BAB 2 APLIKASI TEKNOLOGI ******************************** ******************************** REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 2 HELENAH MARIUS PP2212055T DPLI [2022/2023]
2.6.3 Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan STANDARD PEMBELAJARAN 2.6.1 Mentakrifkan reka bentuk makanan STANDARD KANDUNGAN 2.6 Reka Bentuk Makanan 2.6.2 Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat: Menyatakan maksud reka bentuk makanan Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan
Takrif reka bentuk makanan Reka bentuk makanan ialah aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti Reka bentuk makanan melibatkan reka bentuk rasa, konsisten, tekstur dan bau Reka bentuk makanan dipengaruhi oleh permintaan, budaya, sosial, tempat dan situasi sesebuah masyarakat serta berubah mengikut trend
klasifikasi reka bentuk makanan ii) Reka bentuk pada makanan itu sendiri i) Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas Reka bentuk makanan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Kepentingan reka bentuk makanan 1) Kebebasan memilih kepada pengguna 2) Menzahirkan nilai estetika 3) Melindungi nilai sosial 4) Memberikan faedah kepada pengusaha 5) Pembangunan sains dan teknologi moden 6) Kepelbagaian etika budaya
1) Kebebasan memilih kepada pengguna Keperluan dan kehendak pengguna terhadap reka bentuk berubah disebabkan taraf hidup seseorang Perubahan cita rasa pengguna memberi kesan kepada penghasilan pelbagai reka bentuk makanan Perubahan gaya hidup menyebabkan reka bentuk makanan mengalami pelbagai evolusi kreatif mengikut trend masa kini Nasi goreng biasa Setelah diinovasi
2) Menzahirkan nilai estetika Reka bentuk yang menarik memberikan nilai tambah kepada sesuatu produk Nilai tambah merupakan nilai sesuatu produk yang telah diubah suai bagi meningkatkan potensi dan kualiti sesuatu produk serta berpotensi untuk dipasarkan Bahulu bentuk biasa Setelah diinovasi
3) Melindungi nilai sosial Nilai kreatif dan inovatif dalam reka bentuk makanan secara tidak langsung membentuk identiti sesuatu produk makanan Setelah diinovasi Pau bentuk biasa
4) Memberikan faedah kepada pengusaha Inovasi reka bentuk membuka peluang perniagaan kepada pengusaha Keperluan dan kehendak pengguna yang berubah akan mewujudkan peluang perniagaan yang baharu dan lebih luas
Perubahan sains dan teknologi membawa perubahan gaya hidup Perkembangan dan trend semasa dalam dunia reka bentuk makanan memberi impak kepada pembangunan sains dan teknologi Reka bentuk makanan menyumbang kepada penciptaan pelbagai jenis mesin dan alatan yang digunakan bagi menghasilkan reka bentuk makanan 5) Pembangunan sains dan teknologi moden
Etnik dan budaya dalam sesebuah negara memungkinkan sumber idea bagi menghasilkan reka bentuk makanan yang menarik Kesemua etnik di negara ini boleh mempromosikan budaya masing-masing melalui reka bentuk makanan terutamanya makanan tradisional mereka 6) Kepelbagaian etika budaya
Q Alat Alat digunakan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu Mempunyai pelbagai jenis dan fungsi yang berbeza
1) Alatan memotong Jenis pisau yang digunakan untuk memotong sayuran, buah-buahan, daging, ayam dan bahan makanan yang lain. 2) Alatan membentuk dan mengukir Alatan yang digunakan untuk membentuk dan mengukir buah-buahan, doh dan sayursayuran. 3) Alatan menghias Merupakan komponen bagi memberikan rupa bentuk yang menarik pada setiap reka bentuk makanan. 4) Alatan menghidang Bekas menghidang bagi reka bentuk susunan makanan di dalam pinggan yang memerlukan peralatan menghidang yang bersesuaian dengan jenis reka bentuk makanan yang direka. Jenis dan fungsi alatan
ALATAN MEMBENTUK DAN MENGUKIR ALATAN MENGHIDANG ALATAN MEMOTONG ALATAN MENGHIAS Jenis-jenis Alatan Pisau tukang masak Pisau roti Pisau boning Pisau daging Pisau paring Pisau bulan sabit Pisau pengupas Pisau ukir Pisau turning Pemotong pisang Scoup buah-buahan Pisau pelepa Meja pemutar kek Plain plastic scraper/ comb Serated/ triangular plastic comb/ scraper Offset spatula Chinaware Glassware Cutlery Linen & stationery Platther
Perkakasan Perkakasan ialah peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan Perkakasan perlu digunakan bersesuaian dengan fungsinya
Jenis dan fungsi perkakasan Pengisar pelbagai guna -Digunakan untuk mengisar pelbagai jenis makanan Ketuhar elektrik -Digunakan untuk membakar makanan Periuk nasi elektrik -Digunakan untuk memasak nasi Pengukus elektrik -Digunakan untuk mengukus makanan Pengadun roti -Mengadun adunan roti dan boleh terus dibakar Mesin pengisar jus buahbuahan -Untuk membuat jus buahbuahan dan sayuran Mesin pengadun -Mengadun semua jenis adunan untuk membuat kek, biskut, roti dan pasta Ketuhar gelombang makro -Untuk memasak makanan yang pelbagai
AKTIVITI 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Murid akan duduk mengikut kumpulan yang ditetapkan Guru memberi kertas mahjong dan marker kepada setiap kumpulan Setiap murid akan berbincang soalan yang mereka perolehi dalam kumpulan masing-masing Setiap kumpulan perlu menghasilkan peta minda mengikut kreativiti masingmasing Murid akan melakukan aktiviti ''3 stray 1 stay'. Setelah aktiviti '3 stray 1 stay' selesai, setiap kumpulan akan menghantar wakil ke depan bagi menjelaskan hasil dapatan mereka daripada kumpulan lain melalui aktiviti '3 stray 1 stay' Pembahagian kumpulan: Kumpulan 1 Terangkan reka bentuk makanan dan kepentingan reka bentuk makanan Kumpulan 2 Berikan contoh dan nyatakan jenisjenis alatan ataupun perkakasan yang digunakan dalam reka bentuk makanan Kumpulan 3 Lakarkan makanan tradisional mengikut etnik yang belum diinovasi dan telah diinovasi Aktiviti murid dalam kelas
Hantar sehari sebelum P&P minggu seterusnya Pengukuhan minda 1) Bagaimanakah perkembangan reka bentuk makanan menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi? Terangkan. 2) Terangkan perbezaan antara alatan memotong dengan alatan membentuk. 3) Namakan bekas-bekas yang boleh digunakan untuk menghidang makanan.
Sekian dan terima kasih. Kerjasama dan perhatian anda amatlah dihargai.