KES
PEMBUANGAN
BAYI
MPU23042 NILAI MASYARAKAT
MALAYSIA
PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTANSI
NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH
HANAN BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN:
YOLANDA HAZEL ANAK RHAFFIE 20DAT21F2002
MARIA KHO SUK FANG 20DAT21F2010
LAW SIEW CHUI 20DAT21F2020
RAPHEAL NYAWER ANAK RANDI 20DAT21F2008
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur kerana dengan
limpah rahmatnya kami dapat menyelesaikan
tugasan E-Folio ini dengan penuh jayanya. Kami
menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan
Farah Hanan Binti Abu Bakar, Pensyarah
Matapelajaran Nilai Masyarakat Malaysia di
atas kesudian beliau memberi tugas ini kepada
kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses menyelesaikan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan
oleh ahli kumpulan ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan yang menyiapkan tugasan
yang diberikan. Tanpa bantuan dari semua
pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
1
OBJEKTIF
1. Kita dapat mengenal pasti punca-
punca kes pembuangan bayi.
2. Kita dapat menyenaraikan kesan-
kesan pembuangan bayi yang sering
berlaku.
3. Kita dapat mengemukakan langkah-
langkah untuk membendung gejala
buruk ini.
2
SENARAI
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2.FAKTOR-FAKTOR KES
PEMBUANGAN BAYI
3.KESAN-KESAN KES
PEMBUANGAN BAYI
4. LANGKAH-LANGKAH
MEMBENDUNG KES
PEMBUANGAN BAYI
5.CONTOH ISU PEMBUANGAN
BAYI YANG BERLAKU DI
MALAYSIA
6. KESIMPULAN
7. RUJUKAN
3
PENGENALAN
Dalam dunia yang dilingkari
arus kemodenan ini,
fenomena pembuangan bayi
kian membimbangkan
masyarakat marcapada. Isu
ini seolah olah menjadi 'trend'
atau ikutan dalam kalangan
masyarakat, khususnya
golongan remaja.
Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap
sebagai satu wabak atau bencana kepada negara. Acap kali isu ini dapat
kita baca daripada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan
disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan menyebabkan negara kita
mendapat imej yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada
negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah
mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini daripada
terus membelenggu masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, pemangkin
atau faktor permasalahan yang merobek nilai-nilai kemanusiaan ini perli
dikaji dengan teliti hingga ke akar umbinya. Kita juga tidak dapat
menafikan bahawa terdapat faktor lain yang menjadi punca masalah
pembuangan bayi selain daripada kepincangan keluar
4
FAKTOR MASALAH KES
PEMBUANGAN BAYI
KEPINCANGAN KELUARGA
Sebuah keluarga yang tidak harmoni akan menyebabkan
anak-anak dalam keluarga tersebut mencari jalan altenartif
bagi melupakan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Anak-anak cenderung untuk memendam masalah mereka.
Jadi, anak-anak tersebut akan terlibat dalam kegiatan seperti
pergaulan bebas. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan-
rakan merupakan insan yang memahami diri mereka dan
mereka meletakkan kepercayaan tinggi kepada rakan-rakan
mereka melebihi ahli keluarga sendiri. Hubungan seks diluar
nikah berkemungkinan akan terjadi setelah berlakunya
keterlanjuran. Jalan mudah yang akan diambil ialah
membuang bayi yang tidak berdosa tersebut sekali gus
menolak nilai kemanusiaan.
INDIVIDU YANG KURANG PENGHAYATAN
TERHADAP AMALAN DAN NILAI-NILAI KEAGAMAAN
Seseorang yang berpegang teguh kepada rukun-
rukun agama tidak akan berani ingkar atau
melanggar hukum agama dan sesungguhnya
tiada agama di dalam dunia yang merelakan
umatnya melakukan maksiat dan dosa. Seseorang
yang terlibat dalam kes pembuangan bayi ini,
tergolong dalam golongan manusia yang kurang
pengetahuan tentang keagamaan. Sekiranya
seseorang itu sedar dan berpegang teguh kepada
ajaran agama maka, tidak akan timbullah masalah
pembuangan bayi ini.
5
FAKTOR MASALAH KES
PEMBUANGAN BAYI
PERANAN MEDIA MASSA
Kebanyakkan siaran di rangkaian televisyen tidak
ditapis sepenuhnya oleh pihak-pihak berkenaan.
Budaya-budaya negatif dari barat diserap sepenuhnya
oleh golongan remaja di negara kita. Akibat
terpengaruh dengan siaran-siaran yang ditonton di
televisyen, remaja yang tidak matang pemikirannya
cenderung melakukan sesuatu diluar batas. Misalnya,
unsur-unsur seks yang dipaparkan akan mempengaruhi
golongan remaja untuk melakukan seks diluar nikah.
