The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan GISC1082
Shannen Tinjau Anak Bryant Young

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shannen22-142, 2022-04-17 22:33:56

Revolusi Industri 4.0

Pentaksiran Berterusan GISC1082
Shannen Tinjau Anak Bryant Young

TECHNOLOGY

Revolusi
Industri
4.0

Shannen Tinjau Anak Bryant Young

Pentaksiran Berterusan GISC1082

PRAKATA
Segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan bimbingan serta dorongan
kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Roziah Binti Mohamad
Ali, selaku pensyarah subjek GISC1082 di atas dorongan yang telah
diberikan oleh beliau untuk menyiapkan tugasan ini. Dorongan Dr.
Roziah telah sedikit sebanyak membantu saya memperbaiki
penulisan saya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah
banyak menyokong saya dari awal hinggalah saya ke peringkat ini.
Saya tidak akan berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna
tanpa jasa dan dorongan mereka. Akhir sekali, saya juga amat
berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan kerana telah
banyak berkongsi bahan bacaan untuk menyiapkan tugasan. Rakan-
rakan sekumpulan bukan setakat bekerjasama dalam berkongsi
bahan bacaan, malah mereka saling membantu antara satu sama
lain sekiranya terdapat sebarang masalah.



1.0 Pengenalan
Dalam meniti arus kemodenan ini, teknologi sudah sebati dalam kehidupan
seharian kita. Kita hidup dikelilingi dengan penggunaan sumber teknologi.
Revolusi industri dari yang pertama sehingga yang keempat telah mendorong
manusia untuk menghasilkan inovasi sebagai sumbangan kepada dunia.Malaysia
yang merupakan negara yang membangun masih jauh di belakang negara-negara
maju lain seperti Singapura. Akan tetapi, setelah negara kita mengambil peluang
untuk menerapkan teknologi dalam kehidupan, banyak perubahan yang berlaku
sama ada dari segi positif mahupun negatif. Oleh itu, dalam penulisan ini, kita
akan rungkaikan satu-persatu mengenai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi
oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0 serta langkah untuk menanganinya.



2.0 Revolusi Industri 4.0

Arnold Toynbee (1889-1975), seorang ahli sejarah terkenal, menggunakan
istilah "Revolusi Industri" untuk menggambarkan proses yang berterusan dalam
tamadun moden. Revolusi Industri 4.0 ialah revolusi digital yang merujuk kepada
proses pembangunan teknologi dalam industri tertentu yang melibatkan sektor
pengeluaran dan automasi pada tahap yang lebih bijak dan sistematik (Shukri
Mohamad, 2020). Pada era Revolusi Industri 4.0, akses Internet, teknologi
maklumat, dan teknologi robotik semuanya telah berkembang dan semakin biasa
digunakan pada abad ini. Menurut Nurul Syahfiqah Ramli et al. (2020), dalam
revolusi perindustrian keempat, tumpuan telah beralih kepada teknologi
gabungan, yang mendekatkan dunia fizikal dan digital dalam biologi.

Jika dilihat pada Revolusi Perindustrian 3.0, kita dapat melihat bahawa capaian
kepada internet dan teknologi maklumat sudah tersedia, tetapi masih terhad dan
kurang digunakan. Misalnya, penggunaan pengisian borang secara manual
menggunakan pen masih digunakan. Oleh itu, revolusi keempat ini merupakan
Revolusi Industri 3.0 yang lebih baik dan berkembang. Manusia pada zaman itu
juga masih belum mengenali aplikasi yang boleh berjumpa secara maya (tidak
bersemuka) seperi Zoom dan Google Meet.

3.0 Cabaran dan Risiko Yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia dalam Revolusi Industri
Jelaslah bahawa kewujudan revolusi-revolusi ini membawa impak yang besar kepada gaya

hidup manusia. Di samping ia memberi pelbagai peluang dan kebaikan kepada semua aspek,
akan tetapi ia juga akan mendatangkan cabaran dan risiko yang perlu Malaysia hadapi untuk
menyeimbangkan penggunaan teknologi dengan kehidupan manusia. Namun, negara kita
tidak ada sebab munasabah untuk mengelak kedatangan teknologi ini kerana teknologi
membawa kepada pemodenan yang akan mendatangkan kebaikan negara kita. Terdapat
beberapa cabaran dan risiko yang perlu Malaysia hadapi iaitu ancaman keselamatan siber,
peluang pekerjaan terjejas dan penggunaan teknologi moden dan akses internet secara tidak
sihat. Ketiga-tiga aspek ini harus diambil berat dan diambil tindakan untuk mengelakkan
Revolusi Industri 4.0 mendatangkan kesan buruk kepada negara kita kelak.

