The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adawiyah983, 2021-06-01 12:40:40

DKM2C-KUMPULAN 5

DKM2C-KUMPULAN 5

SAINS T EKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALA M ISLAM

AHLI KUMPULAN:
1. RABIATUL ADWIYAH BT HAZLAN

(23DKM20F1076)
2. NURFARAH DIBA BT AZMI

(23DKM20F1062)
3. SHAHNURULIDAYU BT SHAHRAN

(23DKM20F1053)
4.NATASHA ADELIN BT ZOOLAMALI

(23DKM20F1064)

‫ﺻﻼة‬Solat berasal dari bahasa arab iaitu As sholah solat ()

merujuk kepada sembahnyang dalam islam.

Pengertian solat dari segi

bahasa : doa syara' solat :beberapa ucapan dan perbuatan

yang tertentu yang dimulai dengan takbir

‫ ﷲ اﻛﺒﺮ‬dan diakhiri dengan salam
‫اﻟﺴـﻼ م ﻋﻠﻴﻜﻢ‬

DEFINISI (TA'RIF/PENGERTIAN):

Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara
rukun islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik

bagi kedudukan akhlak manusia. Solat fardhu di dirikan sebanyak
lima kali setiap hari melaluinya akan diperolehi kesan yang baik

bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya yang menyuburkan
rasa persaudaraan dan kecintaan di antara kaum muslimin ketika

berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah
dari rumah milik Allah SWT (masjid).

PENGERTIAN SYARAT WAJIB DAN SAH

SYARAT WAJIB SYARAT SAH
Syarat wajib ialah sesuatu Syarat sah ialah syarat yang
yang bergantung kepadanya menentukan kesasihan sesuatu
ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang atau dengan kata
sembahyang ke atas lain kesasihan sesuatu
seseorang. sembahyang bergantung
kepadanya.

SYARAT WAJIB

"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan atas

orang yang beriman yang tertentu waktunya"

ayat 103: Surah An-Nisa'

Mencapai had umur yang mewajibkan seseorang melaksanakan
semua tuntutan ibadat wajib ke atasnya.

Contoh ibadah wajib :
1. Solat fardhu 5 waktu
2. Puasa di bulan ramadhan
3. Zakat
4. Menunaikan haji bagi yang mampu

Tanda-tanda baligh:

Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah
Tidak wajib bagi orang yang bukan islam
Tidak wajib ke atas orang yang murtad

Iaitu suci dari haid dan nifas
Wanita yang didatangi haid dan nifas, tidak wajib solat ke
atasnya sehinggalah dia mandi wajib.

Mempunyai fikiran yang waras dan boleh membezakan
antara yang baik dan buruk
Solat tidak wajib bagi seseorang yang dilahirkan
dengan akal yang tidak sempurna seperti:

1. Gila
2. Kecacatan otak
3. Koma

SYARAT SAH

Syarat - syarat sah solat adalah seperti berikut:
1. Suci dari hadas kecil dan besar.
2. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahnyang sama
ada yakin atau jangkaan melali ijtihad atau bertaqlid
kepada orang yang mengetahuinya.
3. Suci tempat, pakaian dan tubuh daripada sebarang najis
4. Menutup aurat
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka'bah)

1. SUBUH Waktu masuk : Mulai terbit fajar sodiq
2. ZUHUR Waktu tamat: Terbit matahari
3. ASAR Waktu masuk: Tergelincir matahari ke barat
4. MAGHRIB iaitu apabila sesuatu benda mempunyai
bayang disebelah timur
5. ISYA' Waktu tamat: Apabila bayang sesuatu
benda lebih sedikit daripadanya

Waktu masuk: Apabila bayang sesuatu lebih
sedikit daripadanya
Waktu tamat: Apabila matahari terbenam
seluruh bulatanya
Waktu masuk: Apabila terbenam seluruh
bulatan matahari

Waktu tamat: Hilang cahaya merah di kaki
langit
Waktu masuk:Hilang cahaya merah di kaki
langit

Waktu tamat: Terbit fajar Sodik

Rukun solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung
kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang
terdiri daripada beberapa bahagian. Kategori itu ialah rukun qalbi, fi'li dan qauli.

Kategori rukun

RUKUN QALBI RUKUN QAULI

‫ﻗﻠﺒﻲ‬Rukun qalbi ( - ‫ﻗﻮﻟﻲ‬Rukun qauli ( - iaitu

iaitu berasal daripada berasal daripada perkataan

‫ﻗﻠﺐ‬perkataan ‫ ﻗﻮل‬-qaul bermaksud

- qalb

kata-kata) adalah rukun

bermaksud hati) adalah

yang berasaskan kepada

rukun yang berasaskan

sebutan dan bacaan.

kepada hati. RUKUN FI'LI

‫ﻓﻌﻠﻲ‬Rukun fi'li ( - iaitu

berasal daripada perkataan

‫ ﻓﻌﻞ‬- fi'l bermaksud

perlakuan) adalah rukun yang

berasaskan kepada perbuatan

anggota badan. Pergerakan

anggota badan atau tindakan

tubuh itu memerihalkan

rukun tersebut.

