The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shamira Izlyn, 2024-06-10 09:21:04

KOLEJ CASUARINA

Booklet

KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ CASUARINA UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM [email protected]


Kolej Casuarina merupakan kolej yang terdapat di dalam UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Kolej ini mula beroperasi pada tahun 2015. Terdapat 5 buah blok bangunan kolej iaitu Blok Casuarina 1, Casuarina 2, Casuarina 3, Casuarina 4 dan Casuarina 5 dan blok-blok ini menempatkan 2496 orang pelajar dalam satu masa. Kolej Casuarina ini diuruskan oleh pasukan Unit Pengurusan Kolej yang diketuai oleh Pengetua Kolej. Kolej ini menyediakan perkhidmatan yang pelbagai kepada penghuninya dan proses urus tadbir tersebut dikendalikan oleh Penolong Pendaftar, Penolong Pengurus Asrama, Penyelia Asrama dan Pembantu Operasi. Bagi perlaksanaan aktiviti atau pembangunan pelajar, pasukan yang akan merancang aktiviti adalah Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang terdiri dari kalangan pelajar. 2 KOLEJ CASUARINA, UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM Jalan Casuarina 2 Bangunan Kolej Casuarina


Antara pelajar yang menginap di Kolej Casuarina adalah pelajar dari kalangan Fakulti Pendidikan, Fakulti Hotel & Pelancongan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Farmasi. Kolej ini juga turut menyediakan penempatan kepada pelajar antarabangsa. Penyediaan kemudahan penempatan amat dititik beratkan oleh Unit Pengurusan Kolej bagi menjadikan Kolej Casuarina sebagai sebuah kolej yang kondusif. Antara kemudahan yang disediakan adalah Bilik Kediaman yang lengkap beserta perabot asas seperti katil, tilam, almari pakaian, meja dan kerusi belajar, cermin, rak kasut dan set meja makan. Selain itu WiFi juga turut disediakan kepada para penghuni Kolej Casuarina. Antara ruang lain yang terdapat di Kolej Casuarina adalah Ruang Kafeteria, Ruang Bilik Bacaan, Masjid Ibnu Sina, Gelanggang sukan dan kawasan riadah yang menarik. Pelbagai aktiviti pelajar dirancang dan dilaksanakan agar Kolej Casuarina dapat melahirkan para pelajar yang holistik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bersifat Kepimpinan, Keusahawanan, Sukan Rekreasi, Kerohanian, Khidmat Masyarakat dan Kebudayaan. 3


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ CASUARINA SESI 2023/2024 JPK, yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), adalah sebuah organisasi yang dipelopori oleh kumpulan pelajar yang berdedikasi dan komited yang menetap di Kolej Casuarina, UiTM Kampus Puncak Alam. Pada masa ini, JPK Casuarina terdiri daripada 17 orang ahli yang bekerja keras yang masing-masing berperanan dalam memberikan pengalaman kolej terbaik untuk warga Casuarina. Organisasi ini bertujuan untuk menjadi wadah yang unggul dalam membentuk keperibadian pelajar berdasarkan Visi dan Misi Universiti Teknologi MARA serta melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, fizikal, rohani dan sosial melalui pelbagai aktiviti pembangunan pelajar dan kemudahan kolej yang disediakan. Terdapat banyak aktiviti dan acara yang berlangsung di Casuarina sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), atau Majlis Perwakilan Pelajar kolej. JPK dianggotai oleh wakil pelajar dari setiap blok di kolej tersebut. 4 Para JPK yang bertugas dalam menjayakan Program Karnival Bulan Islam.


MAJLIS TERTINGGI EXCO-EXCO 5


KEMUDAHAN KOLEJ Kolej Casuarina, UiTM Kampus Puncak Alam mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelajar, antaranya: Kemudahan kediaman: Kolej Casuarina mempunyai 5 blok, setiap satu dengan kemudahan kediaman sendiri, termasuk lif, bilik dobi, bilik rekreasi dan kakitangan residen kolej. Surau Ibnu Sina: Kolej Casuarina mempunyai surau untuk pelajar Islam menunaikan ibadah solat dan melakukan aktiviti keagamaan yang lain. Tempat letak kereta/motor pelajar: Kolej Casuarina mempunyai tempat letak kereta yang ditetapkan untuk kereta dan motosikal pelajar. Tempat sukan: Kolej Casuarina mempunyai pelbagai tempat sukan, termasuk gelanggang tenis, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan padang bola. 6 Gelanggang futsal Gelanggang tenis


Mesin layan diri Gelanggang bola jaring Surau Ibnu Sina Bilik dobi Padang bola 7


AKTIVITI PELAJAR KOLEJ CASUARINA Kolej Casuarina menawarkan pelbagai aktiviti untuk dinikmati oleh penghuninya. Berikut ialah senarai beberapa aktiviti popular yang tersedia: Sukan dan rekreasi: Kolej Casuarina mempunyai pelbagai jenis kemudahan sukan dan rekreasi, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang badminton, padang bola sepak dan gim. Terdapat juga beberapa kelab dan persatuan yang menganjurkan acara dan aktiviti sukan secara berkala. Acara kebudayaan dan sosial: Kolej Casuarina kerap mengadakan acara kebudayaan dan sosial untuk penduduknya. Acara ini termasuk festival, konsert, tayangan filem dan malam permainan. Terdapat juga beberapa kelab dan persatuan yang menganjurkan acara kebudayaan dan sosial mereka sendiri. 10 Program Casuarina Sports Day Program Karnival Bulan Cinta Islam Program Food Fest Casuarina


