BUKU PANDUAN KONVOKESYEN
10 MAC 2021 | AUDITORIUM CEMPAKA SARI
0
ISI KANDUNGAN M/S
1. ATUR CARA MAJLIS KONVOKESYEN 2
2. PERATURAN DAN SYARAT GRADUAN MENGHADIRI 3
MAJLIS KONVOKESYEN INSPEN
3. ETIKA PAKAIAN DAN TATA TERTIB UNTUK TETAMU GRADUAN 11
4. TATACARA PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN 14
5. TATACARA TUNTUTAN WANG HEMAT DIRI 16
6. TATACARA MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 17
7. SOP PENGANJURAN MAJLIS KONVOKESYEN 19
1
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 15
0900 : Ketibaan para Jemputan
1000 : Ketibaan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
1200 : Perarakan Masuk Graduan Ke Dewan
: Perarakan Masuk Pensyarah Pusat Akademik Ke Dewan
: Perarakan Masuk Ahli Lembaga Pengelola Akademik Ke Dewan
: Perarakan Masuk Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan
Harta Ke Dewan
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Perasmian Majlis Konvokesyen Ke - 15
Oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
: Penyampaian Sijil Penilaian Harta Tanah
: Penyampaian Sijil Pengurusan Harta Tanah
: Selingan 1 - Montaj
: Penyampaian Sijil Agensi Harta Tanah
: Selingan 2 - Klip Video
: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik
• Anugerah Pengarah INSPEN
• Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan
Harta
• Anugerah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan
Pengurus Harta
: Ucapan Wakil Graduan
: Pengumuman Penutupan Majlis Konvokesyen Ke - 15
Oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
: Nyanyian Lagu Rasmi Akademik
: Perarakan Keluar Dewan
: Bersurai
2
PERATURAN DAN SYARAT GRADUAN MENGHADIRI
MAJLIS KONVOKESYEN INSPEN
1.0 PERATURAN GRADUAN KE MAJLIS KONVOKESYEN
1.1 Sesi Taklimat Dan Raptai
1.1.1 Sesi taklimat dan raptai diadakan pada tarikh dan masa seperti yang
tercatat di surat jemputan graduan.
1.1.2 Semua graduan diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan raptai
ini.
1.1.3 INSPEN berhak menahan, menghalang atau melarang mana-mana
graduan yang tidak menghadiri sesi taklimat dan sesi raptai daripada
menyertai Majlis Konvokesyen INSPEN.
1.2 Majlis Konvokesyen
Majlis Konvokesyen akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan
sebagaimana yang tercatat di surat jemputan graduan.
1.2.1 Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua graduan. Graduan tidak
dibenarkan menangguhkan majlis ataupun mewakilkan kepada orang
lain bagi menghadiri majlis.
1.2.2 Semasa majlis sedang berlangsung, graduan diminta menghormati
majlis dengan tidak membuat bising.
1.2.3 Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-
barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat atau
sebagainya ke dalam Dewan Kovokesyen.
1.2.4 Graduan dikehendaki berada di dalam dewan sehingga majlis selesai
dan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.
3
1.3 Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen
1.3.1 Graduan dikehendaki berkumpul di foyer Auditorium Cempaka Sari
selewat-lewatnya pada jam 8.00 pagi untuk persiapan memakai
Pakaian Akademik dan perarakan graduan masuk ke Dewan
Konvokesyen.
1.3.2 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang
ditetapkan. Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk untuk
menyertai Majlis Konvokesyen.
1.3.3 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan daripada
pegawai/petugas semasa majlis berlangsung.
1.4 Cara Pengurniaan Sijil
1.4.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis
berlangsung akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa/urus
setia/petugas.
1.4.2 Graduan akan menerima ‘folder’ masing-masing secara individu di
atas pentas daripada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan
Harta.
2.0 SYARAT PENYERTAAN GRADUAN KE MAJLIS KONVOKESYEN
2.1 Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen INSPEN
2.1.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen INSPEN yang disertakan dengan surat jemputan.
2.1.2 Kegagalan menyerahkan semula Borang Pengesahan Kehadiran
Ke Majlis Konvokesyen INSPEN ini akan mengakibatkan graduan
tidak dapat menyertai majlis.
4
2.2 Kajian Pengesanan Graduan
2.2.1 Semua graduan diwajibkan melengkapkan Maklumat Kajian
Pengesanan Graduan melalui pautan yang dinyatakan dalam borang
semakan graduan.
