The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maria rashid, 2021-09-16 02:49:41

LUKISAN PERSPEKTIF

Lukisan Perspektif

GRAFIK
KOMUNIKASI

TEKNIKAL
TINGKATAN 5

LUKISAN
PERSPEKTIF

1.1 KONSEP & JENIS LUKISAN PERSPEKTIF

DEFINISI Satu lukisan berbentuk TIGA DIMENSI (3D) yang
menunjukkan gambaran MATA SEBENAR

KONSEP Objek kelihatan

LEBIH TINGGI apabila DEKAT
dengan mata pemerhati

TETAPI

kelihatan LEBIH RENDAH
apabila JAUH dengan mata

pemerhati

KEGUNAAN  Menunjukkan gambaran sebenar objek serta
suasana dan aktiviti dalam ruang tersebut.

 Menggambarkan sesuatu bangunan yang bakal
dibina agar MUDAH DIFAHAMI dan LEBIH MENARIK

JENIS LUKISAN

LUKISAN LUKISAN LUKISAN
PERSPEKTIF SATU PERSPEKTIF DUA PERSPEKTIF TIGA

TITIK TITIK TITIK

LUKISAN PERSPEKTIF SATU TITIK

 Mempunyai garis tegak dan garis mengufuk serta objek
yang dilukis selari dengan satah gambar

 Semua garisan unjuran dilukis menuju ke satu titik yang
dinamakan titik lenyap (TL)

 Bahagian hadapan sesuatu objek dilukis penuh pada
satah

LUKISAN PERSPEKTIF DUA TITIK

 Mempunyai paksi tegak objek yang kebiasaannya selari
dengan satah gambar manakala paksi yang lain condong ke
arah satah gambar.

 Kedudukan titik lenyap objek berada pada kiri dan kanan garis
ufuk.

 Contoh penggunaan – menggambarkan reka bentuk dalaman
bangunan, struktur jambatan, landasan kereta api dan produk

LUKISAN PERSPEKTIF TIGA TITIK

 Mempunyai paksi objek yang tidak selari dengan
satah gambar

 Kedudukan titik lenyap berada di bawah ataupun di
atas garisan ufuk

 Contoh penggunaan – reka bentuk bangunan dan
produk baharu

1.2 ELEMEN LUKISAN PERSPEKTIF

GP (Garis Penglihatan)

objek GT (Garisan Tinggi)
B
A
SG ( Satah Gambar )

GU( Garisan Ufuk ) TL 2
TL1 (Titik
(Titik Lenyap 2)

Lenyap 1) TS
( Titik Stesen)
GB (Garis Bumi)

1.2 ELEMEN LUKISAN PERSPEKTIF

Titik Stesen (TS) Kedudukan mata pelukis semasa melihat objek
Garis Penglihatan
Garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada
(GP) objek

Satah Gambar • Satu satah yang terletak di antara objek dan titik
(SG) stesen

• Imej objek yang hendak dilihat dapat dihasilkan di
atas permukaan satah tersebut

• Objek hampir dengan satah, imej kelihatan besar,
Objek semakin jauh dari satah, imej kelihatan
semakin kecil

Garis Ufuk (GU) • Garisan mendatar dalam bayangan yang selari

dengan satah gambar
• Berada pada aras yang sama dengan mata pelukis

1.2 ELEMEN LUKISAN PERSPEKTIF

Titik Lenyap (TL) • Titik yang mewakili objek apabila objek berada jauh

dari mata pelukis
• Jenis lukisan perspektif bergantung pada bilangan

titik lenyap

Garis Bumi (GB) • Garisan yang mewakili pandangan pinggir satah
bumi yang turut digunakan sebagai tapak untuk
mengukur ketinggian sesuatu objek berdasarkan
pandangan hadapan yang diberi

Garis Tinggi (GT) • Garis tegak yang diunjur dari pepenjuru
pandangan atas yang menyentuh satah gambar
hingga ke garisan bumi

• Ketinggian objek diperoleh dari pandangan
hadapan dan ditandakan pada aras tinggi


Click to View FlipBook Version