The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najlauuv07, 2021-09-01 04:25:02

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM DI
KAWASAN PETALING JAYA

MAZAYA NAJLA BINTI MOHD AZROL
2 IRSYAD

PERANCANGAN TUGASAN 2021

TARIKH PERKARA

27/7/2021 • Saya menetapkan penepatan tajuk dan
kawasan yang akan dikaji
3/8/2021
4/8/2021 • Saya menyenaraikan perancangan
5/8/2021 tugasan yang akan dilakukan.
16/8/2021
• Menentukan konsep pengangkutan

• Saya mula menulis penghargaan dan
pendahuluan berdasarkan kajian yang
dilakukan dengan bimbingan guru.

• Saya telah mencari gambar peta
kawasan kajian lapangan dan
melabelkan perkara-perkara yang
penting.

• Saya mentafsirkan peta kawasan kajian
lapangan yang dipilih.

• Saya menulis berkaitan pengangkutan
awam yang utama di kawasan pilihan
kajian saya berdasarkan maklumat yang
diperolehi melalui pautan internet.

PERANCANGAN TUGASAN 2021

TARIKH PERKARA

17/8/2021 Saya menyenaraikan faktor-faktor yang
19/8/2021 mempengaruhi pengangkutan awam di
kawasan kajian.
24/8/2021
26/8/2021 Berdasarkan faktor yang telah diberi, saya
28/8/2021 mula mencari maklumat mengenai
kepentingan penggunaan pengangkutan
awam di kawasan kajian.

Saya mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh penduduk sekitar daripada
pengangkutan awam ini.

Berdasarkan masalah yang telah dihadapi,
saya telah mencadangkan beberapa cara
untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Saya membuat rumusan akhir bagi
maklumat – maklumat yang telah
diperoleh secara atas talian

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah :

• Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam
• Menjelaskan latar belakang kawasan Petaling Jaya .
• Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan awam di Petaling

Jaya
• Menghuraikan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam di Petaling Jaya
• Mencadangkan langkah – langkah untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem

pengangkutan awam di Petaling Jaya

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyelesaikan Kajian tentang
Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Petaling Jaya pada tahun 2021 dengan jayanya. Saya
berharap tugasan kajian lapangan ini akan memberikan banyak manfaaat kepada semua orang
termasuk diri saya sendiri dalam menambah ilmu pengetahuan dan juga untuk digunakan pada masa
hadapan.

Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi
penghargaan kepada Puan Ruzianah Binti Abdul Hamid selaku guru Geografi saya kerana telah
memberikan bimbingan dan dorongan tentang cara-cara melakukan kajian lapangan dengan berjaya.
Beliau turut membantu menyemak maklumat yang dikaji dan membuat teguran agar memperoleh hasil
kajian yang cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda
Mohd Azrol bin Yahaya dan bonda Rohaya binti Shaffie kerana telah memberi sokongan sepanjang
saya menyelesaikan kajian lapangan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan – rakan kerana
banyak membantu dan memberi semangat. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak mampu untuk
menyelesaikan kajian lapangan ini.

Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Kajian Tentang Sistem Pengangkutan Awam dan saya
telah melakukan kajian ini di kawasan Petaling Jaya.

Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini mempunyai pelbagai
jenis pengangkutan awam yang bertepatan tajuk kajian lapangan ini. Selain itu, saya juga mempunyai
pelabgai maklumat mengenai kawasan ini, justeru ini memudahkan saya menyelesaikan kajian
lapangan ini.

Tempoh yang diberikan kepada saya adalah selama 4 minggu bermula 27 Julai 2021
sehingga 29 Ogos 2021. Saya telah menggunakan tempoh masa yang diberi dengan sebaiknya untuk
menyelesaikan tugasan ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah
memberi kerjasam dan membantu sepanjnag tempoh masa yang diberikan.

PETA LAKAR KAWASAN PETALING JAYA

PENTUJUK

TAFSIRAN PETA LAKAR

Peta menunjukkan kawasan Petaling Jaya. Ciri pandang darat fizikal terdapat di kawasan peta ialah sungai.
Manakala ciri pandang darat budaya di kawasan peta adalah terdiri dariapada jalan raya, petempatan,
pejabat pos, hospital, sekolah dan rumah ibadat seperti masjid.

