The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 SESI 2019/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PIBG SK Saujana Impian, 2020-10-29 10:39:10

Minit Mesyuarat PIBG

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 SESI 2019/2020

Keywords: Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 SESI 2019/2020
SK SAUJANA IMPIAN, SBT

Tarikh/Hari : 8 Februari 2020 / Sabtu
9.00 pagi
Masa : Kamar Lestari Impian

Tempat :

Kehadiran :

1. Tn.Hj.Salahudin B. Amir Hassan YDP PIBG

2. En. Muhamad Affendy b. Jamaludin NYDP PIBG

3. Pn. Warisah Bt Mohd Daud @ Mohd Hanafi SU PIBG

4. Cik Wan Athirah Bt. Wan Mohd Aminuddin BENDAHARI PIBG

5. En. Mohamad Omar Mokhrij B. Johari

6. En. Mohd Irwan B. Mohamed

7. En. Mohd Soffian b Mohd Yusof

8. Ustaz Mohammad Khairil Akmal Bin Masduki

9. Cik Rosmiza Bt. Ismail

10. Ustaz Omaira B. Samat

11. En. Mohd Hatme Fadly B. Yusoff

12. Pn Hamimah Bt Abdullah

13. En. Abu Hassan B. Abu Bakar

14. Pn. Zihazasabila Sabil Bt. Radzi

Turut hadir :

1. Pn. Khatijah Bt Yusof Guru Besar

2. Pn. Khaizulakmam Bt. Zulkifli PKP

3. Pn.Zuraida Bt Mohamed Omar PK HEM

4. Pn. Norwati Bt Zainal Abidin PK Petang

5. Pn. Hafizah Bt Marzuki Juru Audit

Tidak hadir bersebab :
1. En. Budiman Jawi B. Shuib

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua 2019
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Pembentangan Kewangan
6. Perkara-perkara Baharu

6.1 Perbincangan Usul Ibu Bapa AGM 2020
6.2 Gotong-royong Perdana
7. Hal-hal Lain
8.Penutup

1

Agenda 1: Perutusan Pengerusi

1.1 Tn. Hj. Salahudin b. Amir Hassan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
hadir pada mesyuarat AJK PIBG kali ketiga bagi sesi 2019/2020.
Tindakan : makluman

1.2 Tn. Hj. menjelaskan bahawa peranan PIBG adalah untuk mencari dana bagi
menampung perbelanjaan pihak sekolah dalam menjalankan sebarang aktiviti.
Tindakan : makluman

1.3 Menurut Tn.Hj Salahudin, pendapatan bagi tahun 2019/2020 adalah sedikit menurun.
Tindakan : makluman

1.4 Tn. Hj. Salahudin memberitahu bahawa kutipan dana PIBG adalah hasil daripada
Program Iftar Ramadhan, Sumbangan PIBG bagi setiap keluarga, Tuisyen KSIB dan
program Peningkatan UPSR.
Guru Besar meminta Pn. Khaizulakmam melantik seorang bendahari untuk menjaga
kewangan Tahun 6.
Tindakan : makluman

1.5 Tn. Hj. Salahudin menjelaskan bahawa sewaan Dewan D’Pavilion juga kurang mendapat
sambutan dan perlukan promosi yang lebih efektif.
Tindakan : makluman

1.6 Tn. Hj. Salahudin menyatakan bahawa En. Omar telah mengadakan satu perjumpaan
bersama-sama pemandu van dan bas sekolah untuk mmembincangkan tentang masalah
pengangkutan.
Tindakan : makluman

1.7 Tn. Hj. Salahudin memberitahu bahawa pembinaan surau SKSI akan mendapat
sumbangan 100 % daripada seorang penderma dan tiada tender terbuka, namun kutipan
sumbangan masih terus dibuat bagi menambah aksesori dan kelengkapan lain. Pada
banner pula perlu dinyatakan hanya memerlukan sumbangan bagi menambah
kelengkapan surau dan dewan serbaguna.
Tindakan : makluman