RUKUN QALBI

1. Niat
2. Tertib

RUKUN FI'LI

1. Qiyam (berdiri betul)
2. Rukuk
3. I'tidal
4. Sujud
5. Duduk antar dua sujud
6. Duduk membaca tahiyyat akhir

RUKUN QAULI

1. Takbiratul ihram
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca tahiyyat akhir
4. Selawat atas nabi pada tahiyyat akhir
5. Salam yang pertama

- Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukum-hukumya.
Hukum sembahnyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:

1. Hukum fi'li
2. Hukum qauli
3. Hukum qalbi

-Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13,
kerana rata-rata di antara kita kebanyakkan sudah tahu dan
sudah mengerti perkara rukun 13. Mari kita guna ruangan yang
terhad ini untuk memberi laluan kepada "hukum solat" dalam
tafsiran ilmu makrifat.

1. HUKUM FI'LI

Makna,maksud atau erti hukum fi'li adalah perkara "perbuatan" dalam solat.
Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang
tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama
berdiri,takbir,rukuk,sujud dan sebagainya itu adalah dikenali sebagai
perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah
yang dikatakan hukum fi'li atau perbuatan sembahyang. Perbuatan
sembahyang itu adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh badan
yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-
kanak,dewasa,orang tua,oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh
agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara
kita lulus dengan markah penuh.

2. HUKUM QAULI

Hukum qauli itu adalah bermaksud dan bererti bacaan iaitu bacaan surah-
surah atau ayat-ayat suci Al-Quran. Barang siapa yang hafal surah Al-
Fatihah, sekalipun surah-surah lazim ianya sudah memadai untuk dibuat
sembahyang. Dihafal bacaan rukuk,i'tidal,sujud, antara dua sujud, tahiyyat
dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam solat.

3. HUKUM QALBI

Hukum qalbi pula adalah bererti bahawa solat itu bukan sahaja
tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari
anggota bibir sahaja. Bersolat dengan hukum qalbi itu, adalah
solat yang beserta dengan perbuatan rohani dan bacaan batin.
Berniat dengan rohani, berdiri dengan rohani, bertakbir dengan
rohani, rukuk dan sujud dengan rohani. Perbuatan (pergerakan)
zahir itu, hendaklah juga berserta dan bergandingan dengan
perbuatan rohani.

Meninggalkan salah satu Terkena najis pada Bergerak tiga kali
rukun solat badan atau pakaian berturut-turut

Berkata-kata Terbuka aurat dengan Murtad
sengaja

Berhadas kecil atau Makan atau minum Berubah dada daripada
berhadas besar arah qiblat

ASPEK FIZIKAL

1. Qiyam Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan
perlu bersedekap iaitu kedudukan tangan kanan
berada dia atas tangan kiri. Perlakuan ini
diamalkan oleh Rasulullah SAW.Kedudukan
anggota seperti di bawah memberi implikasi
baik kepada diri kita:

-Kedudukan tangan
-Kedudukan kaki
-Mata ke arah tempat sujud
"Membuka abdomen badan untuk kemudahan
sistem pernafasan"

2.Ruku'

Rukuk dengan menundukkan badan 90 darjah,
tangan memegang lutut dan ditekankan supaya
anggota belakang badan menjadi lurus. Mata pula
tetap memandang ke arah tempat sujud ataupun
kaki.Aplikasi rukuk dapat memberi manfaat
kepada tubuh badan:

- menyamai aktiviti senaman ringan
- memperkuat sistem otot dan fizikal tubuh

Menyembuhkan penyakit tulang belakang

3. Sujud

Kedudukan sujud yang sepenuhnya melibatkan
persentuhan antara tujuh anggota( dahi,kedua tapak
tangan, kedua lutut,kedua hujung jari kaki) dengan
permukaan lantai.
-seluruh berat badan terpikul sepenuhnya diatas otot

kedua tangan,kaki,dada, perut,punggung,leher dan
otot kaki.
Melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota
badan.

4.Duduk antara dua sujud

Ketika duduk antara dua sujud, tapak kaki kiri
diduduki dan menjadi alas. Tapak kaki ditegakkan
diatas lantai sementara jari kaki menghadap
kearah kiblat manakala kedua-dua tapak tangan
diatas peha sambil hujung jari-jari memegang
hujung lutut.

Menghasilkan gerakan pada sendi-sendi dan otot
dalam jumlah yang besar secara automatik.

5. Tahiyat akhir

Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan di
atas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan
dan kaki kanan ditegakkan.

