The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahbatrisyiabaharudin, 2021-07-13 21:37:27

BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARUL AMAN

BUKU LOG
PERGERAKAN
PUTERI ISLAM

MALAYSIA

NAMA PELAJAR : AMIRAH BATRISYIA BINTI BAHARUDIN
KUMPULAN/KELAS : BIMBINGAN DAN KAUSELING 1
NO. KAD PENGENALAN : 011231-05-0464
NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI BINTI SEMAN
TARIKH HANTAR : 14 JULAI 2021

BIODATA PELAJAR

NAMA : AMIRAH BATRISYIA BINTI BAHARUDIN
TARIKH LAHIR : 31 DISEMBER 2001
NO.KAD PENGENALAN : 011231-05-0464
NO. TELEFON : 01110788952
ALAMAT : LOT 350, KG BONGEK TENGAH, 71300 REMBAU,

PROGRAM NEGERI SEMBILAN
UNIT/ KURSUS : PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2020
ANGKA GILIRAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
JAWATAN : 2020182340116
MENTOR : AJK PERALATAN
PENSYARAH : EN. ABDUL RAHMAN BIN KHALID
: DR. ROHANI BINTI SEMAN

i

CARTA ORGANISASI

Pengarah
Tn. Hj. Hashim bin Asman

Pengerusi (Ketua Jabatan
En Idrus bin Ashaari

Pensyarah Penasihat
Dr. Rohani bin Seman

Pengerusi
Nur Yusra bin Mahathir Muazam Shah

Naib Pengerusi
Nabilah binti Mohd Naim

Setiausaha Bendahari AJK
Nur Syafiqah binti Abdullah Nur Ilham Amira binti Che
AJK Kebajikan
Penolong Setiausaha Sharudin Nurul Athirah binti Rozalan
Nurul Hidayah binti Abd Kodzir
Penolong Bendahari AJK Persiapan Tempat
Nur Anis Nabila binti Badrul Nur Afnan binti Mohd Haris

Hashim Fadzilah

AJK Kerohanian
Nur Aisyah Wajihah binti Mohd

Roshidi

AJK Pemeriksa Kira-Kira
Siti Nur Aishah binti Abdullah

@Haidzair

AJK Keselamatan
Nur Farhah Amani binti Ahmad

AJK Teknikal AJK Alatan
Nazratul Ain binti Mohd Alawi Amirah Batrisyia binti

ii Baharudin

AJK Makanan
Nur Zafirah binti Mohamad

Sobri

ISI KANDUNGAN

Biodata Diri…………………………………………………………………..i
Carta Organisasi……………………………………………………………ii
Penghargaan………………………………………………………………..iii
Pengenalan PPIM

Falsafah……………………………………………………………….1
Objektif………………………………………………………………...2
Visi dan Misi…………………………………………………………..3
Perlembagaan Pertubuhan…………………………………………….4-12
Sejarah Unit Beruniform………………………………………………13-20
Struktur dan Organisasi Pertubuhan……………………………….21-27
Pengurusan dan Pentadbiran………………………………………..28-34
Laporan Aktiviti…………………………………………………………35-40
Rujukan……………………………………………………………………..41

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat illahi
dengan limpahan rahmat dan kurnianNya, saya masih diberikan nikmat masa dan
tenaga untuk menyiapkan Buku Log Pergerakan Puteri Islam Malaysia dengan
jayanya.

Pertama sekali, saya ingin meletakkan sepenuh penghargaan ini kepada
pensyarah yang saya kagumi dan yang saya kasihi, iaitu Dr. Rohani binti Seman
kerana tunjuk ajar serta bimbingan beliau kepada saya dan rakan-rakan bagi
menyiapkan tugasan ini dengan berjalan lancar walaupun secara dalam talian.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
insan yang sangat saya sayangi dan segani iaitu ibu bapa saya, Baharudin b. Ibrahim
dan Riza binti Karsoh yang banyak memberi saya pemudahcara dalam bentuk doa
dan sokongan yang tidak terhingga untuk menyiapkan tugasan ini sehingga saya
berjaya.

Ucapan penghargaan ini juga saya ingin tujukan kepada rakan-rakan di
sekeliling saya yang banyak memberi dorongan dan peringatan terhadap setiap apa
yang telah saya alpa. Mereka banyak membantu saya dengan menjawab setiap
persoalan yang bermain di minda saya.