2.2.2 Maklumat Kajian Pengesanan Graduan tersebut hendaklah diisi
dengan lengkap dan diserahkan seperti yang tercatat di surat jemputan
graduan.
2.2.3 Kegagalan menyerahkan Maklumat Kajian Pengesanan Graduan
dengan lengkap pada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan
graduan tidak dibenarkan berarak atau naik ke pentas untuk upacara
pengurniaan Sijil dan seterusnya, skrol/ transkrip Sijil Graduan ditahan.
2.3 Yuran Konvokesyen
2.3.1 Graduan adalah diwajibkan membayar yuran konvokesyen. Amaun
yuran konvokesyen yang perlu dijelaskan adalah sebagaimana yang
tercatat di surat jemputan graduan.
2.3.2 Graduan juga dikehendaki membuat bayaran fotografi sebagaimana
amaun yang dinyatakan dalam surat jemputan.
2.3.3 Graduan hendaklah mempastikan yuran Alumni telah pun dijelaskan.
2.3.4 Bayaran bagi yuran konvokesyen hendaklah dilakukan secara dalam
talian manakala bayaran fotografi boleh dibuat semasa
pendaftaran konvokesyen. Sila rujuk tatacara pembayaran di muka
surat 15.
2.3.5 Kegagalan pembayaran yuran konvokesyen ini akan mengakibatkan
graduan tidak dibenarkan berarak atau naik ke pentas untuk upacara
pengurniaan Sijil dan seterusnya skrol/ transkrip Sijil graduan ditahan.
5
3.0 PAKAIAN AKADEMIK KONVOKESYEN INSPEN
3.1 Pakaian Akademik bagi graduan hendaklah dipinjam daripada INSPEN untuk
dipakai ketika majlis konvokesyen dilangsungkan dan setiap set Pakaian
Akademik terdiri daripada:
Sehelai jubah (warna hijau)
Sehelai ‘hood’ (warna mengikut program pengajian)
3.2 Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran konvokesyen sebelum
meminjam Pakaian Akademik. Resit/kupon rasmi yang membuktikan
bahawa bayaran konvokesyen telah dijelaskan akan dikeluarkan dan
hendaklah disimpan oleh graduan sebagai bukti pembayaran. Begitu juga
dengan bayaran pakej fotografi konvokesyen, resit/ kupon rasmi akan
dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.
3.2.1 Graduan diminta memastikan Pakaian Akademik yang diterima berada
dalam keadaan baik, lengkap dan sempurna.
3.2.2 Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubah suai mana-mana
bahagian Pakaian Akademik yang dipinjam.
3.2.3 Urusan peminjaman Pakaian Akademik adalah bertempat di Kaunter
Bilik Jubah, Blok Perpustakaan, INSPEN pada tarikh dan masa yang
ditetapkan sebagaimana yang tercatat di surat jemputan graduan.
3.2.4 Pakaian Akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula
pada hari Majlis Konvokesyen sebelum jam 4.00 petang di Kaunter
Jubah.
3.2.5 Pihak INSPEN tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan
atau kehilangan Pakaian Akademik yang dipinjam oleh graduan.
6
3.2.6 Jika Pakaian Akademik yang dipinjam itu rosak, tidak
dikembalikan/hilang atau lewat dikembalikan, bayaran akan dikenakan
berdasarkan ketetapan oleh pihak INSPEN. Sijil Konvokesyen dan
transkrip graduan tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut
dijelaskan.
4.0 PENGAMBILAN SIJIL KONVOKESYEN DAN TRANSKRIP AKADEMIK
4.1 Graduan boleh mengambil Sijil Konvokesyen dan transkrip masing-masing
pada hari Majlis Konvokesyen sebelum jam 4.00 petang di kaunter Pusat
Akademik tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah:
4.1.1 Graduan telah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.
4.1.2 Graduan telah menjelaskan segala hutang yuran pengajian semua
semester (jika ada).
4.1.3 Graduan telah memulangkan buku-buku yang dipinjam dari
Perpustakaan INSPEN.
4.1.4 Graduan telah memulangkan barang-barang atau peralatan-peralatan
yang dipinjam dari mana-mana bahagian/ jabatan di INSPEN.
4.1.5 Graduan telah memulangkan Maklumat Kajian Pengesanan Graduan
yang lengkap diisi.
