The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najlauuv07, 2021-09-05 23:08:02

GEO - KAJIAN LAPANGAN

GEO - KAJIAN LAPANGAN

KAJIAN TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM DI
KAWASAN ALOR SETAR, KEDAH.

SENARAI PERANCANGAN TUGASAN 2021

TARIKH PERKARA
27.06.2021
 PENETAPAN TAJUK
03.08.2021  SENARAI PERANCANGAN TUGASAN 2021
17.08.2021  0BJEKTIF KAJIAN

24.08.2021  PENGHARGAAN
 PENDAHULUAN
 PETA LAKAR
 TAFSIRAN PETA LAKAR

 HASIL KAJIAN
 JENIS PENGANGKUTAN AWAM
 FAKTOR MEMPENGARUHI SISTEM PENGANKUTAN AWAM
 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

 KESAN NEGATIF SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
 CADANGAN
 RUMUSAN

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan.
2. Menjelaskan latar belakang kawasan Alor Setar, Kedah.
3. Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan awam di

Alor Setar, Kedah.
4. Menghuraikan kesan perkembangan system pengangkutan awam terhadap

alam sekitar dan manusia di Alor Setar, Kedah.
5. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan perkembangan

sistem pengangkutan awam di Alor Setar, Kedah.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur dipanjat ke hadrat Illahi kerana dengan izin
dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kerja lapangan Geografi
tentang sistem pengangkutan awam di kawasan Alor Setar, Kedah.

Saya Nurul Iman binti Mohd Nazif mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Ruzianah binti Abdul Hamid
kerana telah membantu saya dalam penyediaan kajian lapangan ini. Tunjuk ajar
sepanjang penyediaan kajian ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada
beliau.

Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya, Taqiyah binti
Abdul Satar dan Mohd Nazif bin Zakaria yang telah banyak memberikan informasi
dan maklumat yang sewajarnya kepada saya bagi menyiapkan kajian ini.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di
Alor Setar, Kedah. Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di
sini menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke
sesuatu tempat. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan
tempat laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama empat minggu bermula pada
bulan Julai sehingga akhir bulan Ogos. Pengumpulan data dan maklumat
dilakukan selepas waktu persekolahan online. Manakala, penulisan laporan
kerja juga dilakukan selepas waktu persekolahan online.

PETA

U

PETUNJUK :
jalan raya
petempatan
sungai

masjid

pasaraya

TAFSIRAN

Peta topografi menunjukkan kawasan Alor Setar, Kedah. Ciri pandang darat fizikal yang
terdapat di kawasan peta ialah sungai. Manakala ciri pandang darat budaya di Kawasan peta pula
adalah terdiri daripada jalan raya, petempatan, dan sekolah.

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan peta adalah terdiri daripada kawasan tanah
pamah yang rata. Kawasan tanah pamah digunakan untuk penempatan, pengangkutan dan
pertanian.Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pelaburan dan perniagaan.
Perkhidmatan yang diusahakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kewangan bandar.

Kawasan Alor Setar, Kedah menjadi kawasan tumpuan penduduk dan mempunyai pola
petempatan berpusat. Kawasan ini mempunyai pola petempatan berpusat. Kawasan ini
mempunyai kemudahan sosial seperti sekolah, klinik, balai polis dan pejabat pos.

HASIL KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem
pengangkutan awam di kawasan Alor Setar, Kedah.
Antara maklumat yang saya peroleh adalah :

JENIS PENGANGKUTAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Alor Setar, Kedah. Saya
dapati bahawa di kawasan ini menggunakan pengangkutan darat dan tertumpu
kepada pengangkutan awam, terutamanya bas.

Hal ini jelas dapat dilihat kerana kebanyakan penumpang yang ingin
pulang ke kampung memilih untuk menaiki bas untuk sampai ke destinasi.
Contohnya, pengangkutan bas dan kereta api.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet dan ibu bapa saya, saya telah
dapati faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah
bentuk muka bumi.

Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di Alor Setar, Kedah, dimana kawasan tersebut merupakan
kawasan bandar.Kawasan bandar membolehkkan salah satu pengangkutan awam
iaitu bas dapat diwujud bagi memudahkan penumpang untuk pergi ke destinasi
yang dituju.

Kemajuan teknologi juga merupakan faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam, dimana kawasan tersebut merupakan tempat tarikan utama di
Kedah. Kawasan tarikan utama membolehkkan pengangkutan awam seperti kereta
api diwujudkan untuk memudahkan dan menjimatkan masa penumpang yang ingin
pergi bekerja.

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet dan ibu bapa saya, saya
telah dapati kepentingan pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Mengurangkan kesesakan lalu lintas merupakan antara kepentingan
pengangkutan awam. Penggunaan sistem pengangkutan awam bersepadu
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya seperti bas dan teksi.

Selain itu, menggunakan pengangkutan awam juga dapat
mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam seperti
rel bersepadu dapat mengurangkan pembebasan asap kenderaan kerana
menggunakan tenaga elektrik seperti kereta api dan LRT.

KESAN NEGATIF SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, ibu bapa serta rakan, saya telah dapati
kesan negatif pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dapat menyebabkan kemalangan.

Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas dan teksi yang tidak
berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan keuntungan semata-mata, para pemandu bas akan
memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga
mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan
terjadi.

Selain itu, percemaran bunyi juga merupakan kesan negatif pengangkutan awam.
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan
mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan
lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu.
Contohnya, bunyi hon kereta.

CADANGAN

Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kemalangan ialah para
pemandu kenderaan awam seperti teksi dan bas perlu mengawal had laju
kenderaan. Mereka juga haruslah mengikuti setiap peraturan jalan raya supaya
keselamatan terjaga dan dapat mengelakkan kemalangan berlaku.

Selain itu, terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi
antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan,
menukar tekstur permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan,mengunakan
kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

RUMUSAN

Sesungguhnya kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian
ini, saya dapat megenal pasti tentang pengangkutan awam di kawasan kajian saya. Selain itu,
saya juga dapat mengetahui tentang faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam,
kepentingan juga kesannya.

Saya telah mengalami pengalaman yang berguna dalam pembelajaran Geografi
gengan mengunakan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan
kawasan kajian saya di laman sesawang. Saya juga telah mempelajari banyak ilmu baharu ketika
melakukan kajian ini.

Kawasan persekitaran di Alor Setar, Kedah, jika dibandingkan dengan kawasan-
kawasan yang kurang bernasib baik, kawasan di sini adalah jauh lebih bertuah kerana
mempunyai pengankutan awam yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta
penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan
tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mencemarkan persekitaran
kita. Kawasan tempat tinggal yang sempurna mencerminkan penduduknya yang sentiasa
menghargainya.


Click to View FlipBook Version