PARADIGMA SOSIAL 2022 COPYRIGHT ©Hakcipta Terpelihara 2022 Institut Sosial Malaysia Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Sosial Malaysia. Pendapat dan pandangan penulis tidak semestinya mewakili pendapat dan pandangan Institut Sosial Malaysia. Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dikemukakan kepada: Kluster Repositori dan Dokumentasi Institut Sosial Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lot PT 13856, KM 6 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban Sungai Besi 57100 Kuala Lumpur Tel: 03-7985 3333 Faks: 03-7985 3300 Emel: [email protected] Web: www.ism.gov.my
PENASIHAT YBrs. Dr. Faridah Awang TIMBALAN PENASIHAT Encik Mohamad Hanapi bin Mohammad Hanipah KETUA EDITOR Hamidah Hassan PENYELARAS Sarimah Ahmad SIDANG PENGARANG Nurulhuda Ismail Renugah Rengasamy Aqlam Jafri Farhana Mursyida Bakar @ Ayob Nur Farahiah Azmi Fatihah Alias Rozbizah Abd. Aziz Nor ‘Ashikin Abdull Razak Nur Mustaqim Jamalludin Hamidah Hassan Abdul Rahim Abd. Jalil Norailis Ab. Wahab PARADIGMA SOSIAL 2022 SIDANG ISI KANDUNGAN EDITORIAL TINTA KETUA EDITOR MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDAN BULI SIBER REMAJA oleh Nurulhuda Ismail 1 2 CYBERMANIA DI KALANGAN PELAJAR MALAYSIA oleh Renugah Rengasamy 6 KESIHATAN MENTAL GURU WANITA SEMASA COVID-19 oleh Farhana Mursyida Bakar@Ayob 12 KESAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK oleh Fatihah Alias 17 PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN oleh Nor ‘Ashikin Abdull Razak 21 FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA KEGANASAN RUMAH TANGGA oleh Rozbizah Abd. Aziz 24 CABARAN IBU TUNGGAL OKU BEKERJAYA oleh Hamidah Hassan 31 WANITA SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI oleh Abdul Rahim Abd. Jalil & Norailis Ab. Wahab 38 LANGKAH MENGEKANG KEGANASAN RUMAH TANGGA KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) oleh Nur Mustaqim Jamalludin 27 KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK SEMASA PANDEMIK COVID-19 oleh Renugah Rengasamy & Nur Farahiah Azmi 15 oleh Aqlam Jafri 8 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI MALAYSIA: PENGARUH DAN IMPLIKASINYA KEPADA MASYARAKAT
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadarat Allah SWT, atas keizinanNya jua maka terbitlah Paradigma Sosial 2022. Wabak Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berlarutan dalam tempoh dua tahun dari 2021 dan 2022. Ramai yang terkesan tanpa mengira latar belakang dan kumpulan. B40, T20, usahawan, pekerja bahkan yang duduk di rumah juga turut merasakan kesannya. Paradigma Sosial kali ini menyajikan artikel-artikel pilihan untuk santapan bacaan separa akademik kepada pembaca bagi keluaran tahun 2022. Topik berkaitan Buli siber, tekanan mental guru, ibu bapa dan kanak-kanak begitu ketara dalam tempoh ini. Selain itu topik kes keganasan rumah tangga, dasar wanita dalam pembuat keputusan, penggunaan media sosial yang tidak terkawal juga dikongsikan dalam bacaan kali ini. Program bakul makanan dan cabaran ibu tunggal OKU berkerjaya sebagai santapan ilmu baru disediakan untuk kelainan bahan bacaan kepada khalayak pembaca. Semoga dengan terhasilnya Paradigma Sosial 2022 ini dapatlah dijadikan sebagai sumber rujukan dan inspirasi kepada semua lapisan dalam mendalami isu-isu sosial dan memperkasakan institusi keluarga di Malaysia. Masyarakat juga diharapkan dapat lebih memahami isu-isu sosial yang berlaku di situasi semasa negara. Bersama kita bertanggungjawab membina dan menyebarkan kesedaran serta menggarap peradaban ilmu dalam mensejahterakan masyarakat. Tahniah Institut Sosial Malaysia dan seluruh Jawatankuasa Sidang Pengarang atas inisiatif penerbitan Paradigma Sosial 2022 ini. Selamat meneroka isu sosial semasa dan semoga mendapat manfaat. #Ilmu Sejahterakan Masyarakat. Hamidah Hassan PARADIGMA SOSIAL 2022 1 TINTA KETUA EDITOR Salam
Pengenalan Pada masa kini masyarakat mempunyai akses tanpa sempadan terhadap teknologi maklumat yang berasaskan komunikasi seperti emel, blog, telefon selular dan jaringan sosial. Perkembangan teknologi yang semakin meluas mewujudkan satu isu besar iaitu buli siber (cyberbullying) kepada para pengguna terutamanya kepada golongan remaja. Perbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang dengan menggunakan kemudahan komunikasi menggunakan teknologi seperti teks, chatting, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet (Majlis Keselamatan Negara, 2021). Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (CSM) menyatakan kes buli siber di Malaysia berada pada tahap serius pada ketika ini. Ia menjadi ancaman berikutan perlakuan buli siber ini boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa kawalan pada alam internet. Laporan UNICEF (2020) mencatatkan Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia pada 2020. Berdasarkan statistik pada tahun 2020 didapati bahawa 90% remaja berisiko menjadi mangsa buli siber di Malaysia. CSM turut mengesan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 (Berita Harian, Jan 2018). 2010 dalam Che Awang & Alavi (2019) turut menyatakan bahawa buli siber terjadi dengan penggunaan komunikasi yang berasaskan 2 PARADIGMA SOSIAL 2022 teknologi tinggi yang merangkumi emel, telefon, mesej segera dan jaringan sosial untuk bertujuan membuat gangguan atau ugutan terhadap seseorang individu secara atas talian. Kebiasaannya, para pengguna media sosial sering mendapat kandungan mesej dari seseorang yang tidak dikenali yang bertujuan untuk melukakan atau menghina sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang. Penyalahgunaan media sosial Penyalahgunaan media sosial sering menimbulkan kes gangguan buli siber terutamanya dalam kalangan remaja dan pelajar. Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej segera dan jaringan sosial yang bertujuan menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian (Che Noh Che Hasniza, 2018). Berdasarkan Illani (2021) dinyatakan bahawa daripada 25 negara yang dikaji, Malaysia berada di tangga yang ke-6 tertinggi dalam kes buli siber. Dapat dikatakan bahawa kes buli siber berlaku di Malaysia setiap hari tetapi banyak yang tidak melaporkannya kerana proses birokrasi dan pelaksanaan tindakan undang-undang yang mengambil tempoh yang panjang. Perlakuan buli siber ini akan memberi kesan yang sangat negatif kepada mangsa terutamanya dari segi emosi. Ini akan mempengaruhi emosi mangsa seperti berasa malu, tertekan dan Nurulhuda Binti Ismail Institut Sosial Malaysia MEDIA SOSIAL BULI SIBER REMAJA SEBAGAI MEDAN SEBAGAI MEDAN
rendah diri sehingga boleh menyebabkan mereka mengalami kemarahan, ketakutan, kemurungan dan kesedihan. Mangsa tidak kenal individu yang membuli kerana “anonymity” disediakan melalui internet (Amiruddin Abdul Wahab, 2019). Menurut Hoff & Mitchell (2009) pengaruh emosi untuk kemarahan mencatatkan peratusan yang paling tinggi dan diikuti oleh kemurungan, kesedihan dan ketakutan. Mangsa yang mengalami gangguan emosi akan menyebabkan kemarahan yang tinggi di dalam diri seseorang sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi lebih mementingkan diri sendiri, mengancam dan suka bersendirian. Buli siber sangat mudah untuk dilakukan tanpa perlu untuk mengetahui latar belakang mangsa dan sukar untuk mengetahui siapa pelakunya. Selain itu, penyebaran maklumat peribadi mangsa seperti gambar kepada khalayak ramai boleh berlaku dengan pantas dan sukar untuk dihapuskan jika tiada ilmu teknologi maklumat. Ini akan menimbulkan kebimbangan kerana boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada mangsa merangkumi emosi, fizikal dan psikologi. Kesan Buli Siber Buli Siber boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada mangsa antaranya ialah dari segi emosi, fizikal dan psikologi. Dalam kajian Amat (2016) turut menyatakan bahawa ini boleh memberi impak jangka panjang kepada mangsa yang meliputi pembelajaran, sosial dan emosi. Perlakuan buli siber ini bukan hanya tertumpu kepada remaja malah orang dewasa turut mengalaminya sehingga menyebabkan mereka terlalu beremosi seterusnya menjejaskan hubungan interpersonal dalam komuniti. i. Impak ke atas emosi Impak ke atas emosi adalah antara kesan yang paling buruk (Che Awang & Alavi, 2019). Pelakuan buli siber menyebabkan mangsa berhadapan dengan masalah gangguan emosi seperti hilang selera makan, depresi, insomnia (gangguan tidur) sehingga berlaku gangguan pada perhubungan sosial mangsa. Apabila perlakuan ini berterusan, ia mengakibatkan tekanan dan gangguan kesihatan bukan sahaja psikologi, kognitif dan fizikal kendiri mangsa. Remaja yang menghadapi buli siber ini akan menyebabkan mereka cenderung untuk menyalahkan diri sendiri, cepat marah dan kemurungan (Che Awang & Alavi, 2019). Kesan emosi yang teruk mampu membuatkan pembunuhan karakter mangsa (Thomas, 2010). Pelbagai kajian menggariskan tanda-tanda gangguan kesihatan mental dalam kalangan mangsa buli siber, antaranya menurut Thomas (2010) dalam Che Hasniza Che Yusof (2018) tanda-tanda kegelisahan, kemurungan, kesukaran untuk meluahkan perasaan dan mengalami kesukaran untuk bersosial. Manakala melalui kajian yang dilakukan oleh Abdullah (2019), antara kesan buli siber terhadap emosi adalah mangsa sentiasa berasa diri terancam dan keresahan yang tinggi serta mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan diri samada daripada pembuli atau daripada komuniti. ii. Impak fizikal Buli Siber turut memberi kesan dari segi fizikal kepada mangsa. Remaja yang menjadi mangsa buli siber akan mengalami kesukaran untuk tidur, hilang selera makan malah turut menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Selain itu, buli siber ini turut menjejaskan penampilan diri mangsa akibat daripada gangguan tidur dan hilang selera makan yang mereka hadapi. Menurut Didden et al (2009) berpendapat bahawa mangsa buli akan mengabaikan penampilan mereka dari segi pemakaian untuk mengelakkan diri mereka menjadi perhatian orang ramai. Kebanyakan daripada mangsa buli siber memilih untuk tidak mengemaskan penampilan mereka untuk mengelak daripada menjadi perhatian orang ramai. Ada juga mangsa buli yang ekstrem telah memilih jalan dengan mencederakan diri sendiri dengan melakukan cubaan membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan tomohan yang diberikan. Terdapat satu kajian kes yang berlaku kepada seorang gadis bernama Rebecca Sedwick berumur 12 tahun yang tinggal di Crystal Lake, Florida telah mengambil langkah mudah dengan membunuh dirinya selepas di buli oleh temannya sendiri di media sosial (Parzi, 2015). Kajian ini turut menggariskan beberapa penemuan kesan fizikal akibat buli siber, iaitu mangsa tidak kisah mengenai penampilan kendiri, timbul lingkaran hitam bawah mata, keguguran rambut, penyusutan beran badan dan terdapat tanda-tanda mangsa mencederakan diri sendiri. Berdasarkan kelima-lima kesan ini, mangsa akan berusaha untuk menyembunyikan diri mereka dari masyarakat berikutan terbelenggu dengan PARADIGMA SOSIAL 2022 3
perlakuan buli dan hanya memikirkan cara untuk mengelak dari menghadapinya. iii. Impak psikologi Buli siber turut memberi kesan dari aspek psikologi kepada remaja yang menjadi mangsa buli siber. Remaja adalah kelompok sosial yang baru matang untuk mengenali arus dunia sebenar dan kebanyakan mereka sukar untuk mengawal emosi sekiranya menghadapi kecaman dari orang luar. Buli siber sukar untuk dikawal dan akan menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan, merasa harga diri mereka hancur, mengasingkan diri dari sosial dan prestasi kesihatan akan menurun. Ada juga daripada mangsa buli siber tersebut mengalami kebimbangan, kemurungan, pasca trauma dan insomnia yang teruk sehingga menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan (Abdullah, 2019). Mangsa buli siber dalam kalangan remaja lebih cenderung dua kali ganda untuk membunuh diri kerana gagal mengawal perasaan mereka. Kebanyakan daripada mereka mencederakan diri mereka dengan memotong, memukul kepala dan diri mereka sendiri. Mereka juga terdedah dengan melakukan penyalahgunaan bahan-bahan yang merbahaya dengan alasan untuk menghilangkan kesakitan psikologi yang mereka hadapi. Sebagai contoh, seorang artis korea yang bernama Choi Jin Ri (Sulli) telah menggantung dirinya kerana mengalami tekanan yang serius kesan daripada perlakuan buli siber yang dia hadapi (Abdullah, 2019). Rumusan dan Cadangan Penemuan Pelbagai cadangan diketengahkan oleh kajian-kajian yang dipetik bagi penghasilan artikel ini berkaitan pengurangan impak emosi, fizikal dan psikologi mangsa buli siber. Semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam mencegah penularan buli siber dalam kalangan remaja. Ibu bapa, pengajar atau pendidik adalah tunggak utama pembimbing dalam mencegah buli siber serta memupuk tingkah laku positif dalam komunikasi dan interaksi atas talian atau media sosial. Sistem sokongan sangat penting kepada mangsa buli siber. Sistem sokongan ibu bapa dan keluarga perlu diperkukuhkan. Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak-anak adalah faktor signifikan kepada pembangunan perhubungan dan komunikasi sosial anak-anak. 4 PARADIGMA SOSIAL 2022 Bimbingan, pemantauan pada penggunaan internet boleh meringankan gejala awal sekiranya berlaku perilaku buli siber. Semakan dan pemeriksaan kandungan isi kandung laman web yang dilayari oleh anak-anak juga antara langkah menangani penularan buli siber (Amat & Shafie 2016). Peranan pendidik adalah sebagai pembimbing dalam usaha mengurangi tekanan yang dihadapi oleh remaja dengan berjumpa kaunselor dan menceritakan masalah yang mereka hadapi sekiranya terdapat kekangan peranan ibu bapa dalam kendiri remaja tersebut. Mendidik generasi hari ini adalah sangat kritikal kerana mereka yang akan membentuk normal sosial serta menjadi pemimpin akan datang. Penutup Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa mangsa buli siber akan berhadapan pelbagai risiko yang merangkumi dari segi emosi, fizikal dan psikologi. Buli siber merupakan satu jenayah yang berasaskan teknologi dan mampu membunuh seseorang secara senyap maka pihak berwajib harus mengambil langkah dalam menangani masalah ini. Para pengguna siber seharusnya bijak dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang keselamatan siber supaya maklumat peribadi serta kesejahteraan emosi kendiri di media sosial dapat dipelihara dan dilindungi sewajarnya. Buat refleksi diri dan jadilah pengguna media sosial serta teknologi yang bijak dan sentiasa manfaatkan ke arah yang positif.
