The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sakinahmuzammil, 2022-04-25 12:42:41

majalah e book

majalah e book

Kempen Alam Sekitar Melakukan
Senaman atau

Riadah

Healthy
LIFGErSe&enTYLE
PeSemiamkbaManenanjgnagYaang

Bercucuk Tanam Di Penggunaan

Kawasan Rumah Kenderaan Awam

Aishah Aiza
17DAS21F1064

Hairatul Maisarah
17DAS21F1050

Sakinah Hayani
17DAS21F1052

NurHuda Ainin Sofiya
17DAS21F1020 17DAS21F1022

ISI KANDUNGAN :

Pengenalan

1. Melakukan Senaman atau
Riadah
2. Menjaga Pemakanan Yang
Seimbang
3. Bercucuk Tanam Di Kawasan
Rumah
4. Kempen Alam Sekitar
5. Pengunaan Kenderaan Awam

6. Kesimpulan
7. Sajak
8. Laman Rujukan

PENGENALAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.
Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang
masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit
berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk
memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,
1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial
yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan
keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan
ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas
serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.



“ Green Lifestyle “ dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi
tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal
alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti
manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya
menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh
mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam
sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia
adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam
sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya
mestilah berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada
akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula
dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses
pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai

kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada
terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih

lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.
Menurut Islam, “Green Lifestyle” berasaskan kepada ajaran tauhid atau

kefahaman kesatuan
yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan
akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan

dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan
tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini
merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan
misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat

dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Melakukan Senaman
atau Riadah

Seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang
tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali
seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi
dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi
peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan
menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk
memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan
senaman yang konsisten. Di samping itu, seseorang itu juga
harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila
umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini
memastikan badan seseorang menerima rehat yang
secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat.
Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk
meneruskan aktivitinya pada esok hari.

Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang
kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang
baik. Ibadah juga adalah suatu ibadah dalam islam. Namun
tidur yang bernilai ibadah adalah tidur yang cukup. Tidak
boleh tidur berkepanjangan. Dan tidak boleh juga seseorang
hidup tanpa tidur karena akan berakibat pada kematian.

Tidur juga termasuk salah satu tanda kebesaran Allah
dimana ketika tidur Allah mematikan hamba-Nya dan ketika

bangun Allah juga yang menghidupkan kembali. Allah
mengabadikan anjuran tidur dalam

firman-Nya, surat Ar-Rum ayat 23:


‫آَل َياٍت‬ ‫ِفي َٰذ ِلَك‬ ‫ِلِه ۚ ِإَّن‬ ‫َفْض‬ ‫ِبالَّلْيِل‬ ‫َم َناُم ُكْم‬ ‫آَياِتِه‬ ‫َوِم ْن‬
‫َوالَّنَه اِر َواْبِتَغ اُؤُكْم ِم ْن‬
‫“ ِلَقْو ٍم َيْس َم ُعوَن‬


Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah tidurmu
pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari
sebagian dari karunia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
mendengarkan

MENJAGA PEMAKANAN YANG

SEIMBANG

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang
cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah
sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna
daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua
keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh
menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu
lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.

Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang
tabiat makan yang sihat dan pemakanan yang baik. Panduan
tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan kesihatan
jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran
manusia mestilah seimbang dengan antara rohani dan jasmani.
Jika seseorang hanya tertumpu kepada menekankan diet dan
pemakanan tanpa menghiraukan pengabdian diri kepada Allah,
juga boleh mengakibatkan dirinya lemah kerana iman dan jiwa
yang kosong. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang hanya
sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan
menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan
keperluan tubuh badan, natijahnya juga sama iaitu
menyebabkan mereka ditimpa sakit dan lemah yang membawa
kepada kesukaran untuk mentaati perintah Allah. Justeru, sudah
termaktub dalam Al-Quran untuk menyeimbangi kedua- dua ciri
tersebut.

Didalam islam terdapat bahawa Al Quran memperincikan
secara khusus tentang keistimewaan sesetengah jenis makanan.
Antara makanan yang telah dianjurkan dalam Al Quran
termasuklah susu, kurma, anggur, madu, jagung, bijirin dan buah
zaitun yang mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk
kitaran hidup manusia. Al Quran juga tidak dihadkan hanya
menerangkan makanan yang halal dan haram sahaja malah
lebih meluas dengan menyentuh tentang panduan berguna
berkenaan hidangan yang seimbang di mana ia merangkumi
semua zat yang berguna untuk pertumbuhan badan,
memperbaiki tisu- tisu tubuh, memperkuatkan tubuh dan
mengelakkan daripada penyakit berjangkit

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-
benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan)
kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya

beribadat kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 172)

Sesungguhnya, tidak ada percanggahan antara sains dengan
Islam berhubung dengan pengambilan makanan yang baik
dan berkhasiat, cuma bukan semua makanan yang dianggap
baik itu boleh diterima oleh semua manusia. Ini kerana setiap
manusia terikat dengan unsur agama yang mungkin
menyebabkan berlakunya pengelasan terhadap makanan.

