BAB 3 : PENGANGKUTAN
3.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA.
• Perhatikan gambarajah di bawah. Apakah persamaan atau perbezaan
antara gambarajah-gambarajah di bawah?
• Organisma ringkas dan organisma kompleks.
Setiap sel memerlukan oksigen dan nutrien untuk
terus berfungsi dan pada masa yang sama, sel akan
menghasilkan bahan buangan seperti karbon
dioksida
Bagaimana setiap sel boleh menerima oksigen dan nutrient serta
menyingkirkan bahan buangan?
Melalui sistem pengangkutan .
Sistem pengangkutan dalam organisma ringkas: Melalui proses resapan
Sistem pengangkutan dalam organisma kompleks: Melalui sistem
pengangkutan yang khusus.
Mengapa organisma ringkas hanya menjalankan
proses resapan untuk mendapatkan oksigen dan
nutrien tetapi organisma kompleks tidak boleh?
• Organisma ringkas :
mempunyai jumlah luas permukaan per isipadu yang besar.
Jarak sumber bahan dalam persekitaran dengan sel adalah dekat.
KEPENTINGAN FUNGSI SISTEM
PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA.
1. MENGANGKUT BAHAN KEPERLUAN SEL SEPERTI OKSIGEN DAN
NUTRIEN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES RESPIRASI SEL UNTUK
MENHASILKAN TENAGA.
2. MENYINGKIRKAN BAHAN KUMUH YANG BERTOSIK KELUAR DARI SEL
DI DALAM ORGANISMA KE PERSEITARAN LUAR. (MENGAPA
PENTING?)
3. MENGANGKUT BAHAN KEPERLUAN SEL TUMBUHAN SEPERTI AIR,
GARAM MINERAL DAN HASIL FOTOSINTESIS.
3.2 SISTEM PEREDARAN DARAH
• SISTEM PEREDARAN DARAH HAIWAN VERTEBRATA.
• Mammalia sistem peredaran darah tertutup.
• Reptilia
• Amfibia
• Burung
• Ikan
• Sistem peredaran merupakan satu sistem bertiub yang mempunyai
pam dan injap untuk memastikan pengaliran darah dalam satu hala
sahaja.
• Terdiri daripada tiga komponen: jantung, salur darah dan darah.
• Sistem peredaran darah tertutup iaitu darah mengalir dalam satu
peredaran lengkap secara berterusan melalui jantung dan salur
darah.
• Semua vertebrata mempunyai sistem peredaran darah tertutup tetapi
bagi vertebrata berlainan adalah berbeza.
Gambarajah berikut merupakan sistem peredaran darah
bagi haiwan. (rujukan buku teks m/s 83 dan 84)
Bezakan sistem peredaran darah bagi haiwan
vertebrata untuk menunjukkan perbandingan.
• A) Bilangan ruang dalam jantung
• B) Bilangan kali darah mengalir melalui jantung dalam satu peredaran
lengkap.
• C) Nyatakan samada sistem peredaran darah ganda dua(lengkap /
tidak lengkap) atau sistem peredaran darah tunggal.
* Sistem peredaran ganda dua di mana darah mengalir melalui jantung
dua kali dalam satu kitaran lengkap ke seluruh badan.
Ikan Reptilia Amfibia Burung dan
mamalia
Bilangan ruang dalam 1 atrium 2 atrium 2 atrium
jantung 1 ventrikel 1 ventrikel 1 ventrikel 2 atrium
Struktur yang 2 ventrikel
Bilangan kali darah satu membahagi ruang dua Struktur septum
mengalir melalui jantung antara ventrikel kpd
dalam satu peredaran dua bahagian yang dua
yang lengkap. berasingan
dua
Jenis peredaran darah Sistem Sistem peredaran Sistem peredaran Sistem peredaran
peredaran darah ganda dua darah ganda dua darah ganda dua
darah tunggal
tidak lengkap tidak lengkap
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
KOMPONEN SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA:
1. Jantung : organ yang mengempam darah ke seluruh bahagian
badan.
2. Salur darah : arteri, vena dan kapilari darah.
3. Darah
STRUKTUR JANTUNG
Bahagian pada jantung Fungsi
Atrium kanan -Mempunyai dinding berotot nipis.
-Darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu memasuki atrium kanan melalui vena
Injap trikuspid kava superior dan vena kava inferior.
Ventrikel kanan -Apabila atrium kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir masuk ke dalam ruang
dibawahnya, iaitu ventrikel kanan.
Injap sabit
Atrium kiri Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kanan ke ventrikel kanan.
Injap bikuspid -Mempunyai dinding berotot tebal.
Ventrikel kiri -Apabila ventrikel kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam arteri
pulmonari untuk di bawa ke peparu.
Septum
Memastikan darah mengalir dalam satu hala dan tidak berpatah balik ke ventrikel.
-Mempunyai dinding berotot nipis.
-Darah beroksigen dari peparu memasuki atrium kiri melalui vena pulmonari.
-Apabila atrium kiri mengecut, darah beroksigen dipaksa mengalir masuk ke dalam ruang di
bawahnya, iaitu ventrikel kiri.
Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
-Mempunyai dinding berotot yang paling tebal.
-Apabila ventrikel kiri mengecut, darah beroksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam aorta untuk
dibawa ke seluruh bahagian badan kecuali peparu.
-Dinding otot yang memisahkan jantung sebelah kiri dengan jantung sebelah kanan.