Rujukan Abdullah, & S, A. (2019). Peminat Berduka Artis K Pop, Sulli Mati Akibat Depresi. . https://www. sinarharian.com.my/article/52109/HIBURAN/Peminat-berduka-artis-K-Pop-Sulli-mati-akibat-depresi. Amat, S, Bin Shafie, H, A. A., Amat, & I, M. (2016). Kesan Intervensi Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif ( Cbt ) terhadap Mangsa Buli = The Impact of Group Counseling Intervention Cognitive Behaviour Therapy (Cbt) towards Bully Victims. يرقبعلا ةلجم ةفاقثلا ةيمالسإلا و ةيناسنإلا ,7(7), 133–146. . https:/ /doi.org/10.12816/0029929. Che Awang, S, Alavi, & K. (2019). Buli Siber: Impak Emosi Dalam Kalangan Pelajar Ukm. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 1(4), 83–94. melalui laman web . https:// umtjur.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/141/2019/12/83-94.pdf pada tarikh 13 April 2022. Che Noh, C. H. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia. . Universiti Malaysia Terengganu. Didden, R, Scholte, J, R. H., Korzilius, H, De Moor, Lancioni, H, J. M., Vermeulen, A, O’Reilly, Lang, R, & E, G. (2009). Cyberbullying among students with intellectual and developmental disability in special education settings. Developmental Neurorehabilitation, 12(3), 146–151. . https:/ /doi.org/10.1080/17518420902971356. Hoff, L, D., Mitchell, & N, S. (2009). Cyberbullying: Causes, effects, and remedies. Journal of Educational Administration, 47(5), 652–665. . https://doi.org/10.1108/09578230910981107. https://www.unicef.org pada 13 April 2022. (2020). Laporan Unicef Tahun 2020. Illani, & R. (2021). Malaysia Mengungguli Carta Top 10 Buli Siber Dunia. . https://iluminasi.com/ bm/bagaimana-buli-siber-di-malaysia-ke-6-tertinggi-di-dunia.html. Majlis Keselamatan Negara. (2021). Buli Siber. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/04/23/buli-siber/ pada 13 April 2022. Parzi, A, A., & N, M. (2015). Remaja Terpengaruh Media Sosial. . https://www.bharian.com.my/bhplusold/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-sosial. PARADIGMA SOSIAL 2022 5
Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah lanskap cara manusia berkomunikasi dalam mendepani era globalisasi. Internet kini boleh dicapai melalui pelbagai medium seperti komputer, telefon pintar dan tablet. Malahan ia digunakan secara meluas di pelbagai sektor antaranya pendidikan, hiburan, kesihatan dan juga perbankan. Maka, jaringan internet menjadikan ianya mudah diakses pada bila-bila masa tanpa mengira lokasi oleh semua lapisan umur. Internet telah menjadi salah satu keperluan wajib dalam kehidupan harian bagi semua lapisan masyarakat (Hakim, Junaidun, Fadzil, & Ishar, 2021). Gen Y dan Z melihat internet sebagai satu keperluan wajib dan teknologi bukanlah sesuatu yang asing buat mereka. Namun, dengan ledakan maklumat tanpa had ini boleh menyebabkan seseorang menjadi leka dan alpa dengan kandungan di dalam internet. Tidak dinafikan, dengan internet penyampaian maklumat menjadi lebih cepat tanpa mengira masa dengan menjadikan dunia tanpa sempadan. Penggunaan internet yang kerap boleh mengubah corak hidup seseorang serta mempengaruhi tingkah laku dan emosi seseorang tidak kira umur mahupun bangsa. Pengguna internet akan berasa seronok, leka dalam menggunakan internet serta cenderung untuk menghabiskan masa yang lama. Perasaan marah atau gelisah akan mula timbul apabila tidak dapat menggunakan internet dan ini 6 PARADIGMA SOSIAL 2022 merupakan simptom awal ketagihan yang ditunjukkan oleh pengguna. Maka, pengguna internet dengan mudah boleh menyalahgunakan internet bagi tujuan yang tidak sihat. Terdapat pelbagai jenis kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet seperti jenayah siber, buli siber, penggodaman yang dilakukan oleh pengguna apabila tiada kawalan dan batasan dalam menggunakan internet. Fenomena Cybermania Fenomena cybermania bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya juga dikenali sebagai ketagihan internet (Al-Harbi, Al-Mehsin, Al-Rababaah, & Ibrahim, 2021) di kalangan kita. Cybermania atau ketagihan internet merupakan penggunaan internet secara berlebihan yang boleh membahayakan diri serta boleh mengubah kehidupan seseorang sekiranya tidak terkawal. Malah, ia juga dirujuk sebagai penyakit sosial yang boleh membawa kepada kehancuran institusi keluarga, kestabilan emosi, kesejahteraan psikologi dan juga dan kecuaian tanggungjawab terhadap keluarga (Ahmed & Santos, 2019). Cybermania ini juga mengakibatkan masalah sosial dan psikologi antaranya kebimbingan dan stres terlampau dalam kalangan pengguna (Ahmed & Santos, 2019; ALHarbi et al., 2021). Impak Pandemik COVID-19 Penularan pandemik COVID-19 yang bermula lewat tahun 2019 telah menyaksikan Renugah Rengasamy Institut Sosial Malaysia CYBERMANIA PELAJAR MALAYSIA DI KALANGAN
rombakan drastik kepada rutin harian manusia di seluruh dunia (Mustaffa, 2020). Hampir kesemua sektor telah digantung operasi bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat. Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia juga menyaksikan penutupan semua institusi pendidikan awam mahupun swasta dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dimulakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan ketika musim pandemik. Justeru, penggunaan internet didapati meningkat dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah mahupun universiti bagi menyelesaikan tugasan dalam format digital (Hakim et al., 2021; Talha, 2020). Penyalahgunaan internet atau ketagihan internet boleh menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan internet, kurang bersosial, dan didapati mempengaruhi gaya pembelajaran serta kehilangan daya fokus dalam pembelajaran. Tambahan pula, bilangan jangkitan dan juga angka kematian akibat COVID-19 semakin meningkat dari hari ke hari. Jelas pandemik COVID-19 mempunyai impak kepada perkembangan sosial dan emosi para pelajar. Fenomena cybermania turut menyumbang kepada kecelaruan minda dan akhlak pelajar yang ternyata berpunca daripada internet. Maka, kesemua pihak tanpa mengira kepentingan perlu bekerjasama dan responsif dalam menangani isu khususnya sosial dan psikologi yang boleh menyumbang kepada masalah yang lebih kritikal seperti insomnia dan kemurungan sekiranya tidak ditangani di peringkat awal (Partinen et al., 2021). Pihak berkuasa, sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu dalam menyediakan langkah proaktif bagi menangani kesan pandemik di kalangan pelajar. Antara langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan adalah seperti berikut (Al-Harbi et al., 2021): i. Mengadakan sesi kaunseling bagi para pelajar yang terjejas; ii. Menyediakan pusat pemulihan dan bimbingan bagi membina keyakinan diri; dan iii. Menjalankan program kesedaran mengenai cybermania; Rujukan H, A. L. H. B., A, A.-M. S., K, A.-R. J., & A, I. K. (2021). The Predictive Ability of Social Anxiety within Internet Addiction among University Students. . Journal of Education and e-Learning Research. Kajian Kes Impak Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Penduduk Malaysia. . (n.d.). Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/ Newsletter%202020/DOSM_BPPD_1-2020_Siri-17.pdf M, H. N. A., A, J. N., M, F. N. S., & M, I. M. I. (2021). Persepsi Pengguna Internet di Malaysia Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. N, M. (2020). Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik Covid-19 Dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). S, A., Santos, & G, M. (2019). Cyber mania secondary to Internet addiction: A brief review on co-occurrence of behavioral addiction and bipolar disorder-dual diagnosis. Eurasian Journal of Medicine and Oncology. Sleep and circadian problems during the coronavirus disease 2019 (COVID‐19) pandemic: the International COVID‐19 Sleep Study (ICOSS). (2021). Journal of Sleep Research, 30(1), e13206. PARADIGMA SOSIAL 2022 7
Pengenalan Menurut Zakaria & Khalid (2016) penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semakin ketara masa ini. Ia merupakan satu anjakan paradigma dalam dunia era digital. Perkembangan teknologi komunikasi ini membolehkan individu berkomunikasi dengan hanya menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Media sosial menyediakan pelbagai kemudahan untuk berkongsi pengalaman kehidupan seharian, berkongsi perasaan, video, gambar atau menjadi diari alam maya. Laman sosial juga membolehkan para remaja menambah kenalan tanpa had dan sempadan. Ia juga membolehkan maklumat tersebar dengan lebih pantas dan meluas tanpa ada batasan di ruang siber. Namun penggunaan tanpa batasan turut juga meningkatkan kesan negatif terhadap semua lapisan masyarakat terutamanya sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP). Sejauhmana pengguna menerima dan memahami isu pengawasan melalui aplikasi media sosial ini membawa kesan yang positif dan negatif dalam kehidupan harian. Justeru tujuan artikel ini adalah untuk mengetengahkan tentang bahaya penggunaan media sosial yang tidak terkawal dalam kalangan golongan dewasa dan perkaitan punca tekanan dan gangguan kesihatan mental. Latar Belakang Penularan wabak COVID-19 mula dikesan di 8 PARADIGMA SOSIAL 2022 Malaysia pada 17 Mac 2020. Kerajaan telah melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak ini. Dalam kajian Hamidi (2020) turut menyatakan bahawa PKP ini bermaksud lockdown atau perintah berkurung yang tidak membenarkan rakyat untuk melakukan sebarang aktiviti luaran dan pergerakan dihadkan hanya untuk membeli barang keperluan. Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia semakin bertambah sehingga mencatatkan hampir 10 ribu kes dalam masa sehari menyebabkan kerajaan terpaksa menjalankan PKP 3.0. Pengisytiharaan lockdown yang berpanjangan akan memberi impak negatif yang besar terutamanya kepada ekonomi negara. Malah rakyat turut terbeban dengan PKP yang dilaksanakan seperti tiada penghujungnya. Kebanyakan pendapatan rakyat seperti peniaga kecil, pemandu teksi, pemandu e-hailing dan pekerjaan yang bergantung kepada pendapatan harian terjejas teruk. Bebanan kewangan dan hutang yang ditanggung oleh rakyat menjadi punca utama kepada pergolakan dan perbalahan rumah tangga. Selain itu, kesihatan mental rakyat Malaysia turut terjejas terutamanya kepada mereka yang aktif mendapatkan maklumat isu semasa sehingga menyebabkan mereka mengalami kerisauan yang melampau membawa kepada anxiety. Pelaksanaan PKP turut mendorong rakyat lebih memilih gajet dan internet screen time memenuhi masa sepanjang berada di rumah. Penggunaan gajet dan screen time yang Aqlam Jafri Institut Sosial Malaysia PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI MALAYSIA: PENGARUH DAN IMPLIKASINYA KEPADA MASYARAKAT
berlebihan menyebabkan seseorang individu terdedah dengan kemurungan. Ini adalah kerana mereka akan melihat perbandingan seperti kemewahan yang dimiliki orang lain dan mula berasa tertekan dan gelisah kerana tidak memiliki kehidupan seperti itu. Pandemik COVID-19 membawa amalan baharu secara dalam talian dan dalam kehidupan. Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini semasa tempoh PKP. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari tahun 2020. Peningkatan penggunaan media sosial adalah berikutan keadaan semasa negara berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan masyarakat hanya duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesan penggunaan media sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan kepada pengguna Penggunaan media sosial semasa PKP boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pengguna itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial turut mendatangkan kesan positif sekiranya digunakan secara bermanfaat dan bijak. Tetapi ia sering dilihat dari sisi negatif khususnya kepada golongan belia semasa tempoh pendemik COVID-19. Terdapat 3 kesan penggunaan media sosial semasa PKP antaranya ialah kes bunuh diri meningkat, penyebaran berita palsu yang berleluasa dan kes perceraian. i. Tekanan Kehidupan Meningkat Media sosial berfungsi sebagai satu platform untuk berkongsi segala gambar atau video kepada orang ramai. Ini adalah salah satu punca yang mendorong kepada peningkatan tekanan kehidupan. Tertekan atau iri hati dengan kemewahan orang lain. Di dalam Miscon, (2020) pada 18 November 2020, majoriti rakyat malaysia mengalami beban hutang yang tinggi sepanjang tempoh PKP akibat hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji dan masa bekerja dipendekkan. Kesan daripada beban kewangan yang mereka hadapi mencetuskan masalah dalam institusi kekeluargaan. Ini turut menjadi penyumbang utama kesihatan seseorang individu terutamanya para ibu bapa tertekan dengan isu-isu kehidupan sepanjang tempoh PKP. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 Mac hingga 30 Oktober 2020 sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh PKP. Pengarah pengurusan, CP Dato Ramli Haji Din turut menyatakan 25 peratus daripada kes bunuh diri yang direkodkan adalah berpunca dari beban hutang yang di hadapi sepanjang tempoh PKP ini. ii. Penyebaran Berita Palsu Berleluasa Seterusnya, penggunaan media sosial semasa PKP boleh menyebabkan penularan berita palsu. Perkongsian pantas ini mengakibatkan kesahihan satu-satu berita yang dikongsikan. Ini adalah kerana rata-rata mereka banyak menghabiskan masa dengan gajet sepanjang tempoh PKP. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengalami masalah dari segi infodemik berhubung dengan wabak COVID-19 sepanjang tempoh ini. Situasi ini berlaku kerana terlalu ramai pengguna media sosial menyebarkan berita yang tidak tepat. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam Mohd Nasaruddin Parzi (2020) menyatakan bahawa penyebaran berita palsu berkait dengan virus COVID-19 tersebar lebih pantas berbanding dengan penularan wabak ini. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu, fitnah dan menghasut orang ramai melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh PKP, banyak berlaku penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat melibatkan maklumat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (Mokhtar 2020). Kesan daripada penyebaran berita palsu ini boleh mengakibatkan kebimbangan rakyat sehingga mewujudkan “panic buying” kerana bimbang bekalan makanan tidak mencukupi sekiranya PKP ini berterusan. Selain itu, terdapat juga penyebaran berita palsu berkaitan dengan vaksin COVID-19 sehingga menyebabkan rakyat berasa takut untuk mengambil vaksin tersebut. Ini menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak ini. PARADIGMA SOSIAL 2022 9