Akhir madah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung ataupun tidak dalam melaksanakan Buku Log Pergerakan
Puteri Islam Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

iii

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah :
• Badan Unit Beruniform yang bergerak di peringkat

Kebangsaan, Negeri, Daerah, IPTA, Institut Perguruan,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
• Aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti Ko-Kurikulum di
peringkat sekolah.
• Bertujuan membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MATLAMAT Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan
PPIM perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap
agar mencapai matlamat seperti berikut :

• Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal
dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan
puteri-puteri.

• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai
bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan
universiti.

• Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
• Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan

menyeronokkan.
• Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara

sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat
setempat.

1

OBJEKTIF PPIM
(Peringkat Institusi Pengajian)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat Institusi Pengajian Tinggi
bertujDudan:

• Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu :-
- Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasulullah
S.A.W dan pemerintah serta cintakan negara.
- Menguasai berbagai bidang ilmu
- Berakhlak mulia
- Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

• Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi,
rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju,
berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

• Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka
kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T dan dapat berbakti kepada
keluarga, agama, bangsa dan negara.

• Membentu sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif,
berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.

• Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi lama
serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

OBJEKTIF PPIM
(Peringkat Sekolah)

• Melahirkan masyarakat muda yang :
❖ Taat kepada Allah, Raja dan Negara
❖ Berilmu
❖ Berakhlak mulia
❖ Berbakti kepada masyarakat

• Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak ,rohani dan jasmani supaya
menjadi insan yang sempurna

• Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima
masyarakat

• Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati
generasi lama.

2

VISI

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Mempunyai kesihatan diri dan mampu ; membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam
dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri
melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

3

PERLEMBAGAAN BERTUBUHAN BADAN BERUNIFORM
(PERGERAKAN PUTERI ISLAM)

Ia telah digubal dibawah Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996

NAMA DAN ALAMAT

Nama persatuan : Pergerakan Puteri Islam
Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
Darul Aman

MATLAMAT
❖ Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara

menyeluruh dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
❖ Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti

badan beruniform.

OBJEKTIF
❖ Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam)

dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpesatuan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
❖ Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-
ujian kecekapan yang diikutinya.

KEAHLIAN
❖ Dibuka kepada semua murid perempuan di institusi ini.
❖ Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
❖ Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan

mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

4

PENASIHAT

❖ Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru sebagai penasihat.
❖ Pengetua perlu menyimpan atau membuatnya disimpan sebagai rekod berpesatuan.

GURU PENASIHAT
❖ Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
❖ Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan

sesuatu aktiviti.
❖ Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

AHLI JAWATANKUASA

❖ Dilantik semasa Mesyuarat Agung
❖ Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak

hadir tetapi ada menulis surat rasmi sebagai tunjuk sebab layak dicalonkan untuk
sebarang jawatan.
❖ Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
❖ Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat
❖ Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada guru penasihat
❖ Ahli Jawatankuasa Persatuan Hendaklah terdiri :-
- Pengerusi
- Naib Pengerusi
- Setiausaha
- Penolong Setiausaha
- Bendahari
- Penolong Bendahari
- AJK (bilangan bergantung keperluan)
- Juruaudit (dua orang)

5

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
Pengerusi

• Mempengerusikan setiap mesyuarat
• Meneliti minit mesyuarat dan mempastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar

dan mengikut agenda yang ditetapkan
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Naib Pengerusi
• Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi
• Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha
• Mengurus surat-menyurat
• Mencatat minit mesyuarat/laporan dan menandatanganinya
• Menyimpan fail/dokumen berkaitan dengan persatuan
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Penolong Setiausaha
• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya
• Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Bendahari
• Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan
• Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan
• Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan dibentangkan semasa
mesyuarat agung
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Penolong Bendahari
• Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

6

Ahli Jawatankuasa
• Membantu mekalsanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Pemeriksa kira-kira
• Memeriksa,menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan persatuan dan
bertanggungjawab ke atasnya
• Memastikan penggunaan kewangan diurus dengan betul
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

KEWANGAN
• Sumber kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak RM5.00 seorang setahun.
• Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti
• Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
• Semua pungutan\penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun SUWA
sekolah sekiranya mendapat kelulusan Guru Besar.

KEHADIRAN/ PENYERTAAN
• Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.
• Kegagalan berbuat demikian, sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

AKTIVITI
• Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK
• Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Guru penasihat
akan mengumumkan kepada ahli

7

PERATURAN-PERATURAN
• Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas
• Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya
• Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

TINDAKAN DISIPLIN
• Akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/peraturan semasa
• Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran Bertulis
• Ahli yang tidak berpuashati terhadap tindakan keatasnya,boleh membuat surat rayuan
dan semakan salahlaku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya adalah
muktamad.