1.8 Tn. Hj. Salahudin menyatakan bahawa tarikh mesyuarat Agung PIBG akan diadakan
pada 7 Mac 2020.
Tindakan : makluman

Agenda 2: Ucapan Penasihat

2.1 Pn. Khatijah bt Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan barisan GPK
yang hadir.

2.2 Pn. Khatijah menyatakan bahawa peruntukan sekolah belum diterima, guru besar
berharap agar PIBG dapat membantu dari segi kewangan.
Tindakan : makluman

2.3 Menurut Pn. Khatijah dalam masa terdekat, sekolah akan mengadakan Program
Pemuafakatan Tahun 6, Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah serta Program Gotong-royong Perdana SKSI.
Tindakan : makluman

2

2.4 Menurut guru besar, program KSIB seperti tarian, cak lempung, softball dan silat adalah
dikendalikan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. Guru besar telah
membubarkan silat kerana tiada sebarang pertandingan dan pencapaian dalam kalangan
murid-murid serta tidak mendapat sambutan daripada murid-murid SKSI. Ramai dalam
kalangan peserta silat adalah murid-murid dari sekolah lain. Guru besar meminta supaya
Ustaz Solah Hudin mengambil alih untuk menjadi jurulatih silat.
Tindakan : makluman

Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua.

3.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Ustaz Mohammad Khairil Akmal Bin Masduki dan
disokong oleh En. Muhamad Affendy b. Jamaludin.
Tindakan : Setiausaha

Agenda 4 : Perkara Berbangkit

4.1 Menurut YDP PIBG, jumlah loker akan ditambah sebanyak 300 buah yang dijangka akan
sampai pada penghujung bulan Februari 2020 dan murid-murid boleh mula menyewa pada
bulan Mac.
Tindakan : makluman

4.2 Ustaz Mohammad Khairil membangkitkan isu tentang kutipan sumbangan PIBG yang
sangat mendukacitakan pada Tahun 2019 kerana ramai ibu bapa yang tidak menjelaskan
kutipan tersebut.
Tindakan: SU PIBG, Bendahari PIBG, Ustaz Khairil

4.3 Pn. Khaizulakmam memberi cadangan agar kutipan sumbangan dibuat bermula dari murid
Tahun 1 bagi memudahkan proses mengenal pasti ibu bapa yang tidak memberi
sumbangan.
Tindakan : makluman

4.4 Menurut guru besar, pegawai PPDHL tidak membenarkan sebarang kutipan sumbangan
PIBG dibuat semasa pendaftaran Tahun 1. YDP memutuskan agar kutipan sumbangan
PIBG dikutip selepas AGM.
Tindakan : makluman

4.5 Berkenaan isu gajah menyusu, Ustaz Mohammad Khairil meminta agar PIBG membuat
rundingan secara baik dengan pengerusi taman supaya laluan gajah menyusu dapat
diteruskan.
Tindakan : NYDP PIBG

Agenda 5 : Pembentangan Kewangan

5.1 Bendahari PIBG iaitu Cik Wan Athirah membentangkan kewangan PIBG dari Januari
hingga Ogos. ( Laporan kewangan boleh rujuk lampiran ).
Tindakan : Bendahari PIBG

5.2 Menurut En. Muhamad Affendy baki duit memanah adalah sebanyak RM 2000, namun
dalam pembentangan kewangan hanya ada lebihan sebanyak RM 1000 sahaja. Beliau
meminta agar bendahari PIBG menyemak semula kewangan.
Tindakan : Bendahari PIBG

3

5.3 YDP meminta supaya Bendahari Tahun 6, memperincikan wang masuk dan keluar bagi
setiap program yang melibatkan program Tahun 6.
Tindakan : Bendahari Tahun 6

5.4 Menurut YDP, PIBG akan mengeluarkan peruntukan untuk murid-murid Tahun 6 yang
mendapat 6A sebanyak RM 100, manakala RM 80 untuk murid-murid yang mendapat
5A.
Tindakan : makluman

Agenda 6 : Perkara-perkara Baharu

6.1. Perbincangan Usul Ibu Bapa AGM 2020

6.1.1 Usul Umum PIBG

6.1.1.1 AJK PIBG dilantik dalam tempoh 2 tahun sekali
- AJK PIBG perlu dipilih setiap tahun.

6.1.1.2 Mengambil anak di Pavilion ketika hujan.
- Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke Pavilion menggunakan kenderaan, namun diberi
kelonggaran sekiranya selepas jam 6.45 petang.

6.1.1.3 Menyediakan ruangan solat
- Hanya Murid Tahun 3 sahaja dibenarkan solat di surau manakala murid Tahun 1 dan
2 hanya dibenarkan solat di bilik darjah. Pada hari Jumaat, murid Tahap 1 dibenarkan
solat Zohor di Pavilion. Sekiranya terdapat aktiviti kokurikulum murid perempuan
Tahap 2 menggunakan surau manakala murid lelaki berjemaah di Pavilion pada
waktu solat zohor.

6.1.1.4 Masalah penjaja di luar kawasan sekolah
- Ibu bapa diminta membuat aduan sendiri.

6.1.1.5 Menyediakan tandas duduk
- Masalah kebersihan sekiranya ditukarkan dengan tandas duduk.

6.1.1.6 Pengawal keselamatan tidak menggunakan sign stop.
- Masalah ini telah diberitahu kepada pengawal keselamatan agar murid-murid dan
pengguna tidak keliru.

6.1.1.7 Bayar bulanan untuk waktu rehat
- Ibu bapa perlu berurusan dengan pihak kantin sekiranya bercadang untuk membuat
bayaran secara bulanan.

6.1.1.8 Pemasangan water cooler
- PIBG telah menyediakan water cooler di tingkat bawah bagi kegunaan murid-murid
dan warga sekolah.

6.1.1.9 Penyediaan loker yang mencukupi
- PIBG akan menyediakan loker secukupnya.

6.1.1.10 Masalah parking ibu bapa
- Ibu bapa boleh menegur mereka yang ingkar secara berhemah.

6.1.1.11 Menutup longkang besar

4

- Perlu membuat pagar yang tinggi sekiranyan ingin menutup longkang besar

6.1.1.12 Menyediakan komputer yang mencukupi
- Perlu ada dana penyumbang bagi menyediakan komputer yang mencukupi

Tindakan : makluman

6.1.2 Usul Unit Kurikulum

6.1.2.1 Pembelian buku latihan
- Pembelian buku adalah mengikut perbincangan antara guru-guru dalam panitia
masing-masing. Pembelian buku latihan perlu dibeli memandangkan tiada
peperiksaan bagi Tahap 1 dan sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid-murid.

6.1.2.2 Jadual anjal
- Jadual anjal telah dilakukan di SKSI.

6.1.2.3 Mewujudkan Ujian Bulanan / Semester bagi Tahap 1
- Ujian tidak dapat dibuat kerana melibatkan pekeliling.

6.1.2.4 Perjumpaan ibu bapa dan guru untuk penggal ke-2 terutama bagi Tahap 1
- Perjumpaan dengan ibu bapa ada dibuat untuk penggal pertama sahaja, manakala
pada penggal kedua buku rekod PBD akan diberikan kepada ibu bapa.

6.1.2.5 Menempatkan murid Tahap 1 di blok bawah
- Kelas tidak mencukupi di blok bawah untuk menempatkan 15 buah kelas.

6.1.2.6 Meningkatkan tahap penguasaaan BI
- SKSI telah mewujudkan kelas DLP dan HIP. Penguasaan Bahasa Inggeris
ditikberatkan di SKSI.