4.1.6 Graduan telah memulangkan Pakaian Akademik yang dipinjam untuk
majlis konvokesyen dalam keadaan yang baik, sempurna dan lengkap.
7
4.1.7 Graduan telah menjelaskan segala bayaran atau denda yang telah
dikenakan dengan mengemukakan bukti bayaran.
5.0 KAD JEMPUTAN/PAS MASUK UNTUK TETAMU GRADUAN
5.1 Berdasarkan garis panduan oleh Kerajaan yang menghadkan bilangan
kehadiran dalam sesuatu majlis, pihak INSPEN hanya memberikan satu (1)
kad jemputan/pas masuk untuk seorang (1) orang tetamu graduan sepenuh
masa yang berumur 15 tahun ke atas dan satu (1) keping pelekat kenderaan
bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. Manakala graduan separuh masa tidak
dibenarkan membawa tetamu masuk ke dewan konvokesyen.
5.1.1 Graduan diminta mengingatkan tetamu masing-masing agar
membawa bersama kad jemputan/pas masuk tersebut bagi
membolehkan mereka memasuki Dewan Konvokesyen.
5.1.2 Graduan juga diminta mengingatkan tetamu masing-masing agar
mempamirkan pelekat kenderaan yang dibekalkan. Hanya kenderaan
yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja dibenarkan meletak
kenderaan di tempat yang disediakan oleh INSPEN. Sila patuhi
arahan/tunjuk arah yang diberikan.
5.1.3 INSPEN tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan/pas
masuk dan pelekat kenderaan yang telah diedarkan dan pas
masuk/pelekat kenderaan yang hilang tidak akan diganti.
5.1.4 Graduan diminta memaklumkan kepada tetamu masing-masing agar
berpakaian rasmi dan kemas seperti yang ditetapkan.
8
6.0 ETIKA PAKAIAN DAN TATA TERTIB UNTUK TETAMU GRADUAN
6.1 Pakaian tetamu lelaki:
i) Kebangsaan, atau
ii) Batik, atau
iii) ‘Lounge Suit’, atau
iv) Pakaian rasmi yang sesuai (seluar ‘jeans’ seluar pendek,
selipar/sandal dan kemeja ‘T’ /round neck shirt tidak dibenarkan).
6.2 Pakaian tetamu wanita:
i) Kebangsaan, atau
ii) Pakaian rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ singkat
atas paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, selipar/sandal dan kemeja ‘T’
/round neck shirt tidak dibenarkan).
6.3 Semasa majlis sedang berlangsung, tetamu diminta menghormati majlis
dengan tidak membuat bising. Tetamu dikehendaki berada di dalam dewan
sehingga majlis selesai dan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis
sedang berlangsung.
6.4 Tetamu di bawah umur 15 tahun, kamera dan perakam video tidak
dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan semasa Majlis Konvokesyen
dilangsungkan. Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam
keadaan ‘silent mode’.
9
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Sila rujuk “ Peraturan Dan Syarat Graduan Menghadiri Majlis
Konvokesyen INSPEN” ini semasa menghadiri sesi taklimat
konvokesyen.
7.2 Untuk sebarang pertanyaan mengenai majlis konvokesyen, sila hubungi
pegawai di Unit Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik seperti berikut :
Puan Faridah binti Ab Rahman 03-8911 8622 ( [email protected]
) 03-89118800 ext.2029
Encik Zulyhamli bin Moh
([email protected])
7.3 Graduan juga boleh melayari laman web di www.inspen.gov.my untuk
maklumat lanjut.
“ADALAH DIHARAPKAN PARA GRADUAN MEMBERI KERJASAMA
MEMATUHI ATUR CARA DAN MAKLUMAT KONVOKESYEN INI BAGI
MEMASTIKAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENILAIAN NEGARA
(INSPEN) BERJALAN DENGAN LANCAR”.
10
ETIKA BERPAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
1. Sesi Taklimat dan Raptai
Pakaian ketika sesi taklimat dan raptai hendaklah kemas dan sopan serta
bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
Semua graduan dilarang memakai seluar ‘jeans’, seluar pendek,
selipar/sandal dan kemeja ‘T’ (round neck shirt).
2. Majlis Konvokesyen
2.1 Graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam
majlis itu, mematuhi arahan berpakaian seperti yang ditetapkan.
