهن‬11‫ت‬3(ِ‫مءْ)ْآِلمأِسج ِنوْرآْروةهياِألْماللرِوكعتنامِِْيرالامعتنْآرَّومهِْففاِْيوتمتههْتوتلنْوعنِْآنْياالمت ِك ِترْْآللوَِّيهْسآا ِيارعءْوآلَّلنِْتف ِيلْْالوجيهمرْآيسِجتدْووآْنول‬1ً ‫ووِآ‬4‫لتس‬1‫لنسوآ(وْا‬

Ertinya:

113. Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. di antaranya ada golongan yang (telah
memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar)
mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa
mereka sujud (mengerjakan sembahyang).

114. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai
kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang
soleh.”
(Surah Ali ‘Imran)

BBA/CTU555 BAB 1 67

KONSEP UMAT DALAM MASYARAKAT ISLAM…

ْ‫تاسكومْرآ َّةْماًلهتْقوسر ًةْطا(ِْلتكونوآْشهدآءْعليْال َّتا ِسْوبكونْال َّرسولْعلتكم‬..‫ل‬.‫وكدِلش ِكهْي ًجدآع‬

Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.

(surah Al-Baqarah ayat 143)

BBA/CTU555 BAB 1 68

KONSEP UMAT DALAM MASYARAKAT ISLAM…

ْْ‫]نْع ِنْالمتك ِرْونوِمتونِْياللَِّه‬:‫{ْكويلثومْْآمخينْرآْآ َّهملهْْاآل ِجكِرتاخ ِتبِْْلللكَّاتانْ ِسْخييًارآمْلروهمنِْْ}يال[مآعلرو ِعفمْورتاتهنو‬

Ertinya:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman), dan
kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka”.

(surah Ali Imran : 110)

BBA/CTU555 BAB 1 69

KONSEP UMAT DALAM MASYARAKAT ISLAM…

ْ‫آوَّمكهدِْلوِآكَّْياْماْعلآيرْآسيلا ِترِاْهِممْمنْقفي ِتدلوكِْفْنيْق ترهْ ِمنْت ِدبرِْآ َّلأْفالْميرفوهاِْآ َّياْوخدياْآياءياْعْلي‬

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak

mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah
negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang
berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami
dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya
kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".

(Surah al-Zukhruf : 23)

BBA/CTU555 BAB 1 70

KONSEP UMAT DALAM MASYARAKAT ISLAM…

:‫ِآ َّنِْآبرآ ِهثمْكانْآ َّم ًهْفاِت ًتاِْللَِّهْخِيت ًقاْولمْبكْ ِمنْالمش ِرِكينْ[التجل‬

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (Walaupun
ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di
atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang Yang
musyrik.

(Surah al-Nahl : 120)

BBA/CTU555 BAB 1 71

KONSEP UMMAH MENURUT AL-QURAN (IBN KATHIR)

Ummah • Surah al-Zukhruf;23
• Pegangan majoriti yang salah

Ummah • Surah al-Nahl;120
• Qudwah yang berpengaruh

Ummah • Surah Ali Imran;114
• Golongan yang benar

Khayr Ummah • Surah Al-Baqarah;143
• Generasi adil

Ummatan Wasata • Surah Ali Imran;110
• Generasi terbaik

Kesimpulan • Dalam aspek hubungan etnik; komuniti yang
membentuk masyarakat yang penting dalam
BBA/CTU555 BAB 1 penyusunan masyarakat.
72

PENGUKUHAN

Huraikan:

• Akulturasi.

• Segregasi.

• Amalgamasi.

Bincangkan TIGA (3) pendekatan konsep akomodasi yang wajar
dijadikan panduan bagi menjamin keharmonian hubungan etnik
di Malaysia dengan mengemukakan contoh yang relevan.

Bincangkan TIGA (3) aspek kebudayaan kaum Baba-Nyonya
yang diterima daripada orang Melayu.

Bincangkan TIGA (3) ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya

BBAs/CeThUi5n5g5 ga memboleBhAkBa1n ia bertahan lama. 73


Click to View FlipBook Version