Tindakan : makluman

6.1.3 Usul Unit HEM

6.1.3.1 Menambah kerusi dan meja di kantin.
- Meja dan kerusi di kantin sudah mencukupi.

6.1.3.2 Melantik AJK Surau.
- Guru-guru agama perlu melantik beberapa orang murid untuk menjaga surau Al-
Musolla.

6.1.3.3 Membeli tali leher pengawas di kedai buku.
- Tali leher pengawas boleh dibeli melalui PK HEM kerana tidak ramai murid yang
memerlukannya.

6.1.3.4 Mempertingkatkan kebersihan tandas.
- Terdapat kekangan tenaga kerja kerana SKSI hanya mempunyai 3 orang sahaja
pekerja pembersihan. Walau bagaimanapun, setakat ini kebersihan tandas masih lagi
terkawal.

6.1.3.5 Masalah murid mengejek murid lain.
- Murid tersebut perlu membuat aduan kepada guru bagi membolehkan guru
mengambil tindakan.

5

6.1.3.6 Menetapkan masa 5-10 minit untuk murid-murid menunaikan solat berjemaah
- bersama-sama guru.
Sekolah tidak dapat memperuntukkan masa khas untuk solat, namun murid-murid
dibenarkan untuk solat setelah menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.

6.1.3.7 Menjual buah-buah di kantin.
- Pengusaha kantin telah menjual buah-buahan, namun tidak mendapat sambutan
daripada murid-murid.

6.1.3.8 Keadaan buku teks yang tidak memuaskan.
- Tiada peruntukan buku teks baharu yang dibekalkan oleh KPM. Murid-murid perlu
bertanggungjawab supaya menjaga buku dengan baik dan membalutnya.

6.1.3.9 Pencahayaan dalam tandas murid agak gelap.
- Tandas akan dicatkan dengan warna putih dan pihak sekolah akan menukarkan
lampu.

6.1.3.10 Mempertimbangkan waktu balik jam 6.30 petang pada hari Jumaat.
- Pada hari Jumaat persekolahan tidak dapat dimulakan pada jam 2.35 petang. Ada
segelintir murid datang seawal 12.30 tengah hari menyebabkan murid terlalu lama di
sekolah. Sekiranya tiada kawalan daripada guru-guru, boleh menyebabkan pelbagai
masalah.

Tindakan : Makluman

6.1.4 Usul Unit Kokurikulum

6.1.4.1 Memohon agar pembayaran latihan dan pertandingan ditanggung sepenuhnya oleh
- pihak sekolah.
Pihak sekolah tidak dapat menanggung sepenuhnya perbelanjaan sekiranya murid-
murid terpilih untuk mewakili sekolah. Ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan
sekiranya memberi pelepasan kepada ana-anak mereka untuk mewakili sebarang
pertandingan di luar sekolah.

6.1.4.2 Imej dan reka bentuk baju PJK yang baharu
- Akan dibuat pada Tahun 2021.

6.1.4.3 Pemakaian baju persatuan sehingga balik.
- Murid-murid memang dibenarkan untuk memakai pakaian uniform setiap unit
sehingga waktu balik

6.1.4.4 Menubuhkan Kelab Badminton bagi Tahap 1
- Aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6.

6.1.4.5 Mewujudkan Kelab Renang
- Ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak yang berminat dengan agensi di luar sekolah.

6.1.4.6 Kokurikulum hanya melibatkan murid Tahap 2 sahaja
- Penglibatan murid-murid Tahun 3 dengan aktiviti kokurikulum adalah sebagai
pendedahan kepada mereka. Walau bagaimanapun murid-murid Tahun 3 hanya
terlibat dengan permainan dan sukan serta badan beruniform sahaja.

