The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

6351_3 Bahasa Cina 3 (final 12 Nov 2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miaucute81, 2022-09-18 23:19:13

6351_3 Bahasa Cina 3 (final 12 Nov 2021)

6351_3 Bahasa Cina 3 (final 12 Nov 2021)

MANUAL
PENGOPERASIAN
PENTAKSIRAN PUSAT

MATA PELAJARAN
6351/3 BAHASA CINA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
MULAI TAHUN 2021

1. FORMAT INSTRUMEN
1.1 Format 6351/3 Bahasa Cina Kertas 3 adalah seperti yang berikut:

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Jenis Instrumen Ujian Lisan

2. Jenis Item Subjektif Respon Terbuka

3. Bilangan Perbincangan 1 tajuk yang ditetapkan berdasarkan 5
Soalan tema

4. Tempoh Ujian 12 – 15 minit setiap kumpulan (4 – 5 orang)
mengikut jadual yang ditetapkan di Tingkatan 5

5. Konstruk Kemahiran mendengar dan bertutur:
i. Memahami
ii. Mengaplikasi
iii. Menganalisis
iv. Menilai

6. Jumlah Markah 30 markah

7. Pemarkahan Holistik

1

2. MANUAL PENGOPERASIAN

2.1 Tarikh dan Tempoh

a. Ujian ini dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan (LP) di Tingkatan 5.

b. Pentaksiran akan dilaksanakan oleh seorang pentaksir iaitu guru yang
mengajar mata pelajaran berkenaan/Pentaksir Mata Pelajaran (PMP).

c. Ujian dijalankan secara individu dalam tempoh 12 – 15 minit bagi setiap
kumpulan.

2.2 Tempat dan Bahan Pentaksiran

a. Bilik Lapor Diri
• Semua calon setiap sidang akan ditempatkan ke dalam Bilik Lapor
Diri.
• Bilik Lapor Diri akan dikawal selia oleh Pengawas Calon.
• Bilangan calon yang berada dalam Bilik Lapor Diri dalam satu-satu
masa adalah mengikut jumlah calon yang akan ditaksir dalam satu
sidang tersebut.

b. Bilik Persediaan
• Bilik Persediaan adalah tempat persediaan Ujian Lisan.
• Dikawal selia oleh seorang Pengawas Calon.
• Disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk Pengawas Calon
serta sebuah kerusi dan sebuah meja bagi setiap calon.
• Calon akan masuk ke Bilik Persediaan mengikut kumpulan yang
ditentukan oleh PMP.
• Calon akan diberi Kertas Peperiksaan Ujian Lisan oleh Pengawas
Calon.
• Calon akan berada di Bilik Persediaan selama 10 minit sahaja.

2

c. Bilik Ujian
• Bilik ujian perlu disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk
PMP serta sebuah kerusi dan sebuah meja bagi setiap calon.
• Bilik Ujian perlu kondusif kepada PMP dan calon.
• Setiap Bilik Ujian perlu disediakan jam randik dan loceng meja.
• Calon dikehendaki membawa Kertas Peperiksaan Ujian Lisan ke
Bilik Ujian.
• Calon dikehendaki menyerahkan semula Kertas Peperiksaan Ujian
Lisan kepada Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP)/PMP selepas
tamat pentaksiran.

d. Kertas Peperiksaan
• Pihak sekolah perlu memperbanyakkan Kertas Peperiksaan Ujian
Lisan dan hendaklah disimpan di dalam bilik Pengetua.
• Kertas Peperiksaan Ujian Lisan hendaklah diambil oleh Setiausaha
Peperiksaan (SuP) dan diserahkan kepada KPMP/PMP di bilik
Pengetua pada tarikh ujian dilaksanakan.
• Kertas Peperiksaan Ujian Lisan perlu diisi dalam sampul bertutup
dan dibawa dengan selamat.
• Kertas Peperiksaan Ujian Lisan hanya akan diedarkan kepada calon
di Bilik Persediaan pada hari ujian dilaksanakan.
• Calon dikehendaki membuat cabutan bagi tajuk perbincangan
masing-masing dengan cara cabutan secara adil yang diselia oleh
Pengawas Calon di Bilik Persediaan.
• Calon boleh memohon untuk menukar tajuk baharu di bawah tema
yang sama. Tajuk baharu yang dicadangkan oleh calon tidak boleh
menyerupai atau sama dengan tajuk calon-calon lain dalam
kumpulan tersebut maksimum 1 kali pertukaran sahaja.
• Kelulusan calon menukar tajuk baharu tersebut adalah atas
pertimbangan/budi bicara PMP semasa di dalam bilik ujian. Oleh itu,
calon juga harus bersedia dengan tajuk asal yang telah diterima
semasa di dalam Bilik Persediaan.
• Calon perlu membawa Kertas Peperiksaan Ujian Lisan ke Bilik Ujian
selepas membuat persiapan selama 10 minit di Bilik Persediaan.
• Kertas Peperiksaan Ujian Lisan perlu dikumpulkan semula oleh PMP
dan diserahkan kepada Pengetua untuk dilupuskan selepas 6 bulan
keputusan SPM diumumkan.

3

2.3 Borang Markah Induk
a. Pihak sekolah bertanggungjawab memperbanyakkan Borang Markah
Induk.
b. Pengawas Calon dan PMP perlu memastikan maklumat calon adalah
betul sebelum ujian dilaksanakan.

4

3. TUGAS DAN PERANAN

3.1 Pengetua

a. Melantik seorang PMP bagi setiap Bilik Ujian dan Pengawas Calon
yang secukupnya di Bilik Lapor Diri dan Bilik Persediaan.

b. Memastikan KPMP/PMP menghadiri Mesyuarat Penyelarasan
Tugasan.

c. Memastikan SuP memuat turun Kertas Peperiksaan 6351/3
Bahasa Cina Kertas 3.

d. Memastikan Setiausaha Peperiksaan (SuP) menyediakan senarai
nama calon yang lengkap dengan Angka Giliran dan Nombor Kad
Pengenalan setiap calon serta sampul yang mengandungi nombor
soalan untuk kegunaan Pengawas Calon.

e. Memastikan SuP menyediakan BMI secukupnya untuk kegunaan
KPMP/PMP.

f. Memastikan Bilik Lapor Diri, Bilik Persediaan dan Bilik Ujian disediakan.
g. Menandatangani dan mengesahkan Borang Markah Induk setelah

selesai ujian dilaksanakan.
h. Memastikan SuP menghantar skor calon kepada LP melalui Sistem

Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) mengikut tarikh yang
ditetapkan.
i. Menghantar permohonan bertulis berserta dokumen sokongan bagi
Calon Berkeperluan Khas (CBK) kepada Pengarah Pendidikan Negeri
(PPN) untuk mendapatkan keperluan tambahan.

3.2 Setiausaha Peperiksaan (SuP)

a. Memuat turun Kertas Peperiksaan 6351/3 Bahasa Cina Kertas 3.
b. Menyediakan Bilik Lapor Diri, Bilik Persediaan dan Bilik Ujian lengkap

dengan jam randik serta loceng meja.
c. Menyediakan senarai nama calon yang lengkap dengan Angka Giliran

dan Nombor Kad Pengenalan setiap calon serta sampul yang
mengandungi nombor soalan untuk kegunaan Pengawas Calon.
d. Mengenalpasti calon kategori CBK selain daripada masalah pertuturan
bagi mendapatkan keperluan tambahan untuk tindakan Pengetua.
e. Menghantar skor calon kepada LP melalui Sistem Pengurusan
Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) mengikut tarikh yang ditetapkan.

5

3.3 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP)/Pentaksir Mata Pelajaran (PMP)

a. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan.
b. Memberi penerangan kepada calon sebelum melaksanakan ujian.
c. Memastikan maklumat calon pada BMI adalah lengkap dan betul.
d. Menilai calon dengan melengkapkan Borang Markah Induk yang telah

disediakan mengikut peringkat pencapaian dan kriteria penskoran yang
telah disediakan.
e. Berperanan sebagai penggalak jika ada keperluan sahaja.
f. Menandatangani Borang Markah Induk.
g. Melengkapkan dan menyerahkan Borang Markah Induk serta senarai
kehadiran calon kepada SuP (untuk calon sekolah) atau SPP JPN
(untuk calon persendirian) dan disimpan di tempat yang selamat. (Fail
SuP/SPP JPN)
h. Menyimpan sesalinan Borang Markah Induk dan senarai kehadiran
calon di tempat yang selamat dan melupuskannya 6 bulan selepas
keputusan SPM diumumkan. (Fail KPMP/PMP).