iii. Kes Perceraian Sepanjang tempoh PKP 1.0 dan 2.0 dilaksanakan, golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) telah menjadi penyumbang terbesar kepada kes penceraian (Rizanizam, 2021). Statistik menunjukkan bahawa masalah kewangan menjadi faktor utama perceraian dalam masa yang sama penggunaan media sosial tanpa batasan turut menyumbang kepada perceraian. Kajian Zolkiply (2018) turut menyatakan majoriti pengguna media sosial yang menggunakan aplikasi Facebook dan WhatsApp berpotensi untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka. Di dalam Adnan (2020) menyatakan penggunaan internet telah meningkat sebanyak 23.5 peratus pada minggu pertama PKP dan meningkat lagi sebanyak 8.6 peratus pada minggu kedua. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia memilih menghabiskan masa sepanjang tempoh ini dengan melayari internet. Didapati juga kebanyakan pengguna media sosial memilih untuk mencari kawan atas talian kerana mengisi masa semasa PKP. Kecurangan mereka bermula dengan hubungan biasa kepada hubungan yang lebih mesra kemudian mencetuskan keraguan antara pasangan. Ada juga daripada mereka memilih medium media sosial sebagai tempat untuk melepaskan atau melegakan segala tekanan rumahtangga yang dihadapi. Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh mendatangkan hubungan yang tidak sihat dalam sesebuah hubungan. Tindakan seperti memuat naik status dan gambar yang tidak bersesuaian untuk tatapan orang lain menimbulkan fitnah serta perbalahan suami isteri. Mereka perlu bijak dalam mengehadkan penggunaan media sosial agar dapat mengurangkan masalah salah fahama antara pasangan yang akhirnya membawa kepada perceraian. iv. Pengawasan ibubapa terhadap anak lemah Penggunaan internet sepanjang tempoh penularan wabak covid-19 dan ketika pelaksanaan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lepas mula mencetuskan masalah sosial baru iaitu ketagihan internet dalam kalangan anggota masyarakat. Lebih membimbangkan apabila ia membabitkan golongan remaja dan kanak-kanak. Kesedaran ibu bapa atau penjaga menggunakan perisian kawalan bagi mengawal penggunaan peranti dan internet dalam 10 PARADIGMA SOSIAL 2022 kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 34.4 peratus. Statistik kawalan keseluruhan oleh ibu bapa didapati menurun daripada 62.4 peratus pada 2018 kepada 53.4 peratus pada 2020. Ini menunjukkan ibu bapa semakin cuai dan kurang memberi perhatian terhadap aktiviti harian anak-anak, khususnya ketika melayari internet. Kajian ini merumuskan pandemik COVID-19 dan arahan kekal di rumah secara tidak langsung mengakibatkan masa kanak-kanak dan remaja di internet meningkat secara mendadak. Peningkatan kadar penggunaan internet tidaklah mengejutkan kerana dalam tempoh pandemik pelajar sekolah, misalnya terpaksa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian di samping golongan remaja berkomunikasi dengan rakan serta ahli keluarga yang lain melalui pelbagai platform media sosial. Namun, apa yang membimbangkan ialah peningkatan kadar penggunaan internet ini tidak selari dengan peningkatan tahap kawalan daripada ibu bapa. Ini menyebabkan anak-anak menggunakan internet tanpa kawalan sehingga mula menjadi ketagih termasuk ada yang menjadi mangsa buli siber serta mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti jenayah siber yang lain. Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah menggunakan aplikasi kawalan secara percuma atau berbayar dalam talian yang membolehkan ibu bapa memantau, mengawal dan mengawasi kandungan yang dilayari oleh anak adalah selamat. Melalui kaedah ini ibu bapa dapat menyaring dan menyekat akses kepada kandungan yang tidak sesuai pada peranti internet anak. Amalan kawalan keselamatan seperti ini amat penting bagi melindungi anak-anak dalam era dunia tanpa sempadan pada era ini. Ibu bapa juga bertanggungjawab mendidik anak mereka berkaitan keselamatan dan etika ketika melayari internet. Penutup Media sosial merupakan satu medium yang sangat penting dan boleh mendatangkan banyak kelebihan kepada para pengguna media sosial sekiranya mereka bijak menggunakannya ke arah yang baik. Para pengguna boleh menggunakan platform media sosial untuk meminta bantuan daripada orang ramai sepanjang tempoh PKP ini. Mengikut trend masa kini, pengguna
menggunakan media sosial untuk membantu orang lain sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keadaan sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial haruslah digunakan secara berhati-hati dan menggunakan pemantauan bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk berlaku. Rakyat Malaysia haruslah menjadi pengguna yang bijak dan berhemah untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi yang ada. Dalam masa yang sama mengekang penularan berita palsu dan maklumat yang tidak tepat. Perbuatan menyebarkan berita palsu secara tidak terkawal akan mendatangkan impak yang sangat besar serta menyumbang kepada kesan buruk dalam masyarakat. Rujukan A, M. N. (2020). Covid-19: Prp Tangkis 205 Berita Palsu. . https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2020/04/680020/covid-19-prp-tangkis-205-berita-palsu. A, Z. N., & F, K. (2016). Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Tmk ) dalam Pembelajaran. Pendidikan Abad Ke-21: Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Serta Cabarannya, January, 88–101. Berita Harian. (2021). Malaysia ada 28 juta pengguna media sosial. https://www.bharian.com.my/ bisnes/teknologi/2021/09/867407/malaysia-ada-28-juta-pengguna-media-sosial. I, Z. Z. (2018). WhatsApp dan Fb Punca Ramai Nak Cerai! . https:/ /www.hmetro.com.my/utama/2018/01/305050/whatsapp-dan-fb-punca-ramai-nak-cerai. M, R. (2021). Talak Pkp’: Kumpulan B40 Paling Ramai. . https://www.melakahariini.my/talak-pkpkumpulan-b40-paling-ramai-140-daftar-cerai-februari-lalu/. M, S. H. N. (2021). Pengawasan ibu bapa lemah ketika pandemik . https://www.hmetro.com.my/ rencana/2021/10/770399/pengawasan-ibu-bapa-lemah-ketika-pandemik. Parzi, M. N., & S, N. A. (2020). Berita Palsu Lebih Pantas Merebak Berbanding Virus - Dr Noor Hisham.https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2020/06/699194/berita-palsu-lebih-pantas-merebak-berbanding-virus-dr-noor-hisham. S, A. A. (2020). Pkp: Penggunaan Internet Meningkat, Kelajuan Menurun. . https://www. bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674880/pkppenggunaan-internet-meningkat-kelajuan-menurun. Z, H. A. (2020). “Lockdown”: Kesannya Kepada Rakyar Dan Negara, Bersediakah Kita? . https:// umno-online.my/2020/03/27/lockdown-kesannya-kepada-rakyat-dan-negara-bersediakah-kita/. Z, M. S. N. (2020). 266 Kes Bunuh Diri Semasa Pkp, Faktor Tertinggi Disebabkan Beban Hutang. . https://malaysiadateline.com/266-kes-bunuh-dirisemasa-pkp-faktor-tertinggi-disebabkan-beban-hutang/. PARADIGMA SOSIAL 2022 11
Pengenalan Guru merupakan seorang tenaga pendidik profesional yang mendidik, mengajar, melatih serta membimbing pelajar. Dalam dunia yang semakin mencabar guru perlu berani meneroka pelbagai cabang ilmu serta mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Menurut Ching (2015), sebagai guru mereka harus membentuk dan membangunkan pengalaman serta pentaksiran era digital. Guru merupakan antara figura yang menjadi perhatian bukan sahaja pelajar bahkan masyarakat setempat. Gaya kepimpinan dan tingkah laku guru sering menjadi perhatian di media sosial. Zaman yang serba mencabar ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kerjaya sebagai pendidik. Namun, pelbagai kisah terpampang di media sosial mengenai guru yang mengalami gangguan emosi dan tekanan perasaan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi pelbagai kesan kepada mental, emosi dan perhubungan baik dirinya sendiri ataupun individu lain di sekelilingnya. Menurut Anuar, M.F & Husin, N (2019), faktor tekanan emosi yang dialami oleh guru menyebabkan seseorang individu tersebut mengambil keputusan untuk meninggalkan profesion. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku tekanan emosi dalam kalangan guru. Antara faktor tersebut ialah beban tugas, masalah kesihatan dan masalah disiplin guru itu sendiri (Anuar, M.F & Husin, N 2019). Sejak dunia dilanda pandemik covid-19, 12 PARADIGMA SOSIAL 2022 ramai yang terkesan tidak terkecuali kerjaya sebagai guru. Kerajaan telah mengeluarkan beberapa arahan dalam usaha untuk mengekang virus tersebut daripada terus merebak. Antara arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran menerusi dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pada awal fasa PdPR dilaksanakan, bukan sahaja guru dan pelajar masih mempelajari proses PdPR tetapi masyarakat juga masih cuba memahami bagaimana proses tersebut berlangsung. Menurut Awani ( 16 Julai 2021) guru perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik untuk menarik perhatian pelajar ketika sesi PdPR berlangsung. Menurut laporan dalam Berita Harian ( 16 November 2021), guru mengalami kelesuan dan tekanan akibat daripada bebanan tugas ketika PdPR, kebanyakan ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mengajar anak mereka kepada guru. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi guru. Guru bukan sahaja perlu menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran dan pengajaran tetapi turut dibebankan dengan tugas yang tidak berkaitan. Latar Belakang Guru merupakan antara insan yang memikul amanah yang cukup mencabar untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan berjaya. Mengikut statistik bilangan keseluruhan guru di Malaysia pada tahun 2020 ialah seramai 416,743 orang mencakupi di peringkat menengah dan Farhana Mursyida binti Bakar @ Ayob Institut Sosial Malaysia KESIHATAN SEMASA COVID-19 GURU WANITA MENTAL
mereka perlu memastikan keperluan anak mencukupi. Situasi tersebut berbeza jika guru berada di sekolah anak-anak akan dihantar ke taska atau rumah pengasuh. Dilema Guru Wanita Sepanjang Pandemik i. Guru wanita sebagai ibu dan isteri Perubahan proses pengajaran dan pembelajaran secara mendadak telah memberi impak kepada semua ahli akademik terutamanya guru wanita. Perubahan yang berlaku menyebabkan kesulitan kepada guru wanita membahagikan masa di rumah menguruskan pekerjaan dan urusan anak-anak. Menurut Firdaus (2019), bekerja di rumah boleh menyebabkan tekanan dan emosi mereka terganggu kerana perlu menguruskan anak-anak sambil bekerja. Guru-guru yang mempunyai anak terutamanya anak-anak kecil akan berasa sedikit tertekan kerana mengalami gangguan semasa sesi PdPR atau ketika hadir mesyuarat. Anak kecil memerlukan perhatian sepanjang masa, perkara ini menjadi semakin rumit apabila suami atau ahli keluarga lain tidak membantu dan tidak memahami kelesuan maya dan fizikal yang dialami oleh isteri. Di samping itu, terdapat juga majikan yang tidak memahami situasi guru wanita dan memberikan bebanan tugas yang banyak kepada mereka. Hakikat bekerja dari rumah bukanlah seindah realiti, konflik peranan oleh guru wanita memberi kesan kepada emosi mereka. Apabila rendah. Menurut Mehat, N et al (2021), berdasarkan Statistik Pendidikan Malaysia, peratusan guru wanita semakin meningkat, manakala peratusan guru lelaki adalah semakin menurun. Jumlah guru wanita melebihi jumlah guru lelaki menyebabkan bebanan tugas yang dipikul oleh guru wanita juga semakin mencabar. Umum mengetahui, peranan wanita sangat luas, dalam norma budaya dan masyarakat tugas wanita yang bekerja tidak hanya tertumpu di tempat kerja sahaja malahan mereka perlu memberikan sepenuh perhatian dalam pengurusan rumah tangga. Perkara ini secara tidak langsung memberi tekanan yang tinggi kepada guru wanita. Di Malaysia juga tidak terkecuali apabila berlaku peningkatan isu-isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat (Sundarasen, 2020). Bagi wanita terutamanya guru yang mempunyai tanggungjawab yang besar di sekolah serta memegang amanah ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya, sedangkan tugas mereka tidak hanya di sekolah bahkan tugasan serta peranan di rumah turut di galas bahu mereka. Menurut Muhd Hashim, N & Syed Mohamad, S.Z (2005) wanita dan keluarga merupakan hubungan yang rapat tidak dapat dipisahkan. Apabila seseorang wanita tersebut bekerja bermakna pelbagai peranan dan tugas dipikul dalam masa yang sama oleh wanita tersebut. Bagi memastikan semua peranan berjalan dengan baik, wanita perlu bijak mengawal emosi serta membahagikan masa antara satu sama lain agar semua peranan tersebut berjaya dilaksanakan dengan baik. Namun, ahli keluarga terutamanya suami perlu juga memainkan peranan sebagai ketua keluarga bagi memastikan emosi isteri bekerja berada dalam keadaan stabil dan sejahtera. Saling membantu merupakan amalan penting suami isteri. Suami perlu membantu isteri untuk menguruskan rumah tangga. Seperti kita sedia maklum, bagi mengekang penularan covid-19 kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan PdPR semenjak 9 November 2020. Semua institusi pendidikan awam dan swasta ditutup, langkah ini diambil bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19 (Rosli, 2021). Ekoran pengumuman tersebut guru merupakan antara profesion yang terlibat, malahan mereka perlu memainkan peranan sebagai guru, ibu dan isteri dalam masa yang sama. Hal ini kerana, apabila sesi PdPR berlangsung dari rumah, PARADIGMA SOSIAL 2022 13
emosi tertekan peranan yang mereka jalankan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Bekerja dari rumah juga boleh memberi kesan kepada emosi atau kesihatan mental guru kerana tugas guru tidak akan pernah selesai meskipun cuti persekolahan berlangsung (Bahtiar, 2020). ii. Guru wanita dalam mengendalikan kelas secara atas talian Kegagalan menguasai komunikasi yang berkesan akan mengakibatkan sistem penyampaian, perkongsian dan perbincangan maklumat kepada pelajar menjadi kurang jelas serta bercelaru. Menurut Febrina (2020), guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu penyampaian yang baik agar, jelas dan telus. Ini dapat memastikan agar penyampaian tersebut dapat diterima oleh pelajar dan tidak disalah tafsir. Perkara ini menyebabkan ramai guru tertekan dan perlu mempelajari perkara baru seiring dengan kemajuan teknologi. Tambahan pula,kaedah pembelajaran melalui secara dalam talian tidak sama seperti penyampaian secara bersemuka. Pembelajaran secara dalam talian mempunyai limitasi dan guru perlu lebih kreatif untuk menarik perhatian pelajar. Rujukan G, F. A. (2019). Kesimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan: Realiti atau Fantasi). Hamzah , I. N. S., & Mahamod , Z. (2021). Strategi Pengajaran Dalam Talian Yang Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Sekolah Rendah. . Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.11. Kalam , A., & Banu, H. (2016). Pengaruh Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah laku Disiplin Murid Sekolah di Lembah Klang. . Universiti Putra Malaysia. Kamarudin , K. (2007). Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah. . Jurnal Kemanusiaan. Vol. 10. Mohd Nasir, N. (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDpR) : Suatu Pemerhatian Awal. . Malaysian Journal of Social Sciences And Humanities. Vol.6. Muhd Hashim, Nurhidayah, Syed Mohamad, & Syarifah Zahrah. (2005). Cabaran wanita bekerjaya dalam pembentukan keluarga Hadhari. . pp. 19-29. ISSN 1823-6146. Zainol, H., & Ghani , M. Z. (2012). Tekanan Emosi Guru Pendidikan Khas di Sekolah Intergrasi. . Jounal of Special Needs Educations.Vol.2. 14 PARADIGMA SOSIAL 2022 Menurut Amatan (2019), masalah penyampaian serta komunikasi menyebabkan berlakunya salah faham di antara guru dan pelajar. Pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru mereka. Oleh sebab itu, guru perlu bijak mengambil inisiatif yang terbaik untuk menarik fokus pelajar ketika sesi pembelajaran berlangsung. Ini untuk memastikan agar ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar secara optimum. Kesimpulan Menangani isu kesihatan mental dalam kalangan guru wanita ini menuntut agar pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing. Majikan dan keluarga juga perlu melihat secara telus agar isu inix tidak menjejaskan kesihatan mental dalam kalangan guru wanita. Bebanan tugas yang ditanggung oleh guru wanita perlu diteliti semula agar emosi mereka terpelihara dan memastikan tugas dan peranan mereka dapat dilaksanakan dengan baik. Polisi bagi menangani bebanan tugas juga perlu diwujudkan agar kesihatan mental rakyat Malaysia berada dalam keadaan terpelihara.
Pengenalan Kanak-kanak di Malaysia merupakan individu yang berumur 18 tahun dan ke bawah (Akta Kanak-Kanak 2001). Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak 9.3 juta (28.5%) daripada jumlah populasi sebanyak 32.6 juta orang. Kanak-kanak merupakan bakal peneraju sesebuah negara, maka perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat adalah penting bagi menjamin tumbesaran yang sihat dan sempurna. Justeru, sokongan ibu bapa penting dalam membentuk peribadi serta membantu kanak-kanak mencapai potensi diri sepenuhnya apabila mereka dewasa (Anuar, 2016). Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Di samping itu, kanak-kanak perlu mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi, ini adalah kerana potensi dan keyakinan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut boleh membantu mereka di masa hadapan. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak berusia 5-15 tahun dari 13% pada tahun 1996 kepada 20% pada tahun 2011 (Sahril, Ahmad, Idris, Sooryanarayana, & Abd Razak, 2021) dan pada tahun 2019, hampir setengah juta kanak-kanak kini didapati berdepan dengan masalah kesihatan mental (Shukor, Tajudin, & Syukran, 2021). Dunia dikejutkan dengan penularan pandemik COVID-19 pada lewat tahun 2019 di Wuhan, China (Mustaffa, 2020) yang kemudian telah merebak ke seluruh dunia. Ekoran daripada itu, sektor pendidikan di seluruh dunia telah ditutup sebagai salah satu langkah bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan pelajar (Rosli, 2021). Di Malaysia pula, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyumbang kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang telah dilaksanakan bermula 9 November 2020 sehingga hujung penggal persekolahan bagi tahun 2020 (Ibrahim, 2020). Kanak-kanak merupakan golongan yang paling kurang berisiko dijangkiti COVID-19, namun mereka lebih terjejas dari segi sosioemosi dan psikososial (Ab Razak & Aziz, 2020; Junaidi, Ali, & Mamat, 2020) dan seterusnya menjejaskan fokus kanak-kanak terhadap pembelajaran (Phelps & Sperry, 2020). Selain itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak juga didapati tidak diberi perhatian. Kebanyakan institusi pendidikan terlepas pandang dalam menyediakan sokongan dan panduan kesihatan mental semasa pandemik (Phelps & Sperry, 2020). Tinjauan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) World Vision mendapati 19% daripada kanak-kanak mengalami stres teruk dan 5% menghadapi masalah Renugah Rengasamy Institut Sosial Malaysia Nur Farahiah Azmi Universiti Malaysia Kelantan KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK COVID-19 KANAK-KANAK KESIHATAN MENTAL PARADIGMA SOSIAL 2022 15
mental semasa PKP akibat COVID-19. Perubahan kaedah pembelajaran melalui PdPR secara mendadak telah memberi impak kepada semua khususnya kanak-kanak (Ab Razak & Aziz, 2020) di mana pelajar terpaksa berada di dalam rumah lebih lama. Kajian dalam kalangan 983 pelajar di Malaysia, didapati sebanyak 20.4%, 6.6% dan 2.8% pelajar mengalami kebimbangan di tahap minima kepada sederhana, sederhana teruk dan sangat teruk semasa dalam tempoh PKP (Mustaffa, 2020). Bebanan tugasan, kesukaran memahami modul pembelajaran dan peralihan interaksi secara verbal kepada medium online telah mengakibatkan stres kepada pelajar serta memberi kesan psikologi seperti ketakutan, kebimbingan dan kebosanan (Irawan, Dwisona, & Lestari, 2020). Amalan penjarakan sosial telah menyekat kanak-kanak daripada berinteraksi, bersosial dan bermain bersama kawan dan kesannya kanak-kanak mengalami tekanan, kemurungan, kebosanan (Ab Razak & Aziz, 2020). 16 PARADIGMA SOSIAL 2022 Kesihatan mental meliputi pelbagai aspek terhadap kesihatan kanak-kanak seperti depresi, kemurungan, hiperaktif, ketagihan gajet dan Internet (Ab Razak & Aziz, 2020; Sahril et al., 2021; Shukor et al., 2021). Kesimpulan Jelas pandemik COVID-19 mempunyai impak kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Tambahan pula, bilangan jangkitan dan juga angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Kesemua pihak tanpa mengira kepentingan perlulah berkerjasama dan responsif dalam menangani isu khususnya kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak di negara ini boleh menyumbang kepada masalah yang lebih kritikal sekiranya tidak ditangani di peringkat awal. Pihak berkuasa dan sekolah boleh menyediakan perkhidmatan psikologi oleh kaunselor yang dilantik untuk mengambil langkah proaktif dalam menangani kesan pandemik dalam kalangan kanak-kanak. Rujukan Ab Razak, H, N., Aziz, & R, A. (2020). Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak: Kesan Penjarakan Sosial Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dan Pendekatan Dalam Membantu. . Hashim, I, N. I., Yusof, W, Kusrin, & M, Z. (2019). Pengabaian Kanak-Kanak dan Jaminannya Menurut Syarak dan Undang-Undang di Malaysia. . Journal of Contemporary Islamic Law, 4(1), 18-28. . Irawan, W, A., Dwisona, D, Lestari, & M. (2020). Psychological impacts of students on online learning during the pandemic Covid-19. . KONSELI: Jurnal Bimbingan dan Konseling (E-Journal), 7(1), 53-60. . Junaidi, R, Ali, I, T., M, M. T., Mamat, & M. (2020). Pandemik Covid-19 dalam persekitaran kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. . PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45. . Mustaffa, & B, N. (2020). Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik Covid-19 Dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (Rebt). . Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 10-16. . Phelps, C, Sperry, & L, L. (2020). Children and the Covid-19 pandemic. . Psychological Trauma: Theory, Research, Practice, and Policy, 12(S1), S73. . Sahril, N, Ahmad, A, N., Idris, B, I., Sooryanarayana, R, Abd Razak, & A, M. (2021). Factors Associated with Mental Health Problems among Malaysian Children: A Large Population-Based Study. Children, 8(2), 119. . Shukor, A, S., Tajudin, A, A., Syukran, & A. (2021). Legal Perspectives of Mental Illness Among Children in Malaysia: A Critical Review. Paper presented at the International Conference On Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021), Online Conference.
Pengenalan Kanak-kanak adalah permata yang amat berharga dalam sesebuah masyarakat. Mereka ini adalah penyambung generasi dan nadi pembangunan negara di masa hadapan. Kanak-kanak boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah seperti yang termaktub dibawah akta kanak-kanak 2001. Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2006) ini menyatakan bahawa pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan, pemulihan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak adalah bagi memastikan mereka tidak dieksploitasi, didera, diabaikan dan terlibat dalam sesebuah keganasan. Statisik Peratusan Berkaitan Kanak-kanak Bawah Umur 18 Tahun Mengikut Negeri Di Malaysia Pada Tahun 2019 Sumber: (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019) Berdasarkan jadual di atas, Jabatan Perangkaan Malaysia (2019) telah mengeluarkan statisik peratusan berkaitan kanak-kanak bawah umur 18 tahun mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2019 yang mana Wilayah Persekutuan Putrajaya (W.P.) mencatatkan rekod bilangan kanak-kanak sebanyak 38.8%. Ini diikuti dengan negeri Terengganu di tempat kedua sebanyak 36.0% dan negeri Kelantan di tempat ketiga dengan 35.6% . Negeri yang memiliki populasi kanak-kanak terendah yang berumur kurang daripada 18 tahun pula adalah Pulau Pinang iaitu sebanyak 23.1%. Latar Belakang Bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan yang sebaiknya, dasar pelindungan kanak-kanak digubal. Prinsip dasar ini adalah untuk melindungi dan memastikan hak sejagat kanak-kanak terjaga. Hal ini selaras dengan matlamat yang dibincangkan dalam Konvensyen Fatihah Alias Universiti Malaysia Kelantan PARADIGMA SOSIAL 2022 17 KESAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK Negeri Peratusan (%) Perlis 29.1 Pulau Pinang 23.1 Perak 26.4 Selangor 27.3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 23.7 Wilayah Persekutuan Putrajaya 38.8 Kedah 29.7 Kelantan 35.6 Terengganu 36.0 Pahang 30.3 Melaka 27.5 Negeri Sembilan 28.1 Johor 28.4 Sarawak 27.9 Sabah 29.4 Wilayah Persekutuan Labuan 31.3
Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan digariskan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016). Dasar ini bertujuan memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan yang sewajarnya dan menjadi satu indikator dalam memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab melindungi kanak-kanak adalah komitmen seluruh manusia sejagat. Matlamat utama adalah untuk memastikan kewujudan persekitaran kanak-kanak yang selamat agar mereka ini sentiasa mendapat perlindungan daripada sebarang bentuk keganasan dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Statistik Kes Penderaan Terhadap Kanak-Kanak Dari Tahun 2013 Hingga 2017 Sumber : (Nabilah Huda Zaim, 2020) Berdasarkan jadual statistik di atas, kes penderaan terhadap kanak-kanak yang direkodkan dari tahun 2013 hingga 2017 menunjukkan kes penderaan berlaku bukan hanya dari segi fizikal, emosi dan seksual malah turut merangkumi pengabaian. Melihat kepada trend peningkatan kes penderaan saban tahun ini, ia amat membimbangkan kerana setiap masa dan ketika ada sahaja kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa penderaan. Akibat kes penderaan yang semakin meningkat ini, ramai mangsa turut mengalami trauma dan ada di kalangan kanak-kanak ini yang didera sehingga membawa kepada kematian (Rodly Fadly, 2016). Menurut Dr Irene Cheah (2012), isu penderaan terhadap kanak-kanak adalah isu global yang memberi impak negatif kepada tumbesaran 18 PARADIGMA SOSIAL 2022 kepada seorang kanak-kanak. Realiti yang dihadapi oleh mangsa-mangsa penderaan ini adalah, mereka akan terkesan secara fizikal dan secara emosi serta secara seksual. Isu penderaan ini juga semakin membimbangkan kerana saban tahun kita dikejutkan dengan pelbagai kes melibatkan kanak-kanak dan berlaku dalam komuniti tanpa kita sedari. Kesan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu percabulan atau pelanggaran hak kehidupan mereka untuk membesar dengan baik. Penderaan secara fizikal boleh didefinisikan apabila seseorang kanak-kanak itu didera menggunakan kekerasan sehingga meninggalkan kesan pada bahagian badan mereka. Penderaan emosi pula melibatkan aspek kesihatan mental pada seseorang kanak-kanak yang terganggu yang menyebabkan kanak-kanak menjadi trauma, mengalami kemurungan dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga turut didera secara seksual dan mereka dieksploitasi oleh manusia yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan hamba seks (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016). Penderaan Secara Fizikal Setiap hari ada sahaja kisah penderaan kanak-kanak terpapar di dada akhbar dan hal ini memberi petanda bahawa tahap kesihatan mental masyarakat semakin merosot terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa walaupun PKP merupakan satu usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Ini disokong dengan kenyataan kajian oleh Menurut Muhammad Yusainy Mohamad Yunus (2021). Beliau menyatakan peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak semakin menjadi-jadi semenjak PKP yang telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah merekodkan hampir 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak sekitar empat bulan pertama pada tahun 2021, dan ini amat membimbangkan kerana mangsa telah didera secara fizikal. Di antara kes penderaan yang mendapat liputan daripada orang awam adalah kes penderaan terhadap seorang kanak-kanak berumur 13 tahun yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Kanak-kanak terbabit didapati didera sehingga mengalami kesan melecur yang teruk pada tubuh mangsa dan disahkan oleh pihak hospital bahawa kecederaan Jenis Penderaan 2013 2014 2015 2016 2017 Penderaan Fizikal 1134 1217 1167 1303 1628 Penderaan Emosi 56 59 72 98 61 Penderaan Seksual 1093 984 978 1038 1397 Pengabaian Pengawasan 417 450 385 438 415 Pengabaian Hak Asasi 1076 1309 1516 1872 1824 Lain-Lai n Pengabaian 276 276 335 282 171 Jumla h K e s Penderaan 4119 4295 4453 4982 5537
Rujukan Cheah, D. I. (2012). Penderaan Kanak-Kanak. http://www.myhealth.gov.my/penderaan-kanak-kanak/. Fadly, R. (2016). Penderaan Emosi Lebih Bahaya. . https://api.hmetro.com.my/node/159761. Jabatan kebajikan Masyarakat. (2016). Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. http://www.jkm. gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T0pud3B0c01RMHlXU3h4TlRoMlRJdz09. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Jabatan perangkaan malaysia siaran akhbar. https:// www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=TVY4ZDdTeFJnMFQxWjdFc1dDZEhOZz09. Jalil, M. A. (2021). 2,040 Kes Dera Kanak-Kanak Dalam Tempoh Empat Bulan. . https://www.bharian .com.my/berita/nasional/2021/07/837112/2040-kes-dera-kanak-kanak-dalam-tempoh-empat-bulan. Kassim, K. (1998). Penderaan Emosi Trauma Terselindung. https://silo.tips/download/penderaanemosi-kanak-kanak. Md Isa, A. (2019). Impak Penderaan Kanak-Kanak. https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/ kesihatan-remaja/impak-penderaan-kanak-kanak/. Mohamad Yunus, M. Y. (2021). Kes Dera Kanak-Kanak Meningkat. . https://www.sinarharian.com.my article/121703/BERITA/Nasional/Kes-dera-kanak-kanak-meningkat. yang berlaku adalah disebabkan oleh luka terbakar serta luka lama (Mohd Amin Jalil, 2021). Penderaan Secara Emosi Penderaan emosi adalah suatu keadaan di mana wujudnya gangguan terhadap kesihatan mental seseorang kanak-kanak. Ini dapat dilihat menerusi tingkah laku yang ditunjukkan oleh mangsa (Kasmini Kassim, 1998). Penderaan secara emosi tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh dikesan dengan melakukan beberapa ujian yang disahkan oleh pihak perubatan. Menurut Asyikin Md Isa (2019), kesan daripada penderaan emosi dapat dilihat apabila mangsa mengalami masalah seperti kemurungan, kesukaran untuk fokus, suka menyendiri dan lebih teruk sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal, mangsa penderaan emosi cenderung untuk menyakiti diri sendiri. Penderaan Secara Seksual Penderaan seksual pula merujuk kepada segala aktiviti yang melibatkan kepuasan nafsu seks seseorang dewasa (Nabilah Huda Zaim et al., 2020). Apabila melibatkan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak kebiasaanya mereka ini dicabul kehormatan, dirogol dan ada di antara mereka yang dipaksa untuk melacur. Berbagai cara digunakan oleh pendera untuk mengeksploitasi kanak-kanak memuaskan nafsu seks mereka seperti pencabulan dan rogol. Penderaan sebegini menyebabkan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada keadaan dan mereka mengalami trauma yang teruk akibat daripada penderaan seksual yang tidak berperikemanusiaan. Kesimpulan Kesimpulannya, setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan dalam menjaga dan melindungi hak kehidupan seseorang kanak-kanak. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan keadaan di sekeliling mereka. Bagi memastikan tiada lagi kanak-kanak yang dieksploitasi oleh pihak tertentu. Pihak berkuasa juga perlu menguatkuasakan lagi undang-undang dan mengenakan tindakan yang setimpal kepada pendera agar ia menjadi satu contoh teladan kepada masyarakat untuk tidak mengulangi kekejaman yang dilakukan oleh si pendera. Kecaknaan masyarakat akan membantu menyelamatkan kanak-kanak ini daripada terus didera. PARADIGMA SOSIAL 2022 19
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. (2006). Akta 611,Akta Kanak-Kanak 2001. https:// www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Akta/Akta Kanak-Kanak 2001.pdf. Zaim, N. H. (2020). Statistik Kes Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia: satu analisis. August. https:// www.researchgate.net/publication/343876915_STATISTIK_KES_ PENDERAAN_KANAK-KANAK_DI_MALAYSIA_SATU_ANALISIS. Zaim, N. H., M, S. N., & M, K. Z. (2020). Elemen Kesejahteraan Keluarga Islam dalam Menangani Penderaan Seksual Kanak-Kanak. Jurnal Pengajian Islam, 13(2), 35–49. . https://www.researchgate.net /publication/347812062_ELEMEN_KESEJAHTERAAN_KELUARGA_ISLAM_ DALAM_MENANGANI_PENDERAAN_SEKSUAL_KANAK-KANAK_ ELEMENTS_OF_THE_ISLAMIC_FAMILY_WELLBEING_IN_DEALING_WITH_ CHILDREN_SEXUAL_ABUSE. 20 PARADIGMA SOSIAL 2022
Pengenalan Program bantuan bakul makanan merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). YAB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Md Yasin, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pakej bantuan perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia (PERMAI). Dalam teks pengucapan beliau (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021) melalui pakej PERMAI ini, beliau telah melancarkan program bakul makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 setiap sebakul untuk setiap isi rumah yang layak menerima bantuan dan diselenggara oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM semenjak bulan Januari 2021. Latar belakang Zulkafli (2020) berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dijalankan secara serentak di seluruh negara merupakan satu inisiatif kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Ini sedikit sebanyak telah meresahkan hati rakyat. Hal ini demikian kerana, semasa PKP dilaksanakan terdapat beberapa sektor yang ditutup ini menyebabkan ada rakyat yang terkesan. Oleh itu, program bantuan bakul makanan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tepat pada masanya. Ini juga merupakan satu usaha murni kerajaan membantu rakyat yang berdepan cabaran luar jangka akibat pandemik COVID-19. Seiring dengan saranan kerajaan dalam membantu kelangsungan hidup rakyat, bantuan bakul makanan yang sebelum ini hanya tertumpu kepada kumpulan sasar diperluas pemberiannya dan tidak hanya tertumpu setakat kumpulan sasar semata-mata. Menurut Halid (2021) objektif utama program bantuan bakul makanan ini adalah memastikan nilai dan jenis barangan bakul makanan setara dan sesuai dengan keperluan kumpulan sasar. Penetapan pusat pengagihan bakul makanan di lokasi yang memudahkan penerima bakul makanan memperolehi agihan juga diperbaiki. Ini adalah bertujuan memudahkan urusan wakil-wakil menghantar bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan serta penerima bantuan bakul makanan. Berdasarkan permintaan bantuan bakul makanan yang semakin agresif, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi inisiatif baru kerajaan melalui pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH). Kerajaan sedar bahawa bantuan keperluan asas sangat penting bagi rakyat semasa PKP. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 ribu ringgit kepada setiap ahli parlimen, termasuklah ahli parlimen pembangkang melaksanakan program bantuan bakul makanan kepada pihak yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing. Sebanyak RM10 juta ringgit disalurkan juga kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) bagi tujuan bantuan makanan khususnya kepada masyarakat orang asli (Hazim, 2021). Nor ‘Ashikin Abdull Razak Institut Sosial Malaysia PARADIGMA SOSIAL 2022 21 BANTUAN BAKUL MAKANAN PROGRAM
