BAHASA ROJAK DER! BAHASA BAKU SEMAKIN PUDAR? GENERASI KINI LEBIH PETAH BERBAHASA ASING BERBANDING BAHASA IBUNDA 1
PENGHARGAAN APA ITU BAHASA ROJAK ? FAKTOR KESAN BURUK CARA MENGATASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK PANDANGAN MASYARAKAT SISIPAN PANDANGAN EDITOR KESIMPULAN Isi kandugan 2
Alhamdulillah, Dengan penuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Asma Binti Effendi Pensyarah daripada Pengajian AM, di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Di mana kami telah bekerjasama dalam melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk terus berusaha. saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah banyak membantu dalam mencetuskan idea sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah kami pelajari. Ianya memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini. Syukur Alhamdulillah. Penghargaan MOHD RUZI BIN HAMZAH PENAUNG NURUL ASMA BINTI EFFENDI PENASIHAT MUHAMMAD AZMAN BIN AHMAD MADUN EDITOR 1 16DEM21F1036 MUHAMMAD KASHFAN AL-’ADL BIN MOHD KASHFI EDITOR 2 16DEM21F1050 AMIR IZZUDDIN BIN ANUAR KETUA EDITOR 16DEM20F2003 Carta organisasi 3
Bahasa Rojak bukanlah bahasa formal yang diakui secara resmi, tetapi istilah ini digunakan untuk menggambarkan campuran bahasa-bahasa yang berasal dari berbagai etnis atau budaya. "Rojak" sendiri sebenarnya merujuk pada hidangan campuran yang populer di Malaysia dan Singapura. Pada umumnya, Bahasa Rojak adalah campuran bahasa Melayu dengan unsur-unsur bahasa lain seperti Inggris, Hokkien, Tamil, dan sebagainya. Ini mencerminkan realitas multibudaya dan multietnis di negara-negara seperti Malaysia dan Singapura, di manamasyarakatnya terdiri dari berbagaikelompoketnis. Bentuknya bisa sangat bervariasi tergantung pada konteks dan latar belakang budaya masing-masing penuturnya. Meskipun tidak diakui sebagai bahasa resmi, Bahasa Rojak mencerminkan keberagaman dan integrasi budaya yang khas di wilayahwilayah tersebut. APA ITU BAHASA ROJAK ? Antara contoh bahasa rojak dari netizen Malaysia: 4
faktor anak muda lebih suka guna bahasa rojak 5 Bahasa Rojak membolehkan mereka mencampurkan pelbagai bahasa dan dialek untuk menciptakan gaya komunikasi yang segar dan moden. Penggunaan Bahasa Rojak mencerminkan identiti budaya yang beragam di kalangan anak muda, menunjukkan inklusif dan penerimaan terhadap perbezaan. Bahasa Rojak seringkali lebih santai dan akrab, menciptakan suasana yang ramah dan tidak formal di antara teman sebaya. Penggunaan istilah popular dan slang dalam bahasa rojak membuat komunikasi lebih relevan dengan trend dan kejadian terkini. Bahasa Rojak dapat menjadi bahan jenaka yang efektif, pemilihan kata-kata yang kreatif dan tidak terduga dapat membuat percakapan lebih menyenangkan. 5 https://images.app.goo.gl/MmmraYwbMadzMBFK6
ESAN negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik Menurunkan kedudukan bahasa Melayu. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya. Nazmi Yaakub(2009, November 4) Berita Harian BAHASA ROJAK PADA MASYARAKAT K 6
langkah-langkah mengatasi isu bahasa rojak ialah,ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak masih kecil. Cara Megatasi Masalah Penggunaan Bahasa Rojak Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataanperkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. 3 7
Pandangan Masyarakat Terhadap Penggunaan Bahasa Rojak Bahasa rojak yang digunakan secara berleluasa akan memusnahkan bahasa asal negara kita. Hal in berlaku akibat perkembangan ekonomi yang pest pada masa kini Bahasa rojak juga akan menyukarkan komunikasi antara remaja dan orang tua. Berlaku percanggahan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 3 8 https://images.app.goo.gl/it75upCatqbUG7NN8
MEDIA MASSA Media massa merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Misalnya, drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Disamping itu, terdapat juga orang ramai yang membuat ulasan apabila diwawancara oleh pihak media turut menggunakan bahasa rojak. Perkaraperkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. SUPER WIRA PROJEK : HIGH COUNCIL Antara cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah seperti memperbanyakkan kempen yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu di tempat awam. Kempen yang diadakan mampu memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada rakyat Malaysia dalam menaikkan lagi penggunaan bahasa ibunda kita. Super Wira merupakan salah satu siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu yang merangkumi silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan Kapten Gemilang serta penggunaan cerita rakyat Naga Tasik Chini. Projek High Council diangkat daripada 'kisah benar' yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah, seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan. Siri ini mengisahkan perjalanan hidup anak-anak Ismet (Azhar Sulaiman) - Fakhri (Mierul Aiman) dan Naim 9 (Nadhir Nasar) dalam mengubah tradisi di Kudrat https://images.app.goo.gl/fuskbShUb2psmvQV8akyat Naga Tasik Chini. https://images.app.goo.gl/MMUgxTRCwwCf1RHL8
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di negara kita ialah bahasa Melayu. Adakah bahasa kebangsaan kita semakin dipinggirkan mengikut arus pemodenan? Adakah bahasa kebangsaan akan terus tenggelam, selepas kita mencapai negara maju? Jika semua pihak alpa, tidak mustahil bahasa kita akan hilang ditelan zaman dan tidak lagi dihormati. Lailetaty A Rahman - April 24, 2019 @ 11:00am [email protected] 3 BAHASA Jiwa Bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, bahasa juga mampu menyatukan semua. Tanpa bahasa kita akan hidup berpecah-belah. Namun, sejauh manakah bahasa kebangsaan kita berfungsi menyatukan rakyat? Tanggungjawab memulihara dan memartabatkan bahasa sebenarnya terletak di bahu semua pihak. Adalah tidak adil tanggungjawab itu diletakkan seratus peratus kepada kerajaan, malah ibu bapa, organisasi, agensi, pihak sekolah perlu memainkan peranan masingmasing bagi memastikan bahasa Melayu tidak terus ditelan zaman. Tanggungjawab memartabatkan bahasa juga tidak hanya perlu digalas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun sahaja. Semangat mencintai bahasa kebangsaan perlu dipupuk pada setiap masa, bukan setakat pada bulan tertentu. 10 https://images.app.goo.gl/tcTuww2LDmXMoFEj7
Berdasarkan kajian tinjauan pendapat yang telah dilakukan, majoriti responden berpendapat bahawa memang benar Bahasa Rojak lebih biasa digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding Bahasa Melayu. Hal ini kerana, perkara ini sudah menjadi tabiat di dalam kalangan rakyat Malaysia yang sudah dipupuk sejak dahulu lagi. Budaya zaman sekarang juga lebih mempertengahkan penggunaan Bahasa Rojak berbanding Bahasa Melayu. Dari zaman kanak-kanak lagi sudah diajar bahawa Bahasa Rojak adalah bahasa utama yang digunakan untuk berkomunikasi dalam kalangan rakyat. Bagi segelintir minoriti yang bertentangan pendapat, mereka mempercayai bahawa masih wujud lagi individu-individu yang memartabatkan bahasa ibunda sepenuhnya, dan mereka melihatnya sebagai satu usaha untuk memelihara warisan kebahasaan dan memastikan kelestarian Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan juga yang akan datang. ADAKAH BAHASA ROJAK LEBIH BIASA DIGUNAKAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA BERBANDING BAHASA MELAYU. 11