3.4 Pengawas Calon

a. Memastikan setiap Bilik Ujian dan Bilik Persediaan disediakan jam
randik dan loceng meja.

b. Memastikan calon menandatangani kehadiran pada senarai kehadiran
calon di Bilik Lapor Diri dan menyerahkan senarai tersebut kepada
KPMP/PMP setelah selesai keseluruhan Ujian Lisan.

c. Memastikan pergerakan calon masuk ke Bilik Persediaan dan Bilik
Ujian berjalan lancar.

d. Memberi peluang kepada calon membuat cabutan bagi tajuk
perbincangan masing-masing di Bilik Persediaan dengan cara memilih
sampul yang mengandungi nombor soalan.

e. Menyerahkan Kertas Peperiksaan Ujian Lisan kepada calon untuk
membolehkan mereka meneliti dan memahami tajuk perbincangan
sebelum Ujian Lisan dijalankan.

f. Pengawas Calon di Bilik Persediaan perlu memberi masa selama
10 minit kepada calon untuk membuat persediaan.

g. Tidak dibenarkan membantu calon semasa berada di dalam Bilik
Persediaan.

h. Memastikan Bilik Lapor Diri dan Bilik Persediaan dalam keadaan yang
terkawal.

6

3.5 Calon
a. Semua calon sekolah dan calon persendirian wajib menduduki
komponen Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran 6351/3 Bahasa Cina
Kertas 3 yang telah ditetapkan LP.
b. Calon tidak dibenarkan membawa masuk buku, nota, telefon bimbit,
jam pintar, komputer riba dan sebarang alat tulis ke Bilik Lapor Diri, Bilik
Persediaan dan Bilik Ujian.
c. Menandatangani senarai kehadiran calon di Bilik Lapor Diri pada hari
ujian dilaksanakan.
d. Menyerah kembali Kertas Peperiksaan Ujian Lisan kepada KPMP/PMP
setelah selesai Ujian Lisan.

7

4. SUSUNAN KEDUDUKAN CALON

4.1 Bilik Lapor Diri

Calon

Calon
Calon

Pengawas Calon

8

4.2 Bilik Persediaan

Calon

4.3 Bilik Ujian Pengawas Calon

KPMP/PMP
Calon 1

Calon 4 Calon 2

Calon 3
9

5. JADUAL SIDANG DAN PENGAGIHAN CALON

5.1 Jadual Sidang SIDANG 1
SIDANG 8.00 -10.00 pagi
MASA

SIDANG MASA AK
8.00 – 8.10 pagi
Persiapan
8.20 – 8.35 pagi (4-5 calon dalam

1 8.45 – 9.00 pagi Kumpulan 1 (4

9.10 – 9.25 pagi Persiapa
9.35 – 9.50 pagi (4-5 calon dalam

Kumpulan 2 (4

Persiapa
(4-5 calon dalam

Kumpulan 3 (4

Persiapa
(4-5 calon dalam

Kumpulan 4 (4

1

REHAT SIDANG 2
10.00 – 10.30 pagi 10.30 pagi – 12.25 tengah hari

KTIVITI BILANGAN CALON

n Kumpulan 1 4-5 calon dalam satu
m Bilik Persediaan) Bilik Persediaan

4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 2
m Bilik Persediaan)
4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 3
m Bilik Persediaan)
4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 4
m Bilik Persediaan)

4-5 calon) ditaksir

10

SIDANG MASA AK
10.30 – 10.45 pagi
Persiapan
10.55 – 11.10 pagi (4-5 calon dalam

2 11.20 – 11.35 pagi Kumpulan 1 (4

11.45 pagi – 12.00 Persiapa
tengah hari (4-5 calon dalam

12.10 – 12.25 Kumpulan 2 (4
tengah hari
Persiapa
(4-5 calon dalam

Kumpulan 3 (4

Persiapa
(4-5 calon dalam

Kumpulan 4 (4

1

KTIVITI BILANGAN CALON

n Kumpulan 1 4-5 calon dalam satu Bilik
m Bilik Persediaan) Ujian

4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 2
m Bilik Persediaan)
4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 3
m Bilik Persediaan)
4-5 calon) ditaksir

an Kumpulan 4
m Bilik Persediaan)