Isu-isu program bantuan bakul makanan Walaupun program bantuan bakul makanan ini dilihat sebagai satu tindakan positif yang dilakukan oleh kerajaan dalam membantu rakyat namun tidak dinafikan terdapat juga beberapa isu berbangkit mengenai program ini. Antara isu yang berbangkit adalah berkaitan dengan nilai barangan dalam bakul makanan yang dikatakan tidak setimpal dengan peruntukan. Wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin, ahli parlimen PH mendakwa bahawa bantuan makanan yang diberikan kepada golongan B40 tidak bernilai RM100 seperti yang digembar-gemburkan. Hal ini kerana ketika bantuan makanan ini dihantar ke pejabat, mereka menerima lebih kurang 150 buah bungkusan bakul makanan yang dianggarkan setiap satunya hanya bernilai lebih kurang RM35. Beliau juga mendakwa dalam setiap bungkusan bakul makanan hanya mempunyai tujuh jenis barangan sahaja iaitu lima kilo beras, sekilo minyak masak, satu paket bihun kering, satu paket biskut, teh dan kopi segera. Malahan lima kilo beras itu hanya mampu bertahan selama seminggu sekiranya penerima mempunyai ahli keluarga yang ramai. Ini mengakibatkan ketika proses pengagihan berlangsung mereka juga terpaksa memberi penjelasan mengelakkan berlakunya salah faham (Fion Yap, 2020). Nilai anggaran bantuan makanan di Rasah Sumber: (Fion Yap, 2020) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bagi mengelakkan berlakunya lagi masalah berkaitan isu nilai barangan yang tidak setara, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama daripada JKM akan melakukan penambahbaikan bagi sistem penyampaian bantuan bakul makanan di fasa seterusnya iaitu fasa ke-4 PKP. 22 PARADIGMA SOSIAL 2022 Penambahbaikan sekiranya terdapat masalah pada stok barangan maka pihak JKM dibenarkan untuk membuat penggantian barangan yang bersesuaian dengan kualiti dan nilai yang setara (Rodzi, 2021). Selain itu, sekiranya ada bantuan bakul makanan yang disalurkan oleh individu mahupun NGO, maka JKM bertindak menerima, memeriksa, dan seterusnya akan membantu mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan. Kassim (2021) berkata isu lain yang berbangkit berkaitan dengan program bantuan bakul makanan ialah kemudahan fasiliti dan agihan bakul makanan kepada para penerima. Seperti yang semua sedia maklum, kemudahan fasiliti yang terbatas menyebabkan sedikit kesukaran kepada wakil rakyat yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan dan tinggal jauh di pedalaman. Namun, permasalahan sebegini seharusnya tidak dipandang enteng oleh mereka yang bertanggungjawab. Malahan mereka seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu-isu berbangkit ini. Sebagai contoh di Terengganu, Ahli Parlimen Dungun berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan yang akan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi mengesan keluarga yang terjejas ataupun yang terputus bekalan makanan. Pasukan ini akan memasuki kawasan pendalaman bagi memastikan setiap keluarga yang terjejas tidak tertinggal dalam menerima bantuan yang sepatutnya (Muhaamad Hafis Nawawi, 2021). Isu yang terakhir adalah isu berkaitan pertambahan jumlah penerima bakul makanan dan tidak lagi berpandukan kumpulan sasar yang menerima bantuan JKM. Bantuan bakul makanan sebelum ini diberikan hanya kepada kumpulan sasar. Namun dengan pelaksanaan PKP yang berterusan ini menyebabkan kerajaan mula mengagihkan bantuan bakul makanan kepada semua mangsa yang terjejas dan tidak lagi berpandukan kepada kumpulan sasar sahaja. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya, berkata disebabkan berlakunya pertambahan jumlah penerima bantuan bakul makanan maka pihak beliau akan menambah tenaga kerja bagi membantu mempercepatkan urusan pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Berat Barangan Harga Jumlah (RM) 5 Kg Beras 13.00 13.00 1 Pek Minyak masak 2.50 2.50 1 Kg Gula 2.85 2.85 1 Pek Bihun 3.00 3.00 1 Pek Biskut 5.00 5.00 1 Pek Kopi 5.00 5.00 1 Pek Tea 3.40 3.40 Jumlah 34.75
Pertambahan jumlah penerima ini sejajar dengan keputusan kerajaan meluaskan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 ini (Jude, 2020). Penutup Sebagai langkah bagi mengatasi segala isu yang berbangkit maka wajar bagi pihak berkuasa untuk memastikan setiap rakyat yang berkeperluan dapat dibantu dengan kadar yang segera dan sistematik menggunakan kaedah client centre. Malahan pihak berkuasa juga wajar memastikan setiap bantuan yang disalurkan kepada rakyat adalah bersesuaian dengan apa yang diwar-warkan. Seperti yang semua sedia maklum bahawa ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, Rujukan M, H. (2021). Bakul Makanan: RM300K Untuk Setiap Ahli Parlimen, Termasuk Pembangkang. . https:// www.malaysiakini.com/news/580821. M, M. P. P. (2021). Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai). . https://www.pmo.gov.my/ms/2021/01/pengumuman-khas-pakejbantuan-perlindungan-ekonomi-rakyat-malaysia-permai/?highlight=search_term_string. N, Z. (2020). Agenda Tangani Covid-19 Jamin Kesejahteraan, Kesihatan Rakyat. . https://www. bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/743637/agendatangani-covid-19-jamin-kesejahteraan-kesihatan-rakyat. Nawawi, M. H., Noh, M. F., Zulkiffli, Z., Sharif, A., Zulkifli, A. R., Ilham, R., & S, N. (2021). Masuk Kampung, Bandar salur Bantuan Bakul Makanan. . https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/726191/masukkampung-bandar-salur-bantuan-bakul-makanan. Rodzi, & A, T. H. (2021). Semua Mendapat Bantuan - Rina Harun. https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2021/07/835482/semua-mendapat-bantuan-rina-harun. S, H. (2021). Ahli Parlimen Dapat RM300,000 Untuk Bantuan Bakul Makanan. . https://www. bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/833143/ahliparlimen-dapat-rm300000-untuk-bantuan-bakul-makanan. S, K. (2021). Pnbbc Mahu Agihan Bantuan Bakul Makanan Ditambah Baik. . https://www.utusan.com.my/ terkini/2021/06/pnbbc-mahu-agihan-bantuan-bakul-makanan-ditambah-baik/. W, J. (2020). Penerima Semakin Ramai, Tenaga Kerja Agih Bantuan Perlu Ditambah, Kata Menteri Sabah. . https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/ tempatan/2020/11/09/penerima-semakin-ramai-tenagakerja-agih-bantuan-perlu-ditambah-kata-menteri-sabah/. Yap, F., & Y, N. X. (2020). Bantuan RM100 Cuma Bernilai RM35, Dakwa Mp. . https://www.malaysia kini.com/news/522091. kita masih dalam keadaan yang tidak bersedia. Ekonomi negara mula jatuh menyebabkan ramai yang terkesan kerana mereka terpaksa diberhentikan kerja bagi mengurangkan kos sesebuah perniagaan. Hal ini juga menyebabkan ramai yang terpaksa menganggur dan kebanyakan mereka telah menggunakan segala simpanan yang ada demi memastikan kelangsungan hidup. Namun tidak dinafikan ekoran daripada pandemik ini juga peluang pekerjaan menjadi semakin terhad dan ini membuatkan mereka yang terkesan menjadi buntu. Dengan adanya program bantuan bakul makanan ini, golongan yang terjejas tidak terbiar dan mereka boleh dibantu meringankan beban juga diharap dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan emosi yang lebih stabil. PARADIGMA SOSIAL 2022 23
Pengenalan Keganasan rumah tangga bukanlah satu isu yang baru. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang tersebar secara meluas di dada akhbar. Malahan isu ini semakin ketara semenjak penularan wabak pandemik COVID-19 yang mula melanda negara di penghujung tahun 2019. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di dalam Portal Rasmi MyHealth (2012), keganasan rumah tangga dikenali sebagai satu penderaan domestik atau keganasan keluarga. Keganasan rumah tangga juga boleh meliputi keganasan terhadap kanak-kanak, ibu bapa ataupun orang tua. Sehubungan dengan itu, definisi keganasan itu sendiri, dapat ditakrifkan sebagai satu bentuk penderaan emosi, fizikal, seksual serta psikologi yang tercetus berpunca daripada kewujudan masalah sekeliling mereka. Senario Keganasan Rumah Tangga Kebanyakan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah kaum wanita. Hal ini berlaku kerana kaum wanita dianggap lembut, bersifat lemah dan hanya patuh kepada arahan sehingga mereka sering menjadi mangsa keganasan. Namun begitu, ini tidak menandakan bahawa kaum lelaki tidak terlibat sebagai mangsa keganasan rumah tangga. Hal ini berlaku kerana pada masa ini masalah keganasan rumah tangga yang melibatkan kaum lelaki sebagai mangsa juga semakin meningkat, statistik pada tahun 2017 menunjukkan terdapat 39 kes keganasan rumah 24 PARADIGMA SOSIAL 2022 tangga yang dihadapi oleh lelaki dan ini menimbulkan persoalan adakah wanita semakin ganas atau lelaki yang semakin lemah (Amly, 2019). Jadual 1. Bilangan Kes Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri Dan Jantina, Tahun 2017- 2021 (Sumber dari Jabatan Kebajikan Masyarakat) Menurut Dr Rozieta Shaary dalam akhbar berita harian Shahimi (2018), lazimnya keganasan rumahtangga ini terjadi apabila timbul desakan yang hebat dalam membahagikan masa untuk menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih kecil. Ianya bertambah pula dengan tuntutan kewangan yang tidak mencukupi, tanggungjawab sebagai ibu bapa, kepentingan mencurahkan kasih sayang kepada anak dan orang tua dengan kekangan masa dan perhatian yang Rozbizah Abd. Aziz Institut Sosial Malaysia KEGANASAN FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA RUMAH TANGGA Negeri 2017 2018 2019 2020 2021 Jumlah Jumlah L P L P L P L P L P L P Keseluruhan Selangor 16 115 15 114 27 135 38 284 17 380 113 1028 1141 Kedah 0 66 7 67 1 73 15 110 13 103 36 419 455 Pulau Pinang 7 128 7 58 1 46 11 77 11 88 37 397 434 Pahang 3 85 4 87 7 97 4 33 6 86 24 388 412 Kelantan 0 18 0 12 0 34 14 149 0 100 14 313 327 W.P. Kuala Lumpur 1 74 0 27 2 34 9 31 21 70 33 236 269 Negeri Sembilan 1 68 10 27 2 28 1 41 0 51 14 215 229 Perak 2 29 0 22 0 36 2 59 4 73 8 219 227 Sabah 0 68 0 52 1 39 0 28 0 34 1 221 222 Johor 4 18 4 10 4 31 10 44 6 67 28 170 198 Sarawak 2 18 0 19 1 46 0 37 3 60 6 180 186 Melaka 0 27 2 41 0 21 2 29 2 32 6 150 156 Terengganu 4 11 0 11 0 4 2 4 0 0 6 30 36 W.P. Putrajaya 2 7 1 5 0 3 0 6 0 5 3 26 29 Perlis 0 1 0 0 0 0 0 5 0 1 0 7 7 W.P. Labuan 0 0 0 0 0 0 0 2 0 1 0 3 3 Jumlah 42 733 50 552 46 627 108 939 83 1151 329 4002 Jumlah 4331 Keseluruhan 775 602 673 1047 1234 4331
perlu diperuntukkan untuk diri sendiri dan juga pasangan. Apabila tiada keseimbangan terhadap tuntutan tersebut, keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya krisis di antara suami isteri dan secara tidak langsung keganasan rumah tangga berlaku. Tambahan asbab keganasan rumah tangga ini, apabila suami mengalami tekanan di tempat kerja dan melepaskan tekanan dan amarahnya bila pulang ke rumah. Isteri dan anak-anak yang tidak bersalah akan menjadi mangsa luahan kemarahan yang dialami oleh suami atau bapa. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] mendefinisikan keganasan rumah tangga sebagai perbuatan atau perlakuan seperti secara sengaja atau disedari, meletakkan atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan dengan melakukan kecederaan fizikal. Pelaku menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa melalui perbuatan yang pelaku sendiri ketahui. Seterusnya ada pelaku yang memaksa mangsa keganasan rumah tangga melakukan perbuatan seks secara paksaan atau kecaman sedangkan pada hakikatnya mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya. Keganasan fizikal yang sering dilakukan oleh pelaku keganasan rumah tangga adalah seperti memukul dengan tangan atau menggunakan objek yang tajam, menumbuk, menyepak, menendang dan mencekik mangsa sehingga boleh membawa kepada kecederaan yang serius serta ada juga keadaan di mana mangsa didera sehingga maut. Penderaan secara psikologi pula dapat dilihat di mana pelaku mengejek, memerli, mengkritik, menjatuhkan dan menghina mangsa yang mana ianya memberi kesan negatif yang mendalam terhadap emosi mangsa. Namun begitu, keganasan rumah tangga ada juga yang tidak dilaporkan oleh mangsa kerana masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi. Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan wanita masih sanggup bertahan hidup dengan pelaku walaupun mengalami situasi keganasan rumah tangga yang kritikal sepanjang perkahwinan mereka. Punca tercetusnya keganasan rumah tangga Menurut Arifin (2021), pada tahun 2021 terdapat laporan menunjukkan sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga yang berlaku sepanjang tempoh empat bulan bermula Januari hingga April dan ianya menunjukkan peningkatan yang ketara semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keganasan rumah tangga ini semakin meningkat ketika PKP dilaksanakan secara serentak di seluruh negara di mana Yang Berhormat Datuk Seri Rina Harun, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa kebanyakan kes keganasan rumah tangga semasa PKP terjadi berpunca dengan masalah kewangan. Pelaku ada yang sanggup mencederakan ahli keluarga mereka kerana kedudukan kewangan mereka sekeluarga yang tidak kukuh dan teratur ketika pandemik, menyebabkan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja sedangkan dalam masa yang sama mereka mempunyai tanggungan yang perlu dijaga. Masalah bertambah rumit apabila sang isteri mula memberontak, tidak mahu bertolak ansur dan sentiasa memberi tekanan sehingga menyebabkan suami berasa tertekan dan akhirnya semua ini melebihi tahap kesabaran suami. Suami pula untuk mengatasi tekanannya akan memarahi dan memukul isteri sehingga tercetusnya keganasan rumah tangga. Selain itu, faktor lain yang mendorong tercetusnya keganasan rumah tangga ialah apabila berlakunya perselisihan faham. Hal ini berlaku apabila kurangnya kemahiran komunikasi di antara suami isteri, menyedihkan lagi apabila pasangan suami isteri ini tiada mempunyai ilmu dan kesedaran dalam menguruskan konflik keluarga. Akhirnya, emosi mulai memainkan peranan menguasai diri ketika pasangan ini sedang marah (Omar, 2020). Apabila berlakunya konflik dan dikuasai emosi marah, pasangan akan melontarkan kata-kata kesat serta sumpah seranah dengan tujuan menyakiti hati pasangan. Masing-masing mula meninggikan ego sendiri dan akhirnya akan berlakulah keganasan rumah tangga. Jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan berlakunya konflik serta mengelakkan perasaan marah adalah memastikan setiap pasangan perlu mendalami ilmu pengurusan konflik diri dan keluarga. Pasangan juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa setiap rumah tangga akan mempunyai pelbagai masalah serta mereka perlu berilmu untuk berhadapan dengan konflik rumah tangga. Pasangan perlu mampu menjalani kehidupan berumah tangga dengan penuh kesabaran tanpa membenarkan emosi menguasai diri (Sarip, 2018). PARADIGMA SOSIAL 2022 25
Merujuk kepada penyataan Roslan (2021), statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan dan ianya terdapat peningkatan kes sepanjang PKP dilaksanakan bermula Januari hingga Disember 2020. Manakala, statistik yang dikeluarkan oleh Talian Kasih, KPWKM mencatatkan sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga dikesan berlaku pada tahun 2020. Akhir sekali, punca penyebab seseorang itu hilang kawalan ke atas diri sendiri dan boleh menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap ahli keluarga yang lain adalah kerana mereka merasa tertekan apabila terpaksa berkurung di rumah bagi suatu tempoh masa yang lama dan pergerakkan mereka terbatas. Faktor-faktor yang dinyatakan membuatkan pelaku keganasan rumah tangga melepaskan tekanan kepada ahli keluarga. 26 PARADIGMA SOSIAL 2022 Penutup Kesimpulannya, keganasan rumah tangga boleh membawa kepada satu jenayah berat. Sedangkan kebanyakan mangsa lebih rela mendiamkan diri daripada melaporkan kepada pihak berkuasa akibat perasaan takut, tidak yakin boleh meneruskan kehidupan tanpa pasangan (pelaku) serta bimbang dengan pandangan masyarakat sekeliling. Sekiranya perkara ini dibiarkan, kemungkinan besar mangsa akan terus terseksa adalah tinggi mengakibatkan trauma yang teruk. Lebih buruk lagi maut akan menjemput mangsa. Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang perihatin, setiap orang haruslah berganding bahu membantu mangsa dan pelaku keganasan rumah tangga ini. Salah satu cara adalah melaporkan kepada pihak berkuasa. Bantuan yang anda hulurkan akan menyelamatkan mangsa daripada terus tersiksa. Dalam masa yang sama boleh membantu pelaku agar tidak terus melakukan keganasan rumah tangga hingga membawa mereka ke hukuman tali gantung. Rujukan A, S. I. M. (2018). Didikan Corakkan Anak. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/03/317612/ didikan-corakkan-anak. http://www.myhealth.gov.my/keganasan-2/ National Welfare Department. (2018). Statistic Report 2018. Statistic Report 2018, 1(1), 1. https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian Kawalan Standard/OP•Latest FINAL•Buku Laporan Statistik 2017 JKM(1).pdf. (2012). Apa Itu Keganasan. L, A. (2021). Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Sepanjang Pkp. . https://www. bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/813664/kes keganasan-rumah-tangga-meningkat-sepanjang-pkp. Malaysia, P. P. U. . (2008). Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) . R, S. A. (2018). Komentar: Kes Keganasan Keluarga Mungkin Berkurangan Tapi Dapatkah Ia Dihapuskan Sama Sekali? . https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/702191/hilangkerja-terkurung-punca-keganasan-rumah-tangga. S, A. W. (2019). Keganasan Rumah Tangga: Wanita Makin Ganas Atau Lelaki Makin Lemah? https://www.astroawani.com/berita-bisnes/covid19-syarikatmula-sedar-kepentingan-transformasi-digital-245373. S, R. (2021). Hilang Kerja, Terkurung Punca Keganasan Rumah Tangga. . https:// www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/702191/hilang-kerja-terkurung-punca-keganasan-rumah-tangga. S, R. (2021). Hilang Kerja, Terkurung Punca Keganasan Rumah Tangga. https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2021/05/702191/hilang-kerja-terkurung-punca-keganasan-rumah-tangga. W, O. M. (2020). Suami Isteri Perlu Kekal Kestabilan Emosi. https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2020/04/561361/suami-isteri-perlu-kekal-kestabilan-emosi.