LIVERPOOL: Liverpool mendapat bayangan masa depan yang cerah selepas membelasah Manchester United 7-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield. Roberto Firmino masuk sebagai pemain gantian untuk melengkapkan kekalahan memalukan buat anak buah Erik ten Hag, yang hanya tewas sekali dalam 22 perlawanan sebelum ini. Maximize your car's value! Earn a second income with FLUX High monthly earnings Safe, secure & free to advertise Hassle-free We accept used & new cars. Make your car earn for you! T&C applied Contoh Bahasa Rojak antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia 12
PANDANGAN EDITOR TERHADAP BAHASA ROJAK 13
MUHAMMAD AZMAN Pada pendapat saya, dalam situasi informal atau antara kawan penggunaan bahasa rojak boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk berkomunikasi dan menciptakan ikatan. Namun, dalam konteks formal atau profesional, mungkin lebih baik menggunakan bahasa rasmi yang sesuai dengan situasi tersebut. Selain itu, perlu diingat bahwa tidak semua orang mungkin memahami bahasa rojak dengan baik. Oleh karena itu, penting untuk memastikan bahwa audiens dapat mengikuti dan memahami maksud kita. Jadi, secara keseluruhan, saya fikir penggunaan bahasa rojak dapat menjadi hal yang positif asalkan sesuai dengan situasi dan disertai dengan pemahaman tentang siapa yang menjadi audiensnya. MUHAMMAD KASHFAN AL- ’ADL Pada pendapat saya,bagi mereka yang tidak terbiasa dengan bahasa rojak, ini akan menjadi penghalang dalam komunikasi. Pemahaman dapat terganggu, dan ada potensi kesalahpahaman. Selain itu,dalam konteks formal, penggunaan bahasa rojak dapat dianggap kurang profesional. Ini memengaruhi kesan seseorang dalam situasi-situasi ini. Di samping itu,segelintir orang akan khawatir bahwa penggunaan bahasa rojak dapat menyebabkan penurunan kemahiran dalam bahasa baku atau bahasa nasional. AMIR IZZUDDIN Daripada sudut pandangan saya, kebiasaan penggunaan Bahasa Rojak tidaklah memberi kesan yang terlampau buruk. Hal ini kerana, Bahasa Rojak nampak lebih sesuai digunakan pada masa kini. Bahasa Melayu tradisional kedengaran lapuk dan terlalu formal untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita Bahasa Rojak ada juga faedahnya. Seperti yang kita tahu, bukan semua rakyat di Malaysia petah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi secara tidak langsung Bahasa Rojak dapat membantu kita dalam berkomunikasi dengan kaum dan bangsa lain dengan lebih mudah. Hal ini tidaklah bermaksud bahawa Bahasa Melayu tiada kepentingannya. Kita wajarlah memartabatkan Bahasa Melayu agar tidak menjadi lapuk dek zaman. Bahasa Melayu mestilah disanjung agar kita tidak melupakan bahasa ibunda kita. Kita juga haruslah tidak lupa bahawa Bahasa Melayu masih lagi digunakan dalam majlis-majlis formal di negara kita. Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat menyelaraskan penggunaan Bahasa Rojak dan Bahasa Melayu dengan lebih baik. 14
Sedasawarsa ini sering meniti dari mulut ke mulut umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat.Jasa pemimpin terdahulu yang ingin memartabatkan bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi negara perlu dibalas setimpal seperti kata peribahasa madu yang diberi jangan pula dibalas dengan tuba.Oleh itu, kita haruslah merenungi kata-kata hikmat "Bahasa mencerminkan bangsa dan bangsa pula mencerminkan negara" yang mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam ini. Kesimpulan 15
"Sejauh mata memandang, sekuat hati tercinta. Semangat patriotik Malaysia, cahaya kebanggaan yang menyinari setiap langkah kehidupan." MALAYSIAKU By Azman Kashfan Amir 16