PPEERRWWAATTAAKKAANN
WWAATTAAKK UUTTAAMMAA
(Doktor Raiha)
• Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat
selama 6 bulan
• Doktor pakar bedah
• Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz
selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar
Perunding Pembedahan
• Anak kepada doktor pakar bedah
• Ibunya meninggal dunia sewaktu
melahirkannya
• Seorang yang berambut ikal separas
bahu, berkulit cerah, dan betubuh tinggi
semampai.
• Pernah membedah banyak orang
kenamaan dan orang biasa
• Dia dibesarkan oleh neneknya yang
berketurunan Idaan yang berasal dari
Nunuk Ragang, Hulu Labuk, Ranau, Sabah
• Seorang yang mengalami tekanan
emosi. Contohnya, Raiha sering
mengalami tekanan perasaan apabila
dia sering dihantui gambaran kisah
menyayat yang telah meragut nyawa
anak perempuan tunggalnya.
• Seorang yang penyayang. Contohnya,
Raiha sayang akan anaknya Rohayu. Dia
nekad untuk melarikan diri bersama
anaknya itu kerana tidak sanggup
berpisah dengan anaknya itu yang akan
dihantar oleh Doktor Sadiz ke pusat
rawatan kanak-kanak sindrom Down.
• Seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya,Dr Raiha bertanggungjawab untuk
menjalankan pembedahan penggantian sendi
tulang pinggul kali keenam ke atas Unong
Siron. Raiha berusaha membantunya agar dia
dapat pulih dan tidak menghadapi hidup
dengan waktu sukar yang sangat panjang
dalam kesakitan di hospital.
• Seorang yang bijaksana. Contohnya,
Raiha bijak menangani peristiwa pemuda
kurang siuman yang telah menahan
Felicia Landosi di bilik bedah dengan
membenarkan ibu Unong Siron
memujuk pemuda itu.
• Seorang yang rajin dan gigih.
Contohnya, Raiha rajin belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama
seperti ayahnya. Atas ketekunannya
mengharungi pelbagai cabaran, dia telah
menjadi seorang pakar bedah di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
• Seorang yang mempunyai simpati.
Contohnya, Raiha amat bersimpati
dengan nasib Unong Siron yang
terpaksa menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul untuk kali
yang keenam.