The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazalizanazri, 2022-06-01 13:20:09

EBOOK PERKAHWINAN DALAM ISLAM (1)

EBOOK PERKAHWINAN DALAM ISLAM (1)

JUN 2022 • ISU PERKAHWINAN DALAM ISLAM JABATAN PERDAGANGAN
SESI 2 : 2021/2022

MPU23012
PENGAJIAN ISLAM

e book

PENSYARAH:
ENCIK HAMDAN BIN ZAKARIA

AHLI KUMPULAN:
AHMAD IQBAL HAIKAL BIN MOHD NASIR (18DAT21F1014)

MUHAMMAD ALIFF AIMAN BIN MOHD NOR FADZLY
(18DAT21F1016)

NUR ATHIRAH BINTI SOLLEH (18DAT21F1020)
NORSHAZALIZA BINTI MOHD NAZRI (18DAT21F1056)

NUREEN ASSYIFA' SOFEA BINTI ESOMUDDIN
(18DAT21F1060)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3
ISU ISU POLIGAMI 4
ISU ISU IDDAH 5
ISU ISU RUJUK 6
ISU ISU ANAK ANGKAT 7
ISU ISU NUSYUZ 8
KESIMPULAN 9

PERKAHWINAN Jun,2022

MAKSUD PERKAHWINAN IALAH AKAD
YANG MENGHALALKAN DI ANTARA
LELAKI DENGAN PEREMPUAN HIDUP
BERSAMA DAN MENETAPKAN TIAP-
TIAP PIHAK DARIPADA MEREKA HAK-
HAK DAN TANGGUNGJAWAB. DALAM
ERTI KATA LAIN, SUATU AKAD YANG
MENGHALALKAN PERSETUBUHAN
DENGAN SEBAB PERKATAAN YANG
MENGANDUNGI LAFAZ NIKAH,
PERKAHWINAN DAN SEBAGAINYA. DI
DALAM AL-QURAN TERDAPAT BANYAK
AYAT-AYAT YANG MENYEBUT
MENGENAI PENSYARIATAN
PERKAHWINAN DIANJURKAN SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
KEPADA MANUSIA SESUAI DENGAN
TUNTUTAN FITRAH SEMULAJADINYA.

Perkahwinan atau nikah menurut
bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab
dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh kata-
kata yang menunjukkan nikah, menurut
peraturan yang ditentukan oleh Islam[1].
Perkataan zawaj digunakan di dalam al-
Quran bermaksud pasangan dalam
penggunaannya perkataan ini
bermaksud perkahwinan Allah s.w.t.
menjadikan manusia itu berpasang-
pasangan, menghalalkan perkahwinan
dan mengharamkan zina.

ISU-ISU
PERKAHWINAN
DALAM ISLAM

POLIGAMI

Benda yang selalu jadi isu dalam perkahwinan ni mestilah poligami. Tapi, kami tak mahu
bincang hukum hakam ke, atau pun bab hadith pasal payung emas. Kami mahu kongsi
apa yang menjadikan poligami ni menjadi isu. Secara umumnya, perundangan Malaysia
dah benarkan poligami tapi ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Setiap negeri dah
letakkan syarat yang berbeza. Contohnya di Selangor dan KL, suami yang nak
berpoligami mesti minta kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Biasanya syarat-syarat
yang diletakkan ni nak pastikan suami tadi betul-betul berkelayakan untuk berpoligami
berdasarkan hukum syarak dan undang-undang Islam kat Malaysia. Selain tu, nak
elakkan berlaku penganiayaan kepada isteri sedia ada, anak-anak dan bakal isteri kedua
dan seterusnya.

