The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TENTANG KAWASAN PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najlauuv07, 2021-09-05 20:10:34

KAJIAN TENTANG KAWASAN PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

KAJIAN TENTANG KAWASAN PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LUMPUR

KAJIAN TENTANG KAWASAN PENGANGKUTAN
AWAM DI KUALA LUMPUR

TARIKH PERANCANGAN TUGASAN 2021
PERKARA CATATAN

27.6.2021 • PENETAPAN TAJUK
3.8.2021 • SENARAI PERANCANGAN TUGASAN 2021
17.8.2021 • OBJEKTIF KAJIAN
24.8.2021
• PENGHARGAAN
• PENDAHULUAN
• PETA LAKAR
• TAFSIRAN PETA LAKAR
• HASIL KAJIAN
• JENIS PENGANGKUTAN AWAM
• FAKTOR MEMPENGARUHI SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
• KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
• KESAN NEGATIF SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
• CADANGAN
• RUMUSAN

OBJEKTIF KAJIAN

vMenerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam.
vMenjelaskan latar belakang kawasan Kuala Lumpur.
vMenghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan

awam di Kuala Lumpur.
vMenghuraikan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam

terhadap alam sekitar dan manusia di Kuala Lumpur.
vMencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan

perkembangan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan
Ruzianah binti Abdul Hamid kerana telah membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang
penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada
beliau.

PENGHARGAAN

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu
Encik Mohd Rashidy bin Zulkifli dan Puan Yazihan binti Jusoh yang
memberi bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk
menjayakan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima
kasih kepada rakan saya, Nurul Iman binti Mohd Nazif kerana turut
sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja
lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada
responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam
borang temu bual.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Kuala
Lumpur. Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini
menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke
sesuatu tempat. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan
tempat laluan utama pengangkutan awam. Saya menjalankan kajian ini
selama empat minggu bermula pada bulan Ogos sehingga bulan
September. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu
persekolahan online. Manakala, penulisan laporan kerja juga dilakukan
selepas waktu persekolahan online.

PETA

MASJID
PETEMPATAN
JALAN RAYA

TAFSIRAN

Peta topografi menunjukkan kawasan Kuala Lumpur. Ciri pandangan darat
budaya yang terdapat di kawasan peta adalah terdiri daripada jalan raya,
petempatan, dan sekolah.

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan peta adalah terdiri
daripada kawasan tanah pamah yang rata. Kawasan tanah pamah
digunakan untuk penempatan, pengangkutan dan pertanian.

Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi ialah perkhidmatan pendidikan
dan kesihatan. Perkhidmatan yang diusahakan oleh kerajaan untuk
melahirakan generasi yang berilmu dan sihat.

Kawasan KLCC menjadi kawasan tumpuan penduduk dan mempunyai
pola petempatan berpusat. Kawasan ini mempunyai pola petempatan
berpusat. Kawasan ini mempunyai kemudahan sosial seperti sekolah,
klinik, balai polis dan pejabat pos.

HASIL KAJIAN

PENERANGAN BERKAITAN KAWASAN KAJIAN DI
KUALA LUMPUR

Saya telah menjalankan kajian berkaitan kawasan Kuala Lumpur.
Antara maklumat yang telah saya peroleh ialah:
JENIS PENGANGKUTAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan di Kuala Lumpur. Saya dapati bahawa di
kawasan ini menggunakan pengangkutan darat dan tertumpu kepada pengangkutan
awam, terutamanya kereta.
Hal ini jelas dapat dilihat kerana Kuala Lumpur merupakan tempat pekerjaan yang banyak
dan penduduk di Kuala Lumpur mahu pergi bekerja ketempat kerja mereka.
Contohnya : kereta, bas dan texi.

FAKTOR MEMPENGARUHI
Berdasarkan rujukan saya di pautan internet dan ibu bapa saya, saya telah dapati faktor yang
mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah bentuk muka bumi.
Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan
awam di Kuala Lumpur, dimana kawasan tersebut merupakan kawasan bandar.Kawasan
bandar membolehkkan salah satu pengangkutan awam iaitu bas dapat diwujud bagi
memudahkan penumpang untuk pergi ke destinasi yang dituju.
Kemajuan teknologi juga merupakan faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan
awam, dimana kawasan tersebut merupakan tempat tarikan utama di Kuala Lumpur.
Kawasan tarikan utama membolehkkan pengangkutan awam seperti kereta api diwujudkan
untuk memudahkan dan menjimatkan masa penumpang yang ingin pergi bekerja.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet dan ibu bapa saya, saya telah dapati
kepentingan pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
Mengurangkan kesesakan lalu lintas merupakan antara kepentingan pengangkutan
awam. Penggunaan sistem pengangkutan awam bersepadu dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya seperti bas dan teksi.
Selain itu, menggunakan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan pencemaran
udara. Penggunaan pengangkutan awam seperti rel bersepadu dapat mengurangkan
pembebasan asap kenderaan kerana menggunakan tenaga elektrik seperti kereta api
dan LRT.

KESAN NEGATIF SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Ø Pencemaran alam sekitar berlaku dan tidak dapat dielakkan. Pencemaran udara berlaku
dengan bertambah kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap dan gas-gas beracun.
Akibatnya kesihatan penduduk terjejas.

Ø Pertambahan kenderaan juga mengundang pencemaran bunyi. penduduk yang tinggal
berhampiran lampangan terbang terpaksa berhadapan dengan pencemaran ini.

CADANGAN

Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan pencemaran udara adalah dengan
mengunakan bahan bakar yang ramah lingkungan untuk kenderaan dan mengurangkan
kegunaan kenderaan,
Selain itu, terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah
penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur
permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan,mengunakan kawalan trafik agar
tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

RUMUSAN

Di kawasan kajian ini, iaitu Kuala Lumpur banyak berlaku kesan-kesan akibat
perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar. Tambahan lagi, Kuala Lumpur kini
sudah berkembang besar. Banyak kenderaan dan pengangkutan sama ada persendirian
atau pengangkutan awam. Jadi, orang ramai mudah untuk bergerak dari destinasi ke
destinasi yang lain. Namun begitu, akibat banyak berlaku kesan-kesan daripada
perkembangan tersebut terhadap alam sekitar. Kesannya ialah pencemaran udara,
pemanasan global dan kesesakan lalu lintas. Antara langkah untuk mengatasi masalah
tersebut ialah dengan berkongsi kenderaan, tidak menggunakan penghawa dingin dan
menggunakan kenderaan berpetrol tanpa plumbum. Oleh itu, dengan usaha-usaha
tersebut dapatlah kita mengekalkan alam sekitar yang nyaman dan bersih.


Click to View FlipBook Version