PINDAAN PERLEMBAGAAN
• Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda melalui pekeliling/
persatuan/kelab/unit.
• Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa,guru
penasihat atau pentadbir sekolah.dan disahkan oleh guru besar.

PEMBUBARAN PERSATUAN/UNIT/KELAB

• Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan\unit\kelab jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Segala hutang wajib dijelaskan.Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar

HAL-HAL LAIN

• Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri dan sentiasa menjaga sahsiah
dan nama baik setiap ahli dan persatuan sepanjang masa

• Ahli –ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti setiap aktiviti dengan penuh
kesungguhan.

8

LOGO PPIM

PENGERTIAN LOGO
• Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit

dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA’.
• Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya
ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan ‘PERGERAKAN
PUTERI ISLAM’ ( Pa Pa Alif)
• Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

- “PUTERI"- Bagi Ahli-Ahli Puteri
- “PEMIMPIN PUTERI" - Bagi Pemimpin- Pemimpin

PENGERTIAN WARNA
• Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
• Hijau : Agama
• Taqwa sebagai TERAS
• Putih : Kesucian
• Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

9

MOTO/COGAN KATA PPIM

BENDERA PPIM

• Berbentuk segi empat, berwarna merah jambu, dan di tengah-tengah
terdapat lencana pergerakan.

• Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
• Ia digunakan pada :-

- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan
• Kedudukan Bendera Dalam Tatacara Perjumpaan:

Bendera PPIM Bendera Bendera
Malaysia Negeri
Kiri
Kanan

10

LAGU PPIM

IKRAR PUTERI/ PPIM

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan:
• Taat kepada allah dan rasul.
• Taat kepada pemerintah,guru dan ibubapa.
• Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.
• Membangunkan diri dengan sempurna.
• Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri.
• Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara.

11

SULUH KATA PPIM

P Patuh dan taat kepada Allah dan Rasul
U Ugama dijunjung adat dikelek
T Taat kepada ibu dan ayah
E Erat ukhuwah Islam sejagat
R Rela berbakti kepada umat
I Iman dipupuk ilmu dituntut

I Insaf Diri. Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
S Sembahyang ditunaikan setiap waktu
L Larangan Allah mesti dijauhkan
A Akhlak mulia mengukuh iman
M Mukminin mukminat rakyat seperjuangan

12

SEJARAH UNIT BERUNIFORM
SEJARAH PENGASAS/ PENUBUHAN

PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku

Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaanya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Malah, kurikulum
hanyalah berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM
Raja Permaisuri Agong Ke-6 Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Di-Pertua PPIM
Pertama.

17 Jun ialah sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi memperingati kelahiran
PPIM.

20 Jun 1987 – sambutan Hari Puteri pertama kali diadakan di peringkat
kebangsaan

Pada Hari Puteri 1988, anugerah ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi
Anugerah Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM.

2 Disember 1988 – diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan
sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku
Bainun

14

Pada 11 September 1993, PPIM bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform
dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
23 November 1996, Skuad Puteri dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan

Azizah Wan Ismail.

Tujuannya meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah dalam
kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir dan
program ziarah hospital.

8 April 2000, PPIM dilancarkan di institusi pengajian tinggi oleh Y.A.Bhg. Datin
Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Ibu pejabat PPIM pada awal 2004, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri
Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah) telah berpindah ke Darul Puteri.

15

Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada

24 Ogos 2005.

24 Mac 2007 - kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin
Hajah Badiah Abdul Manan hingga kini.

Tujuan Penubuhan
• Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan

berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah
rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi
Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

16

Istiadat- Istiadat Rasmi Pertubuhan

Tatacara di dalam dewan

Majlis Rasmi
• Semua hadirin berdiri
• Tetamu disambut dengan Selawat Nabi, Asma Ul-Husna dan Lagu Puteri
• Tetamu dan hadirin duduk
-Bacaan doa
• Majlis berlangsung/dimulakan

Ceramah
• Ketua Puteri (Kpu) memberi arahan:
1. ‘Up’ (Semua berdiri)
2. Kpu memberi laporan
“Kami peserta Kursus Kepimpinan Asas Pergerakan Puteri Islam Malaysia seramai
lapan puluh orang sedia mendengar ceramah puan” (perkataan cendong disebut
beramai-ramai)
3. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah
4. Pengerusi memperkenalkan penceramah (jika penceramah jemputan)
• Setelah tamat ceramah
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih
2. Sudahi dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr
• Kpu memberi arahan:
1. ‘Up’ (semua ahli berdiri)
2. “Terima kasih puan”
• Penceramah meninggalkan majlis diiringi oleh Pengerusi

17

Tatacara Perjumpaan

Langkah 1
• Ketua Pasukan/ Ketua Kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas

1. ‘Baris, Senang Diri’
2. ‘Baris, Baris Sedia’
3. ‘Ke Kanan Lurus’
4. ‘Pandang Depan, Dari Belakang Nombor’

• Ketua Puteri memberi arahan:
- ‘Kekuatan Pasukan/ Kumpulan Lapor

• Ketua Pasukan/ Ketua Kumpulan melapor
- ‘Pasukan (Nama Pasukan) 45 cukup’
- ‘Pasukan (Nama Pasukan) 39 daripada 43’

• Ketua Puteri (Pusing pandang menghadap tiang bendera. Pasukan sudah bersedia).

• Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin. Ucapkan ‘Salam’
sambil bersalaman dan mohon:
- “Izinkan saya memulakan tatacara perjumpaan”

• Guru menjawab:
- “Silakan”

• Ketua Puteri membalas:
- “Terima kasih puan”

Langkah 2
• Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara Perjumpaan.

Bacaan Doa
• Ketua Puteri memanggil
- ‘Pembaca doa, sedia’

18

• Pembaca Doa keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri dan memberi arahan:
- UP
- Al-Fatihah (Surah Al-Fatihah dibaca serentak oleh semua dengan kuat)
- Membaca Doa Perjumpaan dan diaminkan oleh semua
- Memberi arahan “UP (bawa tangan ke muka, kemudian menurunkan tangan ke sisi)
- Bacaan Asmaul Husna bersama-sama “Nas Alukaya…”
- Pembaca Doa beredar balik ke dalam barisan

Menaikkan Bendera
• Ketua Puteri memanggil:
- ‘Penaik Bendera, sedia’ (Tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang bendera
dan bersedia untuk acara menaikkan bendera)
- Kedudukan bendera: bendera PPIM (kiri), bendera Malaysia (tengah), bendera
Negeri (Kanan)

• Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi salam:
- “Negaraku – Mula”
- Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan. Bendera Malaysia
dinaikkan lebih tinggi daripada bendera PPIM dan bendera Negeri.

• Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri ditengah memberi arahan:
- “Siap” – Undur selangkah ke belakang

• Ketua Puteri memberi arahan :
- “Lagu Puteri mula”

• Penaik Bendera (Puteri di tengah) memberi arahan:
- “ Ke kanan pusing
-

Lafaz Ikrar Puteri
• Ketua Puteri memberi arahan:
• ‘Up’ (Semua puteri serentak mengangkat tangan untuk bacaan ikrar yang diketuai
oleh Ketua Puteri)
• Ketua Puteri memberi arahan:
- ‘Up’ (Turun tangan ke sisi)

19

Pemimpin Memberi Taklimat atau Tugasan
• Pemimpin datang ke hadapan Puteri
• Ketua Puteri melaporkan:
- “Kami, Pasukan ( nama pasukan – disebut beramai-ramai serentak) seramai ……
sedia untuk menerima arahan Puan baris, senang diri”
• Guru pemimpin memberi salam – dijawab serentak oleh semua puteri
• Guru pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari
berkenaan
• Ketua Puteri memberi arahan :
- “Baris, Baris..Sedia”
- “Terima kasih puan”
• Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberi arahan:
- “Keluar Baris”
• Puteri mengambil peralatan/ beg untuk pergi ke tempat aktiviti

Tatacara Majlis Rasmi

Tatacara Permulaan Majlis
Langkah 1

1. Para pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan VIP
2. Sewaktu ketibaan VIP, semua yang berada di dewan berdiri sambil berselawat hingga

VIP sampai ke tempat duduk
3. Hadiran termasuk peserta duduk selepas VIP duduk ditempat yang disediakan.

Langkah 2
1. Pengacara memulakan majlis:
“Majlis dimulakan dengan tatacara perjumpaan, Asmaul Husna, dan Lagu Puteri”
(Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan Tatacara Majlis. Apabila
selesai, tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin).
2. Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa.

Tatacara Penutupan Majlis
Langkah-langkah Perlaksanaan

1. Pengacara merakamkan ucapan terima kasih dan seterusnya menutup majlis dengan
Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr (hadirin membaca dalam keadaan duduk).