Pengenalan Kes pertama COVID-19 membabitkan Rakyat Malaysia telah direkodkan pada akhir Januari 2020 (Karim, 2020). Ekoran daripada peningkatan secara mendadak kes positif yang membabitkan rakyat Malaysia maka pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara dan ini merupakan satu usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus menyebar (Alyasa, 2020). Usaha kerajaan melalui pelaksanaan PKP berjaya mengurangkan tahap keberjangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ianya turut memberikan impak kepada peningkatan kes keganasan rumah tangga di dalam negara. Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kebahagiaan dalam melayari bahtera rumah tangga. Namun, setiap perjalanan menuju kebahagiaan akan diuji dengan pelbagai cabaran dan disitulah ketulusan setiap pasangan diuji. Hal ini dapat dilihat apabila saban hari kita disajikan dengan pelbagai isu mengenai keganasan rumah tangga terutamanya semasa PKP dilaksanakan. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 mendefinisikan keganasan rumah tangga sebagai salah satu tindakan secara sengaja yang mana meletakkan mangsa dalam situasi ketakutan dengan cara mengancam untuk mencederakan mangsa secara fizikal, memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual mahupun mengurung mangsa tanpa kerelaan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat penurunan terhadap kes keganasan rumah tangga iaitu sebanyak 5,260 pada tahun 2020 berbanding 5,657 kes pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga semasa PKP direkodkan bermula pada Mac 2020 sehingga Ogos 2021 (Nurul Huda Husain, 2021). Di samping itu, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengenai Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih turut membimbangkan. Sebanyak 32,660 panggilan telefon dan 44,722 WhatsApp dari 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 melalui talian ini dicatatkan (Ismail et al., 2021). Faktor Berlakunya Keganasan Rumah Tangga Zainuddin (2020) berkata penguatkuasaan PKP telah memberi impak yang besar kepada negara terutamanya sektor ekonomi. Hal ini demikian kerana pada awal pelaksanaan PKP, banyak sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi terpaksa ditutup dan ini menyebabkan ramai terkesan. Seperti yang diketahui umum, ketika PKP dilaksanakan kebanyakan majikan terpaksa mengambil langkah drastik dengan memberhentikan pekerja bagi mengurangkan risiko kerugian. Ini menyebabkan ramai yang kehilangan punca pendapatan. Rentetan perkara ini telah menyebabkan bebanan kewangan Nur Mustaqim Jamalludin Universiti Sains Islam Malaysia PARADIGMA SOSIAL 2022 27 LANGKAH MENGEKANG KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) LANGKAH MENGEKANG KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) KEGANASAN RUMAH TANGGA
terhadap sesebuah keluarga semakin bertambah dan mencetuskan kes keganasan mula terjadi (Bakar, 2021). Selain itu, faktor tekanan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah turut menjadi asbab kepada berlakunya keganasan sesebuah rumah tangga. Ini terjadi apabila ada mangsa yang mendakwa mereka seolah-olah dijadikan tempat untuk melepaskan tekanan sehingga ada yang sampai kepada tahap memukul dan melakukan penderaan secara seksual kepada mangsa. Ada juga yang diugut untuk tidak diberikan nafkah sekiranya kehendak pendera tidak dituruti (Mahaizura Abd Malik, 2021). Bentuk Keganasan Rumah Tangga Penderaan secara fizikal merupakan antara perilaku dalam kes keganasan rumah tangga. Penderaan fizikal adalah seperti menyakiti tubuh mangsa dengan apa jua cara bertujuan untuk menakut-nakutkan mangsa. Tindakan seperti menampar, memukul, mencekik atau menggunakan kekerasan yang ekstrim seperti menendang dan menumbuk (Ahisham, 2019). Kesan daripada penderaan fizikal biasanya dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Selain itu, penderaan secara seksual juga merupakan antara bentuk keganasan rumah tangga. Penderaan secara seksual melibatkan sebarang bentuk hubungan seksual yang dilakukan tanpa rela oleh pendera kepada mangsa seperti sumbang mahram, rogol, liwat, gangguan seksual termasuklah sentuhan tidak wajar. Penderaan secara seksual bukan hanya melibatkan wanita, namun kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa penderaan ini. Kesan penderaan seksual boleh menyebabkan mangsa mengalami masalah kemurungan. Ini boleh menyebabkan mangsa berubah menjadi seorang pendiam dan mula mengasingkan diri daripada orang ramai. Mereka cenderung untuk hidup dalam dunia sendiri dan berhalusinasi (Hafidzin, 2018). Akhir sekali adalah penderaan secara psikologi dan seksual. Penderaan secara psikologi dilakukan bertujuan untuk memaksa mangsa tunduk kepada tekanan pendera dan ini menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan secara emosi. Menurut Ishak (2020) mangsa-mangsa yang pernah menghadapi penderaan secara psikologi ini biasanya akan mengalami trauma 28 PARADIGMA SOSIAL 2022 dan hidup dalam ketakutan. Hal ini demikian kerana mereka merasakan kejadian penderaan itu telah menganggu emosi serta menghantui sepanjang kehidupan mereka. Mereka juga cenderung untuk berahsia dan menyendiri kerana mereka tidak yakin untuk bercerita kepada sesiapa pun tentang masalah yang dihadapi. Dalam masa yang sama mereka tidak sanggup dipersalahkan atas apa yang terjadi. Langkah Intervensi Keganasan Rumah Tangga Keganasan rumah tangga merupakan satu masalah yang boleh membawa kepada keberantakan rumah tangga. Jika dibiarkan berlarutan, ia mungkin akan bertambah teruk. Oleh itu, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam membasmi keganasan tersebut. Keluarga dan Masyarakat Komunikasi yang berkesan sangat penting dalam membina keharmonian sesebuah rumah tangga. Ketenteraman sukar dicapai tanpa adanya persefahaman dalam kalangan ahli keluarga. Oleh itu, sikap berkongsi cerita walau sekecil-kecil masalah harus diterapkan agar segala isu yang timbul mampu diselesaikan secara kolektif oleh keluarga. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan keharmonian. Sikap toleransi dan kesefahaman dapat diterapkan dalam kalangan suami dan isteri, serta anak-anak. Komunikasi yang berkesan dilihat sebagai langkah intervensi terbaik dalam membasmi keganasan dalam kehidupan berkeluarga. Jika dilihat dari sudut pandang positif sepanjang berlakunya pandemik, dapat dilihat dengan jelas bahawa rakyat Malaysia sememangnya cakna, prihatin dan peduli akan nasib orang di sekeliling, tanpa mengira mereka mengenali mangsa yang terlibat atau pun tidak. Justeru, jiran juga perlu sentiasa peka antara satu sama lain dan saling berkongsi serta menasihati mangsa agar menghubungi talian bantuan seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Talian Prihatin jika memerlukan bantuan (Ismail et al., 2021). Keluarga yang mempunyai kekangan kewangan juga boleh cuba mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak, baik agensi kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (Ismail et al., 2021). Ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi sementara menunggu kewangan keluarga kembali pulih dan stabil.
