The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Isi isi penting tentang liberalisme di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhd salman, 2020-11-06 05:11:48

Fahaman Liberal dalam Malaysia

Isi isi penting tentang liberalisme di Malaysia

Pengajian Islam

Muhammad Salman Bin Noruddin(18DSK19F2024)
Faisol Azaid Bin Faisol Azani(18DSK19F2022)
Nama Pensyarah: Mohd Adli Bin Adnan

PAHAMAN TENTANG LIBERALISMA

 Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik
tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal.
Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubahmengikut konteks
sesebuah negara.

 Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam
fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai
dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini
bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan
kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-
undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan
sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan
demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua
rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Apakah yang dikatakan dengan Islam Liberal?

Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Secara
mudah untuk memahami konsep ini, aliran ini bersifat
condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan
demokratik. Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada
aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih
daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.
Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran
dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara
tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama
masyarakat Islam serta boleh memberi kesan kepada
keruntuhan Islam.

Apakah yang diperjuangkan oleh Islam Liberal ini?

 Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan
menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah
memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar
kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung
kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala
murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFCatau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith
Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan
dan tindakan.

 Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan
kedaulatan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan,
atau Islam sebagai agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam
sekadar agama rasmi sahaja. Tujuan mereka menyatakan demikian
adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan
demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab
inilah mereka turut menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah
Syariah dan Undang-Undang Syariah. Mereka juga berhasrat untuk
menghapuskan Institusi-institusi Agama Islam di Malaysia.

Bagaimana cara atau usaha yang boleh dilakukan dalam mendepani
atau mengelakkan diri dari terjebak kepada ketaksuban aliran Islam
Liberal ini?

 Pelbagai pendekatan, usaha dan strategik dakwah boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah masa
kini dalam menangani serta menangkis ancaman aliran pemikiran tersebut sama ada di peringkat kawasan
penempatan sehinggalah ke peringkat nasional. Bagi pihak masyarakat, mereka perlu mempelajari ilmu agama
dengan lebih mendalam daripada guru-guru agama yang mempunyai tauliah dan berautoriti. Dengan itu, dapatlah
menjadi benteng daripada terpedaya dengan corak pemikiran Islam Liberal tersebut. Masyarakat juga perlu
memainkan peranan yang efektif, sikap akauntibiliti pada agama dan ambil tahu bukan sekadar untuk diri sendiri
malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya gerakan ini dan betapa pentingnya untuk
kembali dan memahami ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 208 bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam
secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Antara ciri-ciri fahaman liberal: FAHAMAN-FAHAMAN DIDAPATI MENYELEWENG

1. Penafsiran al-Quran berlandaskan akal semata-mata (logik akal) ASPEK AKIDAH
2. Mempertikaikan kesahihan al-Quran
3. Mendakwa al-Quran bukan wahyu Allah tetapi ciptaan Nabi 1.Berpegang kepada konsep Pluralisme: setiap agama mempunyai
konsep, persepsi dan respon tersendiri terhadap Realiti Yang Agung.
Muhammad Di mana semua agama adalah sama tarafnya.
4. Menolak Hadis
5. Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan 2.Akal manusia adalah wahyu: wahyu adalah akal manusia yang
menghidupkan teks al-quean berdasarkan tujuan dalam konteks
ASPEK SYARIAH suasana zaman

1. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadis: 3. Meragui ketulinan Al-Quran: al-Quran diresapi oleh budaya Arab
mempertikaikan cara pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. dan sekarang tidak releven kerana yang tinggal adalah pesanan
menggunakan pemikiran takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran budaya Arab.
al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunah Wal-
Jemaah.

2. Menggesa tafsiran baru konsep ibadat: ‘membuka dan
membebaskan” tafsiran Al-Quran sebagai alasan untuk memajukan
umat Islam malah menempuh proses dekonstraksi bagi
membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

3. Mempertikai kriteria dan akhalk kenabian: mengkritik sifat Nubuwwa
4. Sikap-sikap terhadap ilmu Islam: buatan manusia bukan daripada

ilham dari Tuhan
5. Sikap terhadap hukum: mengambil tujuan hukum bukan bentuk

hukum.