Syarat apa yang buktikan suami ni layak? Kita Editor-in-the-house JUN 2022 | ISU PERKAHWINAN
ambil contoh seksyen 23 Akta Undang-
undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah PERKAHWINAN
Persekutuan) 1984. Seksyen ni bagitahu
bahawa permohonan untuk kebenaran
berpoligami mesti dikemukakan di mahkamah
dengan surat akuan. Surat akuan mesti
menyatakan alasan-alasan kenapa patut dan
perlu dibenarkan poligami. Perlu dinyatakan
juga maklumat pemohon, pendapatan,
bilangan tanggungan sedia ada dan
tanggungan bakal isteri

IDDAH 6 JUN 2022

Penceraian sering dikaitkan dengan ‘iddah;
iaitu suatu tempoh pra-penceraian tertentu
bagi isteri perlu menunggu sebelum
berkahwin baru atau diruju’ semula oleh
bekas suami dan juga suatu tempoh bagi
bekas suami memberi nafkah ‘iddah kepada
isterinya. Penentuan ‘iddah disisi Shariʻah ini
sangat penting dan perlu diteliti bagi menjaga
kemaslahatan isteri yang diceraikan semasa
dalam tempoh ‘iddah. Walaubagaimanapun,
berdasarkan kepada peruntukan Undang-
Undang Keluarga Islam di setiap negeri
didapati tiada garis panduan atau peruntukan
undangundang yang khusus bagi rujukan
pengamal undang-undang dan hakim dalam
penentuan ‘iddah bagi seseorang wanita
yang diceraikan

Jesteru, keadaan ini menjurus kearah interpretasi yang
berbeza sehingga boleh menyebabkan perlaksanaan
boleh dipertikaikan. Maka, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji dan menganalisis peruntukan undangundang
dan perlaksanaannya dalam kes atau isu penentuan
‘iddah. Kajian ini juga bertujuan memberi kefahaman
umum kepada masyarakat, pengamal undang-undang
dan kehakiman akan kesan ketidakjelasan garis panduan
secara terperinci terhadap penentuan iddah. Kajian ini
mengadaptasi metode kualitatif dengan menggunakan
analisis konten terhadap kes-kes yang berkaitan dengan
penentuan ‘iddah untuk memahami isu ini dengan baik.

RUJUK

Rujuk dalam perkahwinan merupakan perkara
yang tidak asing dalam membincangkan isu-isu
kekeluargaan Islam. Tiga istilah yang saling
berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan
daripada perbincangan ini adalah nikah, cerai
dan rujuk.1 Hubungan ketiga-tiga istilah ini
lebih mudah difahami bahawa rujuk dalam
perkahwinan mestilah berlaku selepas
terjadinya perceraian, manakala perceraian
pula hanya boleh berlaku dengan sebab ada
perkahwinan yang sah sahaja. Perceraian
merupakan suatu perkara yang paling tidak
diingini oleh setiap pasangan yang melayari
alam perkahwinan.

Islam telah membuka ruang bagi pihak suami isteri
yang bercerai untuk kembali bersama sebagai
sepasang suami isteri melalui kaedah rujuk.
Namun, perkara mengenai rujuk amat kurang
diperbincangkan secara akademik dalam
memahami perkaitan antara Hukum Syarak dan
juga Undang-undang Kekeluargaan Islam dengan
melihat kepada realiti di Malaysia kini seperti rujuk
dengan perbuatan, rujuk tanpa kerelaan isteri,
kesaksian dalam rujuk, prosedur rujuk di Malaysia
dan juga rujuk selepas kematian isteri.2 Oleh itu,
artikel ini bertujuan untuk membincangkan
mengenai peruntukan rujuk dan pelaksanaannya
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam
Enakmen Undangundang Keluarga Islam di
Malaysia.

ANAK
ANGKAT

Isu berkaitan anak angkat
tidak asing lagi kepada
masyarakat Malaysia
khususnya. Ini kerana
suasana semasa
menyaksikan bahawa
banyaknya pengambilan
anak angkat berlaku
semenjak puluhan tahun
dahulu lagi. Meskipun begitu,
terdapat beberapa hukum-
hakam yang berkaitan
dengan anak angkat yang
akan kami huraikan secara
tuntas dalam ruangan ini.