2.2 Pakaian dan rupa diri graduan lelaki:
a) Graduan dimestikan memakai kemeja lengan panjang warna
putih/cerah, bertali leher (warna biru), berseluar panjang (warna
hitam/gelap), berkasut kulit dan berstoking warna hitam berserta
dengan Pakaian Akademik. Pakaian Akademik akan disediakan
oleh INSPEN.
b) Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.
c) Graduan lelaki yang beragama Sikh dibenarkan memakai turban
warna hitam sahaja.
d) Graduan TIDAK dibenarkan:
Memakai ‘bow tie’
Memakai subang telinga/hidung/bibir, gelang tangan, rantai
leher atau apa jua barang perhiasan diri yang bertentangan
dengan jantina
Berambut panjang/berekor (mencecah kolar baju)
Memakai selipar, sandal atau kasut sukan
11
Memakai seluar jeans atau seluar pendek
2.3 Pakaian dan rupa diri graduan wanita:
a) Graduan dimestikan mengenakan pakaian baju kurung atau
pakaian labuh berserta dengan Pakaian Akademik. Kadar labuh
kain ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan tidak berbelah
di kiri dan kanan atau di depan dan belakang. Baju hendaklah
tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan
belakang serta berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
Pakaian Akademik akan disediakan oleh INSPEN.
b) Pakaian daripada kain jenis jarang (nipis) adalah dilarang.
c) Pakaian berbentuk seluar adalah tidak dibenarkan.
d) Dikehendaki memakai kasut kulit berwarna gelap dan bertutup
penuh yang menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit
kaki (cover shoes). Selipar, kasut sukan ataupun ‘sandle’ tidak
dibenarkan sama sekali.
e) Bagi yang berambut panjang, dimestikan mengikat rambut dengan
kemas.
f) Bagi yang memakai tudung kepala, dimestikan menggunakan
tudung kepala warna putih/cream sahaja supaya mudah
disesuaikan dengan Pakaian Akademik.
g) Graduan TIDAK dibenarkan:
Memakai pakaian yang menutup muka (purdah)
Mengenakan skirt singkat atas paras lutut, skirt yang berbelah
terlalu tinggi, seluar ketat, baju tanpa lengan dan apa jua
pakaian yang menjolok mata
Memakai kasut yang terbuka di belakang/kasut tumit tinggi
ketinggian melebihi 1½ inci
Memakai pakaian berwarna seperti berikut:
- Biru DiRaja
- Kuning DiRaja
12
- Putih Sedondon
- Sedondon (dari jenis kain songket)
h) Pemakaian barang kemas yang berlebihan tidak digalakkan.
2.4 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi. Graduan diingatkan
supaya mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti dinyatakan
di atas. Para graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian boleh
hadir ke majlis tetapi tidak akan dibenarkan berarak atau naik ke
pentas untuk upacara pengurniaan Sijil.
PERINGATAN
GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN ETIKA BERPAKAIAN
YANG DITETAPKAN, JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN
INSTITUT MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN
GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN
13
TATACARA PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN
Bagi pelajar yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen Ke – 15 INSPEN, anda
dikehendaki untuk membuat pembayaran yuran konvokesyen secara ATAS
TALIAN.
Berikut merupakan maklumat penting bagi pembayaran yuran secara atas talian:
Nama Bank Affin Islamic Bank Berhad
Nombor Akaun 1059 9004 0172
Nama Pemilik Akaun Akauntan Negara Malaysia - Selangor T
Maklumat bayaran yang perlu diisi semasa melakukan transaksi adalah
seperti berikut
KONVO DAN PROGRAM
Recipient Reference Contoh: KONVOSPHT
Payment Details KONVOSPGT
KONVOCEAEXEC
KONVOCEAPER
NAMA PENUH
(Pelajar diminta menggunakan singkatan jika
aksara tidak mencukupi)
Contoh: Muhammad Iqbal bin
Abdul Aziz Singkatan : M.Iqbal
A.Aziz
PERHATIAN:
1. Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara dalam talian. Pembayaran
melalui Mesin Tunai Deposit adalah TIDAK DIBENARKAN.
2. Pelajar DIWAJIBKAN untuk mengemukakan bukti pembayaran PADA ATAU
14
SEBELUM 1 MAC 2021 di pautan berikut
https://forms.gle/jVLWnUFXG6Y79XqJ6
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan resit rasmi pembayaran tidak
dapat dikeluarkan oleh pihak INSPEN. Resit rasmi hanya akan dikeluarkan oleh
Unit Kewangan INSPEN kepada pelajar setelah mendapat pengesahan daripada
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor.