Mengaktifkan otot lantai pelvik,mengurangkan
masalah disfungsi ereksi. melancarkan pergerakan
otot leher.

ASPEK MENTAL

1. Isyarat otak

Sejenis alat EEG digunakan untuk mengukur otak daripada aktiviti elektrik.
Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi yang dipengaruhi oleh keadaan
fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13Hz)menunjukkan keadaan tenang.
Tomakninah merupakan peringkat yang paling tenang ketika solat.Kajian
menunjukkan isyarat Alfa meningkat secara mendadak. Ini menunjukkan seseorang
itu berada dalam keadaan paling tenang.
Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan
kuasa otak. Selain itu, solat membantu untuk menyediakan otak untuk menghadapi
sesuatu cabaran dalam kehidupan harian.

2. Daya ingatan

Solat dapat meningkatkan penumpuan dan ingatan. Ketika mengamalkan solat,
otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas
pemikiran yang mencabar.Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan
menjadi lebih berwaspada bertindak balas terhadap sebarang rangsangan.

WAKTU SOLAT DAN BILANGAN
RAKAAT

Subuh

Rakaat: 2
Waktu solat: Fajar
Waktu baru sedar dari tidur (badan dalam keadaan stabil)
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian
dengan frekuensi tiroid. Tiroid memberi pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh
manusia.

Zuhur

Rakaat: 4
Waktu solat: Tengah hari
Waktu melakukan aktiviti harian (memerlukan cas yang banyak untuk menstabilkan)
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna kuning dan mempengaruhi sistem
percenaan manusia secara keseluruhan dan hati.

Asar

Rakaat: 4
Waktu solat: Petang
Waktu baru tamatnya aktiviti harian (memerlukan cas untuk menstabilkan)
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna oren yang mempunyai pengaruh yang
cukup signifikan terhadap keadaan prostat,uterus,ovari,testis dan sistem pembiakan
secara keseluruhan.

Maghrib

Rakaat: 3
Waktu solat: senja
Waktu dimana lepas rehat daripada aktiviti harian
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna merah , ketika ini spektrum warna
alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis dalam keadaan
yang bertenaga.

Isyak

Rakaat: 4
Waktu solat: malam
Waktu sebelum tidur (cas untuk solat malam pada pertengahan malam,qiamullai)
Pada waktu ini, spektrum warna alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi
gelap.Waktu isyak menyimpan rahsia kententeraman dan kedamaian yang
frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak.

1) SOLAT UNTUK MENGINGATI ALLAH
S.W.T

FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"Sungguh aku ini Allah, tidak ada tuhan selain aku Dan
dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati aku"

Solat adalah pengadian seorang hamba kepada Allah swt. Berdasarkan maksud ayat ini solat

adalah jalan bagaimana untuk kita mengingati Allah SWT. Tidak ada jalan lain untuk kita

sebagai hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan solat.

Orang islam yang mengingati Allah, maka Allah akan sentiasa mengingati mereka.

2) TANDA PENGABDIAN DAN SYUKUR
KEPADA ALLAH S.W.T

FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD
"Sesungguhnya Kami telah memberimu Muhammad SAW

nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana
tuhanmu dan berkorbanla(sebagai ibadah mendektkan diri

kepada Allah)"

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,, bagaimana cara dia mengucapkan

syukur kepada Allah. Adakah cukup hanya dengan ucap Alhamdullillah atau terima kasih

tanpa solat?

3) HIKMAH SOLAT DALAM
MENGHAPUSKAN DOSA

SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD
"Solat lima waktu dan solat jumaat hingga jumaat
berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu
solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar"

Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa dosa kecil. Sebagai manusia kita tidak akan

terlepas dan bebas dari melakukan dosa. Melalui solat ini dengan izin dan rahmat Allah,

kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa dosa lalu.

4) SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI
DAN GEJALA SOSIAL

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang

diwahyukan Kepada dari Al-Quran dan dirikanlah
sembahyang dengan tekun ; sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar faedahnya dan kesannya dan
ingat Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"

Solat yang didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung muslim dari melakukan

perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala arahan Allah) dihayati dan

dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang manusia menjadi kayu ukur penerimaan

solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih melanggar arahan Allah sebenarnya tidak benar benar

memhami dan menghayati solat. Oleh kerana itu, perbuatan solat disebut dalam al-quran dengan

arahan dirikanlah kerana ia perlu didirikan dengan asas ilmu yang teguh dan penghayatan.

https://fliphtml5.com/kgey/vzur/basic
https://www.slideshare.net/ummi_amirah/solat-
pengertian-syarat-rukun-sunat
https://www.merdeka.com/jabar/9-penyebab-batalnya-
sholat-wajib-diketahui-setiap-muslim-kln.html
http://pislamt1.blogspot.com/2012/05/ibadah-solat-
fardhu.html


Click to View FlipBook Version