Apabila terlanjur, jalan penyelesaian yang diambil ialah
pembuangan bayi bagi menjaga maruah diri sedangkan
maruah diri remaja itu sudah ternodai atau tercalar.
GOLONGAN REMAJA BERKATEGORI DAYA
INKUIRI YANG TINGGI
Semangat inkuiri yang tinggi ini menyebabkan rasa
ingin tahu dan mencuba sesuatu baik mahupun
buruk yang mencanak dalam diri remaja. Sebagai
contoh, pasangan remaja yang sedang hangat
bercinta akan cenderung ingin mencuba perkara
yang dilakukan orang sudah berumah tangga
lakukan, tanpa mereka berfikir secara rasional
tentang kesan dan akibatnya. Apabila nasi sudah
jadi bubur, biasanya golongan remaja ini akan lari
dari tanggungjawab dan jalan yang terbaik bagi
mereka untuk lari dari tanggungjawab ialah dengan
membuang bayi tersebut.
6
FAKTOR MASALAH KES
PEMBUANGAN BAYI
AKTIVITI PELACURAN
Seperti yang kita tahu, tidak semua agensi atau syarikat
yang menginginkan pekerja yang tidak mempunyai Sijil
Pendidikan yang tinggi. Peluang pekerjaan di negara ini juga
tidak banyak. Hal ini yang menyebabkan ramai golongan
remaja memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan
yang melebihi kemampuan tambahan. Jangankan golongan
remaja yang tinggal di kawasan bandar yang sememangnya
memerlukan kos sara diri yang tinggi. Mereka melibatkan
diri dalam aktiviti pelacuran untuk mendapatkan wang
dengan masa yang singkat dan lumayan. Hal ini
menyebabkan golongan ini terlibat dalam masalah
pembuangan bayi. Mereka malu hendak menjaga bayi
tersebut kerna bayi itu hasil daripada kegiatan pelacuran
dan tanpa ikatan yang sah.
7
KESAN-KESAN KES PEMBUANGAN BAYI
1. KESAN TERHADAP BAYI
Masalah kesihatan juga akan
menimpa bayi yang dikandungkan
oleh remaja yang masih muda
memandangkan badan mereka masih
belum mampu untuk menampung
janin sepenuhnya. Secara tidak
langsung, situasi ini juga
menyumbang kepada kelahiran
pramatang. Tambahan pula, bayi yang
dilahirkan juga berisiko tinggi untuk
mengalami kematian kerana ibu
kepada bayi tersebut tidak
mempunyai pengetahuan secukupnya
mengenai cara-cara untuk menjaga
seorang bayi.
2. KESAN TERHADAP KELUARGA
PEREMPUAN
Maruah diri dan keluarganya akan
tercalar akibat maksiat, penzinaan,
hamil dan membuang bayi. Selain
itu, keluarga perempuan juga akan
dipandang hina sehingga turun
temurunnya walaupun ia hanya
berlaku sekali. Seperti kata orang-
orang tua, walaupun banyak
kebaikan yang kita lakukan malah
hanya satu keburukan kita lakukan
itu pula mereka perkatakan sampai
bila-bila.
8
KESAN-KESAN KES PEMBUANGAN BAYI
3. KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Kesan terhadap masyarakat pula adalah
kita akan digelar masyarakat tidak
bertamadun dan tidak
berperikemanusiaan serta masyarakat
yang kejam. Di samping itu, gejala ini
juga dapat mengganggu sistem nilai
dalam perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat kita. Kemodenan
masyarakatlah yang menyebabkan
perubahan sangat ketara dalam proses
sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat
tradisional seperti gotong-royong,
ziarah-menziarahi telah menjadi luntur
di kalangan masyarakat kita kerana
saling berselisih dan menyelisihkan
orang yang telah membuang bayi.
4. PENINGKATAN KES PEMBUANGAN
BAYI
Remaja yang hamil luar nikah
cenderung untuk membuang bayi
yang telah dilahirkan kerana
pasangan mereka enggan
bertanggungjawab terhadap bayi
tersebut. Selain itu, bagi mangsa
rogol pula masalah pembuangan bayi
berlaku disebabkan mereka berasa
malu sekiranya orang lain mengetahui
bahawa mereka telah dirogol.
Tambahan pula, stigma serta
pandangan negatif daripada
masyarakat turut memberikan kesan
kepada diri remaja khususnya dari
sudut mental dan emosi sehingga
mendorong mereka untuk membuang
bayi yang telah dilahirkan.