-Menhalang darah beroksigen bercampur dengan darah terdeoksigen.
https://www.youtube.com/watch?v=zHo-oVOqu1I
STRUKTUR DAN FUNGSI SALUR DARAH
Arteri : salur darah yang membawa darah keluar dari jantung
Vena: salur darah yang membawa darah masuk ke dalam jantung.
SISTEM PEREDARAN DARAH GANDA DUA
DENYUTAN JANTUNG. ‘LUB DUB’
DIASTOL SISTOL
• Bunyi ‘dub’ • Bunyi ‘ lub’
• Penutupan injap sabit pada aorta dan • Penutupan injap trikuspid dan bikuspid
arteri pulmonari semasa pengenduran antara atrium dengan ventrikel semasa
ventrikel pengecutan ventikel.
• Bacaan tekanan diastolik ( bacaan tekanan • Bacaan tekanan sistolik ( bacaan tekanan
darah yang mengalir dan mengisi jantung) darah yang mengalir keluar dari jantung)
PENGUKURAN TEKANAN DARAH
ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR
TEKANAN DARAH.
• Sfigmomanometer
• Contoh bacaan tekanan darah yang normal : <120 mm Hg
<75
• Yang mana merupakan bacaan sistolik dan yang mana merupakan
bacaan diastolik?
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR DENYUTAN
NADI
• Denyutan nadi dihasilkan oleh pengecutan dan pengenduran dinding
arteri yang berotot.
• Adakah kadar denyutan nadi anda tetap atau berubah-ubah?
• Faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung.
i) Aktiviti fizikal
ii) Jantina
iii) Umur
iv) Kesihatan badan.
Jantina Purata kadar denyutan nadi bagi lelaki dewasa adalah lebih rendah daripada purata kadar
denyutan nadi bagi perempuan kerana saiz jantung perempuan adalah lebih kecil dan
perlu berdenyut pada kadar yang lebih tinggi.
Umur Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya.
Aktiviti fizikal Semakin aktif aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi.
Kesihatan badan Kadar denyutan nadi seorang individu yang kurang sihat lazimnya lebih tinggi atau lebih
rendah daripada kadar denyutan nadi yang normal. Ini boleh membawa maut.
Kepentingan Menjaga Kesihatan Jantung
Apakah jenis penyakit jantung?
https://www.youtube.com/watch?v=afYCN3Upy_w
Apakah penyebab penyakit jantung?
Apakah cara untuk mengelakkan dan mencegah penyakit jantung?
3.3 DARAH MANUSIA
• Darah merupakan campuran . Mengapa?
KOMPONEN DARAH
Plasma mengandungi 90% air dan 10% bahan terlarut seperti nutrient, gas
karbon dioksida, enzim, hormon dan bahan kumuh.
KUMPULAN DARAH MANUSIA
ANTIBODI DALAM PLASMA DARAH
APA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA DARAH JENIS A
DIDERMA KEPADA INDIVIDU JENIS DARAH B?
1. Antibodi (anti-A) individu tersebut akan menyerang antigen Jenis A.
2. Penggumpalan darah berlaku
3. Kematian boleh berlaku.
4. Oleh itu , darah penderma dan penerima perlu serasi
Padanan kumpulan darah penderma dan penerima.
Kumpulan darah yang manakah merupakan penderma universal
dan penerima universal?
Penderma universal ialah individu yang mempunyai darah jenis O.
Penerima universal ialah individu yang boleh menerima darah daripada
semua jenis darah iaitu jenis darah AB.
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH.
• Darah diperlukan untuk individu yang menjalani pembedahan,
mangsa kemalangan atau merawat pesakit leukemia.
• Kriteria pendermaan darah:
1. sihat
2. jisim melebihi 45kg
3. berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
• Seorang individu boleh menderma sehingga 0.5 liter darah pada satu-
satu masa.
• Kebaikan menderma darah: bilangan sel darah akan berkurang
semasa menderma darah. Sumsum tulang akan dipaksa untuk
menghasilkan sel darah yang baru. Ini membolehkan badan individu
menjadi lebih bertenaga dan dapat nerfungsi dengan lebih baik.
PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN
• Tumbuhan boleh kehilangan air melalui
i) Transpirasi
ii) Gutasi (Pelembakan)
• Sel epidermis merembeskan lapisan kutikel berlilin untuk
mengurangkan kehilangan air semasa transpirasi.
Transpirasi
• Suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma.
• Pertukaran gas berlaku semasa fotosintesis dan respirasi.
• Pada waktu siang sekiranya transpirasi melebihi penyerapan air, stoma
akan tertutup untuk mengelakkan kehilangan air berlebihan.
Gutasi (Pelembakan)
• Kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui
hidatod.
• Berlaku pada waktu malam (kadar transpirasi rendah) atau ketika
kelembapan udara yang tinggi.
• Tekanan akar menolak air dalam batang ke atas dan ke luar melalui
hidatod.
Kadar transpirasi
Potometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur kadar
transpirasi.
Faktor yang mempengaruhi transpirasi
Suhu
Pergerakan Faktor Keamatan
udara cahaya
Kelembapan
udara
• Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar
transpirasi.
• Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar penyejatan
wap air (semakin tinggi kadar transpirasi)
• Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar
transpirasi
• Semakin rendah kelembapan udara, semakin tinggi
kadar transpirasi.
Struktur dan fungsi komponen dalam berkas
vaskular
•Xilem berfungsi mengangkut air dan garam mineral terlarut dari
akar ke daun .
•Floem berfungsi mengangkut sukrosa (bahan makanan) yang terhasil
dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian lain tumbuhan.
3.5 SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM HAIWAN DAN
SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN