TOKOH PEMIMPIN JOHOR
MAKLUMAT DIRI
NAMA : NOR AKMAL FAUZAN BIN ARFANIZAM
UMUR : 12 TAHUN
KELAS : 6 AL-KHAWARIZMI
ALAMAT EMEL : [email protected]
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SKUDAI
TAMAN SRI SKUDAI
81300 SKUDAI JOHOR
PENDAHULUAN
Ramai pemimpin berkaliber yang telah mentadbir negara kita ini berasal dari Johor.
Antara tokoh pemimpin yang berasal dari Johor ialah Dato’ Jaafar Haji Muhammad,
Joyce Chu, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Dato’ Onn Jaafar, Dato Abdul Rahman bin
Muhammad Yassin dan ramai lagi. Begitu juga dengan tokoh pemimpin yang menjadi
pilihan saya. Beliau juga merupakan salah seorang anak Johor kerana telah dilahirkan di
Muar, Johor. Tokoh pemimpin yang saya maksudkan ini ialah Yang Amat Berhormat Tan
Sri Dato’ Dr. Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Mahiaddin bin Md Yassin).
BIODATA PEMIMPIN
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin(Mahiaddin bin Md Yassin)
dilahirkan pada 15 Mei 1947. Beliau berasal dari Bandar Maharani muar, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan
salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji
Muhammad dan isteri keduanya iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim. Beliau telah mendirikan
rumahtangga bersama pasangannya iaitu Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman pada tanggal 22
September 1972. Hasil perkahwinan ini, beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 2 orang lelaki dan 2
orang perempuan. Anak-anak beliau ialah Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, Farhan Yassin Mahiaddin, Najwa
Mahiaddin dan Datin Sri Nabilah Mahiaddin. Beliau juga telah dikurniakan dengan 6 orang cucu perempuan.
Beliau ialah seorang ahli politik Malaysia dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau telah dilantik
pada tanggal 29 Februari 2020 hingga kini.
PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah
Kebangsaan Ismail. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi
Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu
(1971).
KERJAYA
• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
JAWATAN DALAM KERJAYA
Kerajaan Malaysia
▪ Pemangku Perdana Menteri Malaysia
▪ Timbalan Perdana Menteri Malaysia
▪ Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
▪ Menteri Dalam Negeri Malaysia
▪ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
▪ Menteri Pendidikan I Malaysia
▪ Menteri Pelajaran Malaysia
▪ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
▪ Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara
▪ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
▪ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
▪ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna Malaysia
▪ Menteri Belia dan Sukan Malaysia
▪ Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
▪ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
▪ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
▪ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara
Dewan Rakyat Malaysia
▪ Ahli Parlimen Pagoh
▪ Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen ke-14 Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional
Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
▪ Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim
▪ Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang
▪ Ahli Dewan Negeri Gambir
Barisan Nasional
▪ Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
▪ Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta’zim
▪ Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional sebanyak 18 kali[50] untuk Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil
▪ Pengerusi Barisan Nasional Pagoh
▪ Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim Ketua Pemuda Barisan Nasional Pagoh
UMNO
▪ Timbalan Presiden UMNO
▪ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO
▪ Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO
▪ Pengerusi Biro Pertanian UMNO
▪ Naib Presiden UMNO
▪ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
▪ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
▪ Ketua UMNO Bahagian Pagoh
▪ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Darul Ta’zim
▪ Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Johor Darul Ta’zim
▪ Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Pagoh
▪ Bendahari UMNO Muar-Pagoh
Pakatan HarapanTimbalan Presiden
▪ Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya
▪ Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta’zim
▪ Pengerusi Pakatan Harapan Pagoh
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
▪ Presiden
▪ Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta’zim
▪ Ketua BERSATU Bahagian Pagoh
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim
▪ Pengerusi Lembaga Pengarah
Persekutuan Pengakap Malaysia (Timbalan Presiden Agong)
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Timbalan Presiden)
Malaysian National Commission for UNESCO (Presiden)
Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Ta'zim (Presiden)
Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (Pengasas, Penaung, Pengerusi dan Pemegang Amanah )
Yayasan Perikatan (Penaung)
Majlis Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Wilayah Persekutuan (Penaung)
Royal Johor Country Club (Presiden)
Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim (Presiden)
Yayasan Nurul Yaqeen (Pengerusi)
Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim (Penasihat II)
Menteri Pendidikan Sports and Cultural Association (Penaung)
Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim (JUITA)
(Penaung)
Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Universiti Malaysia Perlis) (Penaung Kehormatan)
Ekspo Inovasi Islam 2014 ( Penaung)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Darul Ta’zim Bahagian Latihan dan Biasiswa)
Pejabat Daerah Muar (Penolong Pegawai Daerah Muar)
• Sri Saujana Berhad (Pengarah Urusan)
• Equity Mal Sdn Bhd (Pengarah)
• SGS Ates Sdn Bhd (Pengurus Perjawatan)
SUMBANGAN
▪ Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta’zim
Beliau telah melakukan anjakan paradigma di Johor Bahru dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau telah
merancakkan ekonomi Johor dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 % , iaitu selama lima tahun berturut-turut. Beliau merupakan
Pengerusi Perbandanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh
negara.memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim. Sijil Syahadah Thanawi, Maahad
Johor kembali mendapat pengiktirafan dari Universiti Al Azhar ,Mesir dan Universiti Islam Madinah,Arab Saudi.
▪ Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
▪ Mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara
pada tahun 1997 Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda',Tan Sri Abdul Ghani
Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia
diperkenalkan
▪ Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah
berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
▪ Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.
▪ Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
▪ . Memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia
▪ Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia
a) Pemansuhan PPSMI
mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu
b) Sekolah Dalam Hospital
melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau
▪ Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia
▪ mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin
▪ Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
▪ dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management)
NILAI KEPIMPINAN
Kita hendaklah menanamkan sikap keprihatinan terhadap masyarakat sekeliling tanpa
mengira kaum dan agama.
Kita hendaklah mengamalkan nilai tangunggjawab seperti mematuhi peraturan-
peraturan yang ditetapkan bagi mengawal penularan wabak Covid-19
Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang seperti mengambil berat keadaan ahli
keluarga yang tidak sihat
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah seorang pemimpin yang
berasal dari Johor. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berdedikasi, dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau. Ini
berdasarkan kepada beberapa jawatan penting yang telah disandang oleh beliau setelah
menamatkan pengajiannya di universiti pada tahun 1971. Selain menjawat jawatan dalam
perkhidmatan awam, beliau juga mula berkecimpung dalam bidang politik dengan memegang
jawatan sebagai wakil rakyat ( ADUN dan juga Ahli Parlimen) pada tahun 1978. Beliau telah diberi
kepercayaan memegang beberapa jawatan penting. Ini kerana atas keprihatinan dan dedikasi
terhadap tugas di amanahkan, beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang ke-8 pada masa kini.
SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-tan-sri-muhyiddin-yassin
https://www.facebook.com/srikandispofficial/posts/ringkasan-biodata-tan-sri-muhyidin-yassin-tan-sri-dato-haji-muhyidin-
bin-haji-mo/1089595034484632/
https://iamlejen.com/punyai-47-orang-adik-beradik-ini-biodata-penuh-tan-sri-muhyiddin-yassin/#.YHvqL-4zbIU
https://malay.wiki/content/Muhyiddin_Yassin/Keluarga%20%D9%83%D9%84%D9%88%D8%A7%D8%B1%DA%AC.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Johor