9
KESAN-KESAN KES PEMBUANGAN BAYI
5. MASALAH KESIHATAN REMAJA
Kehamilan luar nikah dalam
kalangan remaja memberi kesan
langsung terhadap tahap kesihatan
remaja serta bayi yang telah
dilahirkan. Kementerian Kesihatan
Malaysia (2011) menjelaskan bahawa
remaja yang hamil diusia muda akan
berhadapan dengan kesukaran
semasa melahirkan bayi kerana
pinggul mereka masih sempit. Selain
itu, remaja yang melahirkan bayi
pada usia muda juga berisiko tinggi
untuk mengalami masalah anemia
dan isu kesihatan mental akibat
daripada tekanan dan cemuhan
negatif dari masyarakat sejagat.
10
LANGKAH-LANGKAH
MEMBENDUNG KES PEMBUANGAN
BAYI
MENGUATKUASAKAN
UNDANG-UNDANG
PIHAK MEDIA PERSEPSI MENGADAKAN
MASSA MASYARAKAT KEMPEN
KESEDARAN
PERANAN IBU
BAPA
11
LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KES
PEMBUANGAN BAYI
1. MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti
hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya
dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada
remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat
mengurangkan kes pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak
dalam kalngan remaja.
2. MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN
Ini akan membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan
seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media
massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-
kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini
penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-
besaran tentang kempen yang dilaksanakan.
3. PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa mestilah menerapkan nilai-nilai murni, memberikan spenuh
perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-
sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-
anak akan merasa mereka dihargai dan disayangi. Ini secara tidak
langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak
daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka. Oleh itu, pergaulan
boleh dibataskan dan seterusnya gejala sosial seperti pembuangan bayi
boleh diatasi.
4. PIHAK MEDIA MASSA
Menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak
remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan lucah yang boleh
menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya
meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.
12
LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KES
PEMBUANGAN BAYI
5. PERSEPSI MASYARAKAT
Persepsi masyarakat haruslah diubah dengan tidak
terus menghukum mereka yang hamil anak luar
nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu
mereka agar mereka mendapat perlindungan dan
menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga
mestilah bersifat sensitif dengan apa yang yang
berlaku di sekeliling agar gejala ini dapat
dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan
suasana di sekeliling mereka supaya masyarakat
dapat bersama-sama mencegah aktiviti yang tidak
bermoral ini terus berlaku.
13
CONTOH ISU MASALAH YANG
BERLAKU DI MALAYSIA
14
KESIMPULAN
Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasasememangnya amat
membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Berita dan laporan
mengenai pembuangan bayi sering dipaparkan menerusi media cetak
dan elektronik. Generasi muda perlu diberikan Pendidikan tentang
seks supaya jumlah kes seks luar nikah atau pembuangan bayi dapat
dikurangkan. Selain itu, generasi muda yang terbabit dalam kes bayi
luar nikah ini perlu lebih bersikap bertanggungjawab dalam
memastikan keperluan asas bayi dapat dipenuhi. Keluarga juga harus
lebih positif dalam membantu anak muda yang sedang menghadapi
masalah bayi lahir luar nikah. Ibu bapa seharusnya memberikan kata
kata semangat dan bukan kata kata yang mengguris hati anak muda
tersebut. Keluarga merupakan orang orang terdekat dan seharusnya
mendukung anak muda tersebut supaya mereka tidak merasa tertekan
sehingga sanggup membuang bayi tersebut.
15
RUJUKAN
Nurul Natasha Shaharuddin 6A2(2011). Isu
Pembuangan Bayi. Retrieved November 6, 2022
from
http://khirkassim.blogspot.com/2011/09/kara
ngan-stpm-isu-pembuangan-bayi.html
Positive Parenting. (2019). Kehamilan
Remaja dan Pendidikan Seks. Diakses pada
November 9,2019, dari
https://mypositiveparenting.org/ms/2019/05/
03/kehamilan-remaja-dan-pendidikan-seks/
Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan
Malaysia. (2011). Kesan dan Akibat
Kehamilan Remaja. Diakses pada Oktober 28,
2019 dari
https://www.myhealth.gov.my/kesan-a-
akibatkehamilan-remaja/
Nur Syahidah Abdul Jalil. Menangani Zina &
Pembuangan Bayi. Perpustakaan Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia
16
E-book ini menjelaskan cabaran-cabaran yang wujud dalam
membentuk masyarakat di Malaysia. Antara cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia yang dibincangkan dalam e-
book ini ialah bayi dalam kotak minuman, suami isteri terkejut
bayi perempuan depan rumah, buang bayi tepi jalan, bayi dalam
beg plastik, buang bayi dari dapur rumah dan bayi perempuan
ditemui dibungkus dalam kain batik. Perbincangan cabaran-
cabaran ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan isu
semasa yang semakin berleluasa disebabkan faktor-faktor yang
mempengaruhinya dari pelbagai sudut. E-book ini juga
menjelaskan kesan-kesan daripada cabaran tersebut serta
mengemukakan usaha-usaha dalam mengatasi masalah tersebut
daripada terus menular.