Secara umumnya anak Dari sudut undang-undang setempat, Malaysia secara
angkat adalah anak umumnya membenarkan pengambilan anak angkat. Ini
yang bukan terhasil seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Malaysia di
dari nasab keturunan bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).
seseorang itu sendiri.
Dari sudut anak Manakala di sisi Islam, pengambilan anak angkat ini
tersebut secara disebut sebagai ‫ التبني‬yang bermaksud seseorang itu
nasabnya adalah anak mengambil anak orang lain sebagai anak buat dirinya.
kepada orang lain Begitu juga istilah lain yang hampir sama dengannya yang
namun diambil sebagai disebut sebagai ‫ادعاء‬. Ini seperti yang disebutkan di dalam
anak angkat kerana
beberapa sebab firman Allah S.W.T :
tertentu seperi contoh ‫َوَم ا َجَع َل َأْدِع َياَءُكْم َأْبَناَءُكْم‬
pasangan yang sudah Maksudnya : Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkat
lama berkahwin kamu itu sebagai anak-anak (kandung) kamu.
namun tidak Surah Al-Ahzab (4)
direzekikan anak dan
sebagainya.

NUSYUZ

Friday, 18 March 2022

Hakikat perkahwinan adalah

perkongsian hidup dua insan yang

berlainan jantina dan latar belakang.

Amat menyedihkan apabila

pertentangan pendapat dan

perbezaan pemikiran antara dua insan

ini berlaku hingga menyebabkan

tercetusnya salah faham antara

keduanya. Situasi inilah yang boleh

membawa kepada konflik dalam

sesebuah perkawinan.

Nusyuz berlaku apabila si isteri enggan

taat perintah atau permintaan suami

yang sah di sisi syarak. Sah disisi syarak

bermaksud seiring dengan acuan

Islam. Arahan seperti mendedahkan

aurat, melakukan maksiat tidak perlu

diikuti kerana bertentangan syarak.

Oleh sebab itu amat penting kita

mencari suami yang baik supaya

setiap perintahnya tidak bertentangan Terdapat langkah-langkah yang patut diambil oleh para
suami dalam menangani dan menyelesaikan pelbagai
dengan Islam masalah isteri yang nusyuz.
Pertama: Menasihati Isteri. Nasihat yang baik mampu
mendatangkan kesan positif. Dalam menghadapi sesuatu
permasalahan, suami sewajarnya memberikan nasihat
kepada isterinya dengan penuh bijaksana.
Kedua: Pemulauan di Tempat Tidur. Tindakan ini merupakan
langkah kedua yang disarankan kepada suami untuk
bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan.
Justifikasi kaedah kedua ini terhadap isteri yang nusyuz ialah
kebiasaannya isteri akan merasa tertekan sekiranya suami
enggan tidur bersamanya dan dengan ini isteri yang nusyuz
akan kembali taat dan tidak lagi ingkar terhadap suami.
Tempoh suami melaksanakan langkah kedua ini ialah selama
30 hari.
Perkara ini diqiyaskan kepada tindakan yang diambil oleh
Rasulullah s.a.w terhadap isterinya, Safiyyah apabila
Baginda memarahinya. Walau bagaimanapun, langkah
kedua ini boleh dilanjutkan sehingga 4 bulan (120 hari)
mengikut keadaan.

PENUTUP 2022

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat banyak isu-isu yang
dapat kita lihat dan pelajari tentang perkahwinan dalam
islam.
Dalam agama islam, kedudukan wanita sangat dimuliakan. Islam
mengajarkan bahawa pernikahan adalah untuk mewujudkan keluarga
yang sakinah,mawaddah dan rahmah. Secara fitrahnya, manusia
memerlukan pasangan dan hidup bekeluarga serta mempunyai anak.
Apabila berkahwin, lelaki sebagai suami perlulah menjalankan
tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya.
Malah, isteri pula perlu membantu mendidik anak-anak dan mengurus
rumah tangga. Kerjasama antara suami dan isteri akan mengukuhkan
ikatan dan perasaan kasih sayang yang menjadi matlamat perkahwinan.
Dengan adanya perasaan kasih sayang itu lebih tinggi, maka tidaklah
timbul isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan seperti yang
dinyatakan.


Click to View FlipBook Version