KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
KERTAS KERJA
PENGHAYATAN NURANI
DALAM PDPR SIRAH NABAWIYYAH
“MUNAJAT HIJRAH”
A. PENGENALAN
Pada hari ini kita menempuh suatu suasana dengan amalan norma kehidupan baharu akibat
Pandemik Covid 19 yang menyerang penduduk dunia sejak hampir 2 tahun yang lalu.Di bidang
pendidikan arus perdana juga tidak terkecuali menerima kesan langsung SOP yang mengawal
keterbatasan pergerakan dan sosial apabila sekolah terpaksa ditutup dan Proses PDPC berubah
kepada PdPR secara dalam talian/maya.Alhamdulilllah, para guru menggembeleng usaha dan
kesungguhan untuk memantapkan pdpr dengan penghasilan bahan2 bantu belajar seperti
video pengajaran yang menarik dan kreatif serta mampu meransang murid untuk terus
mengikuti pdp dalam keadaan yang terbatas..
Namun,melihat kepada beberapa keadaan yang berlarutan dengan PKP yang terus
dikuatkuasakan,Penutupan sekolah terus dilanjutkan akibat kadar kes jangkitan yang
meningkat,maka menyebabkan kebanyak murid sudah mulai letih dan lesu serta bosan
mengikuti PdPR secara dalam talian.Justeru Pdpr Pendidikan Islam perlu diperkasakan dengan
penerapan elemen-elemen yang boleh membangkitkan semangat serta meningkatkan
penghayatan murid terhadap tajuk2 yang diajar oleh guru-guru.
Sehubungan dengan itu Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Bimbingan dan
Kerjaya sekolah serta Persatuan Agama Islam merancang untuk melaksanakan satu pdpr yang
boleh menguatkan jiwa murid dengan penerapan ilmu yang teguh,ransangan minat psikologi
yang sesuai dan ada peresapan nilai –nilai kerohanian yang mendalam.Jika disinergikan
semuanya ini mungkin dapat memberikan suatu nilai tambah yang baik dan boleh menjadi satu
modul yang berkesan ke arah memperkasakan PDPR Pendidikan Islam secara umumnya.
Bersempena Umat Islam yang masih meraikan Sambutan Maal Hijrah,maka satu Proses
Pdpr Sirah nabawiyah berkaitan dengan peristiwa besar ini akan cuba dijayakan dengan
penerapan elemen –elemen yang telah disebutkan..Satu Program Kolaborasi bersama beberapa
buah Sekolah di daerah Kuala Selangor termasuklah sebuah sekolah Kluster kecemerlangan
,Sekolah Rendah Integrasi Islam dan harian tahfiz telah diadakan..Maka tercetuslah cadangan
untuk kami jayakan satu Program yang dinamakan “Penghayatan Nurani dalam PdpR Sirah
Nabawiyyah “Munajat Hijrah”
Pihak penganjur berhasrat untuk mengundang seorang pendidik yang mempunyai
kepakaran dan berpengalaman luas dalam dunia pendidikan bagi menyampaikan satu tajuk
pengajaran dengan membawakan penghayatan dalam bentuk edidik hibur .Ia membawa
maksud pengisian disampaikan dalam bentuk santai dan akan mengikat jiwa dan minda murid
dengan terapi Hiburan Nasyid dan Zikir ,seterusnya akan diisi dengan sedikit sebanyak elemen
Motivasi dan menaikkan semangat Murid untuk terus belajar secara PDPR dan menerusi Media
Massa yang tersedia.
Justeru diharapkan semua murid ,guru-guru dan para ibu bapa dapat memenafaatkan
peluang ini kerana keterlibatan murid boleh menambahkan merit dalam pelaporan PAJSK
mereka di peringkat daerah.
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 2
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
B. OBJEKTIF
1. Mengingati dan menghayati perjalanan peristiwa hijrah Nabi Saw .
2. Menanamkan minat murid terhadap Sirah Rasulullah SAW dan jejak Para Anbiyak
terdahulu.
3. Berkongsi kepakaran dengan guru yang berpengalaman dan berkemahiran
menyampaikan Pdpr yang bersahaja dalam bentuk didik hibur.
4. Mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi dalam menyebarkan Agama Islam dan
mengagungkan kalimah Allah dengan banyak berzikir dan memuji kepadaNya.
5. Menanamkan Semangat dan Motivasi ke dalam diri murid-murid menghadapi cabaran
Pandemik Covid 19.
6. Wadah menjalinkan hubungan silaturrahim ke arah membina perpaduan dan
kesefahaman Ummah.
7. Program edidik hibur/zikir dikir menjadi terapi terbaik ke arah memperolehi ketenangan
dan ketabahan seterusnya keredhaan daripada Allah SWT .
C. KUMPULAN SASARAN
3.1. Semua warga sekolah penganjur dan Warga sekolah Berkolaborasi :
● Semua murid Islam Tahap 2
● Guru-guru Agama dan warga Pendidik
● Ibu bapa
● Warga Institusi Pendidikan
D. PENGANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK Desa Aman Dengan kerjasama Kelab Bimbingan dan
kaunseling serta Persatuan Agama Islam serta Kolaborasi 5 buah sekolah Bersama Unit
Pendidikan Islam PPD Kuala Selangor.
• SK Puncak Alam 2
• SK Jaya Setia
• SK Bestari Jaya
• SRITI Darul Amilin Bandar Puncak Alam
• SRITI (Tahfiz) Bukit Melawati
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 3
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
E. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 27 Ogos 2021/18 Muharram 1443 H
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 -11.30 pagi
Tempat : Utuber AYU dan facebook Sekolah
Tema : “eDidik Santai, Objektif Sampai”
Perkongsian Bestari Bersama : Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbulah @ Ustaz Manis
: Guru Celebriti @ Al-Munsyid
F. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
4.1 Titipan Doa
4.2 Persembahan Montaj
4.3 Persembahan selawat
4.4 Ucapan
4.5 Bicara Siber
4.6 Pertandingan Online dan Offline
4.7 Penyampaian Hadiah
G. PERUNTUKAN
Peruntukan Kegiatan Agama Islam
Sumbangan Kolaborasi sekolah-sekolah
H. TENTATIF PROGRAM
Masa Agenda Aturan
9.30 pagi Ucapan Moderator 4
9.35 pagi Bacaan Doa
Persembahan Montaj
9.45 pagi Ucapan alu-aluan
En. Shahidan b. Hj.Said
Guru Besar SK Desa Aman
9.50 pagi Ucapan Perasmian
Tn. Hj. Mohd Azuan bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah PPD K.Selangor.
10.00 pagi Persembahan Selawat (Tolaal badr)
10.05 pagi Bicara & Munajat Hijrah
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
Bersama Ustaz Mohd Fadhly b Hasbulah
@ Ustaz Manis
11.15 pagi Pendaftaran kehadiran (GF)
Pertandingan Kuiz Live
Pertandingan Google Form
11.25 pagi Penutup
11.30 pagi Tamat siaran
I. AHLI JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA
Penaung:
Tn. Hj. Mohd Azuan bin Mohd Nawawi - Pegawai Pendidikan PPD Kuala Selangor
Penasihat :
Ustaz Mohd Razali bin Abdullah Sani – Pen. Pegawai Unit Pendidikan Islam PPDKS
Pengerusi:
En Shahidan bin Hj. Said - Guru Besar SK Desa Aman
Tim. Pengerusi :
En. Abd. Rahman bin Marhaban - Guru Besar SK Puncak Alam 2
Naib Pengerusi:
En. Mohd Zulkifile bin Md Taib - Guru Besar SK Jaya Setia
Pn. Hjh. Zainun binti Muskam - Guru Besar SK. Bestari Jaya
En. Abdul Halim bin Wan Hassan - GPK Kokurikulum SK Desa Aman
Penyelaras :
Ustaz Mohd Fairus bin Ismail (KP Panitia PI SKDA)
Pen. Penyelaras :
Ustaz Abdul Kadir bin Umar (Pengerusi SRITI Darul Amilin )
Setiausaha:
Ustazah Dayang Supia binti Darmawi (SKDA)
Bendahari:
Ustazah Norwati binti Imamuhairi (SKDA)
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 5
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021 6