2. Pengacara mempersilakan tetamu ke Jamuan/ Pameran atau sebagainya.
3. Sebelum bersurai, hadirin bersalam-salaman.

20

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT
KEBANGSAAN

Yang DiPertua

Yang DiPertua II Yang DiPertua II

Setiausaha Bendahari Ahli Majlis Wakil
Kehormat Kehormat Pentadbir Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran
Kementeria Belia dan
Sukan
Kementerian Perpaduan
dan Pembangunan
Masyarakat

Pusat Islam JPM

21

STRUKTUR DAN ORGANISASI NEGERI

Pengerusi Pengerusi
Naib Pengerusi Bersama

Setiausaha Bendahari Ahli Majlis
Kehormat Kehormat Pentadbir

Seorang wakil Jabatan Belia Seorang Wakil Bahagian
Ketua Jabatan Pelajaran
Seorang wakil Majlis
Agama Islam Negeri Seorang wakil LKPIM

Seorang wakil Jabatan
Pembangunan Wanita

dan Keluarga

22

STRUKTUR DAN ORGANISASI IPGK

Penaung
(Pengarah)

Pengerusi
(Ketua Jabatan)

Guru Penasihat

Pengerusi
(Pelajar)

Naib Pengerusi
(Pelajar)

Setiausaha Bendahari AJK

Penolong Penolong
Setiausaha Bendahari

23

STRUKTUR DAN ORGANISASI SEKOLAH

Penaung
(Guru Besar)

Pengerusi
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penasihat

Pengerusi
(Pelajar)

Naib Pengerusi
(Pelajar)

Setiausaha Bendahari AJK

Penolong Penolong
Setiausaha Bendahari

24

STRUKTUR DAN ORGANISASI DAERAH

Pengerusi Pengerusi
Bersama
Naib
Pengerusi

Setiausaha Bendahari Ahli
Kehormat Kehormat Jawatankuasa

Pentadbir

Seorang wakil: Seorang
❖ Jabatan Belia wakil LKPIM
❖ Bahagian Kokurikulum Jabatan

Pelajaran
❖ Wakil Majlis Agama Islam Negeri
❖ Wakil Jabatan Pembangunan

Wanita dan Keluarga

25

FUNGSI MAJLIS FUNGSI MAJLIS TADBIR
TADBIR
Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu
dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak

pengurusan yang berkaitan.

Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme
ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya

menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak

Menjadi salah satu institusi yang menggerak,
mengeratkan dan mengukuhkan hubungan
kebaijkan, kerjasama, dan kesejahteraan bekerja

sesama ahli.

Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan
dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan

kepentingan yang serupa

Jawatan Bidang Tugas Majlis Tadbir
Pengerusi ❖ Mempengerusikan setiap mesyuarat
❖ Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah
Naib
Pengerusi wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan.
Setiausaha ❖ Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa
❖ Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
Naib ❖ Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
Setiausaha ❖ Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
❖ Mengurus surat-menyurat
❖ Mencatat minit mesyuarat atau laporan
❖ Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan.
❖ Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
❖ Bekerjasama dengan Setiausaha.
❖ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
❖ Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan

Tahunan dan Penyata Kewangan.

26

Bendahari ❖ Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan.
❖ Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan.
Ahli ❖ Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit.
Jawatankuasa ❖ Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat agung.
❖ Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
❖ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.

27

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pendaftaran Ahli dan Kumpulan

Borang Kebenaran Ibu bapa
• Sebelum pelajar didaftarkan, kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.

Borang Ahli
• Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan
kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk
mendapatkan Nombor Pendaftaran.
• Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.

Pendaftaran Pensyarah/ Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
• Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang
hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar
ke Ibu Pejabat PPIM.

Kuasa Penganjur Ia merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi
(seorang lagi ialah pemimpin kumpulan) bagi akaun simpanan atau
Tanggungjawab
kuasa penganjur semasa untuk unit PPIM
ialah meluluskan
Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin
pendaftaran PPIM.
tahunan unit Puteri
Islam dengan ibu Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan
pejabat Pergerakan unit PPIM di mana perlu ;

Puteri Islam Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti
rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-

ahli;

Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di sekolahnya.

28

PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI

CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI
1. Tarikh / hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap : puteri bongsu/puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan:

1. Tatacara perjumpaan:
a) Pengenalan PPIM

• membaca ikrar dan menyalin dlm buku log
• menyalin suluhkata PPIM
• melukis logo PPIM

b) Pendidikan rohani
• ceramah/tayangan video
• sumber makanan
• adab semasa makan
• makanan seimbang
• doa sebelum dan selepas makan

c) Kesihatan dan Pembangunan diri
• mencatat dan mengelaskan makanan
• menampal gambar

d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya

e) Tatacara Penutup:
• membaca tasbih kafarah
• membaca surah Al-Asr
• berselawat sambil bersalam

29

Tanggungjawab Pemimpin

Pengerusi
• Menjadi pengerusi mesyuarat
• Bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti

dijalankan
mengikut perlembagaan.

