The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wardah8943, 2019-08-05 10:49:32

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

NOTA KULIAH INTERAKTIF

Keywords: ISLAM

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

Disediakan :
Dr. Baterah Alias
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Shah Alam

BBA / CTU 555 BAB 3 1

ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK

• Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam.
Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

• Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat
bersandarkan firman Allah SWT:

BBA / CTU 555 BAB 3 2

ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK

Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia
berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang
lain.

Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut
merupakan ajaran penting dalam agama Islam.

Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk
berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan.

Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr
yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang
yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali
ketakwaannya.

BBA / CTU 555 BAB 3 3

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA

BBA / CTU 555 BAB 3 4

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM

Berkenal-kenalan Faham-memahami Bekerjasama
(al-Ta’aruf) (al-Tafahum) (al-Ta’awun)

Persaudaraan (al- Berkasih sayang Jamin menjamin
Ukhuwwah) (al-Mahabbah) (al- Tadhamun)

BBA / CTU 555 BAB 3 5

BERKENAL-KENALAN/ AL-TA’ARUF

Al-Ta’aruf : berkenalan Manusia dijadikan paras
secara mendalam yang rupa dan warna kulit yang
boleh menimbulkan kasih berlainan supaya mereka

sayang. berbaik antara satu
dengan lain agar mereka

dapat hidup bersama
dalam keadaan aman dan

sejahtera, bukan untuk
bermusuh-musuhan.

Bermusuhan antara satu Ta’aruf merealisasikan
dengan lain tidak akan pengabdian kepada Allah

mendatangkan supaya mengenali
keuntungan kepada keturunan masing-masing.
mana-mana pihak.

BBA / CTU 555 BAB 3 6

FAHAM MEMAHAMI/ AL-TAFAHUM

Al-Tafahum : suatu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama
beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada

kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama’ah dan disusuli
dengan nasihat menasihati di antara saudara.

Memahami dan menghormati konsep agama masing-
masing.

Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan
asas ini supaya tidak wujud prasangka perkauman yang
boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan

permusuhan.

BBA / CTU 555 BAB 3 7

SALING BEKERJASAMA/ AL-TA’AWUN

Al-Ta’awun ertinya ialah tolong-menolong atau saling membantu.

Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi
melampaui batas sempadan agama dalam bentuk sumbangan

tenaga, harta dan masa.

Perkongsian ilmu dan kerjasama dalam penukaran segala bidang
ilmu pengetahuan antara manusia yang berbeza keturunan dan

bangsa dapat mewujudkan kemajuan masyarakat sejagat

BBA / CTU 555 BAB 3 8

PERSAUDARAAN/ UKHUWAH

Menurut Kamus Dewan, persaudaraan Pendekatan Islam menganjurkan
bermaksud perhubungan seperti persaudaraan atas dasar beriman dan

bersaudara atau pertalian yang rapat. bertaqwa. Ukhuwah (persaudaraan)
dalam Islam meliputi seluruh golongan

masyarakat.

Manusia seharusnya hidup dalam Harta, kedudukan, nasab atau status
masyarakat yang saling mencintai dan sosial atau apa pun tidak boleh
saling menolong, sehingga timbulnya dijadikan sebagai satu kayu ukur
kekuatan persaudaraan. Antara mereka
saling memperkuat, sehingga benar- sombongnya manusia atas sebahagian
yang lain. Ini disebabkan hubungan
benar terasa bahawa kekuatan atas dasar iman dan takwa lebih
saudaranya adalah kekuatannya dan bernilai daripada hubungan yang
berdasarkan kebendaan, pertalian
kelemahan saudaranya adalah darah, kesukuan atau yang lebih
kelemahannya. bersifat keduniaan.

BBA / CTU 555 BAB 3 9

BERKASIH SAYANG/ AL-MAHABBAH

Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan
yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari
setiap anggota masyarakat.

Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan
di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan

hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci
membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.

Tahap mahabbah yang paling rendah adalah bersihnya hati
dari perasaan yang negatif seperti perasaan hasad,
membenci, dengki dan apa-apa yang menyebabkan
permusuhan dan pertengkaran.

BBA / CTU 555 BAB 3 10

JAMIN MENJAMIN/ AL-TADHAMUN

Al-Tadhamun
Saling jamin menjamin sesama Islam dari segi akhlak dan akidah iaitu maruah sesama agama Islam

bagi mewujudkan tamadun yang kuat untuk menjadi contoh kepada agama lain

Jamin-menjamin melalui 3 peringkat: individu, keluarga dan masyarakat.