Tindakan : Makluman

6

6.2 Gotong-royong Perdana

6.2.1 Menurut YDP PIBG, Program Gotong-royong Perdana akan diadakan pada
29 Februari 2020.

Tindakan : Warga sekolah dan AJK PIBG

6.2.2 PK HEM akan membuat pengagihan tugas semasa program gotong-royong tersebut.
Antara aktiviti gotong-royong pada hari tersebut ialah meroboh dinding lama kantin ,
memasang sinki untuk kesenian, menyiapkan laluan berhalangan, mengecat garisan
merah pada bahagian parkir van sekolah, mengecat loker lama, mencantikkan kolam
ikan, menanam orkid, bunga dan kaktus, mengecat laluan PKJR, menceriakan taman
matematik serta mengecat bilik j-Qaf.

Tindakan : Warga sekolah dan AJK PIBG

6.2.3 Tugas untuk mengecat garisan kuning untuk parkir van sekolah akan diuruskan oleh
En. Omar bersama-sama pengusaha van sekolah.

Tindakan : En.Omar dan pengusaha van

6.2.4 Pn. Zuraida membentangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari gotong-royong
iaitu di kawasan taman herba dan hidroponik perlu dibuat penambaikan,
menambahkan replika di taman herba dan taman kaktus, mengecat tayar di taman
matematik serta dua buah pondok. Rumah recycle juga perlu diubah atau perlu
ditambah baik.

Tindakan : Warga sekolah dan AJK PIBG

6.2.4 Menurut Pn. Zuraida juga kerusi-kerusi merah di Pavilion akan disusun di belakang
Pavilion.

Tindakan : Warga sekolah dan AJK PIBG

6.2.5 YDP PIBG akan meminta khidmat sukarelawan daripada FRU, pelajar UKM,
pengusaha bas dan van sekolah, ibu bapa, Kelab Memanah Kajang, Kelab Bola Sepak
dan Kelab Golf Resort Saujana Impian.

Tindakan : YDP dan AJK PIBG

Agenda 7 : Hal-hal Lain

7.1 En. Mohd Soffian mencadangkan pemasangan CCTV di sekolah bagi mengelak masalah
kecurian. Beliau akan mencari pembekal yang dapat menawarkan harga yang berpatutan.

Tindakan : En. Mohd Soffian

7.2 En. Irwan menyatakan terdapat masalah buli di kelas 4 Musytari. Pihak sekolah akan
mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terlibat.
Tindakan : Unit HEM

7

7.3 En. Muhamad Affendy menyatakan bahawa Kelab Memanah meminta untuk
menggunakan suku bahagian di padang untuk pusat latihan sukma. Mereka akan
memasang sempadan susun tiang sebagai penghadang. En. Muhammad Affendy meminta
agar latihan bola tidak digunakan sehingga ke tempat memanah pada hari Sabtu namun
guru besar meminta agar mereka dapat menamatkan latihan pada jam 5 petang untuk
memberi laluan kepada latihan bola. Mereka akan memberi sumbangan peralatan untuk
digunakan oleh SKSI.
Tindakan : En. Muhamad Affendy

7.4 Tn. Hj Salahudin memberi cadangan untuk menempah baju-t dan akan dijual kepada ibu
bapa. Cikgu Hatme bersetuju untuk membuat design baju tersebut. Cikgu Hatme akan
memberikan keuntungan kepada PIBG sebanyak RM 10 untuk sehelai baju dewasa dan
RM 7 atau RM 8 untuk sehelai baju kanak-kanak. Penjualan baju untuk dewasa adalah
berharga RM 50 manakala RM 45 untuk kanak-kanak.
Tindakan : En.Hatme dan AJK PIBG

7.5 PIBG akan memberi sumbangan sehelai baju-t PIBG kepada semua AJK PIBG.
Tindakan : AJK PIBG

7.6 Untuk penjualan baju-t tersebut, akan dibuat tempahan awal dan bagi penjualan secara
terus akan dijalankan pada awal tahun 2020.
Tindakan : AJK PIBG

Agenda 8 : Ucapan Penutup
8.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Disediakan oleh :
Setiausaha PIBG
SK Saujana Impian,SBT
Bertarikh : 05 Mac 2020

8


Click to View FlipBook Version