Setiausaha
• Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan
• Menyimpan minit dan surat
• Menulis laporan mingguan
• Menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan

Bendahari
• Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan Persatuan, apabila ada
kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli
terlibat kepada Guru Penasihat.

Menyediakan keperluan asas
• Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin/Guru Pemimpin
perlu membeli:
• Buku Perlembagaan
• Bendera PPIM
• Kaset lagu PPIM
• Lencana Pemimpin dan Puteri
• Kad Ahli
• Uniform - Kain merah jambu
• Buku Panduan Pemimpin
• Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
• Sukatan Pelajaran

Menyediakan keperluan asas
• Buku/Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
• Buku/Rekod Kehadiran Pasukan
• Buku/Rekod Yuran Ahli d) Buku/Akaun (Penyata Kewangan)
• Lain-lain Keperluan: fail-fail / Buku Stok/ Cop-cop

30

Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin

• Baju Puteri dipakai semasa perjumpaan rasmi sahaja.
• Baju Riadah pula dipakai semasa hendak melakukan aktiviti luar atau lasak

seperti sukan atau sebab-sebab tertentu.
• Baju Kawad dipakai semasa hari sukan persatuan-persatuan di sekolah baju

ini dipakai untuk melalukukan aktiviti kawad sahaja.
• Baju Pemimpin dipakai oleh guru yang memimpin persatuan ini sahaja.

Guru-guru haruslah memakai baju ini semasa perjumpaan perlantikan AJK
atau KAKITANGAN PPIM.

31

TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI

Bil. Guru Bertugas Takwim PPIM Catatan
1. Semua guru pemimpin Aktiviti
Pengenalan PPIM
PPIM • Mesyuarat Agung PPIM
• Perlantikan AJK Pertolongan
2. Semua guru pemimpin • Takwim aktiviti Cemas
PPIM • Kewangan
Keluarga dan
3. Semua guru pemimpin • Disiplin Masyarakat
PPIM Pertolongan
• Pembahagian kumpulan ahli PPIM
4. Semua guru pemimpin • Tazkirah tentang pemakaian dan Cemas
PPIM Kesihatan dan
aurat perempuan. Pembangunan
5. Semua guru pemimpin • Pengenalan:
PPIM Diri
i) Lafaz Ikrar Puteri
6. Semua guru pemimpin ii) Melukis logo puteri Rekreasi dan
PPIM iii) Erti suluh kata PPIM (P.U.T.E.R.I) Aktiviti Luar
• Membalut luka
7. Semua guru pemimpin • Memakai anduh
PPIM
• Ikatan simpul tali
• Gotong-royong perdana

• Pertolongan cemas

• Kawad kaki
• Mewarna logo PPIM

• Penampilan (Pakaian dan
kebersihan)

• Penjagaan diri (Jasmani, mata, gigi,
kuku, dan lain-lain).

• Penyakit berjangkit

• Makanan seimbang

• Mencari harta karun/ lain-lain aktiviti
• Memasang khemah

• Persiapan Perkhemahan

32

8. Semua guru pemimpin • Membersihkan stokin dan kasut Kemahiran
PPIM • Jahitan asas- jelujur, kia, sembat
Alam Sekitar
9. Semua guru pemimpin dan lain-lain Alam Sekitar
PPIM • Gubahan Alam Sekitar
• Membuat buku skrap (tumbuh- Kerohanian
10. Semua guru pemimpin Rekreasi dan
PPIM tumbuhan) Aktiviti Luar
• Projek Taman Puteri Kerohanian
11. Semua guru pemimpin • Lawatan Kerohanian
PPIM • Pengedaran udara yang bersih
• Melukis Poster Keluarga dan
12. Semua guru pemimpin • Membaca dan menghafaz bacaan Masyarakat
PPIM Kemahiran
dalam solat Kerohanian
13. Semua guru pemimpin • Permainan tradisional
PPIM • Lain-lain aktiviti yang sesuai Kerohanian
• Ciri-ciri akhlak yang mulia Kerohanian
14. Semua guru pemimpin • Sifat 20
PPIM • Rukun Iman
• Rukun Islam
15. Semua guru pemimpin • Membaca surah lazim
PPIM • Salasilah keluarga
• Tanggungjawab pada jiran dan
16. Semua guru pemimpin
PPIM masyarakat
• Memasang cadar
17. Semua guru pemimpin • Menyediakan sarapan dan minuman
PPIM • Tatacara berwuduk
• Niat solat fardu
18. Semua guru pemimpin • Riwayat hidup Rasulullah dan
PPIM
keluarga
19. Semua guru pemimpin • Membaca dan menghafaz bacaan
PPIM
dalam solat
20. Semua guru pemimpin • Membaca dan menghafaz bacaan
PPIM
dalam solat