Justeru itu, apa yang telah digariskan oleh Islam
cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita seharian.
Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam
pengambilan makanan pun kita perlu mengamalkan sikap
tersebut. Selain mengamalkan nilai- nilai yang telah
dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat
makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita
mampu menjadi ummah yang sihat dan baik.

Add a subheading

BERCUCUK TANAM DI KAWASAN RUMAH

Ramai dalam kalangan masyarakat kita minat
bercucuk tanam terutamanya penduduk-penduduk
taman perumahan yang mempunyai kawasan perumahan
yang luas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita
semua menyedut udara yang segar. Memandangkan
keadaan dunia yang kini penuh dengan pembangunan
mencakar langit, maka semakin hari semakin menipis
ozon udara.

Jadi masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk
menanam lebih banyak pokok bagi mengurangkan kesan
cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.
Penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu
menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya
mengurangkan kesan gas rumah hijau. Walaupun
fotosintesis kelihatan seperti proses yang mudah tetapi
ia proses yang penting kerana pokok dan hutan boleh
mempengaruhi iklim dan seterusnya memberi kesan
kepada cuaca. Perubahan iklim bukan hanya satu isu
penting buat kita, tetapi juga untuk generasi masa
hadapan yang akan mewarisi planet indah ini.

Sebenarnya menanam tanaman di rumah boleh
membawa banyak faedah. Antaranya ialah menambah
oksigen untuk bernafas. Tanaman hijau adalah pembawa
oksigen yang terbesar di bumi ini. Tanaman-tanaman ini
akan mengurangkan karbon dioksida yang menyebabkan
kepanasan alam sekitar.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kebisingan.
Penanaman tanaman di sekeliling pagar merupakan
solusi untuk rumah yang berada di pinggir jalan atau di
daerah yang ramai dan padat dengan kendaraan
bermotor. Ini karena tanaman tersebut dapat
menghalang suara bising yang dihasilkan dari suara
kendaraan dan mampu menyaring debu yang masuk ke
dalam rumah, sehingga rumah akan selalu bersih. Jenis
tanaman yang sesuai ditanam untuk kondisi ini ialah
tanaman dari jenis semak.

Disamping itu, faedah menanam tanaman di rumah
ialah pendingin alami. Jenis tanaman rambat dapat
digunakan sebagai penutup dinding rumah yang
bersentuhan langsung dengan cahaya matahari. Sinar
matahari langsung akan membuat suhu di dalam rumah
meningkat, oleh karena itu menanam tanaman rambat
mampu menghalang suhu panas yang masuk ke dalam
rumah, sehingga pendingin hawa tidak terlalu berat dan
juga menjimatkan penggunaan elekrtik.

Contoh-contoh tanaman boleh menceriakan rumah
dan boleh menjadi sangat berguna untuk menyegarkan
udara, memasak dan sebagai hiasan ialah pokok cili,
daun bawang, daun saderi dan bok choy atau lebih
dikenali dengan sawi cina.

Secara keseluruhan, amalan gaya hidup sihat dan
gaya hidup hijau dapat dipraktikan dengan banyak cara.
Amalan ini perlu dijadikan budaya untuk melahirkan
rakyat yang sihat.

https://says.com/my/seismik/tanaman-beginner-friendly-yang-anda-boleh-
tanam-sendiri-di-rumah

Kempen Alam Sekitar

Disamping itu, kita boleh menjaga alam sekitar melalui
aktiviti kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen
yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,
kempen kitar semula, kempen sahabat alam dan
sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar
dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan
sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran
kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-
bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat
akan dapat berjimat cermat dan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

Justeru itu, dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga
dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan
semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi.

Kempen kitar semula ini dapat memberikan
kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat
tanpa mengira usia. Malah dapat menanam rasa
tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak
dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar
yang dikongsi bersama. Oleh itu, pihak-pihak yang
berkaitan mengenai alam sekitar perlulah menyediakan
saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan
atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-
agensi kerajaan berkenaan.

Selain itu, kempen ini juga dapat memupuk
generasi yang berwawasan kearah membina sebuah
negara maju yang seimbang dari segi pembangunan dan
pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, amalan mencintai
alam sekitar amat penting dititikberatkan dikalangan
kanak-kanak agar mereka dapat mengejar kemajuan alaf
milenium.