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan peta ialah terdiri daripada kawasan tanah pamah
yang rata. Kawasan tanah pamah ini digunakan untuk penempatan dan pengangkutan. Kawasan tanah
tinggi pula terletak di sebelah timur laut peta yang dikenali sebagai Bukit Gasing. Kawasan tanah tinggi ini
adalah berhutan dan juga mempunyai penempatan yang mewah seperti kondominium dan rumah banglo.
Saliran utama di kawasan ini ialah Sungai Klang yang mengalir dari timur laut ke selatan peta.

Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi utama penduduk di kawasan ini ialah perindustrian,
perniagaan dan perdagangan. Terdapat pelbagai banyak kilang dan syarikat yang ditubuhkan di kawasan
ini. Pusat perdagangan di seksyen 52 dipenuhi dengan pejabat kerajaan, bank – bank dan sebagainya.
Rumah kedai dikenalpasti dengan banyak di kawasan petempatan tersebut.

HASIL KAJIAN

HASIL KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian berkaitan Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Petaling Jaya.

◦ Antara maklumat yang telah saya perolehi ialah :

JENIS PENGANGKUTAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Petaling Jaya, saya dapati bahawa di kawasan ini
menggunakan pengangkutan darat dan tertumpu kepada pengangkutan awam terutamanya bas dan
keretapi.

Hal ini jelas dapat dilihat kerana terdapat beberapa jenis bas yang digunakan di kawasan
tersebut seperti bas henti – henti (rapid) atau bas tambang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan
bas ini penting terutamanya kepada pelajar – pelajar untuk pergi ke sekolah setiap hari persekolahan.
Terdapat juga beberapa stesen keretapi yang dijadikan sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke mana –
mana dalam masa yang singkat.

Contohnya, Petaling Jaya ‘old town’ boleh menggunakan Komuter Pantai Dalam yang berada di
sebelah timur peta dan juga beberapa stesen bas di kawasan tersebut seperti Bus Stop Bhpetrol, Bus Stop
Jalan Puchong dan lain – lain lagi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN AWAM
DI KAWASAN PETALING JAYA

BENTUK MUKA BUMI

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, saya telah dapati antara faktor yang mempengaruhi
pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah bentuk muka bumi.

Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan
awam di Petaling Jaya di mana kawasan tersebut merupakan kawasan yang bertanah pamah.

Kawasan tanah pamah yang rata sesuai untuk pembinaan jaringan pengankutan seperti
keretapi yang banyak digunakan oleh penduduk dalam aktiviti seharian untuk menuju ke sesuatu
destinasi. Kawasan tanah pamah juga dapat mewujudkan jalan raya yang lurus yang dijadikan
sebagai jalan utama untuk bas – bas bergerak.

KEGIATAN EKONOMI

Selain itu, faktor yang mempegaruhi pengangkutan awam di kawasan Petaling Jaya ialah kegiatan
ekonomi yang giat dilakukan di kawasan tersebut.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan yang padat ini ialah perniagaan, perindustrian dan juga
perdagangan. kawasan ini telah menjadi tumpuan orang ramai yang inigin membeli keperluan harian
dan juga untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai.

Oleh itu, pengangkutan awam lebih banyak digunakan oleh penduduk setempat dalam
melakukan aktiviti harian mereka.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN
PETALING JAYA

MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS

Melalui maklumat yang saya peroleh atas talian, saya dapati bahawa pengangkutan awam di
kawasan kajian penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Hal ini kerana, kawasan kajian mempunyai penduduk yang padat dan mempunyai banyak
aktiviti- aktiviti kegiatan ekonomi di kawasan tersebut yang menjadi tumpuan orang ramai. Jadi,
penggunaan sistem pengangkutan awam dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

Contohnya penduduk boleh menggunakan keretapi atau bas yang disediakan di kawasan
sekitar untuk mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku.

MENJIMATKAN KOS

Selain itu, pengangkutan awam juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan kita. Kos menaiki
bas awam dan keretapi lebih murah jika dibandingkan apabila kita menggunakan kenderaan
sendiri.

Hal ini demikian kerana, apabila kita menggunakan pengangkutan awam kita tidak perlu
mengeluarkan duit untuk membayar tempat parkir kereta dan juga tol. Kos bahan api dan petrol
juga tidak perlu dibayar. Perkara ini telah menjimatkan banyak perbelanjaan rumah kita.

KESAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN PETALING
JAYA

PENCEMARAN BUNYI

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, antara kesan penggunaan pengangkutan awam di kawasan
ini adalah pencemaran bunyi.

Pengangkutan awam banyak dibangunkan atau digunakan di kawasan Petaling Jaya,
namun perkara ini juga telah menimbulkan masalah kepada penduduk kawasan sekitar. Perkara ini
dapat dilihat apabila pemandu bas mengeluarkan bunyi hon yang amat kuat di atas jalan raya dan
juga bunyi enjin daripada kereta api yang sangat bising.

Perkara ini telah mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu dan emosi juga
akan terganggu jika perkara ini berterusan.

PENCEMARAN UDARA

Pengangkutan awam juga meningkatkan pencemaran udara berlaku terutamanya kenderaan yang
menggunakan minyak diesel.

Penggunaan minyak diesel oleh kenderaan awam seperti bas telah mengeluarkan lebih
banyak asap berbanding kenderaan – kenderaan yang menggunakan minyak petrol.
Penyelenggaraan bas yang tidak baik juga menyebabkan bas mengeluarkan asap hitam daripada
ekzos.

Penggunaan minyak diesel mengeluarkan gas merbahaya yang menyebabkan udara
semakin tercemar. Perkara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk di situ semakin terjejas
dan mengalami masalah kesihatan seperti asthma.

CADANGAN MENGURANGKAN KESAN PENGANGKUTAN
AWAM DI PETALING JAYA

Di kawasan kajian yang dipilih oleh saya ini mempunyai masalah pencemaran bunyi yang
mengganggu ketenteraman penduduk. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa pengangkutan
awam yang mengeluarkan bunyi yang terlalu bising dikenakan tindakan undang – undang.

Selalunya, bunyi – bunyi yang tidak menyenangkan akibat daripada kenderaan
tersebut sudah lama tidak diselanggara. Hal ini penduduk di sekitar kawasan kediaman akan
berasa tidak tenang dan boleh menggangu emosi.

Masalah pencemaran ini merupakan satu kesalahan di sisi undang – undang. Menurut
Seksyen 23 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kita tidak boleh mengeluarkan bunyi yang
bising kecuali jika ada lessen.

Cara untuk mengelakkan pencemaran menjadi semakin kritikal, saya cadangkan
pemandu pengangkutan awam untuk menggunakan petroleum tanpa plumbum dan
penapis asap.

Hal ini dapat mengurangkan pelepasan asap yang merbahaya ke udara contohnya
pengangkutan awam seperti bas yang menggunakan minyak diesel.

Penapis asap yang boleh digunakan oleh pemandu adalah ‘Catalytic Converter’.

RUMUSAN

Saya telah menjalankan kajian tentang Pengangkutan Awam di kawasan Petaling Jaya. Kaijan ini dilakukan selama 5
minggu.Berdasarkan maklumat yang saya peroleh secara atas talian, kajian yang dilakukan di kawasan pilihan saya iaitu
Petaling Jaya telah banyak memberi pengetahuan yang amat berguna kepada saya.

Melalui kajian saya mengenal pasti jenis pengangkutan yang selalunya digunakan di kawasan ini adalah
keretapi dan bas. Antara faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan Petaling Jaya ialah bentuk muka
bumi iaitu berbentuk tanah pamah yang sesuai untuk pengangkutan darat. Kegiatan ekonomi antara factor yang
menyebabkan pengangkutan awam sering digunakan.

Saya juga dapat mengenal pasti kepentingan pengangkutan awam kepada penduduk kawasan kajian seperti
menjimatkan kos dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Namun begitu masih ada masalah – masalah yang dihadapi
daripada pengangkutan awam ini seperti pencemaran bunyi dan pencemaran udara. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan
yang telah saya kemukakan, antaranya mengenakan tindakan undang – undang kepada yang mengeluarkan bunyi yang
bising dan pengangkutan awam menggunakan petroleum tanpa plumbum dan penapis asap untuk mengelakkan
pencemaran udara.

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian lapangan ini. Walaupun hanya mencari
maklumat secara atas talian, saya sedar betapa pentingnya pengangkutan awam kepada penduduk di sesuatu tempat.
Saya harap maklumat yang diperoleh ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga orang lain.


Click to View FlipBook Version