3.1 Ancaman Keselamatan Siber
Keselamatan adalah komponen paling sukar dalam melaksanakan Revolusi Industri 4.0.

Pelanggaran keselamatan dan kebocoran data lebih berkemungkinan hasil daripada
penyepaduan dalam talian. Penyelidikan keselamatan adalah kritikal dan kecurian siber juga
harus dipertimbangkan, dan. Siber yang tidak selamat, terutamanya data privasi dan sulit yang
sudah terdedah kepada orang lain akan membahayakan keselamatan kita. Zaman kini, banyak
penggodam yang bijak dalam bidang IT yang bekerja untuk mengancam keselamatan data.

Menurut Adam Badhrulhisham et al. (2019), apabila kemudahan teknologi internet
dieksploitasi sebagai salah satu senjata gerakan anti-Islam, terutama dalam penyebaran
fahaman sesat yang banyak, situasi terkini ini amat membimbangkan. Oleh itu, revolusi
industri yang semakin berkembang sedikit sebanyak dapat mendatangkan kesusahan kepada
manusia jika tidak dipantau dengan sebaiknya.



3.2 Peluang Pekerjaan Terjejas

Dunia pekerjaan yang dikatakan terkesan dengan pengenalan revolusi robotik banyak
memberi impak kepada peluang pekerjaan. Ia dikatakan kemunculan revolusi ini akan
menggantikan pekerjaan berkebolehan manusia dengan robotik yang diyakini mampu
melakukan kerja manusia dengan keupayaan yang lebih besar daripada manusia (Dk. Nurul
Ain Pg. Yahya et al., 2020). Manusia akan digantikan dengan robot pada masa hadapan.
Manusia akan ditadbir oleh teknologi, bukan mereka yang mengawal teknologi, dan ini adalah
sumber utama kebimbangan dalam budaya hari ini. Jadi, hal ini akan menjejaskan sumber
ekonomi rakyat dan juga negara.

Menurut Ruslin Amir et al. (2018), Majikan juga mengadu bahawa walaupun keputusan
peperiksaan cemerlang, graduan kurang mampu berfikir secara kreatif dan terlibat secara
proaktif dalam tugas harian. Hal ini kerana graduan tidak mempunyai kemahiran mencukupi
berkaitan bidang IT. Kesannya, pengangguran geseran dalam negara akan meningkat.

3.3 Penggunaan Teknologi Moden dan Akses Internet Secara Tidak Sihat
Penggunaan teknologi moden dan akses internet yang tidak terkawal boleh

mendatangkan kesan buruk kepada diri kita. Semenjak dunia semakin canggih, generasi
muda mahupun dewasa terlalu obses dengan penggunaan gajet-gajet sehingga lalai dengan
tanggungjawab masing-masing.

Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Austin dan Totaro (seperti yang dinyatakan
dalam Ibrahim Kholil Suhaini, 2019) ke atas 10,170 kanak-kanak berumur 13 hingga 17
tahun di Amerika Syarikat, yang mendedahkan bahawa penggunaan internet yang
berlebihan meningkatkan gejala pelajar sekolah menengah ponteng sekolah, menjejaskan
pertumbuhan akademik mereka. Sekiranya masalah ini tidak dikawal, ia akan menjejaskan
produktiviti dalam kehidupan seharian manusia.

4.0 Langkah Menangani Cabaran dan Risiko dalam Revolusi Industri 4.0
Di sebalik cabaran yang telah disenaraikan tadi, sudah pasti adanya langkah untuk

menangani kekangan tersebut. Antaranya ialah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan,
melahirkan graduan berinovasi dan berkemahiran tinggi serta memapankan pertumbuhan
ekonomi.

4.1 Mewujudkan Pelbagai Peluang Pekerjaan
Kerajaan harus mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat terutamanya

kepada para graduan yang ingin menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Mereka merupakan
generasi masa depan yang akan memajukan negara kita nanti, Oleh itu, tindakan segera
harus dilakukan. Dengan pengaplikasian teknologi dalam revolusi industri yang pelbagai, ia
akan mampu mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan kepada yang layak.



4.2 Melahirkan Graduan Berinovasi dan Berkemahiran Tinggi

Generasi muda harus dilatih dengan kemahiran bidang IT kerana dengan wujudnya
Revolusi Industri 4.0, sudah pasti ia memerlukan inovasi dan kreativiti dalam diri setiap
manusia. Bakat mereka harus diasah dengan menekankan pembelajaran secara digital
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar mestilah lebih kreatif dan asli
dalam ciptaan mereka. Walaupun robot kebanyakannya menggantikan manusia dalam
sektor perindustrian, peranan pelajar sebagai manusia adalah diperlukan dalam proses
penyelesaian masalah (Noor Azizah Noorashid, 2019).

4.3 Memapankan Pertumbuhan Ekonomi
Akhir sekali, Revolusi Industri keempat mampu menjana ekonomi negara

yang mampan. Dengan kemunculan pelbagai jenis teknologi seperti Internet
Pelbagai Benda (IoT), Big Data dan Kecerdasan Buatan (AI), semua industri,
termasuk pembuatan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan, telah dapat bukan
sahaja meningkatkan pengeluaran, tetapi juga mengurangkan kos dan
menambah baik pengurusan masa. Ini akan membantu ekonomi negara
menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam jangka masa panjang.