Penggunaan Kenderaan Awam

Dunia sentiasa mengalami perubahan dalam sistem
pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi
ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi
menggantikan kenderaan yang konvensional. Hal ini
demikian dapat mengurangkan pencemaran kepada alam
sekitar contohnya seperti kenderaan tidak mengeluarkan
asap. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan
awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal
terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden
itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting
kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan. Dengan
perkataan lain, pengangkutan awam yang lebih mesra alam
pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Hal ini secara tidak langsung dapat membendung
pencemaran alam sekitr terutamanya pencemaran udara di
negara kita.

Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika
seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka
seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Jadi, perkara ini membuktikan
bahawa penggunaan pengangkutan awam dapat
menangani penemaran udara yang semakin serius pada
masa ini. Akhir sekali, pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota dan juga
mengurangkan pencemaran udara disekitar bandar-bandar
besar.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran
terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan yang
mengancam khazanah di negara kita iaitu alam sekitar.
Kekayaan flora dan fauna yang dimiliki negara kita seperti
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin
diancam pencemaran dek kerana pembangunan
sosioekonomi yang berlangsung bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar
kekayaan tanpa memikirkan akibat terhadap alam sekitar
telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang
mengancam nyawa manusia.

Pengangkutan Bas

Pengangkutan Taxi


Pengangkutan
LRT

Kesesakkan jalan
raya akibat terlalu
banyak kenderaan

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, amalan gaya
hidup sihat dan gaya hidup hijau
dapat dipraktikan dengan banyak
cara. Amalan ini perlu dijadikan
budaya untuk melahirkan rakyat yang
sihat. Sekiranya masalah ini tidak
amik serius, sudah tentu hasrat untuk
melahirkan masyarakat yang sihat
dan cergas tidak akan menjadi
kenyataan.

Oleh itu, hasrat untuk melahirkan
rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak
bekerjasama ibarat berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing

SAJAK

Alam Ini

Alam ini
Anugerah tuhan

Satu amanah
Satu watikah
Untuk kita nukilkan
Menjadi apa yg kita fikirkan

Alam
Kini kau menangis

Tiada siapa
Mendengar rintihan mu

Alam ini di robek
Oleh tangan tangan durjana

Sedihnya alam
langit kini menyaksikan
Kemusnahan alam, banjir melanda
Tanah runtuh dimana mana

Angkara siapa??
Bukankah kita yang diamanahkan
Bukankah kita yang diwatikahkan
Bukankah kita yang patut memikirkan
tapi ... kita juga yang menangisi akan kemusnahan ini...
Penghuni alam ... Bangkit dan sedarlah

Ayuh ! Kita mara bersama
Memulih mana yang telah cemar
Mengekang mana yang belum noda
sebelum kita meninggalkannya, "Alam sekitar

,tanggungjawab bersama"

RUJUKAN

1. https://pkkbeaufort.moh.gov.my/modules/artikel/ite
m.php?itemid=12

2. https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-
sekitar.html

3. https://kempendiraja.blogspot.com/2021/07/karangan
-tentang-kempen-alam-sekitar.html?m=1

4. https://www.scribd.com/document/268224165/Karang
an-Kepentingan-Menjaga-Alam-Sekitar

5. https://noviannopek.blogspot.com/2021/05/karangan-
pendek-kempen-kesedaran-alam.html?m=1

6. http://sofiyahpm15.blogspot.com/2015/06/kesan-
penggunaan-pengangkutan-awam_25.html?m=1

7. https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/28/5-
sebab-anda-perlu-menggunakan-pengangkutan-
awam/

8. https://www.academia.edu/7515751/Kesan_kesan_per
kembangan_pengangkutan_terhadap_alam_sekitar

9. http://form3-2016.blogspot.com/2016/03/kesan-
sistem-pengangkutan-terhadap-alam.html?m=1

10. https://ifixphysiotherapy.com.my/pemakanan-
seimbang-mempengaruhi-kesihatan-diri/

11. https://www.muslimfood.com.my/2017/08/28/kepenti
ngan-pengambilan-makanan-seimbang/

12. https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/06/k
ebaikan-mengamalkan-makanan-seimbang.html

13. https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/03/21/maka
nan-dan-pemakanan-dalam-islam/

14. https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmata
n/orang-awam/khutbah-jumaat?layout=edit&id=129

15. https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-
content/uploads/2021/05/Puisi-JAS-v10.pdf

16. http://puspatani.blogspot.com/2013/07/mari-
bercucuk-tanam-di-laman-rumah.html

17. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tanam-
lebih-banyak-pokok-untuk-kurangkan-kesan-cuaca-
panas-tun-jeanne-99154

18. https://karangan.net/karangan-amalan-gaya-hidup-
sihat/


Click to View FlipBook Version