4-5 calon) ditaksir

11

5.2 Contoh Pengagihan Calon

BILIK PERSEDIAAN A BILIK LAPOR DIRI BILIK PERSEDIAAN B
PENGAWAS CALON PENGAWAS CALON PENGAWAS CALON
TAKLIMAT RINGKAS
PERSIAPAN PERSIAPAN
(10 minit) A1 A2 A3 A4 A5 (10 minit)
B1 B2 B3 B4 B5
A1 A2 A3 A4 A5 C1 C2 C3 C4 C5
B1 B2 B3 B4 B5 C1 C2 C3 C4 C5 D1 D2 D3 D4 D5
D1 D2 D3 D4 D5

BILIK UJIAN A BILIK PERSEDIAAN BILIK UJIAN B

KUMPULAN A PENGAWAS CALON KUMPULAN B
(12-15 minit setiap kumpulan) (12-15 minit setiap kumpulan)

PMP PERSIAPAN PMP
(10 minit)
A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4 B5
A1 A2 A3 A4 A5

B1 B2 B3 B4 B5

Nota:

• A1-A5 merujuk kepada calon-calon bagi Kumpulan A dan seterusnya.

12

6. KRITERIA PENSKORAN

6.1 Penskoran diberikan berdasarkan empat kriteria iaitu:
• Tatabahasa dan kosa kata 语法词汇
• Sebutan, intonasi dan nada 语音语调
• Kefasihan 流畅度
• Bermakna 内容

6.2 Peringkat Pencapaian Markah 分数
25 – 30
Peringkat 等级 19 – 24
12 – 18
Cemerlang 6 – 11
1–5
特优

Baik

优等

Memuaskan



Pencapaian Tahap Minimum

尚可

Tidak Mencapai Tahap Minimum



13

6.3 Kriteria Penskoran

马来西亚教育文凭华文口语考试的评分准则

等级 分数 标准 说明
特优 1. 语法词汇 • 语法规范,用词极精确。
优等 • 语音极准确清晰。
可 2. 语音语调 • 语调极自然。
尚可 25 – 30 3. 流畅度 • 说话极自然流利。
弱 • 内容极为充实。
4. 内容 • 思想极正确成熟。
• 语法符合规范,用词恰当。
1. 语法词汇 • 语音正确清楚。
• 语调自然。
2. 语音语调 • 说话自然流利。
19 – 24 3. 流畅度 • 内容充实。
• 思想正确成熟。
4. 内容 • 语法尚符合规范,用词尚准确。
• 语音尚准确。
1. 语法词汇 • 语调大致上尚自然。
• 说话尚自然流利。
2. 语音语调 • 内容尚充实。
12 – 18 3. 流畅度 • 思想尚正确成熟。
• 语法欠规范,用词欠当。
4. 内容 • 语音偶有犯错,说话不够准确、

1. 语法词汇 清晰。
• 语调欠自然。
6 – 11 2. 语音语调 • 说话不够自然流利。
• 内容欠充实。
1–5 3. 流畅度
4. 内容 • 整体表现弱。
1. 语法词汇
2. 语音语调
3. 流畅度
4. 内容

14

7. CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIAN LISAN
7.1 Ujian Lisan Bagi Calon Sekolah

MULA

1 KPK, KPN, KPKw/PKw menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Tugasan peringkat kebangsaan

dan negeri

2 Pelantikan KPMP/PMP

3 KPMP/PMP memberi skor calon
4 SuP memasukkan dan menghantar markah ke

SPPAT
TAMAT

15

KOD PUSAT PEPERIKSAN : BORANG MARKAH INDUK U
NAMA SEKOLAH : SIJIL PELAJARAN MALA

AA001

SMK ABCD

BIL. NAMA CALON (HURUF BESAR) JANTINA ANGKA GILIRAN

1. CALON 1 L AA001 AXXX
2. CALON 2 P
3. CALON 3 L
4. CALON 4 P
5. CALON 5 L

Ditaksir oleh,

..............................................

Nama Pentaksir: ( )

Tarikh:

1

UJIAN LISAN BAHASA CINA
AYSIA TAHUN ________

NO. KAD SKOR CATATAN
PENGENALAN

01012108XXXX

Disahkan oleh, Cap Rasmi
Sekolah

............................................

Nama Pengetua: ( )

Tarikh:

16


Click to View FlipBook Version