AJK :
Penceramah dan Bahan
Ustazah Normala binti Taib (SK Desa Aman)
Ustaz Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman (SK Desa Aman)
Persembahan Montaj:
Ustaz Mohd Fitri bin Othman (SRITI Darul Amilin Puncak Alam)
Juru acara/Moderator:
Ustaz. Mohd Fairus bin Ismail (SK Desa Aman)
Pn. Wan Khatijah bt. Wan Ibrahim (SK Desa Aman)
Bacaan Doa :
Ustaz Hj. Mohd Sofa bin Ahmad (SK Puncak Alam 2)
Bacaan Selawat
En. Azrymi bin Jamaluddin (SK Jaya Setia)
Penceramah dan Bahan
Ustazah Normala binti Taib (SK Desa Aman)
Ustaz Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman (SK Desa Aman)
Banner/poster maya
En. Mohd Rushdan bin Mohd Rosli (SK Desa Aman)
Siaraya/Publisiti:
Ustazah Khairun Nisa binti Mashuri (SK Desa Aman)
Ustaz Khairil Aswan b. Hara Bayni (SK Desa Aman)
Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam sekolah-sekolah
Teknikal Penyiaran
Utuber Muallimah Murni (AYU)
Facebook SK Desa Aman
Pn. Mazliana bt. Mohd (SK Desa Aman )
Pn. Nabila Hanis bt. Abd Samat (SK Desa Aman )
Pendaftaran Kehadiran GF dan sijil digital
Ustazah Masniza (KP PI SK Jaya Setia)
Ustazah Nurhusni binti Abdullah (SK Jaya Setia)
Ustaz Azrymi bin Jamaludin (SK Jaya Setia)
Buku Program Digital :
Ustazah Mazlina binti Mohammad (KP PI SK Bestari jaya)
Ustazah Kenanga binti Kadir (SK Bestari Jaya)
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
Hadiah & Sijil (Penceramah dan Ajk):
Ustazah Rosnita bt. Ismail ( SK Desa Aman )
UPI PPD K. Selangor
Pertandingan :
Live Kuiz : SK Puncak Alam 2
Google Form : SK Puncak Alam 2
Dokumentasi/Gambar :
Ustazah Nor Azila binti Ismail (SK Desa Aman )
Ustaz Mohd Arif Zaki bin Ghazali (SRITI Tahfiz Bukit Melawati)
Pelaporan
Fail : Setiausaha Program (SK Desa Aman)
Digital: SRITI Darul Amilin Puncak Alam
J. ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN JUMLAH
PERKARA
1. Saguhati penceramah 1 X RM 300.00 RM 300.00
2. Hadiah Kuiz Live (online) 30 x RM 10.00 RM 300.00
3. Hadiah Kuiz G.Form (offline) 20 x RM 10.00 RM 200.00
JUMLAH RM 800.00
K. MODUS OPERASI TARIKH PELAKSANAAN
16 Ogos 2021
BIL. PERKARA 19 Ogos 2021
1. Menyediakan Kertas Kerja 25 Ogos 2021
2. Taklimat Jawatankuasa 27 Ogos 2021
3. Mesyuarat Penyelarasan 1-2 minggu selepas program
dan Uji lari
4. Pelaksanaan Majlis
5. Menyediakan Laporan
Program
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 7
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
L. PENUTUP
Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai objektif yang dirancang, mendapat
sokongan daripada semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga semua perancangan
berjalan lancar,seterusnya para pelajar dan warga guru mendapat faedah yang diharapkan
berserta ganjaran pahala di akhirat kelak.
Disediakan oleh,
............................................
(MOHD FAIRUS BIN ISMAIL)
Ketua,
Panitia Pendidikan Islam,
SK Desa Aman ,
Merangkap Penyelaras Program,
Penghayatan Nurani dalam PDPR Sirah 2021.
Disokong oleh ,
.............................................
(ABDUL HALIM BIN WAN HASSAN)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Desa Aman,
Sg. Buloh,Selangor.
Disahkan oleh,
..............................................
(SHAHIDAN BIN HJ. SAID)
Guru Besar,
SK Desa Aman,
Sg. Buloh, Selangor.
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 8
KERTAS KERJA PENGHAYATAN NURANI DALAM PDPR 2021
Kolaborasi Pintar 5 Sekolah 9