HUKUM-HUKUM ATAU ISU YANG DIPERTIKAI FAHAMAN LIBERAL

Hukum menutup aurat dikatakan bahawa menutup aurat bukan aurat yang kita fahami
tetapi menutup minda daripada unsur-unsur yang merosakkan umpamanya. Hal ini dapat
dilihat bagaimana golongan ini Cuma menyesuaikan agama dengan kehidupan moden
sehingga mereka tidak mengambil kira mana kewajipan serta keperluan. Kes murtad Lina
Joy di mana ada golongan beragama Islam kononnya menyokong tindakan Lina Joy yang
memohon dibuang agama dalam kad pengenalan. Hal ini dapat dilihat bagaimana
golongan ini berpendirian bahawa agama itu hal individu seterusnya akan menimbulkan
pelbagai salah faham terhadap masyarakat Islam lain. Sister In Islam (SIS) mengatakan isu
Kartika Sari Dewi yang meminum arak. Mereka menggunakan hujah bahawa ‘Kartika Sari
Dewi mengamalkan, mempraktiskan hak individu dia untuk minum arak. TIDAK SALAH
kerana tidak mengganggu orang lain.

Isu pelaksanaan Hudud di mana ada
golongan ini yang menolak hudud. Isu
hudud ini isu kebolehupayaan kita untuk
melaksanakannya, dan kita sebagai umat
Islam tidak perlu timbul terima atau tidak
terima. Hal ini berlaku kerana golongan ini
bimbang pelaksanaan Hudud akan
mengganggu hal asasi individu berkaitan.
Agenda Seksualiti Merdeka yang kononnya
mahu menyokong dan memberi
pendedahan kepada masyarakat serta
pihak berkuasa agar mengiktiraf golongan
lesbian, biseksual, homoseksual dan
transgender. Kesimpulannya, cabaran
umat Islam dulu dan kini serta akan datang
sentiasa menjadi polimik yang berterusan. (Al-Baqarah ayat 120). Tidak dinafikan
bahawa umat Islam sedang bertungkus-lumus untuk mencapai kemajuan material dan
dalam pada masa yang sama berusaha untuk menjadikan umat Islam yang berkualiti
dari aspek akidah dan keimanan. Namun cabaran yang cuba menggugat dengan
menggunakan acuan yang diprojekkan kepada Islam adalah cabaran yang paling
bahaya dan gentir sekali.

Penutup
Makalah ini menganalisis beberapa potongan teks terpilih bagi
aliran pemikiran liberal Islam dan liberalisme untuk memahami
secara ringkas tetapi mendalam beberapa asas dan unsur utama
pemikiran tersebut. Mengambil pendekatan penilaian, yang
berlandaskan kepada prinsip akidah dan pemikiran Islam, makalah
ini melakukan perbandingan untuk memilih perkara yang baik dan
serasi dengan ajaran Islam dan menjernihkan elemen-elemen yang
boleh meragukan kaum Muslimin.
Akhirnya, makalah ini mendapati ada banyak sikap
keterlaluan dalam pemikiran moden ini, sehinggakan berlaku salah
faham dan salah tafsir terhadap mesej wahyu dan kehendak
agama. Maka, ruang yang terlalu luas tidak sepatutnya diberikan
kepada tafsiran dan takwilan persendirian, sebaliknya umat
Muslimin mesti berpegang dengan ajaran ijmak dan panduan
jemaah ulama. Sungguhpun begitu, keprihatinan liberal Muslim
dan liberalisme terhadap tema kebebasan dan kesamarataan perlu
diambil perhatian pengajaran oleh para ulama Islam. Cuma,
penjelasan perlu terus dilakukan agar ketergelinciran akidah dan
pemikiran boleh dielakkan.


Click to View FlipBook Version