DIHASILKAN OLEH
MARIAHANIS BINTI RIZAL
MARIAHANIS BINTI RIZAL
● KELAS : 4 ANGSANA
● EMAIL
● NAMA SEKOLAH : [email protected]
● ALAMAT SEKOLAH
: SMK SUNGAI TIRAM
● MOTO
● TENTANG SAYA : BATU 16, JALAN AHMAD DASUKI,
SUNGAI TIRAM, 81800 ULU TIRAM,
JOHOR.
: IF YOU NOT START TODAY, YOU NEED
TO RUN TOMMOROW.
: SAYA SEORANG YANG BERWAWASAN
TINGGI DAN BERFIKIRAN TERBUKA
Setiap negeri pastinya mempunyai tokoh-tokohnya yang tersendiri yang pakar dalam suatu
bidang. Sama juga di negeri Johor terdapat tokoh-tokoh yang hebat dan terkenal dilahirkan. Setiap
tokoh juga mempunyai misi dan visi yang sama bagi meningkatkan pencapaian dalam sesuatu bidang
yang diceburi. Dengan penghasilan buku skrap digital ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan.
Objektif buku skrap digital ini ialah dapat memberi inspirasi kepada generasi muda, khususnya kepada
anak jati Johor.
Tokoh kepimpinan kelahiran dari negeri
Johor yang menjadi pilihan ialah Tun Tan Sri (Dr).
Hajah Fatimah Hashim. Pemilihan beliau adalah
kerana beliau merupakan wanita pertama dari
negeri Johor yang dilantik menjadi Menteri
Kabinet di Malaysia. Ini menunjukkan golongan
wanita juga diberi peluang untuk terlibat dalam
pentadbiran negara. Hal ini dapat memberikan
inspirasi kepada saya untuk mencontohi semangat
beliau yang kental di mana kita semua maklum
bahawa kebiasaannya kepimpinan didominasi oleh
golongan lelaki. Dengan mengambil semangat
beliau, saya dapat melaksanakan tanggungjawab
saya sebagai SLB di sekolah. Selain itu, saya
memilih beliau kerana beliau merupakan anak
kelahiran negeri Johor sama seperti saya. Hal ini
membuatkan saya bangga menjadi anak jati Johor.
Saya mengenali beliau daripada ibu saya yang pernah bercerita tentang Tun Tan Sri (DR). Hajah
Fatimah semasa saya berumur 12 tahun. Dari situlah saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut
tentang beliau.
Hal yang membuatkan saya tertarik kepada Photo Source : National Council of Women Organisation
beliau ialah penghargaan yang diperolehi oleh beliau. https://ncwomalaysia.org/ncwo_wp/member/tun-dr-fatimah-hashim
Antaranya ialah beliau menerima pingat Panglima
Mangku Negara (P. M. N.) oleh Yang di-Pertuan
Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada tahun
31 Ogos 1955. Selain itu, pada tahun 1975, beliau
menerima Ijazah Kehormatan Doktor Undang-undang
oleh Universiti Malaya. Pada tahun 2000 pula, beliau
mendapat Ijazah Kehormatan Doktor Pendidikan oleh
Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga
dianugerahkan Seri Setia Mahkota (S. S. M.) oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang
membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 2003.
Semasa penghasilan buku skrap digital ini, saya
telah menemu ramah beberapa orang guru untuk bertanya
hal yang lebih lanjut tentang beliau. Selain itu, saya juga
mencari bahan rujukan di pusat sumber untuk mencari
maklumat tambahan tentang beliau.
Sebagai penghargaan, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah membimbing
saya sepanjang penghasilan buku skrap digital ini.
NAMA PENUH
Tun Tan Sri (DR). Hajah Fatimah Hashim
TARIKH LAHIR
25 Disember 1924
TEMPAT LAHIR
Parit Keroma, Muar, Johor, Malaysia
TARIKH MENINGGAL DUNIA
9 Januari 2010 (umur 85)
TEMPAT PERSEMADIAN
Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
PASANGAN ANAK-ANAK
Tan Sri Datin Mariam Abdul Kadir, Mohamed Shah Abdul Kadir, Dato Professor
Abdul Kadir Yusof Emeritus Dr Khalid Abdul Kadir, Datuk Ali Abdul Kadir, Abdul Karim Abdul
Kadir, Faridah ABdul Kadir.