Program ini akan dijalankan pada fasa 2 aktiviti pengkuliahan bagi Sesi Oktober 2020 - Mac 2023. Program ini dirancang agar dapat mempromosikan aktiviti sukan dan riadah di dalam jiwa mahasiswa. Program ini merupakan satu karnival di mana merangkumi pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program adalah aktiviti larian iaitu Run For Health yang akan disertai oleh peserta daripada umum terutamanya daripada penghuni kolej-kolej di UiTM Kampus Puncak Alam. Program ini akan dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi para peserta sebelum mereka memulakan larian. Aktiviti kedua yang dijalankan di dalam program ini adalah Casuarina Futsal Championship di mana ia merupakan kejohanan futsal yang berlangsung seharian. Program ini akan disertai oleh mahasiswa-mahasiswa dari penghuni Kolej Casuarina. Aktiviti ketiga yang dijalankan adalah Casuarina Netball Championship di mana ia merupakan kejohanan bola jaring 3vs3 yang berlangsung seharian. CASUARINA SPORTS DAY Sesi penyampaian hadiah pada pasukan bola jaring. Sesi penyampaian hadiah pada para pemenang. Sesi penyampaian hadiah pada para pasukan futsal. Sesi bergambar bersama setiap pasukan di akhir program. 11


KARNIVAL BULAN CINTA ISLAM Sesi bergambar bersama pelajar yang menyertai program. 12 Program Karnival Bulan Cinta Islam merupakan gabungan daripada beberapa program serta pertandingan yang dijalankan secara fizikal dan di dalam talian sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada para pelajar khususnya penghuni Kolej Casuarina menyertai program yang bersifat kerohanian dalam usaha melahirkan mahasiswa yang holistik serta seimbang dari segi akademik mahupun rohani dan sahsiah. Antara program dan pertandingan yang dijalankan adalah Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Da’i Muda dan Kuiz Agama. Seramai 3132 orang pelajar telah hadir sebagai pengunjung ke program Karnival Bulan Cinta Islam yang bertempat di Surau Ibnu Sina.


FOOD FEST CASUARINA Food Fest Casuarina merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada para mahasiswa, mahasiswi serta para kakitangan UiTM Puncak Alam untuk menghilangkan tekanan belajar atau bekerja seharian. Objektif program ini juga adalah bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berbudaya usahawan dan bersaing secara sihat. Program ini merupakan program bertemakan keusahawanan yang dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan telah disertai oleh pelajar-pelajar kolej kediaman di UiTM Puncak Alam dan orang awam. Aktiviti perniagaan ini melibatkan pengusaha makanan dan minuman sebanyak 19 orang dan 2 orang pelajar dalam menjalankan aktiviti perniagaan makanan dan minuman di Tapak Keusahawan iCare. Terdapat pelbagai jualan makanan dan minuman yang lazat di Food Fest Casuarina. Penjualan makanan tidak seperti yang lain, kerana Food Fest Casuarina menjadi tumpuan utama. Sesi jual beli makanan di Food Fest Casuarina.


15 Program yang berbentuk festival ini telah dijalankan pada fasa 2 aktiviti pengkuliahan bagi Sesi Mac - Ogos 2023. Objektif program ini diadakan adalah bagi menggalakkan mahasiswa menggiatkan diri dalam aktiviti perniagaan serta memberikan peluang bagi pengunjung untuk menghilangkan tekanan dan berlibur secara sihat. Program ini merupakan program bertemakan keusahawanan yang telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut. CASUARINA MEGA FESTIVAL Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program Casuarina Mega Festival ini adalah Food Festival yang mengetengahkan jualan - jualan makanan dan minuman yang pelbagai. Selain itu, aktiviti permainan seperti Fun Fair Games juga turut dianjurkan iaitu melibatkan permainan seperti Mini Golf, Dart, E – Scooter, Basikal Tandem, Beca TukTuk, Memanah, Water Gun, Face Painting, Maze, Mini Zoo, Bubble dan Juga permainan Rollerblade. Seterusnya, aktiviti malam juga telah dimeriahkan oleh aktiviti “Busking”, iaitu aktiviti santai persembahan nyanyian daripada Persatuan-Persatuan Kesenian Dan Kebudayaan Uitm Puncak Alam dan para pelajar secara sukarela. 14 Suasana program di waktu malam yang dimeriahkan oleh para pelajar. Aktiviti permainan ‘Bubble’. Program ini disertai oleh mahasiswa UiTM Puncak Alam, pelajar-pelajar kolej kediaman, staf-staf UiTM serta orang awam. “Busking”, iaitu aktiviti santai persembahan nyanyian.


PENCAPAIAN KOLEJ CASUARINA 15


UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM { { IMPIAN HARAPAN PELAKSANAAN KOLEJ KEDIAMAN ANGSANA & CASUARINA, UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM, 42300 PUNCAK ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. 03-3258 4100 Kolej Casuarina UiTM Puncak Alam @jpkcasuarina @jpkcasuarina


Click to View FlipBook Version