Rujukan Abd Malik, M., & B, N. H. (2021). Asyik nak naik tangan. Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd. . https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/700719/asyik-nak-naik-tangan. Ahisham. (2019). Keganasan Rumah Tangga: Kesan Psikologi Mangsa. . https://penawan.com/ keganasan-rumah-tangga-kesan-psikologi-mangsa/. Bakar, & A, J. M. (2021). Keganasan rumah tangga meningkat sepanjang pandemik. Utusan Malaysia. . https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/keganasan-rumah-tangga-meningkat-sepanjang-pandemik/. Hafidzin, & N, S. (2018). Antara kemurungan, mania. Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/10/385390/antara-kemurungan-mania. Husain, N. H., M, K, A, M, & K. (2021). 9,015 Kes keganasan rumah tangga sejak Pkp. Sinar Harian. . https://www.sinarharian.com.my/article/162972/BERITA/ Nasional/9015-kes-keganasan-rumah-tangga-sejak-PKP. Ishak, & M. (2020). Trauma gangguan seksual masa lampau lebih teruk. Berita Harian Online. . https:// www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2020/03/666031/trauma-gangguan-seksual-masa-lampau-le. Ismail, S, Urus, T, N. S., I, F., Siraji, & S, A. H. A. (2021). Perlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik Covid-19. . Journal of Fatwa Management and Reasearch, 24(2), 88–117. Badan Kerajaan Bagi memastikan mangsa keganasan rumah tangga dilindungi maka September tahun 2020, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mewujudkan satu talian bebas yang dinamakan sebagai Helpline Familycare@ LPPKN. Talian ini bertindak menyediakan perkhidmatan kaunseling secara dalam talian bagi membantu pasangan atau individu yang berhadapan masalah rumah tangga. Selain itu, pihak KPWKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan NGO telah melancarkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) bertindak untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat agar berganding bahu dalam usaha membentang kes keganasan terhadap wanita daripada terus berlaku (Ahmad, 2021). Menerusi portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (2018) mangsa keganasan rumah tangga turut dinasihatkan agar melaporkan keganasan yang dihadapi oleh mereka dengan menghubungi Talian Kasih 15999, WhatsApp Talian Kasih atau membuat aduan di balai polis berhampiran. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mangsa yang memerlukan adalah seperti Permohonan Tempat Selamat, Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO), serta Perkhidmatan Kaunseling (Ismail et al., 2021). Sebagai contoh, mangsa keganasan rumah tangga boleh memohon mendapatkan EPO dan tempoh masa EPO adalah berkuasa kuasa selama tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan. EPO akan membantu melindungi mangsa dan menghalang pelaku melakukan sebarang keganasan kepada mangsa serta melarang pelaku dari memasuki tempat berlindung mangsa. Kesimpulan Kesimpulannya, keganasan rumah tangga boleh berpunca atas beberapa faktor dan terjadi dalam pelbagai bentuk terutamanya penderaan fizikal, seksual dan psikologi. Ia merupakan salah satu jenayah boleh memberi kesan buruk berpanjangan kepada mangsa. Oleh yang demikian, pihak berkuasa dan masyarakat perlu berganding bahu dalam membasmi isu keganasan rumah tangga agar mangsa dapat diselamatkan dan dilindungi. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan langkah intervensi yang dirasakan sesuai berdasarkan situasi masalah dalam memastikan keganasan atau kekerasan dalam kehidupan berumah tangga dibasmi sewajarnya. PARADIGMA SOSIAL 2022 29
oleh Abdul Rahim Abd. Jalil & Norailis Ab. Wahab J, A. (2020). Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac. Sinar Harian. . https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Covid-19 /Covid-19-Perintah-Kawalan-Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac. Jabatan kebajikan Masyarakat. (2018). Kes Keganasan Rumah Tangga. . http://www.jkm.gov.my/jkm/ index.php?r=portal/left&id=T0pud3B0c01RMHlXU3h4TlRoMlRJdz09. Karim, & A, L. A. (2020). Kes Pertama 2019-nCov Babitkan Rakyat Malaysia. Mohd Zaky, & Z. (2020). Covid-19: Kerajaan Analisis Kesan ke atas Sektor Terjejas. Bh Online. . https:// www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695534 /covid-19-kerajaan-analisis-kesan-ke-atas-sektor-terjejas. Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia. (2008). Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521). S, A. (2021). Talian Bebas Helpline Familycare bantu masalah rumah tangga. Berita Harian Online. . https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/877170/ talian-bebas-helpline-familycare-bantu-masalah-rumah-tangga. 30 PARADIGMA SOSIAL 2022
Pengenalan Topik berkaitan ibu tunggal selalu menjadi bualan dan dibincangkan di pelbagai platform masyarakat. Bermula di kedai kopi sehingga ke peringkat yang lebih serius di meja bulat agenda negara. (Rohayati M, 2007) Ibu tunggal membawa maksud seorang wanita yang sudah mempunyai anak, yang diceraikan atau kematian suami (myMetro, 2015). Selain itu, terdapat juga istilah lain yang sama seperti ibu tunggal iaitu dikenali sebagai ibu tinggal. Ibu tinggal adalah wanita yang sudah mempunyai anak tetapi ditinggalkan oleh suami tanpa melalui proses perceraian yang sah di mahkamah. Mengikut bancian penduduk 2010, seramai 235,240 orang wanita iaitu bersamaan 1.7% daripada jumlah penduduk Malaysia pada ketika itu adalah ibu tunggal (Kementerian Pembangunan Wanita, 2015). Bilangan tersebut menunjukkan peningkatan seramai 104,991 orang (80.6%) berbanding tahun 2000. Bilangan ibu tunggal di Malaysia bagi tahun 1980 hingga 2010 Sumber: (Siti Ruhani, 2016) Berdasarkan jumlah statistik jadual di atas, bilangan wanita bekerja di Malaysia menunjukkan peningkatan setiap tempoh sepuluh tahun. Dalam masa yang sama kadar pengangguran dalam kalangan wanita dari tahun 2009 sehingga 2013 menunjukkan penurunan yang konsisten. Wanita dalam konteks ini, tidak lagi terikat kepada pekerjaan ringan, namun turut terlibat dalam pekerjaan yang lasak seperti pertanian, perhutanan & perikanan, pertukangan & pekerja pertukangan yang berkaitan, serta operator loji & mesin serta pemasang. Ini dapat dilihat melalui bilangan peratusan penglibatan penduduk dalam pekerjaan berdasarkan jantina dalam jadual di bawah ini. Hamidah Hassan Institut Sosial Malaysia PARADIGMA SOSIAL 2022 31 CABARAN IBU TUNGGAL OKU BEKERJAYA Tahun Bilangan ibu tunggal 1980 444,000 1991 653,500 2000 620,389 2010 831,860
Bilangan penduduk yang bekerja mengikut pekerjaan dan jantina, 2016 32 PARADIGMA SOSIAL 2022 Pekerjaan Jumlah Lelaki Perempuan (‘000) (‘000) (%) (‘000) (%) Pengurus 718.6 556.7 6.4 161.9 3.0 Professional 1,462.0 640.6 7.4 821.5 15.3 Juruteknik & profesional bersekutu 1,462.9 926.1 10.7 480.8 8.9 Sokongan perkeranian 1,241.1 351.1 4.0 890.0 16.6 Perkhidmatan & jualan 3,188.9 1,601.5 18.4 1,587.4 29.5 Pertanian, perhutanan & perikanan 940.3 713.2 8.2 227.1 4.2 Pertukangan 1,578.8 1,275.7 14.7 303.1 5.6 Operator loji & mesin pemasang 1,585.2 1,278.4 14.7 306.8 5.7 Pekerjaan asas 1,945.9 1,347.8 15.5 598.1 11.1 Jumlah 14,067.7 8,691.1 100.0 5.376.7 100.0 Wanita tidak lagi dilihat sebagai golongan yang lemah. Statistik yang dikeluarkan oleh Perangkaan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (2016) menunjukkan bahawa bilangan wanita sebagai ketua keluarga menunjukkan peningkatan dari segi bilangan angka. Namun begitu, penyelidikan spesifik berkaitan ibu tunggal OKU yang bekerja masih kurang mendapat perhatian namun mereka juga lebih terkesan dari segi emosi, mental dan fizikal berbanding ibu tunggal yang bukan kurang upaya. Terdapat dua jenis OKU yang diketahui umum, iaitu sejak dilahirkan atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh kecederaan. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2014 menunjukkan bilangan OKU di Malaysia sebanyak 531,962 orang. Di dalam artikel ini perbincangan akan menjurus kepada cabaran dan cadangan untuk memberi sokongan kelangsungan hidup terhadap Ibu OKU tunggal yang bekerja di Malaysia. Cabaran Ibu Tunggal OKU Bekerjaya Ibu tunggal berhadapan dengan cabaran kerana terpaksa memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Namun, ibu tunggal mempunyai semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, dedikasi dalam mendidik keluarga dengan sempurna dan ada kalanya lebih berjaya daripada keluarga yang mempunyai ibu dan bapa. Ibu tunggal biasa terpaksa menghadapi dua cabaran besar. Pertamanya, mereka mengalami cabaran emosi selepas perpisahan (samada melalui perceraian, ditinggalkan atau melalui kematian), saraan hidup, perkembangan sosial dan sebagainya. Keduanya, ibu tunggal perlu meningkatkan kemahiran mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran serta memastikan kejayaan duniawi dan ukhrawi. Dalam hal Ibu tunggal OKU, cabaran ini adalah berganda apabila dirinya sendiri selain mempunyai keterbatasan untuk menempuh kedua-dua cabaran besar yang dinyatakan di atas. Cabaran Reaksi Emosi Mengendalikan urusan keluarga sendiri bersendirian adalah sesuatu yang sangat mencabar bagi seorang Ibu Tunggal OKU. Dari segi ketahanan mental secara langsung akan
mempengaruhi respon emosinya. Melakukan tugasan harian di rumah seperti mengemas, mencuci, memasak, menguruskan segala keperluan ataupun membaiki paip air serta urusan-urusan tanggungan bulanan sahaja pun sudah meletihkan. Apatah lagi untuk menguruskan anak-anak di bawah jagaan. Dalam keadaan keterbatasan sebagai seorang OKU terutama pergerakan. Sekiranya ibu tunggal OKU mempunyai anak OKU, cabaran ini bertambah dan menuntut kekuatan yang sangat tinggi. Sekiranya tidak ditangani dan tiada sistem sokongan yang baik, boleh membawa kepada depresi dan rasa putus asa. Golongan ibu tunggal terpaksa menggalas peranan yang lebih besar (Siti Rafiah & Sakinah, 2013). Manakala, Zaini (2014) turut mengatakan bahawa peranan mereka tidak hanya tertumpu kepada pengurusan keluarga, malah perlu memfokuskan kepada kestabilan ekonomi Negara serta memantau tumbesaran anak-anak baik dari segi fizikal, pendidikan dan kegiatan anak-anak. Justeru, sesi kaunseling yang disediakan oleh pihak berwajib, secara tidak langsung kepada golongan ini akan mewujudkan suasana terdorong dan disokong dalam memberikan ruang suasana kehidupan yang lebih berkualiti kepadanya (Rousou E, 2013). Namun kaunseling semata-mata tidak mencukupi harus ada sistem sokongan penjagaan yang membantu golongan ini untuk terus membesarkan anak tanpa mengabaikan kerjaya sebagai sumber rezeki utama. Cabaran Saraan Hidup Peranan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ianya adalah satu tugas yang boleh memberi impak tekanan kepada golongan ini. Bebanan tanggungjawab yang tinggi terhadap anak-anak mampu memberikan kesan kepada kesejahteraan psikososial, kesihatan fizikal, kestabilan ekonomi serta kualiti hidup ibu tunggal (Hanson, Kaakinen & Gedaly-Duff, 2005). Ketiadaan pasangan dalam mengendalikan urusan anak-anak turut memberikan kesukaran kepada golongan ibu tunggal untuk memberikan perhatian khusus dan masa kepada anak-anak (Kendig & Bianchi, 2008). Bagi ibu tunggal OKU, situasi ini lebih lagi menekan kerana mereka tidak mempunyai pilihan samada untuk melepaskan pekerjaan atau menumpukan urusan penjagaan anak ataupun sebaliknya. Pilihan yang ada hanyalah untuk meneruskan dan cuba menghadapi apa juga cabaran dengan sepenuh daya mengadaptasi keadaan menggunakan kebijaksanaan mengurus dengan cara yang terbaik berdasarkan situasi yang dihadapi. Cabaran Sosial Golongan ibu tunggal selalu dikaitkan dengan isu kemiskinan, kecelaruan mental dan masalah sosial (Crosier et al., 2007; Zabkiewicz, 2010). Terdapat dapatan kajian mendapati bahawa masalah kewangan adalah antara cabaran yang membelenggu golongan ini. Banyak kajian lepas menunjukkan bahawa masalah ekonomi, pengangguran, bebanan tanggungjawab dan tekanan kehidupan di bandar merupakan antara faktor penyumbang penurunan kesejahteraan emosi golongan ibu tunggal (Hamidah, 2006). Tidak hairanlah perubahan hidup yang berlaku terhadap ibu tunggal akan memberi kesan kepada kesejahteraan hidupnya. Apatah lagi dalam situasi Ibu tunggal OKU bekerja. Cabaran sosial ini dalam aspek relatifnya memberi implikasi penting untuk terus menyokong kehidupan OKU berkenaan supaya meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih terdokong. Menangani isu-isu cabaran ibu tunggal OKU bekerjaya perlu diinklusikan dalam program-program inisiatif kerajaan sedia ada seperti di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Perkhidmatan Kaunseling, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama, persatuan Penduduk, badan NGO, Support group dan ahli keluarga. Ianya perlu merentas sektor dalam memberikan khidmat bantuan dan sokongan samada secara fizikal kewangan maupun psikososial kepada golongan ini. Dua aspek utama yang perlu diberikan perhatian. Secara intrinsik, aspek dalaman Ibu Tunggal OKU Bekerja dan juga dari segi luaran seperti inisiatif dan program sokongan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan yang boleh membantu mengurangkan kesulitan OKU ini menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Wan, Jaccard & Ramey (1996) mendapati ibu tunggal mampu mencapai kesejahteraan emosi yang lebih baik apabila menerima sokongan yang utuh daripada masyarakat sekeliling dan keluarga. Sokongan Aspek Intrinsik: 1. Memantapkan Personaliti Dalaman OKU PARADIGMA SOSIAL 2022 33
Personaliti dan cara berfikir OKU penting dalam memastikan OKU dapat mengawal emosi dan perasaan menghadapi kehidupan yang mencabar. Tidak semudah air sungai mengalir namun seperti menempuh badai bergelora, OKU tetap meneruskan kehidupan bekerja dan dalam masa yang sama menyara diri serta menjaga ahli keluarganya. Memahami cabaran emosi yang bukan sedikit, OKU sendiri perlu membina kekuatan dalaman dalam menempuh cabaran yang dihadapinya. Sungguhpun ini bukan sesuatu yang mudah seperti melepaskan lafaz dibibir saja. Dapatan kajian oleh Muhamad Ismail Mustari dan rakan-rakan pengkaji mendapati bahawa ibu tunggal hendaklah sentiasa bersedia mengubah cara hidup ke arah yang lebih produktif, berani, tabah dan sanggup menghadapi segala cabaran dengan semangat yang positif. Di samping menggunakan persatuan sebagai platform untuk mendapat informasi, motivasi, berkongsi serta menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan sesama ibu tunggal dan persatuan. Ibu tunggal OKU perlu bijak dalam mengendalikan emosi dan membina kekuatan dalaman yang tidak putus asa untuk meneruskan kehidupan. Personaliti dalaman ini mampu dibina dengan ilmu, perkongsian di samping melihat contoh-contoh positif dalam cycle kehidupan ataupun di media massa. Bagi yang beragama Islam mendekatkan diri kepada Al Quran dan Sunnah dapat membantu kekuatan dalaman. Izuli Dzulkifli (2018) menyatakan dalam artikel penulisannya manusia perlu dibangunkan dengan kekuatan spiritual untuk menggerakkan daya kerja yang tulus ikhlas, kekuatan minda untuk memikirkan tentang kerja yang lebih sistematik dan berdaya maju, kekuatan fizikal untuk melaksanakan kerja dengan sepenuh tenaga serta dipupuk dengan kesedaran dalaman, kesungguhan, disiplin dan visi masa hadapan yang jelas. Melalui pembangunan spiritual dan rohani, mereka akan bersemangat dan berusaha memajukan diri walaupun mengalami kepelbagaian ketidakupayaan. 2. Menyediakan Perkhidmatan Sistem Sokongan Masyarakat serta pihak berwajib hendaklah mengiktiraf golongan ibu tunggal OKU sebagaimana mereka mengiktiraf ibu tunggal yang lain. Menerima bahawa mereka ini juga 34 PARADIGMA SOSIAL 2022 mempunyai sumbangan terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara. Mereka ini perlu disokong dan dibantu menerusi sekecil-kecil inisiatif ataupun program dan memastikan perkhidmatan yang ada boleh membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung baik dari segi emosi, wang ringgit mahupun psikososial. Ibu tunggal OKU memerlukan inisiatif sokongan kewangan (seperti voucher atau inisiatif dana), pendidikan dan pengangkutan untuk anak-anak mereka. Ini adalah untuk memastikan sokongan penjagaan anak-anak, atau sokongan inisiatif pembantu urusan rumah diwujudkan bagi membantu mengurangkan beban kepada Ibu Tunggal OKU bekerjaya. Walaupun inisiatif ini telah wujud dalam program-program sedia ada kerajaan namun perkhidmatan masih terhad dan masih tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan OKU yang mengalami situasi ini. Kajian mendalam perlu dilakukan melihat di mana kelemahan dan ketidak capaian sistem yang sedia ada bagi membolehkan sistem kerajaan menyokong golongan ini mencapai potensi maksimum dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal OKU mengalami kecacatan fizikal yang perlu bekerja, menyara diri dan anak. Dalam masa yang sama memerlukan keperluan khas untuk keperluan anak OKU dan anak tipikal. Isu penjagaan, isu kewangan dan isu tugasan menjadikan cabaran yang bertimpa-timpa kepadanya, pertama menguruskan diri dan kedua menguruskan anak-anak di bawah jagaannya. Dalam keadaan diri sendiri menjadi ibu tunggal OKU terpaksa bekerja seharian demi menampung perbelanjaan keluarga. Sokongan penjagaan dan pengurusan rumah melalui perkhidmatan pembantu rumah memerlukan perbelanjaan yang besar dan melalui proses yang sangat meletihkan. Ini juga bukan satu asas sokongan yang bakal menjanjikan penjagaan reliable. Apatah lagi dengan karenah pembantu warga asing yang sering mengecewakan dengan kes penipuan agensi dan karenah pembantu yang lari. Cabaran penjagaan anak OKU juga bukan sesuatu yang mudah. Melayani sikap agresif seperti OKU autisme contohnya memerlukan ilmu yang khusus. Cabaran-cabaran ini menjadi isu utama dalam keperluan inisiatif penjagaan dan sistem sokongan ibu tunggal OKU bekerja.