Pendidikan Awal|
Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar.
Sekolah Melayu Perempuan Mersing
Bersekolah malam untuk subjek Bahasa Inggeris, dengan guru
Sekolah Convent Johor Bahru
Guru dan Guru Sementara
Kementerian Pelajaran Malaysia (kini; Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bendahari dan Setiausaha Ketua Ketua
Pergerakan Kaum Ibu UMNO Pergerakan Kaum Ibu Pergerakan Kaum Ibu
UMNO Cawangan Ipoh
Cawangan Johor Bahru UMNO Malaya
Menteri Kebajikan Am
Barisan Nasional (20 Mei 1969 - 1 Mac 1973)
1947 Menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai
Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik,
Johor Bahru sebagai Bendahari. Beliau dilantik menjadi
Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
1956 Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan Ketua
Bahagian Ipoh.
11 September 1956 Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya menggantikan
hingga 1972 tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan Naib Yang Dipertua
UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam Jawatankuasa Majlis
Kerja Tertinggi UMNO.
1959 Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan
telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak
tiga kali berturut-turut.
20 Mei 1969 Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Selaku
Menteri Kebajikan
Jun 1969 Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadak
dan Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa semasa
Peristiwa 13 Mei. Sebanyak 1000 orang dilaporkan menerima
bantuan seperti makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain.
1. Menjadi guru ganti atau sementara di Sekolah Perempuan Mersing
2. Membuka kelas dewasa di rumah beliau sendiri untuk membantu penduduk-penduduk
yang buta huruf
3. Ahli UMNO(1947)
4. Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik, Johor Bahru(1948)
5. Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru
6. Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi
7. Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi
8. Wakil Parti Perikatan
Tun Fatimah Hashim mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Hal ini dapat
dibuktikan semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi
Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Ketua
Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, dan ketua rombongan
pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah
Air Molek.
Selain itu, beliau mempunyai nilai keberanian yang dapat dicontohi. Hal ini
membuatkan beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu
Kampung Nong Chik, Johor Bahru sebelum menyandang jawatan sebagai Setiausaha
Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor.
Oleh itu, setiap pelajar haruslah mempunyai nilai kepimpinan dalam diri
mereka sendiri seperti yang dimiliki oleh Tun Fatimah agar dapat menjadi seorang
pemimpin yang berwibawa.
Berdasarkan kerjaya dan sumbangan yang telah dilakar oleh beliau, maka tidak
hairanlah beliau dijadikan idola dari generasi ke generasi. Keadaan ini menunjukkan
bahawa segala jasa serta sumbangan beliau terus dihargai oleh masyarakat.
Kejayaan beliau telah diiktiraf oleh kerajaan serta nama beliau turut diabadikan
pada bangunan sekolah iaitu SMK Tun Fatimah Hashim yang terletak di Jalan Nibong
48,Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Selain itu, penubuhan Pusat Kepimpinan Wanita
Tun Fatimah Hashim di UKM menunjukkan sifat ketokohan beliau yang menjadi
inspirasi kepada golongan wanita untuk terus berdaya saing dalam pembangunan
negara.
Biarpun usaha tersebut bukan suatu yang mudah, namun berkat kegigihan,
kesungguhan dan kesabaran yang tinggi segala halangan dapat diatasi. Berdasarkan
kemunculan tokoh-tokoh yang berwibawa ini, pastinya Malaysia akan terus
menggapai pelbagai kejayaan baik dari segi ekonomi, politik, akademik, budaya dan
sebagainya selain terus melahirkan tokoh-tokoh yang cukup membanggakan serta
berdaya saing.
BUKU:
● Muhammad Rahimi Hasan & Bahiyah Dato’ Abdul Hamid, 2016, Liku-liku
Pembangunan Kepimpinan Wanita: Pengalaman Kepimpinan Tun Fatimah
Hashim, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim.
● Nurul Aida Mohd.Rosli, 2011, Sumbangan Tokoh Tersohor, Penerbitan
Hartamas.
INTERNET:
● Arkib Negara http://www.arkib.gov.my/, diakses pada 12 April 2021.
● Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim, diakses pada 11
April 2021.