33

Rancangan Aktiviti PPIM

Tarikh Guru Bertugas Aktiviti Catatan
27 Januari 2021 Pendaftaran Kokurikulum

3 Februari 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform, Unit Beruniform & • Mesyuarat Agong
Kelab/Persatuan/Sukan/Permainan Kelab/Persatuan UB1 & KP1

24 Februari Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform • Taklimat Fun Run
2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 2 dan

10 Mac 2021 Latihan Sukan
Unit Beruniform 3 & Latihan
24 Mac 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform
Sukan
7 April 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform
Unit Beruniform 4/Latihan
Sukan

Unit Beruniform 5

28 April 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 6
19 Mei 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 7

23 Jun 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 8

7 Julai 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 9

9 Julai 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 10 &
Unit Beruniform Perkhemahan Bersepadu UB
28 Julai 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform
Unit Beruniform 11

11 Ogos 2021 Guru Penasihat Unit Beruniform Unit Beruniform Unit Beruniform 12

34

LAPORAN MINGGUAN PPIM (PERJUMPAAN PERTAMA)

Tarikh : 23 Jun 2021
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman

Kehadiran : 27 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Catatan Aktiviti:
1. Semua pelajar dan pensyarah berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
2. Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan oleh pensyarah melalui Google
Clasroom
3. Perjumpaan pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta penerangan
yang ringkas mengenai Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) oleh
pensyarah.
4. Perjumpaan diteruskan dengan aktiviti perlantikan jawatan seperti :
• Pengerusi
• Naib pengerusi
• Setiausaha
• Naib setiausaha
• Bendahari
• Naib bendahari
• Ahli jawatankuasa bagi Unit Beruniform PPIM.
5. Setelah selesai, pengerusi PPIM telah membuat pembahagian kumpulan untuk
aktiviti pembentangan pada minggu akan datang mengikut topik-topik.
6. Tepat pada jam 10.00 pagi, perjumpaan PPIM untuk kali pertama ditamatkan
dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.
7. Bersurai.

35

Refleksi :
Memandangkan wabak Covid-19 dilihat semakin mengganas, perjumpaan
pertama kami telah diadakan secara atas talian. Kami bersama dengan pensyarah
kami iaitu Dr. Rohani binti Seman telah bersama-sama berkumpul dalam sebuah
platform Gmeet yang telah disediakan oleh pensyarah. Pada perjumpaan pertama,
kami diterangkan serba sedikit mengenai rancangan aktiviti Pergerakan Puteri
Islam (PPIM) secara ringkas. Setelah itu, pensyarah telah memberikan arahan
untuk kami melaksanakan aktiviti perlantikan jawatan pengerusi, naib pengerusi,
setiausaha, naib setiausaha, bandari, naib bendahari serta ahli jawatankuasa.
Menerusi perlantikan ini, kami lebih jelas mengenai setiap amanah dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ahli-ahli yang berjawatan. Perjumpaan
pertama kami juga diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk meneruskan
aktiviti pembentangan topik-topik pada setiap minggu. Melalui pembahagian ini,
kami mampu lebih bersedia untuk menyediakan pembentangan berdasarkan
topik-topik yang telah diagihkan mengikut kumpulan.

36

LAPORAN MINGGUAN PPIM (PERJUMPAAN KE-2)

Tarikh : 30 Jun 2021
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman

Kehadiran : 27 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Catatan Aktiviti:
1. Semua pelajar dan pensyarah berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
2. Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan oleh pensyarah melalui Google
Clasroom
3. Kemudian, perjumpaan diteruskan dengan pembentangan kumpulan pertama
mengenai:
• Perlembagaan Pertubuhan
• Sejarah Unit Beruniform
4. Setelah selesai pembentangan, penerangan serta huraian yang lebih jelas
diterangkan oleh pensyarah.
5. Pensyarah juga telah memberikan maklumbalas terhadap pembentangan yang
disediakan oleh kumpulan pertama.
6. Seterusnya, kumpulan pembentang kedua telah menyambung pembentangan
mengenai:
• Struktur dan Organisasi Pertubuhan
• Pengurusan dan Pentadbiran
7. Setelah selesai pembentangan kedua, pensyarah memberikan maklumbalas
mengenai pembentangan serta membuat penjelasan yang lebih terperinci
mengenai tajuk yang telah disampaikan dalam pembentangan.
8. Tepat pada jam 10 pagi, sesi pembentangan pada perjumpaan kali kedua telah
ditamatkan dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.
9. Perjumpaan bersurai.