Perkhidmatan inisiatif sedia ada oleh kerajaan seperti bantuan peralatan atau program-program pusat pemulihan dalam komuniti, perkhidmatan sukarelawan JKM perlu ditambah baik untuk dikembangkan agar dapat membantu ibu tunggal OKU bekerja memastikan perkhidmatan sedia ada boleh dimanfaatkan oleh golongan ini di kawasan komuniti setempat. Sokongan komuniti juga perlu dioptimumkan agar lebih berfungsi melalui program Jawatankuasa kampung, masjid atau surau yang telah sedia wujud. Ini bertujuan untuk semua pihak di kawasan mereka. Kesejahteraan setempat dapat dicapai apabila setiap entiti mampu memainkan fungsi masing-masing sesuai dengan peranannya. Komuniti setempat adalah entiti yang lebih dekat dan mudah untuk menghulurkan sebarang sokongan serta bantuan. Intervensi ini banyak digunapakai di negara Jepun. Setiap anggota komuniti saling membantu dan pusat komuniti setempat menjadi hub atau pusat penyelarasan setempat dalam memenuhi keperluan needs matching melalui dengan penyediaan inisiatif sukarelawan atau pembantu (helper) yang diperlukan oleh golongan OKU. Bantuan alat sokongan yang bersesuaian diperlukan bagi memastikan OKU boleh mencapai kualiti hidup yang baik. Memudahkan pergerakan, melaksanakan kendalian tugas dengan lebih efisien. Kerusi roda yang tidak sesuai digunakan seperti yang ada di rumah sakit bersaiz besar dan berat itu menyukarkan golongan OKU untuk berurusan pergi bekerja membantutkan pergerakan yang sudah sedia pun terbatas. Semakin sukarlah OKU berkenaan untuk melaksanakan urusan pekerjaan, pengurusan diri dan anak-anak. Oleh itu alat sokongan yang sesuai banyak membantu mengurangkan beban cabaran kepada golongan ini. Kajian Uzir M. et al (2004) mendapati kemudahan adalah salah satu faktor pendorong golongan OKU untuk bekerja. Ini kerana kemudahan tempat kerja membantu OKU menjalani kehidupan harian yang selesa. Hamidah et al ( 2013) menyatakan kemudahan seperti surau, tandas dan bilik rehat khusus wanita amat penting bagi wanita yang bekerja. Demikian juga halnya kepada OKU yang bekerja. Kerusi roda contohnya amat penting bagi menyokong pergerakannya dalam melaksanakan aktiviti seharian. World Report on Disability (2011: 137) melaporkan bahawa bantuan dan sokongan merupakan prasyarat penting bagi OKU untuk ikut serta dalam pembangunan masyarakat. Kurangnya sokongan yang sesuai menyebabkan OKU terpaksa bergantung kepada anggota keluarga. Kebergantungan membantu situasi kemandirian atau independensi dalam kalangan OKU. Kemandirian itu penting bagi melaksanakan potensi diri optimum dan mencapai kualiti hidup yang baik bagi OKU. Melalui ini, mereka mampu menyumbang dalam tugasan secara optimum. Oleh kerana itu, sokongan dari segi persekitaran, fizikal dan sistem perlu wujud secara inklusif dan holistik dalam usaha serius menyokong golongan ini dalam mencapai hidup berkualiti. Sistem perlu wujud merentas sektor dan komuniti agar tidak wujud kelompongan. Akhirnya mereka juga mempunyai tempat untuk meminta bantuan. Mungkin ini juga satu pendekatan mengurangkan aduan dan kritikan golongan OKU terhadap pihak kerajaan. Apa yang lebih utama ialah kebolehgunaan perkhidmatan yang sedia ada untuk dimanfaatkan secara optimum. Penutup Membicarakan tentang isu Ibu tunggal tidak harus melupakan entiti ibu tunggal OKU. Golongan ini tidak boleh dinafikan keperluan dan haknya dalam masyarakat. Menangani isu yang lebih parah pasti dapat menampung isu yang kurang parah. Kajian mendalam diperlukan bagi memberi peluang kumpulan ini untuk mencapai potensi diri yang optimum dalam kelangsungan hidup. Cabaran mereka adalah lebih kuat bukan setakat aspek melibatkan cabaran kewangan malah emosi dan penjagaan anak serta pendidikan. Di tambah lagi diri sendiri dan menggalas tanggungjawab kerjaya dalam kehidupan. Seandainya isu ini tidak dipeduli mereka bukan sahaja boleh menjadi tertekan malah akan menjadi beban kepada kerajaan dalam isu sosial masyarakat. Isu ini berpotensi menambahkan beban ekonomi negara untuk tujuan kos pemulihan rawatan, ubatan maupun bantuan bulanan kerana tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup sendirian akibat tiada sistem sokongan yang memenuhi keperluan sebenar golongan OKU ini. Pendekatan polisi, peraturan dalaman, sokongan fasiliti dan persekitaran yang kondusif perlulah diambil kira dan disediakan. Kemudahan inisiatif penjagaan perlu dikaji semula. PARADIGMA SOSIAL 2022 35
36 PARADIGMA SOSIAL 2022 aksesibiliti yang baik. Walaubagaimanapun, antara kunci utama yang diamalkan adalah memastikan perkhidmatan dan kemudahan ini disediakan dan boleh dicapai oleh seluruh golongan OKU. Australia adalah antara negara yang boleh dijadikan rujukan menyediakan polisi dan perkhidmatan sokongan yang baik kepada golongan OKU di negaranya. Perkhidmatan akses boleh guna penting untuk melaksanakan intervensi keperluan golongan ini di dalam masyarakat kita. Kalau dalam perkhidmatan awam dan swasta, Training Needs Analysis digunakan bagi membantu memantapkan kompetensi seseorang pegawai. Penulis merasakan kaedah yang sama perlu juga digunakan bagi membantu golongan ibu tunggal OKU bekerja ini dalam memastikan mereka terus berdikari dan mampu menyumbang dalam produktiviti ekonomi untuk ekonomi negara. Kerjasama agensi merentas sektor termasuklah badan-badan atau jawatankuasa setempat perlu wujud dan bergerak. Semua pihak perlu lebih cakna, prihatin dan menumpukan perhatian keperluan bantuan sesuai yang boleh menyokong ibu tunggal OKU bekerja agar tidak berputus asa mengharungi kehidupan. Tidak hanya semata-mata membuat perancangan program dan melepas batuk di tangga. Polisi dalaman di persekitaran tempat kerja juga boleh membantu memudahkan OKU ini untuk bekerja dan dalam masa yang sama masih boleh menguruskan urusan penjagaan dan pendidikan anak-anaknya. Kemudahan waktu kerja anjal atau bekerja dari rumah atau sistem lain yang sesuai perlu dibolehkan bagi menyediakan ruang kerja yang bersifat menyokong pekerjaan ibu tunggal OKU agar mereka boleh terus bekerja dan berdikari menampung keluarga. Kalau di negara-negara maju seperti Eropah dan Jepun polisi kerajaan tempatan sangat menyokong seperti penyediaan pusat transit kepada golongan gelandangan dan pengemis bagi memastikan mereka tidak berkeliaran di malam hari di tepi-tepi kaki lima jalan. Terdapat juga negara yang menyediakan pusat intervensi krisis dan sokongan kondusif yang mesra OKU seperti flexi hour. Ini memberikan galakan dan sokongan kepada ibu oku bekerja agar terus berkhidmat dan menerima gaji tanpa perlu risau semasa ketiadaannya dirumah dan memastikan komitmennya ketika bekerja. Suasana inilah yang perlu diwujudkan dalam mencapai kesejahteraan kualiti hidup golongan OKU. Inilah yang dimaksudkan sebagai inklusif. Di Australia, satu daripada enam strategi polisi kerajaan terhadap golongan oku adalah personal and community support. Kerajaan Australia percaya bahawa adalah penting untuk meletakkan sokongan kepakaran pada tempatnya, terutama untuk bekerja dan memperbaiki kualiti hidup oku serta tahap
Rujukan (n.d.). Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/10/82705/dua-definisi-ibu-tunggal E, R., C, K., N, M., & M, K. (2013). Single mothers’ self-assessment of health: a systematic exploration of the literature. . Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2014). Laporan - Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat . Retrieved from http://www.jkm.gov.my/file/Buku JKM 2014.pdf K, & M. (2015). Quick Facts Ministry of Women, Family and Community Development. . Mohamed, Noor, Marziah, Siti, Md Akhir, Noremy, Hoesni, Suzana, Manap, Jamiah, Shafurdin, & Nurul. (2018). Kesejahteraan Emosi Golongan Ibu Tunggal: Cabaran Hidup Sebagai Ibu Tunggal. Mustari, I, M., R, Y., N, C. S., A, J. K., & K, M. A. (2004). Permasalahan Ibu Tunggal dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak: Satu Kajian Kawasan Sura, Dungun, Terenggannu in Seminar Pembangunan Keluarga 2004 . Faculty of Education, Universiti Malaya. Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (n.d.). Toran, H. (2009). Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. . World Health Organization & The World Bank . (2011). World Report on Disability. Malta: Who. Y, S. R. (2016). Peranan Sikap, Pengetahuan Dan Amalan Kewangan Terhadap Pemerkasaan Ekonomi Ibu Tunggal PARADIGMA SOSIAL 2022 37
Pengenalan Dalam masyarakat tradisional, kaum wanita jarang diberikan tugas sebagai pemimpin atau pembuat keputusan kerana sering kali dilihat sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Perkara ini dapat dilihat daripada cara hidup ketika itu normanya adalah kaum lelaki akan keluar mencari rezeki manakala kaum wanita akan membantu memasak makanan dan menyediakan pakaian untuk ahli keluarga. Walau bagaimanapun, peranan kaum wanita kini sudah berubah seiring dengan perkembangan ekonomi dan teknologi. Mereka turut memainkan peranan yang signifikan setara dengan kaum lelaki tanpa mengira bidang kerjaya atau profesen di samping menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Malaysia melihat kepentingan wanita di dalam agenda pembangunan negara dengan membuat penetapan dasar bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat dan perkhidmatan awam semenjak 24 Ogos 2004. Penetapan dasar ini dilakukan bagi menyokong usaha mencapai matlamat memperkasa wanita dan kesaksamaan gender di negara ini (Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 2015). Jaafar (2020) melaporkan bahawa organisasi-organisasi telah mengaplikasikan dasar tersebut dan mengiktiraf peranan wanita apabila terdapat sekurang-kurangnya 30 peratus kaum wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan sebanyak 27 peratus daripada ahli lembaga pengarah dalam syarikat senarai awam. 38 PARADIGMA SOSIAL 2022 Inisiatif Kerajaan Kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu syarikat-syarikat milikan wanita dalam usaha mengiktiraf wanita sebagai pembuat keputusan. Antaranya adalah melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di mana pihak kerajaan telah melaksanakan Women Exporters Development Programme (WEDP). Ia bertujuan untuk membantu usahawan wanita dalam membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan menembusi dan mengembangkan pasaran eksport di luar negara. Sehingga kini terdapat 130 syarikat milikan wanita yang membuktikan mereka mampu berdaya saing melalui penyertaan program ini (Jaafar, 2020). Contoh lain pula, kerajaan Negeri Selangor tidak memperuntukkan sebarang kuota khusus bagi wanita di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio. Walaupun begitu, terdapat 28 peratus pegawai wanita di agensi dan jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ia merupakan satu jumlah yang sangat memberangsangkan bagi mereka yang terlibat sebagai individu penting dalam pembuatan keputusan (Radzi, 2021). Wanita Dalam Politik Selain itu juga, keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam bidang politik dan pemerintahan telah semakin bertambah baik Norailis Ab. Wahab Universiti Sains Islam Malaysia Abdul Rahim Abd. Jalil Universiti Sains Islam Malaysia WANITA SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI
jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya (Khalid, 2021). Hal ini kerana, kaum wanita telah menguasai 14.4 peratus kerusi di dalam parlimen dan juga memegang jawatan sebagai Menteri sebanyak 17.9 peratus. Malah, pihak kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita di parlimen bagi memastikan hak rakyat didengari di peringkat pembuat dasar pemerintahan. Namun begitu, bagi memastikan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun, konsep pembelajaran dan pendidikan secara berterusan wajar dilakukan terutamanya kepada masyarakat awam memastikan agar stereotaip terhadap wanita dalam pengurusan dan pentadbiran dapat dihapuskan (Nasir, 2021). Halangan Dan Cabaran Meskipun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengiktiraf kaum wanita sebagai pembuat keputusan, masih banyak halangan dan cabaran yang perlu mereka lalui. Perkara ini sangat menyedihkan ketika negara sedang bergerak pantas mengecapi kemajuan dalam arus pemodenan, masih wujud diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja. Malahan, kewibawaan mereka sebagai pemimpin organisasi sering dipersoalkan, sering kali dikaitkan dengan perkara berkaitan emosi dan tidak rasional dalam membuat keputusan (Bujang, 2011). Perkara ini turut diakui oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat bahawa tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemaskan kerana mereka masih dibelenggu dengan pelbagai stigma dan stereotaip yang mengehadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu akibat dikaitkan dengan peranan tradisi khususnya dalam penjagaan dan pengasuhan (Bernama, 2021). Stereotaip dan stigma masyarakat berkaitan dengan wanita masih lagi tebal. Hal ini dapat dilihat apabila wanita wajib menurut apa yang ditentukan oleh masyarakatnya, umpamanya harus tahu memasak, mengemas rumah dan menjahit. Apa yang lebih menyedihkan apabila masyarakat beranggapan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, kerana akhirnya ke dapur juga. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat moden yang mempunyai pendidikan tinggi. Ini kerana, kaum wanita juga sama seperti kaum lelaki yang mempunyai cita-cita dan impian tersendiri. Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, setiap individu sepatutnya bebas memilih apa yang mereka mahu selagi tidak bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Haniza Talha, kaum wanita sebenarnya mampu untuk menggalas tanggungjawab mengurus keluarga, di samping menyumbang membangunkan negara dan berganding bahu seiring dengan kaum lelaki (Khalid I. , 2021). Penutup Wanita juga merupakan tulang belakang bagi kemajuan sesebuah negara sama ada dalam keluarga, masyarakat mahupun negara. Malah, pengiktirafan dan penghargaan perlu diberikan sewajarnya kepada kaum wanita. Di samping itu, amalan diskriminasi terhadap kaum wanita sepatutnya dihapuskan. Setiap daripada lantikan perlulah dibuat berdasarkan pencapaian dan prestasi individu berkenaan bukan atas dasar jantina atau gender bias. Malah, pandangan yang menyatakan bahawa golongan wanita ini golongan yang lemah dan tiada nilai kepimpinan adalah tidak berasas dan sudah ketinggalan zaman. Hal ini kerana, kepimpinan adalah tidak dipengaruhi oleh gender dan ia sebenarnya bergantung kepada individu tersebut (De Pablos, 2017). Sekiranya diberi peluang untuk memimpin dan mendapat sokongan penuh daripada orang semua peringkat, kaum wanita pasti dapat memimpin dan membuat keputusan terbaik untuk organisasinya. PARADIGMA SOSIAL 2022 39
Rujukan A, N. (2021). Penyertaan wanita dalam Parlimen akan dibincang dengan parti politik. Retrieved from Utusan Malaysia: . https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/penyertaanwanita-dalam-parlimen-akan-dibincang-dengan-parti-politik/. B, B. Z. (2011). Wanita dalam Pentadbiran. Retrieved from Academia: . https://www. academia.edu/2472191/Wanita_dalam_Pentadbiran. Bernama. (2021). Pemerkasaan wanita terus jadi agenda penting negara. Retrieved from Sinar Harian: . https://www.sinarharian.com.my/article/127399/BERITA/ Nasional/Pemerkasaan-wanita-terus-jadi-agenda-penting-negara. F, R. (2021). 28 Peratus wanita jadi pembuat keputusan di Selangor. Retrieved from Malaysia Dateline: . https://malaysiadateline.com/28-peratus-wanita-jadi-pembuat-keputusan-di-selangor/. H, K. N. (2021). Tingkat perwakilan wanita di Parlimen tanggungjawab asas parti politik. Retrieved from Sinar Harian: . https://www.sinarharian.com.my/article/164104/BERITA/ Nasional/Tingkat-perwakilan-wanita-di-Parlimen-tanggungjawab-asas-parti-politik. https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Kenyataan Media/KENYATAAN%20MEDIA-%20KEPIMPINAN%20PM%20ANGKART%20 MARTABAT%20WANITA_-FINAL.pdf. (2015). Kepimpinan Perdana Menteri memartabatkan kaum wanita. Retrieved from Kenyataan Media Kpwkm: . I, K. (2021). Peranan wanita perlu benar-benar difahami, oleh lelaki dan wanita itu sendiri. Retrieved from Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peranan-wanitaperlu-benarbenar-difahami-oleh-lelaki-dan-wanita-itu-sendiri-286933. J, J. (2020). Penyertaan wanita dalam ekonomi. Retrieved from Jabatan Perangkaan Malaysia: . https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/ Newsletter%202020/DOSM_BPPA_2-2020_Siri-37.pdf. P, D. P. (2017). Handbook of Research on Human Resources Strategies for the New Millenial Workforce. . USA: IGI Global. 40 PARADIGMA SOSIAL 2022
INSTITUT SOSIAL MALAYSIA