Individu: Menjadi warganegara Keluarga: Menjaga hubungan Masyarakat: Menjaga
yang baik baik dengan ibu, bapa dan hubungan yang baik dengan
keluarga masyarakat pelbagai etnik

Dilaksanakan melalui pemberian nafkah keluarga, zakat, sedekah, wakaf dan kerjasama yang erat
dalam mayarakat

BBA / CTU 555 BAB 3 11

MAQASID SYARIAH

BBA / CTU 555 BAB 3 12

MAQASID SYARIAH

MEMELIHARA
AGAMA

MEMELIHARA MEMELIHARA
KETURUNAN AKAL

MEMELIHARA MEMELIHARA
HARTA NYAWA

BBA / CTU 555 BAB 3 13

MAQASID SYARIAH

14

• Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan
kemudharatan kepada semua manusia tanpa mengira etnik.

Memelihara Agama • Islam datang untuk membebaskan minda manusia daripada
belenggu kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak
manusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. dan
perkara-perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir-anasir
syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untuk
melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Menjamin Keselamatan • Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa
Nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Dalam konteks hubungan
etnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan
pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh
mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

BBA / CTU 555 BAB 3

MAQASID SYARIAH

Memelihara Kemurnian • Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada
Fikiran manusia ialah akal. Melalui keistimewaan inilah manusia
diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.
Bersesuaian dengan tujuan ini, syariah Islam telah
menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan
menguasai ilmu pengetahuan.

Menjamin Kehormatan • Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam
Dan Maruah Diri kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan
kehormatan dan maruah diri. Malah Islam sendiri dibina di
atas akhlak yang mulia.

Menjamin Pemilikan Dan • Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan
Penguasaan Harta undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan.
Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk
BBA / CTU 555 mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t.

BAB 3 15

PRINSIP ISLAM BERKAITAN DENGAN
NILAI KEMANUSIAAN

Al-’Ilm
(Berilmu)

Al-Mas’uliyyah Al-Syura
(Bertanggungjawab) (Permesyuaratan)

Al-Musawah Al- Adalah
(Kesamarataan) (Keadilan)

BBA / CTU 555 Al-Hurriyyah 16
(Kebebasan)

BAB 3

BERILMU / AL-’ILM

Mencari ilmu itu adalah wajib Sesungguhnya Islam adalah Dengan adanya ilmu
bagi setiap orang Islam. ilmu, dan Al-Quran adalah sesebuah masyarakat itu
kitab Ilmu. tegak dan bersatupadu antara
ilmu pengetahuan dan
keimanan.

BBA / CTU 555 BAB 3 17

PERMESYUARATAN/ AL-SYURA

Syura membawa Musyawarah dapat
maksud bahawa membuka segala
seseorang itu tidak pintu kesulitan dan

menyendiri memberi
pendapatnya dalam kesempatan untuk
melihat penyelesaian
persoalan atau
permasalahan yang dalam pelbagai
sudut.
memerlukan
pendapat orang lain.

Kebaikan Islam mengalakkan
bermusyawarah aktiviti
adalah manusia
akan mendapat lebih bermusyawarah
ilmu pengetahuan dalam kehidupan
dari pebincangan individu, berkeluarga
selain idea sendiri.
dan negara.

BBA / CTU 555 BAB 3 18

PERMESYUARATAN/ AL-SYURA

SYURA DALAM KEHIDUPAN
INDIVIDU

• Istikharah kepada Allah.
• Musyawarah dengan orang

yang dapat dipercayai
pendapatnya, pengalaman,
nasihat dan keikhlasannya.

SYURA DALAM KEHIDUPAN SYURA DALAM KEHIDUPAN 19
BERMASYARAKAT DAN BERKELUARGA
BERNEGARA
• Wajib bagi suami isteri untuk
• Al Qur'an dijadikan asas saling memahami dan saling
sebagai penyelesaian dan bermusyawarah dalam hal
musyawarah. yang membawa kepentingan
bersama
BBA / CTU 555
• Saling meredhai.

BAB 3

KEADILAN/ AL-ADALAH

Al-adalah bermaksud SOSIAL
keadilan. 1. Semua etnik bebas
untuk menganut agama
dan kepercayaan masing-
masing
2. Bebas untuk melakukan
kegiatan ekonomi

PEMERINTAHAN UNDANG-UNDANG 20
1. Orang bukan Islam yang Membela nasib mereka
bermastautin di Negara yang kurang upaya spt
Islam wajib dipelihara yatim piatu, ibu tunggal
darah dan hartanya dan golongan miskin.
2. Harta kekayaan negara
juga wajib dibahagikan BAB 3
kepada semua rakyat tidak
kira muslim atau tidak .

BBA / CTU 555

KEBEBASAN/ AL-HURRIYYAH

Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang
individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.

Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam
Islam.
• Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasan

sivil dan semua kebebasan hakiki.

Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan
kebebasan melakukan ibadat.

• Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelaan
individu tersebut.

BBA / CTU 555 BAB 3 21

KESAMARATAAN/ AL-MUSAWAH

Kesamarataan manusia adalah
berlandaskan konsep kesejagatan

Islam.

Islam mengajar semua manusia adalah
sama dan setaraf dari sudut pandangan

Allah dan faktor yang membezakan
mereka adalah ketakwaan di sisi Allah.

Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna
kulit tidak menjejaskan taraf

kemanusiaan seseorang dari perspektif
Islam.

BBA / CTU 555 BAB 3 22

BERTANGGUNGJAWAB/ AL-MAS’ULIYYAH

Allah s.w.t. menganugerahkan kepada
manusia akal dan ilmu yang

membolehkan mereka melaksanakan
tugas dan tanggungjawab
pengimarahan bumi.

Tanggung jawab itu akan dipersoalkan Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada
di hadapan Allah s.w.t. pada hari kita di dalam hadisnya unsur-unsur
kiamat kelak.
penting bagi tanggung jawab manusia
di dunia, iaitu: masa, kerja, harta dan

ilmu.

BBA / CTU 555 BAB 3 23

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MALAYSIA

BBA / CTU 555 BAB 3 24

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM
KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

Kemesraan Komunikasi
• Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun menjadi asas dalam

menghasilkan komunikasi yang baik dan berkesan serta mengelakkan sikap
sombong dan memandang rendah.

Budaya Ziarah Menziarah
• Amalan ziarah-menziarahi memberi banyak kebaikan terutamanya dalam

menghubungkan dan merapatkan hubungan silaturahim.
• Islam sangat menggalakkan umatnya untuk memperbaiki hubungan

silaturrahim dan persaudaraan.

Mengambil berat
• Bersifat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan yang berlaku di

sekeliling hidup kita.
• Setiap etnik yang bersikap mengambil berat boleh menangani masalah

jenayah yang berlaku.

BBA / CTU 555 BAB 3 25

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM
KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

Hormat- menghormati
• Hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pegangan

agama, budaya dan pandangan.

Menghormati jiran
• Menghormati serta berinteraksi dengan baik kepada jiran tetangga serta

masyarakat di sekeliling.

Bersama dalam membuat keputusan
• Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum

membuat sesuatu keputusan berkaitan kehidupan masyarakat.

BBA / CTU 555 BAB 3 26

KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK

KONSEP JIRAN :

Menurut Kamus Dewan:
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang

dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.

Menurut Islam:
Orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu
kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40
rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling

rumah anda.

BBA / CTU 555 BAB 3 27

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN

Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan
unsur-unsur seperti berikut:

• Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat
tinggal.

• Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran
tetangga.

• Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
• Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam

kawasan sejiran mereka.
• Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah

bersama.

BBA / CTU 555 BAB 3 28

HUBUNGAN SOSIAL

Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:

Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi

BBA / CTU 555 BAB 3 29

PENGUKUHAN

• Bincangkan ENAM (6) daripada prinsip kemanusiaan Islam yang menjadi lambang ke
arah kesatuan warga negara.

• Huraikan TIGA (3) asas hubungan sosial dalam masyarakat pelbagai etnik menurut
perspektif Islam

• Bincangkan TIGA (3) kepentingan perlunya hubungan kerjasama yang baik antara
pelbagai etnik menurut perspektif Islam.

• Nyatakan EMPAT (4) prinsip Islam berhubung dengan nilai-nilai kemanusiaan sebagai
penghubung kepelbagaian etnik

• Bincangkan TIGA (3) asas hubungan sosial yang direalisasikan di Malaysia menurut
perspektif Islam

• Huraikan TIGA (3) matlamat hubungan etnik menurut Islam

BBA / CTU 555 BAB 3 30

PENGUKUHAN

• Huraikan EMPAT (4) prinsip Islam yang menekankan toleransi hubungan etnik di
Malaysia

• Bincangkan TIGA (3) aplikasi hubungan sosial Islam dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.

• Huraikan EMPAT (4) tujuan Syariah (maqasid al-syariah) dalam kerangka
perundangan Islam yang mampu memberi perlindungan kepada hak-hak asasi
sebagai rakyat dalam konteks masyarakat majmuk.

• Jelaskan TIGA (3) nilai universal yang perlu difahami dan dihayati oleh semua rakyat
Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan.

• Huraikan EMPAT (4) bentuk aplikasi hubungan sosial menurut Islam dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.

BBA / CTU 555 BAB 3 31


Click to View FlipBook Version
Previous Book
KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Next Book
NOUNS