5.0 Penutup
Dalam konteks revolusi perindustrian, proses yang berlaku boleh disifatkan
sebagai anjakan sosial dan budaya yang cepat yang mementingkan keperluan
asas (needs) masyarakat dengan keinginan (wants) (Hendra Suwardana, 2018).
Menurut Norain Binti Badru & Shajianah Binti Asman (2020), dengan
peningkatan pesat teknologi maklumat, ia telah menjadi salah satu keperluan
dan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat moden dan
pelajar.
Supaya pelajar yakin dengan inovasi yang dibawa oleh era digital dan robotik,
minda pendidik seharusnya lebih terbuka dalam menyahut permasalahan era
digital dan robotik (Adlina Abdul Khalil et al., 2020). Oleh itu, setiap manusia
harus berganding bahu menghadapi cabaran berdasarkan langkah yang efisien.
Kita perlu bersiap sedia dan keluar dari zon selesa untuk menerapkan kehidupan
berteknologi dalam aktiviti seharian demi kesejahteraan sejagat.

(1128 patah perkataan)

6.0 Rujukan

Publikasi Ilmiah

Dk. Nurul Ain Pg. Yahya., Nassiah Gaong., Fatimah Mohamad Adi., & Norshazanani

Sudirman. (2020). Peranan Kerajaan & Pekerja dalam Mendepani Cabaran Era Revolusi

Industri 4.0: Satu Tinjauan. Program Hubungan Industri, Fakulti Kemanusiaan, Seni &

Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

https://www.researchgate.net/publication/338421377_PERANAN_KERAJAAN_PEKERJA_

DALAM_MENDEPANI_CABARAN_ERA_REVOLUSI_INDUSTRI_40_SATU_TINJAUAN

Ibrahim Kholil Suhaini. (2019). Cabaran Mendepani Industri 4.0 dari Aspek Sistem

Pendidikan. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknikal-malaysia-

melaka/mechatronic/cabaran-mendepani-industri-40-dari-aspek-sistem-

pendidikan/8530622

Norain Binti Badru., & Shajianah Binti Asman. (2020). Revolusi Industri 4.0: Satu Proposisi
Berganda Mahasiswa & Graduan Universiti. Program Hubungan Industri, Fakulti
Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/338422874_CABARAN_REVOLUSI_INDUSTRI
_40_SATU_PROPOSISI_BERGANDA_MAHASISWA_GRADUAN_UNIVERSITI

Nurul Syahfiqah Ramli., Nurain Abdul Rahman., & Masrina Abdul. (2020). Revolusi Industri
4.0: Satu Cabaran Inovasi & Harapan Rakyat Pekerja. Program Hubungan Industri, Fakulti
Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/338421284_REVOLUSI_INDUSTRI_40_SATU_
CABARAN_INOVASI_HARAPAN_RAKYAT_PEKERJA

Shukri Mohamad. (2020). Revolusi Industri 4.0: Cabaran dan Peluang. Terengganu
Strategic & Integrity Institute (TSIS).
https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2020/03/PERSPEKTIF-Revolusi-Industri-4.0-
Cabaran-dan-Peluang.pdf

6.0 Rujukan
Artikel jurnal
Adam Badhrulhisham., Muhammad Hilmi Mat Johar., & Taufiq A. Rashid.
Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Dalam Konteks
Mahasiswa: Analisis Menurut Perspektif Islam. Jurnal Ilmi, 9, 90-101.
file:///C:/Users/RI/Downloads/620-1085-1-SM.pdf

Adlina Abdul Khalil., Mohamad Khairi Hj. Othman., & Mohd. Kasri Saidon.
(2020). Memacu Pendidikan di Era Revolusi Industri 4.0: Penerapan Nilai-
nilai Islam dan Inovasi dalam Pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi.
ISLĀMIYYĀT 42 (Isu Khas), 13 – 20.
http://journalarticle.ukm.my/15866/1/40592-129583-1-SM.pdf

Hendra Suwardana. (2018). Revolusi Industri 4.0 Berbasis Revolusi Mental.
JATI UNIK, 1(2), 109-118.
https://core.ac.uk/download/pdf/235152255.pdf

Noor Azizah Noorashid. 2019. Revolusi Industri 4.0: Impak Terhadap

Perkembangan Pendidikan Tinggi Di Malaysia. Journal of Sciences and

Management Research, 55-67.

file:///C:/Users/RI/Downloads/Journal_Vol5_Nov2019_04.pdf

Prosiding
Ruslin Amir., Hamidun Bunawan., & Mohd Firdaus Yahaya. (2018). Cabaran
Mahasiswa dan Kolej Kediaman Mendepani Revolusi Industri 4.0. Prosiding
Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti
Awam Kebangsaan, 24-29.
https://www.ukm.my/mapum/wp-content/uploads/2018/07/KERTAS-3.pdf


Click to View FlipBook Version