37

Refleksi:
Perjumpaan diteruskan seperti perjumpaan minggu sebelumnya iaitu secara atas
talian melalui Gmeet. Tepat pada jam 8 pagi, perjumpaan dimulakan dengan aktiviti
pembentangan tajuk pertama iaitu mengenai Perlembagaan Pertubuhan dan
Sejarah Unit Beruniform. Isi pembentangan yang dibentangkan sangat jelas
kerana pembentang telah merujuk beberapa sumber. Setelah selesai
pembentangan, pensyarah memberikan maklumbalas terhadap pembentangan
supaya di masa akan datang, pembentangan bagi topik yang seterusnya akan
dibentangkan dengan lebih baik lagi. Kemudian, ia diteruskan dengan
pembentangan kumpulan kedua mengenai tajuk Struktur Organisasi Pertubuhan
serta Pengurusan dan pentadbiran. Para pembentang juga telah menyampaikan
maklumat dengan sangat baik dan mudah difahami. Setelah itu, pembentang
kedua juga telah diberikan maklumbalas antaranya adalah cadangan
penambahbaikan agar para pembentang dapat menyediakan pembentangan
dengan lebih menarik seperti memasukkan video yang berkaitan dengan topik
pembentangan.

38

LAPORAN MINGGUAN PPIM (PERJUMPAAN KE-3)

Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 8 -10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman

Kehadiran : 27 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Catatan Aktiviti:
1. Semua pelajar dan pensyarah berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
2. Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan oleh pensyarah melalui Google
Clasroom
3. Sebelum memulakan aktiviti perjumpaan, semua pelajar dan pensyarah
bersama-sama mengalunkan selawat, zikir, Asmaul Husna, dan lagu Puteri
Islam.
4. Kemudian, aktiviti perjumpaan diteruskan dengan pembentangan oleh
kumpulan pembentang ketiga.
5. Topik yang difokuskan dalam pembentangan adalah:
• Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan Unit/Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa
6. Setelah selesai pembentangan, penerangan serta huraian yang lebih jelas
mengenai tajuk pembentangan telah diterangkan oleh pensyarah. Maklum
balas juga diberikan oleh pensyarah terhadap pembentangan yang disediakan.
7. Tepat pada jam 10 pagi, sesi pembentangan pada perjumpaan kali kedua telah
ditamatkan dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.
8. Perjumpaan bersurai.

Refleksi:
Perjumpaan ketiga ini masih diteruskan dalam keadaan atas talian iaitu melalui
Gmeet. Tepat pada jam 8 pagi, sesi perjumpaan dimulakan dengan alunan zikir,
selawat, Asmaul Husna serta Lagu Puteri. Setelah selesai, kami meneruskan dengan

39

aktiviti pembentangan bagi tajuk Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan-
Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan Kebangsaan/Antarabangsa. Dalam pembentangan
tersebut, pembentang telah menyampaikan pembentangan dengan baik kerana
disertakan gambar dan contoh yang mudah untuk difahami oleh kami. Seusai
pembentangan, pensyarah telah memberikan maklumbalas kepada kumpulan
pembentang dan salah satunya adalah dari sudut suara. Berdasarkan cadangan
penambahbaikan itu, kami telah mendapat kesedaran bahawa sebagai seorang bakal
guru, kami perlulah menguatkan suara untuk menyampaikan ilmu dan maklumat
kepada murid-murid di sekolah nanti.

40

Rujukan

Bibliografi

Azizan Jae. (2013, Januari 19). Tatacara Perjumpaan PPIM. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/ummi_amirah/nota-tatacara-perjumpaan-ppim

Dayang Aqilah Abdul Aziz. (2017, Julai 24). Pengenalan dan Sejarah PPIM. Retrieved from
Scribd: https://www.scribd.com/presentation/354541861/Pengenalan-Dan-Sejarah-
PPIM

Maslamah Ahmad Razali. (2012, Julai 26). Panduan Mengisi Buku Log. Retrieved from
Slideshare: https://www.slideshare.net/maslamah/panduan-mengisi-buku-log

Rais Wahab. (2013, Februari 24). Pergerakan Puteri Islam. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam

Siti Mastura. (2018, Julai 25). Pengenalan dan Sejarah PPIM. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861-pengenalandansejarahppim

Zalina M. Sahini. (2013, Mei 2). Pengurusan dan Pentadbiran. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/139071296/Penang-Ppim-4-Pengurusan-Dan-
Pentadbiran

41


Click to View FlipBook Version