YURAN KONVOKESYEN
Jumlah yuran konvokesyen yang WAJIB dibayar oleh semua graduan adalah
RM50.00
TEMPOH PEMBAYARAN
Tempoh pembayaran yuran pendaftaran secara dalam talian adalah SEBELUM
ATAU PADA 1 MAC 2021. Sekiranya yuran konvokesyen gagal dibayar
menjelang 1 Mac 2021, nama anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN sebagai
peserta konvokesyen.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, saudara/saudari
boleh menghubungi pegawai Pusat Akademik seperti berikut:
Pn. Faridah binti Ab. Rahman – 03 89118622 (DL)
Pn. Nur Athirra binti Mohamad Rozi – 03 8911 8627 (DL)
En. Zulyhamli bin Moh – 03 8911 8600 (ext. 2037)
*Sila imbas QR Code di bawah untuk pengesahan kehadiran dan muat naik bukti
pembayaran
15
TATACARA TUNTUTAN WANG HEMAT DIRI
1. Para Graduan - Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah
dan Sijil Agensi Harta Tanah (Sepenuh Masa) dikehendaki mengembalikan
dokumen tuntutan wang hemat diri seperti berikut :
1.1 Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
1.2 Salinan penyata akaun bank atau maklumat akaun; dan
1.3 Resit asal yuran hemat diri semasa pendaftaran masuk INSPEN.
2. Sekiranya berlaku kehilangan resit asal yuran hemat diri, para graduan
perlulah:
2.1 Membuat akuan bersumpah kehilangan resit yuran di Pejabat Akuan
Sumpah/Pejabat Pesuruhjaya Sumpah yang berdekatan.
2.2 Resit yuran/surat akaun sumpah hendaklah dikemukakan yang asal.
3. Dokumen Tuntutan Wang Hemat Diri hendaklah dihantar terus kepada Unit
Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik, INSPEN. Hanya dokumen yang lengkap
sahaja akan diproses untuk bayaran wang hemat diri pelajar. Pembayaran
ini akan dibuat/diproses selepas majlis konvokesyen.
4. Sebarang pertanyaan para graduan boleh merujuk kepada pegawai berikut :
16
Puan Faridah binti Ab Rahman 03-8911 8622
Puan Nur Athirra binti Mohd Rozi 03-8911 1193
Encik Zulyhamli bin Moh
03-8911 8800 (ext. 2029)
TATACARA MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DI SISTEM
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG I)
1. Bagi melancarkan proses konvokesyen, para graduan dikehendaki menjawab
soal selidik Kajian Pengesanan Graduan dan MENCETAK Slip Pengesahan
Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. Sistem Kajian
Pengesanan Graduan (SKPG I) telah dibuka oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 20 Oktober 2020 secara berperingkat
dan hendaklah diisi sebelum 28 Februari 2021.
2. Graduan DIWAJIBKAN mengisi Kajian Pengesanan Graduan tersebut.
Kegagalan mengisi kajian dan mengemukakan Slip Pengesahan Kajian akan
menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN mendaftar pinjaman jubah
graduan atau menghadiri majlis konvokesyen.
3. Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I:
i. Layari laman rasmi SKPG I di pautan http://graduan.mohe.gov.my (tanpa
tambahan perkataan lain selepas .my)
ii. Seterusnya, sila klik butang Log Masuk Graduan dan pilih Institut
Penilaian Negara
iii. Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut:
17
No. KP : 790912016655 (masukkan nombor sahaja tanpa - )
Nama Institusi : Institut Penilaian Negara
iv. Sila klik Hantar/ Submit
v. Setelah selesai mengisi kajian, sila cetak Slip Pengesahan Kajian dan
kemukakan semasa proses pengambilan jubah.
4. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga perlu menjawab soal
selidik tersebut dan perlu menyerahkan Slip Pengesahan Kajian semasa
mengambil skrol dan transkrip rasmi.
5. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan Kajian Pengesanan Graduan, sila e-
mel kan kepada [email protected] atau pegawai berikut:
i. En. Mokhtar bin Omar: 03-8911 8710 / [email protected]
ii. Cik Nurul Naziha Akma binti Mawati: 03-8911 8600 ext. 1137 /
[email protected]
Sekian, terima kasih.
Pusat Akademik
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Kementerian Kewangan Malaysia
18
19
20